Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, October 14, 2010

Aku dan Gunung Tahan

Pada yang kenal saya sejak di sekolah dan universiti,
pasti tahu minat saya yang mendalam dalam aktiviti lasak dan mendaki.
Pantang di ajak, pasti bersambut.
Biarpun tengah kalut dengan exam, tapi hutan Sintok tetap kita terjah di malam hari.
Konon-konon nak release tension.
Esoknya, dengan mata panda ke dewan peperiksaan!

November ini saya akan membawa pelajar ke Gunung Tahan.
Mulanya saya merancang untuk mendaki bersama.
Ya lah! Alang-alang tinggal anak tinggal keluarga!
Dari menjadi pegawai pengiring tanpa berbuat apa-apa, baik saya mendaki bersama mereka.
Sekurang²nya lepas rindu saya pada udara gunung yang nyaman!

Tapi sayang berjuta-juta kali sayang..
saya baru saja melahirkan baby twin melalui pembedahan.
Baru nak mencecah 3 bulan.
Setelah berfikir panjang, saya tidak berani mengambil risiko untuk menyusahkan orang lain
dan juga diri saya sendiri.
Saya tunggu sahaja di bawah sambil bersiap sedia untuk majlis penutup program.


Wahai gunung Tahan,
jodoh kita masih belum sampai.
Dulu masa di universiti peluang sudah datang,
saya tak dapat ke sana kerana ibu saya melahirkan.
Sekarang, peluang yang sama datang.
saya tak dapat ke sana juga kerana saya pula yang baru melahirkan!

Bila agaknya kita akan berjumpa!??


1 comment:

Cikgu ILi said...

Che KIah,
Saya sangat fahammmmmm.......mesti rasa meronta-ronta sangat....gatal je kaki..tapi ni la namanya bukan rezeki...

Nanti ada rezeki lagi akan datang.....insyaallah..psttt...saya pun dah bagi nama nak pegi tahan lagi cny ni..we'll see...adakah mmg rezeki sy atau tak.

Related Posts with Thumbnails