Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, October 22, 2010

Rezeki

Bajet Jumaat lepas, PTK akan dimansuhkan dan akan digantikan dengan penilaian yang lain.
Yang macamana tu tak dapat ditentukan lagi.
ermmm...sekejap gitu..sekejap macam ni.
baru je nak seronok dengan cara yang sediaada, dah nak diubah!
entahlah....

Alkisah, saya berPTK lepas. Memang happening habis.
Pada yang rasa takut dengan PTK, tolong la berfikiran positif.
eceehhhh..mentang la dah pi PTK tapi blom lulus lagi, dah eksyen! kemain awak yer!!
hehehehe

PTK kali ni bagi saya agak mudah kerana saya mengambil untuk bahagian Generik saja.
Hanya menghadiri perbincangan kumpulan dan jawab soalan objektif.
Perbincangan kumpulan saya, happening habis.
Siap dah tutup, pastu boleh buka sesi balik.
Saya amat yakin yang penilai tersalah menekan loceng masa.

10 minit pertama - sekali loceng
40 minit seterusnya (bermakna minit ke 50) - 2 kali loceng
tapi dia tekan loceng masa minit ke 40.

Sebab tu ada lebihan masa walaupun kami dah lama buat sesi penggulungan
Tapi tak pa, hari tu dia boss..maka boss akan selalu betul walaupun buat salah!
Terima kasih untuk ahli kumpulan ku yang sangat positif. Langsung tiada unsur menjatuhkan antara satu sama lain.
Kesian kat group lain, ada acara memangkah peserta lain untuk menaikkan diri sendiri!
Kalau aku jadi penilai, orang tu aku bagi markah paling sikit.
Sangat tidak baik ok!

Soalan objektif pun sangat senang! Direct punya soalan.
Tapi saya langsung tak baca buku!
Agak-agak boleh lulus ke idak ni?

errmmm...
Moga Allah murahkan rezeki saya sekeluarga.
Moga penilai yang menilai saya lembut hati, dan memberikan markah yang banyakkk.
moga kertas objektif yang saya tanda tu, betul jawapannya!
Lembutkanlah hati mereka-mereka yang bagi markah kat saya.
aminnnn....

p/s:
Mak saya pesan dulu-dulu,
lepas kita dan usaha, dah jawab periksa, kita mohon moga Allah lembutkan
hati pemeriksa kertas kita, bagi markah yang banyak!
hehehehe

No comments:

Related Posts with Thumbnails