Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, September 27, 2010

Kasut kulit


Selama ini saya hanya membaca kisah seperti ini.
Tak sangka ianya terjadi kepada saya.
Walaupun pihak yang lagi satu menafikannya,
tapi saya tidak dapat meneruskannya kerana telah muncul was-was di hati saya.
Akhirnya saya terpaksa lepaskannya
walaupun ianya sangat comel dan cantik pada saya.

Apa kes ni??
Ni ha...saya terbeli kasut yang diperbuat daripada kulit babi.
Perrghhh...alkisah, nak masuk keja - kasut sudah lusuh!
Balik Pasir Gudang, berdesup ke pasaraya berdekatan. Sekali pandang terus berkenan.
Tanpa berlengah-lengah (maklumla, ada 2 bigboss + 1 madam kat rumah)
saya terus meminta size saya dan terus membayarnya.
Murah...RM45.90 sahaja.
Sedapp....lembut dan sungguh selesa!

Esoknya, saya membelek-belek kasut baru saya.
Alamakkkk! ternampak 3 dot pada lapik kasut tu. Banyakkkk...
Sudaaahhh..terus google! Sah!
Petang tu jugak berdezuppp saya ke pasaraya tempat saya beli kasut itu.

Gedebak-gedebuk,
manager pasaraya tu (rasanya la, dia call sebab time saya nak jumpa, depa miting)
bagitau saya yang kasut tu bukan kulit babi tapi corak tiruan!
Gila!! awat corak kulit babi yang kilang tu pi tiru!?
Tiru la corak kulit buaya ka...kura-kura ka...tapir ka!
ni kulit babi yang ditirunya!
Takpa laa...sampai la kasut tu saya tak pi ambik!

Balik rumah terus korek tanah!
Apalagi...sertu leeee..
udah was-was kan!

Cantik kan kasut ni...kat tapak putih tu banyak 3 dot tu

p/s:
nasib baik ada kasut lama yang dah berabuk tapi masih baru
(dah 2 tahun dibeli tapi tak sedap dipakai)
tetiba, sedap pulak pakai la ni
hentam!

2 comments:

Softtouch [Hanim] said...

ye ke awak...sy kene lebih berhati2 nie..nasib cik kiyah alert yer..kaly sy mau terus sarung jer, xde belek2...

yg lama tu still cntik lg, mcm baru

Don & Nor said...

org pun penah terkena. dulu beli kasut anak kat korea. dah puas belek, sbb tau kat obersea ni mmg kena hati2, ingatkn xde, skali dah balik umah baru prasan disebalik belah dlm tu rupanya kulit dia..ayuyai...buang jer laa. x smpt pun pakai lg.skali balik m'sia nak belikn utk anak gak. ingatkn x payahler belek mcm kat korea. dah terbeli gak. kat giant plak tu..mana nak jangka kan?smpi umah baru prasan. kena buang gak. chett.nak pegi smula giant utk buat aduan dah maleh.spatutnya kena amik tindkn agaknya kan. sbb dia jual campur2 dgn kasut yg tiada kewaswasan. tensen mokcik.

Related Posts with Thumbnails