Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, August 27, 2010

misteri part 2


pada yang baca entry saya bertajuk MISTERI
nah..ini sambungannya!


apa misteri di sebalik kasut itu?
apa kisah yang mendebarkan itu?
memang saya mengucap panjang di samping berkali-kali mengucap syukur
kerana Allah masih memelihara kami sekeluarga!
Syukur Alhamdulillah...

----------------------------------------------------------------------------------------------------

seperti biasa, petang itu saya duduk di kerusi malas di tepi pintu usai menidurkan kembar saya
sekali-sekala faaqihah bertanya itu ini
saya melayan ala kadar dek kerana 'penat' dengan tingkahnya yang nakal.

kemudian, dia melepasi pintu dan berdiri lama di situ seperti memerhati sesuatu.
saya sekadar awas dengan kelakunya.

"ibu, kakak nak tengok ula* jap ekk", pintanya sedikit pelat.
memang itu sikapnya, sentiasa meminta izin
tapi tidak boleh tidak, mesti benarkan!
"ok", saya selamber memberi izin.

tetiba saya terus terfikir
'ulat' ke 'ular'?
maklumla, dia masih pelat pada sesetengah perkataannya

bingkas saya bangun dan pegang tangannya. Dia sedang terkial-kial memakai selipar ketika itu.
saya berdiri di muka pintu sambil bertanya
"kakak nak tengok apa?"
"tu ula* kat situ", sambil menundingkan jarinya ke arah sepasang kasut hitam.
saya menjenguk..

Ya Allahhhh...
saya nampak objek hitam yang bersisik!
ulaqqq!

"makkkk....ada ulaq dalam kasut adik!!"
emak yang sedang terus bangun dan menjenguk pada tempat yang saya tunjuk!

tiada lelaki di rumah saya ketika itu
kecuali dua anak lelaki kecil saya.
lalu mak bertindak, bersedia dengan buluh sambil berdiri di tepi kasut.

sesekali, ular tu terjenguk² nak keluar, tapi disembunyikan kembali kepalanya!

kami berbincang cara nak menghapuskannya
sambil saya banyak menghalang mak dari bertindak
bila memikirkan risiko kalau² ular itu melawan.

lama mak menunggu, akhirnya mak nekad bertindak menjadi hero.
yerlah, mak masih belum pun mula memasak untuk juadah berbuka,
sampai bila harus tunggu!?
dan
pungpang - pung pang
akhirnya, ular itu tewas di tangan mak!

huh!
ular senduk ok!
senduk! bukan senduk memasak yer!
ular senduk
sebesar 2 jari saya!

sila bayangkan kalau Allah tak gerakkan hati saya untuk bangun
&
biarkan kakak tengok ula* itu tadi.
bayangkan!?
nauzubillahhhh...




sila tengok '0' pada kepalanya




p/s:
gigih nak cerita..kalau kebod x rosak, lagi panjang karangannya!
mau ayat ala-ala novel sri diah
haha

6 comments:

Ms.Lilies said...

perghhhhh c.kiah oiii.....ngeri!

Softtouch [Hanim] said...

ular rupenya...takutnya..nasib awk tergerak nk bngun...alhamdulillah ular tu pun mati

Faramin said...

che kiah,saya paling takut this creature.

Nurul said...

nauzzubillah...alhamdulillah la si faaqihah tak terus pi tengok jer...

Juraimee said...

ALHAMDULILLAHHHHH.....
kena buat syujud syukur tuh ck..
tedung selar tuh.. ada bulat kat blakang kepala... bisa ya'amatz tuh... jangan main2....
mati ka??

Cik Ros said...

Alhamdulillah...
Lip...
Orang kata lepas ni try letak sulfur (belerang) keliling rumah. Bimbang² partner dia mai pulak cari.. Wallahua'lam...

~ Busu

Related Posts with Thumbnails