Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, July 6, 2010

Sudah dapat!

Apa yang sudah dapatnya??
Jap lagi saya story ok..

Siang tadi, dengan perut yang semakin cekang, tegang dan jalan yang terkedek-kedek,
saya drive sendirian ke Jitra.
Roadtax kereta expired 10 Julai ni, jadi sendiri mau ingatla.
Destinasi di tuju, Am Bank!

Lepas tu terkedek-kedek drive ke bank rakyat dan maybank. Keluarkan duit dan masukkan duit.
Masa kat AmBank, saya dapat call dari nurse klinik Tunjang, tempat saya
dok dating dengan doktor tak pakar tu!
Ahad ni kena jumpa doktor lagi sekali untuk setelkan apa yang patut.
Sebabnya 19 Julai ini saya akan di operasi hahahaha

ck - " Awai sikit tak bolehkan nurse?" - penuh keyakinan!
nurse - " nak awai ka? boleh...nanti bincang lain dengan doktor "

Awai pun tak pa kan..bak kata mak saya, dah tau nak kluaq macamana.
Lagi lambat, saya yang tak tahan dok menanggung tendangan jurusan ke 8 bos-bos kat dalam ni!
perrghhh...sungguh-sungguh tak tertahan!
Lagipun encik suami akan bercuti 11 Julai ni..
kalau operate 19 Julai, dia dah nak balik ke Kota Singa

Tarikhnya dah dapat tapi saya nak kasi adjust!

Lupa nak khabarkan, masa scan kat PMC hari tu,
baby saya dah besaqq....
1. 2.3 kg
2. 2.4 kg
errrrmmmm...patutla tendangan depa makin mantap!

1 comment:

Faramin said...

che kiah...jeleslah..bila i nak pregnant ni.huhu.

Related Posts with Thumbnails