Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, June 24, 2010

World Cup 2010


Saya bukanlah peminat bola yang tegar, biasa² saja.
Masa kat uni dulu, layan jugak tapi
sekali-sekala saja.
Itu masih sama sehingga ke hari ini.

Sejak 2 malam yang lalu, baru saya berpeluang menonton siaran langsung World Cup tahun ini.
Itu pun sebab encik suami yang gigih mengadap tv.
Saya pulak, dari tergolek kiri dan kanan tapi tak lelap² juga mata kaedahnya-
(maklumla 2 bos dalam perut dah makin aktif)
saya pun bangun menonton tv bersama suami.

First game yang saya tengok,
Yunani vs Argentina.
(Yunani = Greece - saya tengok tv Indon RCTI hehehe)
Encik suami siap dengan air kopi dan jajan
bekalan sepanjang menonton!

Malam tadi, saya tido awal sebab keletihan yang amat.
Mungkin kurang tido sebab siaran langsung Yunani - Argentina!
Pukul 1 am saya terjaga.
Mata sudah tidak boleh lelap.
2 bos dalam perut terus ber'futsal' gamaknya.
2.30 am saya kejutkan suami " Kata nak tengok bola"
Encik suami bangun terus on tv hehehe
Mula saya tak nak ikut. Takut esoknya saya keletihan macam siang tadi.
Tapi mata tak nak lelap. 2 Baby terus menendang sana-sini.
Akhirnya saya bangun mengadap tv bersama suami.
Faaqihah baik punya tido....

Dan pagi tadi...
mata saya kembali kelayuan!
Opis mula lengang. Semua mula sibuk dengan Kembara Mahkota Johor (KMJ).
Sunyi² ni, layan mata arr...bestkan!

p/s : saya tidak terlibat dengan KMJ. Bukan KMJ saja, malah hampir semua program dalam tempoh setengah tahun ini. Kalau ada pun, jadi AJK yang tak perlu ke sana-sini.
Ambik kau! Penangan mengandung kembar!
Lepas ni jenuh saya kena cover kerja hehehehe


4 comments:

Cikgu ILi said...

Che Kiah,
Seronoknya bile pregnant kan..
Alahai jelesnya..
Tapi...bertambah-tambah seronok bila kembar...jimat masa!

Zakiyah Zainon said...

seronok..cuma kena tahan skit la..
bayangkan time sarat gini, 1 baby pun dah senak ni kan 2 dok guling2 kat dalam..

Nurul said...

hahah..kompem yg kat "dalam" tuh pun tengah demam World Cup tuh. Kalo leh letak pembesar suara, sure leh dgr diorg menjerit "GOL!"..ehehe

Zakiyah Zainon said...

tu laa, time WC pulak tu, depa pun tak leh dok diam nak main bola jugak :P

Related Posts with Thumbnails