Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, November 18, 2010

Antara Chowrasta dan Line Clear

Pulang dari Misi Bantuan Banjir di Kedah, kami singgah di KK Jerai.
Lepas makan di KK Jerai, kami bertolak ke Penang dengan keadaan peserta yang belum mandi
selepas bermandi peluh mencuci lumpur dan selut.

Destinasi di Penang adalah Chowrasta Market.
Apalagi yang istimewa di situ - jeruk buah-buahan la.
Tapi pada yang suka nasi kandar - Line Clear ada di hujung sana menanti anda!
Pada yang tak tahu kat mana : jalan depan pasar chowrasta (pasar di kanan anda, IPD di kiri anda), jalan terus saja.
Cari lorong yang ada kedai mamak.
Haa...itu le Line Clear!

Saya tunaikan solat Asar di surau yang berdekatan.
Kemudian bergerak seorang diri ke Line Clear.
Rakan saya sudah menunggu di sana kerana di dalam bas, saya sudah berbincang dengan dia
untuk pekena nasi di Line Clear.
Sekali saya sampai kat sana, semua driver dah bersedia.
Hakak sorang pompuan dik!!
Ingatkan saya dan rakan sepejabat saya (lelaki juga) yang ingatkan Line Clear.
Rupanya ramai daaaa...

Bum-bam..bum-bam, sesi mengisi perut pun selesai.
Memang terbaek lah! Bertambah enak lagi bila Pengarah Program belanja!

pilihan saya kalau ke kedai mamak :
nasi beriyani separuh + ayam goreng + bendi rebus

3 comments:

Softtouch [Hanim] said...

sedapnya cik kiyah...sy kalu p mamak ayam goreng n semua jenis kuah letak atas nasi tu..he he he

Don & Nor said...

pehhh..lama x layan nasi kandaq...
bila baca tajuk tu memula ingatkn kat negara mana chowrasta tuu..bunyi pelik bebenooo...

Zakiyah Zainon said...

hanim : tu le..ayam goreng tak la muak sangat..
nor : chowrasta bukan di korea ya..hahahaha kat penang saja..belakang komtar

Related Posts with Thumbnails