Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, August 25, 2010

darah daging

blog saya ni, hari-hari cerita pasal anak-anak saya kan?
orang lain sibuk cerita pasal menu berbuka, pasal baju raya, kuih raya..
saya?
puasa pun blom lagi...oppssss!

singgah kat blog hanim, dia ada cerita pasal murtabak!
saya memang penggemar mutabak dulu, kini & selamanya...insyaAllah


murtabak copy daripada blog hanim..izin yer!? hehe
tiada kena mengena dengan entry ini

tapi kawan-kawan
mak saya pesan, hati-hati beli murtabak ni..
hati-hati tang mana tu?

gini, murtabak kan guna teloq.
mak saya kata kalau nak beli murtabak tengok tuan dia basuh dak teloq tu..
macamana nak tau teloq tu di basuh atau tidak?

bukannya dia basuh depan kita..
tengok teloq tu dok dalam 'sarang' teloq tu ka @ kat bekas lain.
kalau dok dalam 'sarang' tu
confirm saya tak beli!
saya yakin teloq itu pasti tidak bersih

tapi kalau dok dalam bakul @ bekas lain saya beli..insyaAllah
itu pun 'tinjau-tinjau' lagi
puaskan hati.

bukan apa kawan²
kalau teloq tu tak basuh...issshhhh
cuba bayangkan?
teloq tu keluaq dari b*nt*t ayam kan
(ayam berak & berteloq dari lubang yang sama)
pastu tukang canai murtabak tu pulak ambik teloq yang tak basuh tu dengan tangan
dia pecahkan teloq tadi
pastu dia canai lagi murtabak tadi dengan tangannya yang pegang teloq tadi..
dan lagi dan lagi berulangkali..

pastu kita beli dan makan murtabak tadi yang dah bercampur najis
tak elok kawan-kawan
bukan saja untuk kesihatan tapi makanan itu akan menjadi darah daging
selain halal, biarlah ianya bersih dan bebas dari perkara yang meragukan!
kebersihan kan separuh daripada iman

mungkin ada yang anggap ini perkara remeh
tapi hal-hal ini yang mempengaruhi hidup kita dan membentuk peribadi anak-anak
kerana makanan itu menjadi darah & daging kita!
saya ulangi
darah & daging kita

wallahualam..


p/s:
boleh diaplikasikan pada lain-lain menu yang menggunakan telur.
sekadar berkongsi..nanti saya sambung lagi yer!


1 comment:

Softtouch [Hanim] said...

haahlah kan...thanx for the info..kene tinjau lepas nie..tp kalu sy kat umah mmg basuh dulu telur tu..

Related Posts with Thumbnails