Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, August 19, 2010

jimat cermat


"jimat, cermat, pikiaq, hemat"


itu adalah pesanan arwah tokwan saya
turun kepada anak-anaknya yang salah seorangnya adalah mak saya
dan mak saya selalu menekankan hal ini
pada kami adik beradik.

dalam apa saja yang kita lakukan, mesti jimat
bukan kedekut tapi beringat untuk hal-hal lain yang mendatang.
kalau ada RM10, jangan dibelanjakan semua pada hari itu
jimat & beringat untuk hari kemudian!

kemudian, kalau guna @ berbelanja akan sesuatu barang,
kenalah cermat, agar barang tahan lama @ duit tidak dihabiskan tanpa hala tuju yang penting.
cermat @ berhati-hati..

berbelanja @ melakukan sesuatu mesti berfikir
jangan berkata @ melakukan sesuatu tanpa berfikir.
sangat perlukah barang itu untuk saya?
@
perlukah saya berkata begitu?

selepas berfikir,
renung-renungkan kembali perkara yang hendak dibuat itu
agar ianya mendatangkan faedah kepada diri sendiri dan orang sekeliling.
penilaian yang mendalam ini dinamakan hemat.

bila semua telah dipertimbangka,
barulah kita bertindak melakukan sesuatu yang telah dirancang

saya cuba aplikasikan sedaya mungkin
tapi kadang-kadang terculas jua
bila nafsu menguasai minda
pikiaq dan hemat hilang entah ke mana

apa yang tetiba saya bebel ni?
hehehe
saja, sebagai ingatan pada diri saya dan anda semua!


3 comments:

Softtouch [Hanim] said...

thanx sbb share peringatan nie..sy pun ada jugak culas..yelah kdg2 xsmpat berpk sbelum bertindak...

Faramin said...

ye che kiah.setuju.penting sangat berjimat cermat ni.tp perempuan ni nafsu shopping parah.

Cikgu ILi said...

TU dia aihh orang dalam pantang ni..rajin betul update blog..saya pulak lately pantang jugak.pantang jumpa katil.hehe.
Rupenye Faaiq & Faaid kembar tak seiras..hebat gile!
Che Kiah..syoknya..raya tayang anak-anak kembar..sukenya.....jeles sangat.

Related Posts with Thumbnails