Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, November 19, 2010

Akaun Abang dan Adik

Fuhh...hari raya ke 2 saya dah masuk pejabat.
Yerlah..buat apa bercuti lama² kalau tak dapat beraya bersama keluarga.
Masuk ofis ala-ala sunyi gitu. Ramai yang masih lagi bercuti.
Konon nak buat kerja tapi tak dak mood pulak.
Lunch hour nya, saya pun ke serata tempat di sekitar pasir Gudang dan Seri Alam
untuk settlekan macam² urusan tertangguh sebelum balik bercuti di Kedah.

Matlamat utama saya adalah membuka akaun untuk anak kembar saya.
Alhamdulillah, kakak dah ada. Now turn adik² pulak.
Setelah dihitung semua hadiah wang dan sumbangan yang diberikan kepada mereka semasa lahir dan duit raya adalah RM1000 dalam tangan saya.
Dah nama kembar, kenala bahagi 2 iya dak?!
Permualaan akaun masing² dapatlah RM500 setiap seorang.

Saya buka akaun di Bank Rakyat- Tilmiz.
Senang, kakak pun ada akaun kak situ.
Simpan tambahan duit kakak dapat hadiah frame gambar.
Abang dan adik dapat tabung dan beg upin dan ipin sorang sebijik!
Sesuwaai sangat!

Pada pembaca blog saya yang ada anak,
dah buka akaun belum?
atau
duit raya anak² dah masuk bank belum?
Sila buat dengan segera yer.
Kang ada pulak duit anak² yang susut.
Tak cukup, pinjam duit anak dulu..tak cukup pinjam dulu..
pastu lupa! hahahaha
Saya tak kata orang lain yer, sebab saya pun buat macam tu!
Tapi saya ganti balik dengan segera.

Kalau nak buka akaun amanah anak-anak, jangan lupa photostat surat lahir dan ic penjaga.
Bawa yang original ke bank sama yer.
Isi borang. Serah duit dan borang kat kaunter.
Tunggu sekejap. Settle!

2 comments:

Softtouch [Hanim] said...

sy pun dah buat dah untuk anak sy dah...sspn..elok ker yer cik kiyah?entahlah mcm nk tukar.nuri yer twin tu punya..teringat dulu masa kecik2 sy pun ade nuri

Zakiyah Zainon said...

bukak byk2 akaun tak pa...bukan rugi pun..hehehe..nuri, buka acct 150 ke atas dapat tabung, kalau 500 dapat beg lagi tambahan

Related Posts with Thumbnails