Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, July 9, 2010

potty training

08.09.2010
Faaqihah akan berumur 3 tahun.
Dah sampai masanya nak latih dia tak pakai pampers.
Sekarang dia dah paham apa itu kencing dan berak.Ibu dah ajaq dia - kencing mesti dalam toilet, kat lubang hehehe
Berak masih fail lagi..asal nak berak terpaksa pakai pampers.
Ada sekali tu dia dah berak dalam seluar, baru bagi tau..adoiiiii

Semalam google-google cari info pasal potty training nih.Normal katanya kalau ada yang dah berumur 4tahun masih guna pampers.
Tapi saya tak nak la Faaqihah sampai 4 tahun masih pakai pampers.
Ikut tahun, next year dia dah masuk 4 tahun.
Kalau dia masih pakai pampers, tambah dengan dua baby yang coming soon ni,mau parah ayah ngan ibu spend duit untuk 'lapik' bontot saja.
Ini tidak boleh jadi!

Sementara saya bercuti lama ni, latihan telah dimulakan.
Alhamdulillah, latihan kencing agak berjaya - kadang-kadang dia dah terkencing sikit, baru bagitau ibu!
Nak menjayakan program ni memang perlukan perhatian yang sepenuhnya.
Sokongan dari orang sekeliling dia selain ibubapa juga perlu.
Saya kat kampung ni banyak pembantu yang boleh disuruh hehehe
Setiap 1-2 jam, kena ajak dia ke toilet.
Kalau dah habis bernajis satu rumah.

Semalam google-google,
jumpa potty chair yang menarik.
Harga dalam US$29 - BABYBJORN.Kat Malaysia, outlet ada kat KL saja.
Terjah outlet Singapore..tu diaaaa, berderat. Paling dekat ngan rumah kat Tempines.
Ibu habis cuti nanti kita terjah yer ayah - sambil kelip-kelip mata kat ayah. Ayah kan baru dapat bonus..simpan untuk ibu sama yerr..hehehehe

Ayah, ni le rupa potty chair tu..cantikkan. Ada kaler pink dengan putih jugak.

Sapa-sapa yang ada pengalaman pasai potty training ni, info la kat saya mcmana anda lakukan?
Tak kisah la buang air besar or air kecil.
Nak jugak dengaq pengalaman orang lain!
Lain orang, lain caranya tak?!
Mungkin cara orang lain lebih efektif.

email saya kat - tulip_putihh@yahoo.com
atau tulis kat comment box pun boleh.
ok, terima kasih!

2 comments:

Nurul said...

kitorg pun tgh train zakwan utk tak pakai pampers. Bila kat rumah memang tak pakaikan pampers. Alhamdulillah sehingga hari nih, bila nak kencing or berak dia akan bgtau. Well, dia boleh kencing kat toilet tapi bila berak kat toilet, teran2 tanak kuar. Bila pakaikan pampers, elok jer senang dia teran..Ahahaha..sakit ati kekadang tuh...

Zakiyah Zainon said...

tu la...bab berak still faillagi hehehe
kencing 2-3 hari ni dah makin ok..

Related Posts with Thumbnails