Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, October 14, 2010

Bila ibu menangis



November ini ibu sangat sibuk.
Ibu dah roger mak tok kat Kedah untuk hantar anak-anak ibu balik kampung.
Sedih ibu nak berpisah dengan anak-anak ibu walaupun sedetik.

Mesti ibu akan bosan!
Kakak tak dak dengan ibu.
Tak boleh la ibu nak potpet² sembang ngan kakak.
Tak boleh la ibu bebel kat kakak bila kakak lompat² atas katil kacau baby!
Tak dak la orang yang dok paksa ibu ambik Yakult, nak roti, nak mee...nak itu..nak ini time ibu nak tengok tv atau susu dan tidokan baby!

Mesti ibu bosan.
Baby abang dan adik tak kacau tido ibu.
Ibu dah tak dak keja pulak.
Nak tukar pampers, nak basuh berak adik abang di tengah malam.
Kena bertukar² tempat time nak susukan abang dan adik.
Tak lenguh pulak tangan ibu gilir² nak dukung abang dan adik sorang-sorang sambil berperang
dengan kakak.

Sori anak-anak ibu.
Ibu terpaksa hantar anak-anak ibu.
Kalau boleh, mana ibu pergi, ibu nak angkut semua sekali.
Tapi ibu kesian kat anak-anak ibu!
Dari ibu tinggal anak-anak ibu dengan orang luar
baik ibu hantar anak-anak ibu kat saudara mara kita.

Semalam, mak saya telefon.
Dah plan baik punya. Siap abang saya pun sanggup drive ke Pasir Gudang
untuk menjemput anak-anak buahnya.
Lepas cakap ngan mak tok, saya terus menangis.
Tak sanggup rasanya nak berpisah dengan anak-anak.

"kakak..nanti mak tok nak ambik kakak ngan baby balik Kedah. Ibu sorang-sorang." - sambil menangis
kakak tergamam melihat saya mengalirkan air mata.
Dia terus berhenti bermain dan datang memeluk saya.
"Dah..dah...nanti kakak beli kasut biru kat ibu ekkk...nanti kakak bagi duit kat ibu ekkk"
sambil dia tepuk-tepuk belakang saya memujuk.

uwwarrrrrghhhh..lagi laju air mata saya.


p/s:
sambil mengarang entry ini, air mata saya berjurai-juraian.
mental mau kuat kalau nak berpisah dengan anak!

2 comments:

Softtouch [Hanim] said...

lahai sedihnya sy cik kiyah...kalu sy pun xsanggp..tp keadaan memaksakan...bukannya sngaja nk tinggalkan dorang..Tp cik kiyah kira untung sbb ada mak yg boleh jagakan dorang..sabar yer...

Anonymous said...

wahhh aku pun nangis sama. teringat kat anak2. Mak kat jitra beberapa kali asyik duk tanya bila nak bagi dia bela anak2 sat sbb to'pah bosan.
-suli-

Related Posts with Thumbnails