Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, October 20, 2010

zzZZzzzZz

Perghhh...letih-letih mata nengok pc dok buat keja.
Rehat jap update cerita kembar saya.

Ni aksi anak kembar saya tido.
Dua-dua sangat nyenyak kalau tido meniarap.
Kalau ada yang nak bagi anak tido meniarap, mula-mula kena awasi dulu.
Takut juga baby masih tak mampu nak angkat kepala untuk ubah posisi mukanya.
Alhamdulillah, twin saya ni pandai memusing-musingkan kepala
sejak belum capai umur 2 bulan lagi pun.
Hasilnya sekarang ni, tengkok masing2 dah keras.

Abang Faaiq dah boleh meniarap 16 Okt lepas.
Lepas dah pandai meniarap, dia dah tak mau lena meniarap.
Pantang letak je, nanti toing..toing...kepala dia tegak, terus tak nak tido dah!
La ni, bagi dia lena melentang pulak.

Adik Faaid masih tido meniarap.
Time susu tengah malam tu, saya ubah dia tido melentang.
Nyenyak jugak!
Adik tak tunjuk tanda-tanda nak meniarap lagi
Cepat dik....tak sabar ibu nak tengok!

Saya bersyukur sangat-sangat pada Allah,
walaupun ada 2 baby, tapi saya masih boleh handle kedua-duanya dengan tenang
selalunya seorang diri - suami selalu kerja shift malam uhuk!
kadang-kadang terasa macam supermama pulak!
Cuma, letih dan mata panda ke pejabat esok paginya adalah biasa.
Terima kasih pada suami ku yang kadangkala turut membantu,
walaupun letih balik keja!
Itu yang adinda mau!!!

5 comments:

Softtouch [Hanim] said...

dah besar dah twin comel tu..cpt jgk abg meniarap yer..gud boy..xdik sikit lagilah tu..adik mnja tu lmbat sikit...

Zakiyah Zainon said...

adik memang sangat manja hanim...
kalau dukung abang, nanti dia pun bunyi sambil jeling2 kat ibu hehehe

abang cool...tapi kalau dah menangis, punya kuat suara dia

aqih said...

faaid faaiq....wawawa...kepala nek rambut dah..

Cikgu ILi said...

Bestnyaaaa!
Walaupun dalam perut yang sama tapi perkembangan lain-lain.
Nanti bile Adik dah menerap, Abang dah expert menerap.

Ms.Lilies said...

anak aku pun tdo tiarap...
nyenyak je..bleh aku buat keje lain..kot tdo telentang terkejut2 je dia

Related Posts with Thumbnails