Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, October 22, 2010

Kembali

Saya sangat banyak kawan baik lelaki, perempuan maupun pondan.
Kawan saya ada macam-macam pe'el.
Percaya tak?
Saya ada kawan yang lesbian tapi saya bukan 'les' yer.
Saya ada kawan gay, tapi saya memang bukan gay.
Pada saya,
tak salah saya berkawan dengan mereka yang ok atau tak ok sikapnya
asalkan saya tak mengikut perbuatan mereka yang salah itu.

Dulu masa saya kat asrama,
saya berkawan dengan seorang senior berketurunan Sikh yang baik hati.
Saya juga berkawan dengan senior sebangsa dan seagama walaupun ada yang suka mengejek saya kerana ketidak'comel'an saya.

Saya pernah dipermainkan.
Cara saya berpakaian pernah diperlekehkan.
Cara saya memakai tudung pernah diketawakan.
Tapi saya biarkan walaupun saya pernah menangis sendirian.
Saya abaikan semua itu kerana hanya seorang dua saja yang berperangai begitu, selebihnya sangat baik dan mesra dengan saya.

~saya bersama rakan² gunung di Puncak Chamah~

Tahun demi tahun, kami semua berpisah membawa haluan masing-masing.
Semua dengan jalan hidup dan pilihan yang tersendiri.
Teknologi kembali menemukan kami - terima kasih FB!

Alhamdulillah,
senior saya yang berketurunan Sikh itu telah memeluk Islam.
Saya sangat gembira kerana tindakan nekadnya selepas SPM
untuk melarikan diri dan memeluk Islam telah mengubahnya menjadi seorang hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.
Nampak sungguh kebahagiaan pada wajahnya bersama keluarga.

Pertemuan di FB juga membuatkan saya sedih.
Senior yang selalu mengejek saya telah bertukar rupa.
Dari seorang melayu, kini wajah dan kehidupannya lebih 'orang puteh' dari 'orang puteh'.

Saya sangat sedih.
Sedih kerana dia yang dilahirkan dalam Islam tetapi memilih jalan hidup yang jauh terpesong.
Melalui gambarnya, saya dapat mengagak cara hidupnya yang penuh glemer.
Clubbing, minum, posing yang 'masyaAllah', berpakaian yang 'Astagfirullah', berpesta jangan cakap la.
Nampak kebahagiaan dan kegembiraan pada wajahnya kerana dia berjaya mencapai semua yang diimpikan sejak di sekolah dulu.

Jauh di hati kecil ini, saya berdoa.
Moga Allah memberikannnya taufiq dan hidayah agar dia kembali ke jalan yang benar.
Saya juga berdoa, moga Allah terus menjaga hati saya agar tidak terpesong dari landasannya.
Saya juga berdoa, moga Allah menjadikan anak-anak saya, anak-anak yang soleh dan solehah.
Berilah kekuatan kepada saya untuk membimbing mereka dalam dunia yang semakin mencabar dan bergelora ini.


p/s:
teringat kata-kata kawan saya
"biaqla depa nak pakai seksi di dunia, kita tutup aurat dulu, nanti kat syurga kita seksi sepuas-puasnya"
:P

No comments:

Related Posts with Thumbnails