Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, July 6, 2010

Bila anak murid dah kaya!

Saya bukanlah kaki tengok tv yang tegar. Sejak dah tua-tua ni,
tengok gitu-gitu saja. Bukan lagi menjadi follower pada sesuatu program walaupun saya minat gila dengan cerita tu!
Last saya layan program kegemaran ni,masa AF3 dulu..time Mawi tu hahahaha
Mungkin saya salah seorang yang terpersona dengan aura dia.

Cuma sejak 3 bulan sebelum ni, saya mula melayan MENTOR4.
Dulu, saya tak layan sangat cuma tengok-tengok gitu saja..
Terlayan MENTOR4 ni pun bukan apa...sebab salah seorang peserta tu adalah bekas anak murid saya - Mohd , protege Ziana Zain.

credit : gua.com.my

Mesti akan ada yang kata "Time ni semua nak mengaku kenal Mohd kan?"
kan..kan...mesti ada yang kata macam tu kan? hehehehe
Biasala tu...adat manusia, kalau ada yang berjaya semua kita mengaku kenal,
walaupun hanya pernah berselisih kat toilet atau di tepi jalan...

Saya cuma tumpang bangga atas kejayaan dia.
Memang dari zaman belajar di KKPG lagi, dia memang 'hantu mic'.
Asal ada karaoke, dia la tukang nyanyi. Student yang lain pun menyanyi jugak,
tapi bila izwan (panggilan kat kolej) menyanyi, memang sedap la..
Nampak 'pro'nya...memang hantu karaoke!

Tahniah dari saya buat dia.
Walaupun, mungkin dia tak akan ingat saya dah lepas ni.
Maklum la...sudah sibuk dengan dunia yang baru.
Dah bergelumang dengan artis-artis. Dah banyak peminat.
Cuma saya harap, dia dapat menjadi artis yang tidak lupa diri dengan glemer.
masih ada jati diri & tidak terlibat dengan benda-benda yang negetif!
Tidak lupa Allah dan sentiasa beringat-ingat akan masa depan. Dunia glemer ni kan sementara sahaja - jangan hanyut!
Semoga dia dapat membentuk identiti yang tersendiri - budak ni poyo habis!

Dia mungkin kurang berjaya di dalam bidang akademik, tapi sudah tertulis itu rezeki dia.
Dah kaya pun dapat 100K.
Cikgunya ni, ntah bila boleh dapat 'segelepuk' duit terpijak macam tu kan?
Saya pun tak pasti,perlukan saya berbangga dengan kejayaannya sebagai artis, cuma saya tumpang gembira atas kejayaannnya!
Tahniah sekali lagi.
Tak sia-sia KKPG hantar penyokong ke MBSA masa konsert akhir tu!


p/s : google2 tadi, jumpa Facebook Fanclub dia (ada banyak jugak) - tak pernah terbayang pun, izwan yang suka 'bermalasan' dalam kelas Math saya sudah punya ramai peminat!


No comments:

Related Posts with Thumbnails