Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, December 28, 2010

Kisah toto dan kari kepala ikan

Waahhh..tajuk entry? Apa kena gamaknya toto dengan kari kepala ikan tu?

Mai saya story pasai borong toto dulu..hokeh! Pada suatu hari (eceh!macam faaqihah punya style pulak). Al kisah, family saya dari Kedah nak datang. Mai pulak bukan sorang dua. Penuh kereta baru, paklong a.k.a abang saya meng-hangkutnya. Semua. Cukup. Complete, macam dalam gambar keluarga saya tu. Rumah saya pulak ada satu katil queen size untuk tetamu. Katil bujang kat bilik bawah dah buat tempat letak baju. Toto yang sedia ada dah lunyai digunakan seisi keluarga. Mau tak mau, saya terpaksa la buat sesi borong toto. Bantal pulak order dengan jiran sebelah rumah saya yang kebetulan adiknya ada bekerja kat kilang buat bantal dan tilam kat Kota Tinggi. Ok lah tu.

Mujur kat sini ada Kedai Borong Sakan. Memang saya borong la kat sana. Kedai Borong Sakan ni milik orang melayu tau. Mula Borong Sakan ni kat Kuala Kangsar. Dulu mak sedara saya ada kat sana, dia la yang dok cerita pasai Kedai Borang Sakan yang harganya ala-ala Padang Besar. Tak payah jauh² nak travel ke Padang Besar sebab barang yang ada kat Kedai Borong Sakan ni sama dengan yanga ada kat Padang Besaq nun! 3 biji toto saya angkut. 1 nak hantaq kat rumah pengasuh buat lapik baby yang dah pandai guling². Chuppp!! Borong sakan ni dah ada 63 cawangan!

Ok, back to the story!
Dedezupp saya memborong. Time saya pi memborong tu, stok baru sampai kat kedai. Tak masuk rak lagi. Syokla saya memilih. Tapi sesak sebab penuh dengan barang yang berteraboq. Ambik yang mana berkenan terus bayaq. Sebab nak bergegas ke market pulak nak beli barang² nak masak.

Hasil borongan.


Angkut barang masuk kereta, terus ke KipMart. Market canggih kat sini. Mak abah saya suka sangat dengan KipMart ni sebab katanya sayur² kat situ segar². Abah saya pulak, suka jalan² cucui mata kat situ! KipMart ni memang best, sebab ada jual segala² dari ikan sehinggalah ke pakaian, perabot, alat letrik dan macam² lagi. Senang kata, siap duit saja la!

Awal pagi saya call adik, dia kata dah sampai kat Kajang. Mak aiii..baru pukul 830 dah sampai Kajang. Mau sampai tengahari...harus makngah kena masak lunch kan..kesian sedara mara mai, jamu makan kat kedai. Bukannya selalu depa mai pun....tak pa la....makngah masak la! Menu? Terus..toinggg!!!! Kari kepala ikan!Sayur, sambal belacan, ikan goreng!

Shopping secepat mungkin. Ikan kembung sekilo. Kepala ikan kaca (kata budak jual tu) 2 ketul. sayur²an, cili dan buah limau kecik² 4 bungkus. Terus balik, tukar baju, mula aktiviti memasak. Dapur pulak buat hal. Sebelah lagi rosak!!! Tak mau menyala. Nasib baik abang saya bagitau depa stop makan kat Pagoh. Bawak bekal katanya. Saya pun slow la balik. Kari ni untuk makan malam la kekdahnya!

Kari yang tengah menggelagak!

Siap memasak, tunggu depa sampai. Dalam pukul 3 rombongan abang saya pun sampai. Alhamdulillah.....masuk sat dalam rumah, abah saya teruih sound suruh pi ambik anak-anak kat rumah pengasuh. hahahahahah..rindu kat cucu la tu!

Oklah..nanti sambung cerita lain pulak! letih jari la menaip panjang² ni. Selalu taip sikit saja. Saja test sebab lepas ni kat rumah dah nak ada streamyx...hahahaha..harus la karangan kena panjang² kan! lol!

Monday, December 27, 2010

Gambar Keluarga

Inilah keluarga saya yang ada sekarang.
Cukup. Complete. Semua ada.
Bukan senang nak kumpul ramai² ambik gambar keluarga bersama.
Masa raya, semua beriya² nak bergambar keluarga, tapi bila dah mula sibuk dengan tetamu,
hilang semua. Dah tu..lupa terus.

Trip abang bersama seluruh keluarga ke rumah saya di Pasir Gudang digunakan untuk acara ini.
Sebelum bertolak pulang, kami bergambar bersama².

Mak dan abah masing² memegang cucu kembarnya.
Abang dan kak yang (kakak ipar) bersama 4 anak²nya - Aqil, Zahin, Syatirah & Thaqifah.
Saya bersama suami dan 3 anak²nya - Faaqihah, Faaiq & Faaid.
4 adik² saya y ang lain belum ada 'pinggan' lagi.
So, kalau ada yang berkenan boleh roger saya! hahahaha

Adik Zuhaida - bertudung hitam masih belajar di Mesir.
Adik Zahir - kemeja kuning masih di UM, tahun akhir Pendidikan Islam.
Adik Mah - baju pink, tahun satu ni UniKl Kajang.
Adik Izzah 'Balza' - tudung putih darjah 6 sekolah rendah kat kampung.

Sunday, December 26, 2010

Almari baju idamanku!

Almari macam ni la yang ibu idam-idamkan.
Dapat ibu bayangkan, bilik ibu pasti cun kalau ibu dapat almari ni.
Siap boleh pilih lagi ruang dalam yang kita nak.
Pastu cermin kat depan tu pun ada pilihan. Ibu sungguh berkenan dengan almari ni.

Sekarang kat rumah, ada satu saja almari baju, tu pun yang kecik.
Satu lagi almari berlaci untuk letak baju berlipat.
Sila bayangkan selama setahun ibu berpindah rumah baru,
macamana kekdahnya baju² ibu dan anak² serta suami di susun.
Lipat, pastu letak atas sofa sebab almari dah tak muat.
Sofa sponsor nenek pun dah penuh tersusun baju yang siap berlipat!

Dividen ASB dah nak dapat. Dividen tahun lepas tak guna lagi.
Ibu berjaya tahan diri dari memporak-perandakan simpanan ASB tu.
Cukup kalau nak buat almari idaman ibu ni. Tapi ni yang ada jual kat kedai perabot.

Agak², ada tak almari customade yang boleh buat lebih kurang macam ni yang murah sikit.
lagi murah, lagi baik, tapi biarla berkualiti kan!
Murah dan berkualiti.
Sayang oooOoooOoo...5 hibuuu tuu!

Saturday, December 25, 2010

Membowling!

Kisahnya, kolej ada buat bowling staf.
Ibu apa lagi, pantang di ajak...bersahut saja.
Main 4 game, score dikira - best of 3.
Last ibu main bowling ni tahun 2009 rasanya, masa sukan wilayah johor.
MASKOM kat Penang tahun 2009, ibu dah tak ikut sebab masa tu dah disahkan mengandung.
OooOOoo..tak berani beb ambik risiko.
Tu yang dapat kembar tu!!

Kali ni ibu pun boleh la balas dendam lama tak mem-bowling.
Sampai kat sana, semua dah mula game.
Geng yang naik kereta ibu lambat sampai sebab ibu kena peraku terimaan wang hasil dulu.
Tapi yang bestnya, 3 dari 4 orang yang naik kereta ibu dapat no 1 hingga no 3.
No 1 - hadiah RM150
No 2 - hadiah RM100
No 3 - hadiah RM 30.

Okla tu kan..sapa nak bagi free² kan!?
Ibu dapat no 2!
rezeki anak-anak yer katanya! Alhamdulillah...

Score ibu yang kat atas sekali. Game ke 4 dapat 100 cukup². Boleh la tu....aksi ibu beranak 3 lol!
Kawan ibu yang kat bawah sekali dapat Johan.
Sorang lagi yang dapat no 3 kat lane sebelah. Tak ambik pulak gambarnya..
Jadi la kannn....

Habis membowling, team kereta juara (kereta ibu la) berjimba² kat Jusco Tebrau!
yehhaaaa....lepas ni busy keja semula ya!

Kakak dah nak sekolah

Lagi 2 minggu sekolah dah nak mula.
Kalau ikut tahun, tahun 2011 Faaqihah dah 4 tahun. Kalau ikut bulan baru 3++ laaa..
Tapi disebabkan dia dah lama berangan nak ke sekolah,
ibu pun tunaikan hajatnya yang murni tu.

Tiap-tiap pagi kalau nak hantar depa ke rumah baby sitter, mesti lalu depan sekolah ni.
Yang buat dia membara sangat nak sekolah kat situ sebab satu hari dia nampak
ada cikgu kat situ pakai purdah.
Terus dia cakap " ibu, kakak nak sekolah situ. Sekolah cikgu tutup idung".
Adoiii.....tutup hidung pun tutup la...janji nak sekolah.

Sekolah tu kisahnya bertemu dapur dengan rumah sewa ibu yang lama.
Dah tu, dekat pula dengan rumah baby sitter.
Senang la kakak nak transit nanti lepas habis sekolah.
Ibu pun tak payah pening² nak jemput kakak balik sekolah.

Kalau kat kampung ibu, sekolah macam kakak nak pi ni bayar yuran bulanan saja - RM30.
Tapi dah nama kata kat bandar, sendiri mau ingat la harganya.
Bulanan saja dah RM80.
Enrolment fees dia dah RM421.
Kalau kembar nak sekolah nanti...mau kena dabel semua ni...
toinngggg....

Ayah..kita dah kena mula saving untuk twin sekolah nanti!
4 tahun, bukannya lama lagi ni.
Meh...bulan² kasik lebih masuk account family :P

p/s:
Tak sabar nak shopping kasut sekolah kat kakak!
~lalalalalalala~

Friday, December 24, 2010

Hadiah paling berharga - tak ternilai pun!

Kalau tanya ibu, hadiah apa yang paling berharga.
Jawab ibu, mesti la keluarga, anak-anak yang sihat dan berjaya dan sayang pada ibunya.
Alhamdulillah, Allah kurniakan saya anak-anak yang sihat adanya.
Berjaya - jauh lagi ke depan, tapi ibu sentiasa doakan kejayaan anak² ibu ni,
Sayang pada ibu - ibu harapkan anak² ibu akan sentiasa sayang ibu sampai bila² ya!
Walaupun nanti masing² dah ada cinta hati tersendiri.

Satu malam lepak² di depan tv, si kakak menyelit di celah adik kembarnya.
Moment menarik ni. Penting!
Harus ibu simpan dalam handphone ni.
Bila tenung² balik gambar ni, tak sangka pun iye.
Tak sangka ibu akan ada anak² yang comel dan ceria ni.
Penyeri hidup. Kalau tak dak anak² ni, mau mati kutu ibu dibuatnya.
Anak-anak memang hadiah yang paling beharga, langsung tak ternilai harganya.

Abang, kakak dan adik!
kakak 'bantai' botol susu adik. Mula² - "kakak pinjammmm satt saja" - katanya.
La ni dah jadi hak pun!

Lagi aksi

Lagi aksi di pagi hari. Ni acara tidur memanjang.
Adik kat depan abang kat belakang.
Ibu kat ruang kosong tepi tu.
Ayah ngan kakak, macam biasa - kat bawah!
ahaskks

Thursday, December 23, 2010

Abang dan Kakak

Lately, baby abang sangat suka tidur lewat. Petang pukul 6 dia tidur, dia bangun pukul 7.30.
Tunggu dekat pukul 12 baru dia nak tidur balik...
Waduhh...nasib baik, jenis tak meragam.
Ibu letak saja abang atas toto depan tv, ibu layan tv dengan kakak.

Satu malam, ibu suruh kakak layan abang. Kesian tengok abang dok mendongak².
Cari kawan sembang² gamaknya.
Ibu pun dah lenguh dok meng-agah² dia. Nak main macam orang² besaq gitu.
Kalau kena agah, gelaknya mengekek². Sama naik la abang dengan adiknya.

Kakak pun mula la agah² si abang,
Dia punya gelak..ibu pun gelak sama. Cepat² ibu capai handphone. Capture moment² yang indah gini. MMS kat ayah yang tengah kerja.

Kakak agah tahap ganas sampai pegang kepala. Baby abang pula memang jenis lentok habis.
Mendongak sakan dia dok gelak ngan kakaknya sampai terangkat kaki².

"ibu..kakak dah penat gelak"
dia agah adik nak bagi gelak, dia yang penat sama.
Kakak...kakak...

Exam


Kalau dah kerja sebagai pendidik, mesti ada exam kan?
Dah bertahun jadi cikgu ni, time nak exam adalah masa² yang amat perit.
Segalanya perlu disiapkan. Segala-galanya laa..
Malas nak list sebab nampak sangat banyak kerja nanti ha! kerja yang suka ditangguh!
Dalam kalut² tu ada pulak program luar yang memanggil
ha!Memang bertambah biru jadiknya!

Semester ni, saya jaga exam 2 kali saja.
Mungkin sebab lecturer dah makin ramai @ sebab saya outstation time exam.
Tekun tengok anak² murid saya menjawab exam.
Teringat zaman saya belajar dulu²kan..lenguh tangan menulis, tak cukup kertas!
Tapi result tak gempak pun!
Kalau pulun sungguh² macam kawan² saya yang ulat buku tu, mesti gempak!
Silap² i dah jadi Profesor sekarang lol!
berangan tak henggattt!

p/s:
exam = tak dak class --> students cuti
so...boleh la relax banyakkkkkkk!

Wednesday, December 22, 2010

Aksi di pagi hari

Tiap-tiap kali bangun pagi, ibu sangat suka tengok anak-anak keliling ibu. Lintang pukang.
Suka ooooo.....sangat-sangat suka.
Ibu dah pernah rasa berjauhan dengan anak-anak.
Bila bangun pagi, dah la sunyi. Bertambah sepi bila keliling kita kosong.
Nahiiiiii...ibu tak mau lagi!

Dalam handphone dah penuh dengan aksi anak-anak tidur.
Dari kakaknya, anak kembar ibu sampai la ke aksi ayah!
Opssss....aksi ayah ibu simpan la :P

Abang dan adik memang suka tidur meniarap. Menyusu time lena pun sambil meniarap.
Jenuh ibu pusing, sat lagi depa pusing balik. Paling suka susu meniarap, si abang la.
Adik ok sikit. Mungkin sebab adik selalu tidur dalam buai.
Tapi dalam buai pun dia nak meniarap jugak.
Dah nyenyak kang, ibu pusing balik bagi terlentang or mengiring.
Tengah malam kang, ibu angkut adik baring tepi ibu.
Biar baby ada kiri kanan.
Kakak? Time ayah ada, kakak kat bawah dengan ayah.
Kalau ayah kerja, kakak dan twin berderet atas katil. Ibu jadi jaga, tidur kat hujung² katil saja.

Ibu suka tengok anak² ibu guling² macam ni.
Yang seluar lain dari baju tu, adik. Tiap² malam memang kena tukar, lencun kena kencing!
Bantal memang penuh katil buat kepung depa.
Risau ibu nak tinggal depa pagi², maklumla...masing² dah pandai guling².
Dok tunggu time ni nak pi borong toto..lepas ni kita guling² kat bawah,
bagi kakak ngan ayah pula tidur atas katil.

Terima Kasih Dik Mas!

Isnin lepas saya cuti. Pengasuh anak-anak ada kematian.
Selasa, masuk balik opis. Ruang kerja saya sunyi sepi. Anak² buah saya pun bercuti rupanya.
Masuk bilik saya yang sentiasa gelap gulita, lagi la sunyi.
Semak kertas penuh meja. Maklumla, sibuk marking paper exam. 5s dah hilang semua!
Di celah-celah semak samun tu, tetiba ada benda comel ni.

Eh..sapa pulak pi Korea ni? Detik hati kecil saya..

Oohhh....lupa! Ada pengantin baru, baru balik dari sana.
Bukan main winter sonata depa kat sana noh. Nasib baik time tu tak dak dentam dentum!

Dik..akak kirim Jun Sang la!!!!
hahahaha

apapun..terima kasih yer! Berguna ni!

Tuesday, December 21, 2010

Kakak yang cun

Kalau dah nama perempuan, kecik² lagipun dah ada hati nak bersolek.
Dia tau mana eyeshadow, tau mana nak sapu blusher.
Ermm...lipstick lagi la.
Tu kira nasib baik dia dapat ibu yang memang tak suka bersolek.
Kalau tak, mesti lagi banyak gadget² yang dia boleh kenai.

Kat rumah memang ibu dah tak dak alat solek. Semua berlubang dia kerjakan.
Bedak dah bersepai pecah tinggai kotak saja.
Lipstick sebatang saja ada, tu pun dok dalam henbeg ibu simpan.
Tu pun dia tau mana nak selongkaq cari.
Kakak..kakak...

Balik Singapora, alat solek nenek pulak dia kerjakan.
Jangan tak tau, nenek kakak ada alat solek yang lagi banyak dari ibu dia tau!
hehehehe
Time nenek solat, kalut² dia nak masuk juga bilik nenek.
kalau nenek kunci, mau pecah pintu dia ketuk suruh buka.
dah buka, ni ha kerja dia!

Cun tak?
(rambut dan masuk mata, harus kena operasi pendekkan semula)

5 bulan sudah

Cepat betul masa berlalu kan?Pejam celik-pejam celik dah nak masuk tahun baru.
Kadang² umur sendiri pun lupa berapa. Kalau orang tanya, siap kena kira dulu!
Dok ingat lagi kisah zaman muda remaja. Terlupa yang umur pun dah melangkah ke 3 series.
Rupanya, aku ni dah jadi ibu beranak 3 pun!
lol

Kenangan mengandung twin masih ada dalam ingatan ni ha!
Saya masih ingat, detik doktor sahkan rahim saya ada dua kepala baby.
Itu pun saya yang gatai² tanya doktor - "ada 1 ke 2 doktor?"
Mula doktor kata 1, tetiba.."wait..wait..i guess ada 2 la"
Macamana saya menjerit gembira sambil mengangkat tangan macam juara memang
saya tak boleh lupa.
Time tu, hilang rasanya mabuk pening alahan mengandung.
Tersangat suka dan gembira.

Masa terus berjalan.
Baby kembar yang saya kandungkan dulu dan pun berumur 5 bulan.
Dah makin montel dan comel (sapa lagi nak puji anaknya comel kan hehehe).
Walapun dah 5 bulan, tapi luka kat perut ni masih terasa.
Kadang-kadang kalau salah letak baby atas perut, nyut-nyut rasanya menusuk!
Ngeri makngah..takut terberhetaih balik, kata orang Kedah!

Baby abang dan adik kena la ingat.
Bukan senang tau ibu nak bawak hangpa dua dalam perut ibu yang cute ni.
Hanya yang melihat saja tau macamana seksanya ibu time hangpa dua mengeliat dalam perut.
Tapi tu semua ibu suka. Tu semua kenangan yang terindah buat ibu.
Bukan semua orang dapat rasa mengandung lebih dari 1.
Ibu antara yang bertuah dapat merasakannya.

Nanti time birthday abang ngan adik, dengan kakak sekali la..
kena bagi hadiah kat ibu ok!
Boleh wish macam tu?
hahaha

Saturday, December 18, 2010

Maskom Kebangsaan 2010

12 - 16 Disember, saya di Melaka sempena MASKOM 2010.
Kolej saya johan bola jaring masa peringkat Wilayah Johor.
Jadi peringkat kebangsaan,
team saya dapat la mewakili Johor.

Menang!?
Ajaib kalau Johor jadik Johan. Latihan bersama tak sampai 2 hari.
Kami datang bersandarkan player yang original.
Yang dilatih dan diasuh dari kalangan pelajar yang betul² pelajar.
Team lain..hehehe 2-3 orang pemain SUKMA.
Ada yang memang hired bebudak ni jadi pelajar KK semata² untuk sukan.
Ya! Ini pendedahan berani mati saya!
Ada KK yang sampai sebegitu sekali kerana hendak menang.
Pelajar didaftarkan atas tiket sukan.
Tak datang kelas pun tak pa! Time sukan mereka akan wujud.
Di atas kertas mereka betul..kerana pemain itu berdaftar sebagai pelajar.
Tapi kalau atas dasar kesukanan, jangan KK akan gemilang dalam sukan!

Lupakan kisah itu.
Team saya dalam kumpulan A bersama Utara, Melaka/NS, Perak.
Melaka NS, Johan MASKOM 2008, Perak Johan 2009.
so...sendiri² faham la kan?
First game dengan Utara, kami menang.
Second game bertemu Perak, sengit!
Tapi salah percaturan, kami kecundang!
Bertemu Melaka/NS, saya langsung tidak meletakkan harapan menang.
Cuma saya kata kepada pelajar - enjoy your game!
Alhamdulillah, walaupun kalah (7-13), mereka puas kerana mereka betul² bermain!

Inilah pemain bola jaring Wilayah Johor yang memang sentiasa cun melecun!
samada di padang atau di luar gelanggang.
Tetap ceria walaupun kalah!
C - Zu dan Fadlin (KKLedang)
WA - Sumi
WD - Izreen
GA - Fatiha (KKLedang) dan Aqilah
GS - Nadia
GK - Azlin dan Wani
GD - Shahida (xKKPG now budak IKBN Melaka)
3 orang di row ketika adalah cikgu²nya - saya, iza dan salina.
TQ semua!

Sekian,Majulah Sukan Untuk Negara!

Thursday, December 16, 2010

Kebetulan


Sebelum ini saya tak perasan pun.
Masa isi borang nak clain elaun pindah rumah baru terperasan.
Alamat lama dengan alamat terkini saya.
Lebih kurang saja.

Buruknye tulisan saya ekk..Dah lama tak menulis pakai pen, selalu menaip ke kat komputer :P

Wednesday, December 15, 2010

Shopping sakan

Patutnya saya ke Gunung Datok Rembau N9.
Tapi kesan main bola jaring masa Hari Keluarga Parlimen PG telah menyedarkan saya,
yang saya masih belum cergas sepenuhnya untuk aktif seperti dulu.
Pelawaan ke sana saya tolak. Tapi tugas sebagai AJK Makanan tetap saya jalankan.
Menu mabelesss untuk taraf camping! Tapi kalau peserta tak pandai masak..
hehehehe..wa no komen!

Shopping sakan! Menang tak henggat². Penuh 2 troli kami kerjakan.
Habis seluruh Tesco kami geledah.
Time bayar, dupdap-dupdap takut over bajet.
Sekali..ok daaa...cun².
Kurang RM2.30 nak cukup 8 ratus! Ambik!
Makan sampai muntah!

Makcik² kat belakang kitaorang sampao sound "banyaknya dik! bila nak habis ni?"
"Sabar makcik..ada lagi satu troli ni"
Hehehehehe


p/s:
saya sekarang berada di Melaka untuk MASKOM Kebangsaan 2010.
12-16 Disember.
Semua entry sehingga tarikh itu adalah autopublish!

Tuesday, December 14, 2010

Kisah Pelamin Anganku

Dulu, masa saya bujang, saya ada cakap kat mak.
"Mak, kalau chek kawen nanti, chek nak buat pelamin. Tak kira!"
Waahhh...see ayat saya bukan main derhaka kat mak.
Memang teringin nak buat pelamin!Biaq la walaupun saya tak bersanding atas pelamin tu.
Padahal time tu boyfriend pun tak dak lagi. Tapi angan-angan bukan main.
Nasib baik kawen jugak. Kalau tak jadi 'Pelamin Anganku Musnah' la kot!

Lepas tu, bila saya dah bertunang dah mula pasang angan².
Dah mula riki² pelamin yang mampu saya miliki.
Tak mau la terlalu tak cantik dan tak mau la terlalu gah.
Kalau gah sangat, ongkosnya pun pasti tersangat indah jugak kan.
Jadi saya pun ukur² la dengan kewangan yang ada.

Makin lama makin dekat dengan hari kejadiaanya. Pelamin yang saya angankan pun menjadi nyata. Masa pelamin tu di pasang, saya tak dak kat rumah.
Tengah lulur² di spa adanya
Padahal esok dah nak akad nikah + kendurinya.
Balik rumah, pelaminnya dah siap. Cantik pada mata saya, oklah tu!
Ini la pelamin saya!

Esoknya pagi jam 10am (lebih kurang) saya pun selamat dinikahkan dengan Al Halim.
Lebih kurang time tu memang saya tak boleh nak pastikan masanya saya dinikahkan.
Sebab time akad tu saya dok menangis kat luar masjid.
Hahahahahaha
Kalau orang lain dah dok ayu bersimpuh belakang pengantin lelaki,
saya tak...dok jalan pusing² ruang solat tu dok tahan tak mau bagi ayaq mata meleleh.
Abah saya la, dia buat touching pulak time nak wakilkan imam akad nikah anak anak daranya yang sorang ni.
Saya pulak memang ratu ayaq mata...hujan lebat la adanya.
Sedaq², kakak ipaq saya dah panggil nak salam² sambil sarung gelang gitu!
Eh! Dah sah ka? Boleh saya tanya balik!

Balik rumah, sempat la posing kat pelamin tu sebelum tukar baju untuk kenduri pulak.
Time bersanding tu memang tak orang lain yang tengok pun. Hanya saudara mara sebelah saya dah sebelah suami sahaja.
Sebab kenduri bukan di rumah saya, tapi di rumah tok yang hanya 1km dari situ.
Tu yang mak saya bagi buat pelamin tu. Kalau tak..jangan harappp!
Mak saya ustazah tau. Adik² dan abang jugak begitu.
Saya saja yang jadi minah rock!

Ni la moment bersanding konon² padahal bergambar saja.
Tak dak tepung² tawar pun.
Persandingan ni berlaku 4 tahun yang lepas pada tarikh ini - 14 Disember 2006.

So, kira entry ni sebagai kisah HARI INI DALAM SEJARAH .

Hepi anniversary sayang. Sori, adinda tiada di sisi time² penting gini.
Nanti la, ayang balik kita celebrate sekeluarga yer!


p/s:
Now kat Melaka, MASKOM 2010 di UteM.

Monday, December 13, 2010

Cubaan 1, 2, 3

Cuti Awal Tahun baru Hijrah yang lepas saya balik ke Singapura.
Menjemput mak mertua untuk dibawa balik ke rumah saya.
dan akan terus diangkut ke Melaka Ahad ini,
sebab minggu depan saya akan bertugas di sana sempena Sukan MASKOM 2010
i coach netball tau!
hahahaha

Alkisah, masa kat Singapore tu, saya singgah ke blog TTM.
Dia publish udang goreng butter buatannya.
I pun meleleh ayaq liuq haaa..tengok udang goreng butter buatan TTM.
Terus nak cuba...gaya resepinya macam mudah dan senang.
Mak mertua saya memang suka udang goreng butter ni.
Hari tu pulak dia pening lalat, so i mengambil alih jajahan dapur dia.
Jadi, bolehla saya coba-coba kekdahnya!

Menu yang berjaya disiapkan sambil berperang dengan kakak dan anak² kembar.
Kobis goreng , sweet sour ikan bawal - siap + kena ngan tekak ibu mertua ku!
Susah tau masak nak kena nak tekak dia ni.
Yerlah, sorang utara, sorang selatan. Bertahun² lidah dah serasi dengan masakan masing².
Tapi sambal belacan i paling kena ngan tekak dia, sampai berdesup-desup dia hirup.
Bayangkan macamana mabelessnya sambal belacan buatan ku itu!
Nanti i letak rupanya kalau berjaya ditumbuk lagi.
hehehehe

Dan menu ke 3, udang goreng butter tapi rupa dia tak brapa nak cun adanya.
Ni ha rupanya...

Cubaan pertama yang tak mabeless!
Ada ketul² jugak telur kuning tu.
Jurai² halus (bukan Juraimee Salleh ya!) macam jala tu ada, tapi tak banyak.
Rasanya sebab i tak guna butter yang betul kot. Butter tak dak. Dah tetiba nak buat, terus belasah guna apa yang ada. Itu le hasilnya :P
Butter ni ha yang ada (kategori butter ka benda ni?)
Sila jawab sat!

Belasah makan habis jugak.
Tak pa..next time akan ku cuba lagi hingga berjaya!
Chayuk che kiyah!!

Sunday, December 12, 2010

Kuasa Blog


Korang percaya tak pengaruh blog itu kuat sebenarnya.
Sebab blog, pakatan rakyat (PR) memang dalam pilihanraya yang lepas.
Tu salah satu contoh yang kuat.
Walaupun stesen tv dan akhbar yang ada menunjukkan kebaikan kerajaan dan memburuk²kan PR, tapi 5 negeri berjaya ditawan walaupun ada yang berjaya dirampas balik.
Itu disebabkan rakyat memilih membaca blog berbanding menonton tv atau membaca akhbar.
Dan mereka terpengaruh dengannya!

Ok! saya bukan nak cerita pasal kuasa blog politik.
Tapi saya nak tunjukkan bukti betapa blog ini mempunyai kuasa mempengaruhi.
Buktinya pada blog saya ini.
Ingat tak , entry saya pasa Boniaku yang lusuh sudah.

Nak lihat apa hasil yang saya dapat.
Eh..tapi sebelum tu ada dialog dulu yer lol! Lebih kurang gini la dialognya :P

Suami : Ayang, tu kat dalam almari ada paper bag untuk ayang.
Isteri : Mana? Apa benda?
Suami : Tengok la...
Isteri bergerak ke almari.
Isteri : waaa...apa ni? (sambil semyum lebar)

Suami : untuk ayang laa...happy anniversary.
Isteri : eh..awalnyaaa..
Suami : yerlah...nanti dak tak sempat. Esok(Ahad) ayang dah pergi (sukan di Melaka, 12-16 Dis).
Isteri gelak besar sambil lompat², pastu cium² si suami penuh gembira.

See...sangat berkesan kan teknik saya! Ada kesan juga blog saya ni yer.
Lepas ni boleh arr buat wish kat sini lagi yer yang!
:P

Nah, ini hasil entry saya yang lepas tu -
Boniaku yang lusuh sudah dapat ganti yang baru!
taraaaaaaa...


p/s:
biasa² saja, tapi nak heboh jugak satu dunia!
hehehehe
Tq sayang..i ♥ u! Nak hadiah apa?

Saturday, December 11, 2010

Elaun Pindah Rumah

Sudah setahun saya berpindah ke rumah baru.
Rumah sendiri yang dibeli dengan loan kerajaan. Rumah teres 2 tingkat.
Itu la dunia kami anak beranak. Saya memang suka terperap di rumah bersama keluarga.
Masa bujang, saya memang kaki jalan.
Tapi setelah beranak pinak, saya lebih selesa berguling² dengan anak² di rumah adanya.

Untuk pengetahuan semua,
kita yang kerja as goverment servant ni dapat elaun tau kalau berpindah.
Bukan sahaja berpindah stesen kerja tapi pindah rumah pun dapat elaun.
Tapi bukan suka² hati pindah rumah yer.
Pindah yang dapat elaun ni adalah berpindah dari rumah sewa ke rumah yang dibeli dengan pinjaman kerajaan.
Saya mulanya tak tau yang pindah rumah ni dapat elaun.
Kak Is, PT di pejabat saya yang bagitau.
Saya pun tanya bahagian kewangan dan depa kata, ya! memang ada.
Apa lagi..saya pun berdesup isi borang.
Bab duit ni, cepat saja.
Sapa tak nak duit kan..kan..?Kalau dah hak kita, apa salahnya, iya dak?

Dulu masa pindah stesen kerja, dari Perlis ke Pasir Gudang, claim berpindah yang saya dapat buat downpayment MyV....adala dekat 5k jugak.
Kali ni pindah rumah tak la sebanyak dulu, tapi okla dari tak dak langsung kan.
So, berdasarkan kelayakan saya, maka di bawah ini adalah amaun yang saya layak dapat.
sukkee...suke...

Bila la nak masuk akaun saya ni. Bos dah sokong dah.
Mau hari² check maybank2u ni.
Tambah² time tengah kering macam la ni akibat gaji bulan lepas masuk awal..
tetiba akaun ada duit..sedap jugak nak pi sukan kat Melaka esok!

Friday, December 10, 2010

Sembang petang

Agak-agak apa yang adik dan abang ni dok bualkan.
Bukan main huaa-huaaa depa dua dok sembang time saya ambik gambar ni.

Cuba buat cerita tengok?!
hehehe

s.w.e.e.t

Satu petang di Singapura.
Ibu dalam bilik susukan abang, adik nyenyak dalam buai.

Kakak dan nenek di bilik sebelah.
Nenek sedang menyapu. Kakak apalagi, mengacaulah!
Ibu dengar saja perbualan mereka.

anak dara saya yang s.w.e.e.t

Tiba-tiba saya dengar dialog ini antara cucu dan neneknya
"nenek, apa tu?"
" itu s.w.e.e.t"
"kakak nakkkk.."
"tanya ibu dulu. Boleh tak kakak nak s.w.e.e.t"
"kakak nakkk"
"tanya ibu dulu boleh tak kakak nak s.w.e.e.t""

si kakak berlari-lari mendapatkan ibu di bilik sebelah.
"ibu..ibu..kakak nak T.U.V boleh tak?"
ibu " kah..kah..kah"

s.w.e.e.T terus sambung T. U . V

p/s:
kakak dah pandai hafal abc sampai z

Thursday, December 9, 2010

Jangan panggil kakak!


Ini budak sudah semakin notti.
Ibunya sangat pening kepala dengan pe'elnya yang kini menjadi².
Tapi kalau tak dak dia, ibunya boleh mati kutu.
Mulut dia sekarang, mai aiiii...bukan main lagi.
Pot-pet..pot-pet mengalahkan neneknya.
Nenek pun dah surrender dengan dia.

"tak pa laa...nanti kakak buat la"
"Ibu tak de duit yer, nanti kakak bagi duit yer"
" Ibu ni...berdosa tau..nanti tuhan marah"
"Ibu ni..napa tak kemas ni...nanti tak cantik la rumah kita"
"ibu..ibu..ibu sayang kakak tak"
"Kenapa sembahyang kat sini, sembahyang la kat bilik"
"Ya Allah ya tuhan ku" - sambil geleng kepala atau pegang dada!
macam² lagi la ayat dia yang gayanya macam orang dewasa yang bercakap gitu!

Baru² ni saya panggil dia 'kakak"
tau apa dia kata?!
"ibu ni..jangan la panggil kakak (sambil tunjuk ke dadanya).
Panggil la Kak Ros. Ni kan upin ngan ipin (sambil tunjuk pada adik² kembarnya)."
Tersedak ibu ketawa!!
pandai kakak sekolahkan ibu yerr...

Saya Kak Ros. Ada 2 adik tau!

Hadiah daripada Auntie Nadia

Kalau anda perasan, dah 2 entry babies saya pakai baju ni.
Ini baju hadiah masa depa lahir daripada kawan baik saya, Nadia dan suaminya yang saya panggil Labu. Namanya Azrul :P
Abang dan adik ada nak buat ucapan skit ni.
Kita bagi laluan yer...

To Auntie Nadia, Uncle Azrul, Abang Iman & Kakak Dina,
Thank you for this lovely baju.
Abang dan adik sangat suka!
Mula ibu simpan sebab size 6-12 months.
Tapi ibu cuba pakaikan masa abang dan adik 4 bulan.
Dah padan pun!

Kalau ibu simpan tunggu betul² 6 bulan baru nak pakai,
alamatnya sekejap sajala abang dan adik dapat melaram dengan baju hadiah daripada auntie ni.
Kasut ibu masih simpan lagi.
Sayang, kata ibu!

Okla...lain kali hadiah la lagi!
hehehehe

Wednesday, December 8, 2010

Bonia ku yang lusuh sudah

Sila jangan gelak akan beg duit saya yang dah lusuh ni.
Lately, saya perasan sangat akan rupanya yang makin lusuh. Terkopek sana sini kulitnya.
Purse ni pemberian mak mertua saya masa mula² saya jejakkan kaki ke Singapura.
Bersama purse ini, diberikan berpasang² baju dan 1 set loket dan subang emas dan gelang emas.
Tapi set loket dan subang serta gelang tu sampai sekarang tak pakai.
Tersangat mak datin!

Usia purse ini hampir sama dengan usia perkahwinan saya dengan en. suami.
Banyak jasa dan baktinya pada saya.
Dia la saksi kalau saya tak dak duit
pernah eksyen pi makan sekali duit RM tak dak - lupa nak keluarkan duit.
Juga saksi akan banyaknya duit dollar singapura yang saya suka kumpul.
Time duit mahal, tukar semua dollar tu...
uuwaaaaa...kaya...kayaaa..

Terasa macam nak purse baru bila tengok bekas anak² murid saya (di FB)
yang dah bekerja dok tayang purse baru depa.
hehehehe
Bila pandang purse aku..makkk aiii...
takkan cikgu tak boleh beli yang baru kot!

Tapi kan..tapi kan...
lebih indah dan lebih bermakna kan
kalau kan..kalau..kalau laaa
.
.
.
.
.
.
.
suamiku yang terchenta hadiahkan adinda purse baru
Boleh??
Jangan buat² tak baca yer
hahahaha

Saya dan Chinta Chandury

Pada saya ianya hanya sekadar warna - hitam!
Tiada yang istimewa pun.
Anda nampak tak istimewanya tudung hitam di atas tu?

Saya membelinya dengan harga RM19.90 - dengan konsep hitam sesuai untuk semua.
Al kisahnya, nak padankan dengan t-shirt program Akwaria.
Petangnya program di New York Hotel JB, tudung ini dibeli dalam perjalanan ke sana pada tengaharinya! Pantas. Jumpa terus rembat! Terus pakai di kedai itu juga!
Tag harga di potong tika tudung ini sudah di kepala.

Esoknya saya pakai lagi untuk program Hari Keluarga Parlimen Pasir Gudang.
Senang tudung macam ni. Terus sarung saja!
"Eh! mana che kiyah beli tudung ni?"
"Kenapa?"
"Cantikkk...tudung Chinta Chandury!"
"oohhh....ya kaaa. Kat belakang KipMart. 19.90 saja"

Tak salah ada 2-3 orang menegur saya memakai tudung Chinta Chanduri ini.
Saya langsung tak tau yang ini tudung terkini!
Punya la tak ikut peredaran zaman kan!
Main belasah saja!

Di NewYork Hotel, usai bersolek! Bergambar begini sebab nak tunjuk mata dah di tenyeh eyeliner! Pe'-rhak - kata orang Kedah.
Tq untuk Cik Khalis yang sudi solekkan akak!
Selamat ber't' yer, dik!
Exclusive daripada chekiyah.blogspot!
ahaks!!

Tuesday, December 7, 2010

Salam ♥ daripada Adik

Ini anak teruna saya yang kedua - faaid a.k.a adik.
Adik sedikit survival tapi kalau mai mode manja, abang kena letak tepi yer!
Suara sekarang mengalahkan Ning Baizura.
Kalau dah dia start 'enjin'...ambil sedikit masa nak memujuknya!
Hobinya tidur dalam buai!

Last check up, adik dah 6.0 kg. Berat dah nak hampir sama dengan abang.
Masa lahir pun adik kurang 200 gram kan.
Tapi kalau orang tengok muka, orang akan kata adik lebih berat daripada abangnya.
Sebab muka adik moooolaatt sangat!

Pada keluarga adik dan abang yang ada kat Utara,
kalau rindu mai la
hehehehe!
Adik, abang dan keluarga belum tau lagi bila nak balik sana.
ngeh..ngeh..ngeh!

Salam sayang daripada adik yang mesraaa...


Salam ♥ daripada Abang

Ini anak teruna saya yang pertama - Faaiq a.k.a abang
Now, dah pandai senyum² dan sembang².
Abang lebih manja rasanya berbanding si adik.
Kalau menangis pun, sayu saja kedengaran suaranya.
Tidur malam lebih senang berkepit dengan ibu.

Last month, masa check up abang dah 6.3 kg.
Semangat dah. Sekarang mau tambah lagi 2 kg gamaknya.

Eh..
Pak njang rindu abang dak?
Makcik ? Maksu? Rindu?
Mak tok? Wan? Paklong? Mak long?
Kalau rindu mai la rumah abang kat Pasir Gudang.
Pak long kan dah order Hyundai Starex. Dapat ni mai la beramai² ke Pasir Gudang.
Amacam?

Last, salam sayang daripada Abang!
Cak!


♥ Salam Hijrah 1432 ♥

♥ Salam penuh kasih sayang ♥

Selamat bercuti kepada yang bercuti.
Selamat meneruskan kerja pada yang bekerja hari ini.
Alhamdulillah,
masih diberi Allah umur kita pada hari ini untuk menyedut udara tahun islam yang baru.
3 minggu masih berbaki untuk ke tahun baru Masihi.

Azam?
Malas nak berazam yang lebih²,
hanya berusaha untuk menjadi lebih baik dari yang semalam
Lagipun tak perlu tunggu tahun baru untuk buat perubahan kan?
Bila² pun boleh!

Untuk seketika ini,
Salam Maal Hijrah buat semua!
Moga kita semua menajdi yang lebih baik dari yang sebelumnya, insyaAllah!

Thursday, December 2, 2010

Terima Kasih Kawan²

Alhamdulillah,
walaupun tidak berjuta²,
tetapi sedikit sumbangan telah berjaya dikumpul untuk
baby Afiq dan telah saya masukkan ke dalam akaun DJ Epoi - ayahnya.

Masa saya edarkan kertas dan sampul untuk sumbangan,
semua kawan² sepejabat bertanya - " Siapa dia ni?"
Saya cuma kata - " dia kawan blogger. Anaknya sakit jantung dan akan ke India minggu hadapan untuk rawatan".
Ya, dia 'kawan' blogger yang saya hanya kenal di blognya.

Terima kasih pada kawan² sepejabat yang sudi menghulurkan sumbangan seadanya
walaupun tanpa anda kenal siapa dia. Sama juga seperti saya yang tidak kenal dia.
Tapi rasa kita sama sebagai manusia. Saling bantu membantu - tak gitu?
Moga Allah membalas jasa kalian.

Buat rakan² sepejabat ku, nah sebagai bukti telah saya bank in kan RM100 hasil sumbangan kalian.
Terima kasih kepada penderma terawal - Kak Y dan Awa!
hehehehe

DJ Epoi membalas sms saya. Ini kata² pada kalian

"Wasalam, terima kasih banyak2. hanya Allah dapat membalas jasa anda semua, kami akan bertolak 8hb ni, doakan semua ya, tq"


Serabut Otak

Minggu² yang sedang mencabar telah datang.
Kerja berlambak perlu disiapkan. Sebab terlalu banyak, saya jadi relax untuk tenangkan otak.
Boleh? hahahahha


Antara yang ada dalam otak saya sekarang ni, perlu setel segera!

- Markah PB budak².
- Markah Exam Amali yang baru habis semalam ( 2 paper)
- Exam teori 2 paper (blom exam lagi 9hb ni- bila nak marking)
- 12 - 16 ni kena pi sukan kat melaka
- Teks ucapan pengarah + teks mc
- LO untuk makanan camping Projek Gunung Datuk + menunya
- Latihan sukan yang tak capai tahap dikehendaki lagi.
- AGP Akwaria yang perlu dihadiri - miting dan eventnya
- Hari Keluarga Parlimen Pasir Gudang - kena pikir & hadir walaupun saya bukan ahli
parlimennya!
- banyak story nak share tapi tak dak masa nak update blog
hahahaha larikkksssss


p/s:
tetiba teringat otak² Kuala Kemaman yang wallllaaaahhh..

Tuesday, November 30, 2010

Bantulah Dia


Baby di atas namanya Afiq.
Saya baca kisahnya dari blog ini yang dilink dari blog kak azie.
Sayu hati keibuaan saya bila menatap wajah anak kecil dengan corong oksigen di muka.
Hampir menitiskan airmata.
Terbayang pula andai anak saya mengalami nasib yang sama.
Minta dijauhkan ya Allah.

Saya bukan orang yang sangat kaya untuk membantu.
Mak saya kata, kalau tak dapat bantu dengan wang ringgit, dengan tenaga pun tak apa.
Saya pun tahu, bukan semua pembaca blog picisan saya ini kaya.
Tapi rasanya, untuk RM10, masih mampu kot!
Atau berilah setakat yang terdaya.

Hari ini hari mereka.
Hari kita belum tentu bila dan entah macamana?
Kalau hari ini kita bantu orang, insyaAllah, orang lain akan bantu kita pula bila kita susah.
Yakin, Allah itu Maha Adil!

Hulurkanlah setakat yang termampu untuk meringankan beban anak kecil ini.
Moga sumbangan yang dihulurkan, digunakan dengan sebaiknya
insyaAllah!

Pada yang nak menghulurkan bantuan kewangan, berikut adalah akaun ayahnya yang dikenali blogger sebagai DJ Epoi.

MAYBANK:: 162311772012
NAMA:: SAIFUL ANU
AR BIN ABDUL RANI

NO HP:: 013-2078787
p/s:
kawan² opisku..ada yang nak hulurkan sumbangan...silakan!

Info sihat : Mengapa harus berhenti minum soft drink?


Lewat petang usai menjaga exam, saya duduk di bilik saya sendirian.
Menatap jidar google sambil melayan blog kegemaran.
Terjumpa artikel ini dari salah satu blog yang selalu saya terjah.
Wajar saya berkongsi bersama anda asalkan jangan berkongsi suami sudah
hehehehe

Nah, di bawah adalah kisah sepenuhnya!
--------------------------------------------------------------------------------------------

Mengapa harus berhenti minum soft drink?

Diambil dari GeniusBeauty, Rabu (7/7/2010), berikut 5 alasan kesehatan mengapa orang wajar berhenti minum soft drink:

1. Obesiti (berat badan berlebihan)

Peneliti di University of Texas menemukan bahwa soft drink meningkatkan risiko obesiti rata-rata 32.8 peratus, sedangkan diet coke (soft drink bebas gula) justeru meningkatkan risiko hingga 54.5. Maka soft drink bebas gula tak selalunya sihat.

2. Kalori yang tak berguna

Sebahagian besar minuman soda mengandung 250 kalori per 600 ml. Tak ada kandungan nutrisi atau mineral di dalamnya, melainkan hanya gula dan kafein.

3. Kecanduan atau adiktif

Soft drink juga dapat menyebabkan semacam kecanduan. Yang merangsang kecanduan adalah kandungan kafein di dalamnya. Setelah berhenti dari kebiasaan minum soft drink, Anda akan mengalami gejala putus zat seperti sakit kepala, depresi, gugup dan menggigil.

4. Meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes

Menurut sebuah laporan yang diterbitkan oleh American Heart Association di Circulation Journal pada tahun 2007, orang yang minum soft drink setiap hari akan meningkatkan risiko sindrom metabolik, yaitu suatu kondisi yang meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes, sebesar 44 persen.

5. Mengurangi jumlah sperma

Hasil studi di Denmark menunjukkan laki-laki yang meminum 1 liter atau lebih soft drink setiap hari bisa berbahaya bagi spermanya. Laki-laki yang sering meminum soft drink menghasilkan sperma 30 persen lebih rendah dibandingkan yang tidak minimum soft drink.

Monday, November 29, 2010

Aku , Jammed dan Sinar FM

Ahad 28 Nov, around 9 am saya berdezzzup dari Singapura ke Pasir Gudang.
Hari tu saya penceramah ke 2 untuk Kursus Ms Publisher.
Itu yang kena balik juga tu!
Sampai kat Woodlands, jamm tak ingat dunia.
Almost 3 jam i stranded kat situ, Woodlands Checkpoint - Bangunan Iskandar tu.
Macam nak patah balik pun ada, tapi memikirkan my partner ngajar sorang², tak adil pulak kan?
So, perjalanan itu ku teruskan jua.

Dalam kereta, saya melayan Sinar FM, kemudian layan CD Quran.
Habis CD tu diulang, jam tak lepas lagi.
Tukar balik ke Sinar FM. Pukul 11++, JamalJamaluddin (JJ) ke udara.
Disebabkan terlalu boring, saya pun hantar sms ke sinar FM.
"Che Kiyah Pasir Gudang, dalam jam kat tambak Johor keluar dr Singapura. Mujur ada Sinar. Salam sayang buat keluarga di utara malaysia dan Singapura!"
Elok je lepas checkpoint Malaysia, JJ baca sms saya tu.
Memang saya gelak la. Suka!.

Lepas ni harus aku buat lagi kerja sms sinar ni!
hehehehe

p/s:
Pukul 1 baru sampai Pasir Gudang. Kelas pun dah habis
hahahahaha <-- gelak untuk diri sendiri.
Terus type entry ni!
Isnin dan Selasa, jaga exam pagi - petang!
Tu yang siap² set autopublish!

Sunday, November 28, 2010

Majlis Nenek

Siang kelmarin, mak mentua buat makan². Jemput kawan²nya dan saudara mara di Singapore datang. Cucu² - menantu Melaka dan Pasir Gudang ada sama.
Penuh dan meriah rumah yang selalu sunyi sepi ni.

Baby abang dan adik adalah VVIP hari tu.
Semua datang mesti cari babies. Kembar la katakan!
Nenek dah siap2 belikan depa baju kuning. Siap mandi ibu sarungkan saja.
Bab baju memang ibu tak payah risau.
Since ada kakak lagi, nenek yang tukang sponsor baju baby.
Ibu sangat² suka sebab baju ibu pun nenek suka sponsor sama.

Abang dan adik sangat ok hari ini.
Dah kembali normal lepas kejadian ngeri dalam kapal terbang balik ke Johor.
Tapi dua² selsema daaa...sama ibu juga yang tengah 'idung sempit' ni.
Esok pagi kena bergegas ke pejabat.
Ada kursus pendek yang ibu kena handle - Ms Publisher.
Tapi pukul 1 pagi masih dok menaip karangan ini.
hehehehehe

p/s:
Kebanyakkan entry saya adalah autopublish

Baby Karok!


25 November lalu, kami berlima anak beranak pulang ke Johor dengan menaiki penerbangan AirAsia, Penang - Senai.
Kakak seawal 4.30pagi telah berjaya saya bangunkan, mandi dan bersiapkan diri.
Kembar sekadar tukar lampin, terus dukung masuk kereta saja.

Kakak punya excited nak naik kapal terbang.
Bukan tak pernah sebelum ini, tapi kali ini dia sudah punya memori yang lebih kuat untuk menghargai detik² kejadian untuk dikongsikan.
Bertolak dari rumah abang 5.15 am. Sampai di Penang Airport jam 6.10 am.
Terus bergegas ke kaunter check-in. Airport penuh orang rupanya di pagi² gitu.
Bumbam-bumbam, Gate 10 terus diterjah sebab gate dah nak tutup.
Subuh pagi tu dibiarkan berlalu.
Ya Allah...ampunkanlah dosa kami suami isteri!

Ayah dukung abang. Ibu dukung adik. Kakak jalan sendiri.
Melangkah masuk ke perut kapal terbang, baby adik mula 'menyanyi'.
Waahhhh...satu kapal terbang boleh dengar suara dia yang nyaring mengamuk tu!
Dah la seat kami di baris ke 3.
Pasti orang² di belakang tercari² pemilik suara emas tu.
Sejam perjalanan, baby adik terus mengamuk.
Berhenti suara sekejap² bila dia terlelap keletihan.
Kapal bergegar berlanggar awan, dia terjaga dan sambung mengarok lagi!.
Terpaksa la ibu bersabar sambil terus memujuk.
Abang pun buat perangai tapi dah di hujung² penerbangan.
Kakak...ok la! Tapi sibuk nak pindah seat + nak jalan² dalam kapal.
Adeehhh...jenuh nak terang bagi dia faham yang kita sedang di atas awan sayang oiii...

Landing di Senai, kami turun last sekali.
Semua orang turun kapal mesti toleh tengok kami. Harussss!
"Kembar? Eh..Tahniah" - Ada juga yang wish.
Hahahahaha...memang bestkan!? Memang menarik perhatian orang.
Turun je kapal, babies diam!
Masuk teksi, siap boleh gelak² sembang lagi.
Adehhh..tak faham ibu!!!!

Sampai rumah adalah saat terindah. Home sweet home walaupun rumah bersepah.
Kemas apa yang patut, kami anak beranak sambung tidurrrrr.

Saturday, November 27, 2010

Terima kasih M@t@HaW


Saya sebenarnya sudah lama mengimpikan untuk ada blog sendiri. Lama sungguh!
Beberapa kali mencipta blog namun akhirnya bersawang sendiri.
Terjebak seketika dengan fotopages. Juga tertimpa nasib yang sama.
Akhirnya, tercipta blog ini untuk kesekian kalinya.
Tujuan mulanya kerana saya menjadi pengajar kursus pendek
Kursus Pembinaan Blog Peribadi.
Saya yang usulkan kursus itu.
Akhirnya, nota, kelas pertama dan blog contohnya saya yang siapkan
dengan bantuan dari tutorial yang ada di blog² yang glemer.

Cambahan dari kursus itu, maka blog ini terus hidup hingga kini - selagi ada nyawa hendaknya.
Biasanya, pengunjung blog saya tidak ramai. Komen setiap entry pun 2-3 saja.
Blog saya mungkin cuma diterjah dikalangan
1. rakan² sepejabat (tak semua tahu saya ada blog)
2. Geng sekerja Kolej Komuniti (2-3 org saja)
3. Rakan² FB
4. Bekas² anak murid
5. Rakan² seuniversiti.
6. Adik beradik saya yang ada blog (3 0rang saja pun yang ada)
7. dan 2-3 orang yang dikenali hanya melalui blog.
8. Silent readers (tu pun tak banyak sangat)
tu saja kot.
eh sat! sat!sat...lupa pulak
satu lagi - suami saya adalah pelawat setia ya!

Malam tadi, saya tak boleh tidoq.
Saja bukak nuffnang sebab ramai yang dok story kisah earning masing².
Teringin jugak nak tau earning saya dah berapa juta! (dalam mimpi yer)
Tengok earning saya, biasa saja!
Maklumla, blog picisan macam saya ni mana nak ramai visitornya kan.
Nuffnang pun 'hidup segan mati tak mau' letak iklan kat blog saya ni - ala² merajuk dengan harapan nuffnang buh banyak iklan kat blog saya.
Sekali bila tengok kat new community..
mak aiiii...ramainya!? Selalu, hanim ngan ciklin ngan ili ngan mimi saja yang ada.
Check pulak kat stats dalam blogger.
Dapat la jawapannya.

Rupanya Haw add link blog saya kat blog dia.
Patutlaaaaaaa.
Tu baru blog yang hanya ada 200++ followers. Ramai silent readers dia gamaknya kot....
Sila bayangkan kalau blog terpencil saya ni di 'add' linknya oleh blogger ternama.
Waahhhh...cepat..imagine hehehe
Gamaknya, mesti penuh skrin dengan nuffnangers yang mai ziarah kan?

pic atas : senarai 2 hingga bawah adalah pelawat setia saya.
pic bawah : selalu, FB yang paling banyak di'refer' tapi telah berubah yer

Buat Haw (yang hanya saya kenai blog dia saja),
terima kasih kerana telah meningkatkan trafik di blog saya.
Saya suka...tersangat gumbira!
heeyaaaa...yariibaaa...
oppss...sori!
terover daaa...

p/s:
terima kasih kepada semua yang sudi singgah di blog saya yang tak seberapa adanya ini.

Related Posts with Thumbnails