Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Sunday, November 28, 2010

Baby Karok!


25 November lalu, kami berlima anak beranak pulang ke Johor dengan menaiki penerbangan AirAsia, Penang - Senai.
Kakak seawal 4.30pagi telah berjaya saya bangunkan, mandi dan bersiapkan diri.
Kembar sekadar tukar lampin, terus dukung masuk kereta saja.

Kakak punya excited nak naik kapal terbang.
Bukan tak pernah sebelum ini, tapi kali ini dia sudah punya memori yang lebih kuat untuk menghargai detik² kejadian untuk dikongsikan.
Bertolak dari rumah abang 5.15 am. Sampai di Penang Airport jam 6.10 am.
Terus bergegas ke kaunter check-in. Airport penuh orang rupanya di pagi² gitu.
Bumbam-bumbam, Gate 10 terus diterjah sebab gate dah nak tutup.
Subuh pagi tu dibiarkan berlalu.
Ya Allah...ampunkanlah dosa kami suami isteri!

Ayah dukung abang. Ibu dukung adik. Kakak jalan sendiri.
Melangkah masuk ke perut kapal terbang, baby adik mula 'menyanyi'.
Waahhhh...satu kapal terbang boleh dengar suara dia yang nyaring mengamuk tu!
Dah la seat kami di baris ke 3.
Pasti orang² di belakang tercari² pemilik suara emas tu.
Sejam perjalanan, baby adik terus mengamuk.
Berhenti suara sekejap² bila dia terlelap keletihan.
Kapal bergegar berlanggar awan, dia terjaga dan sambung mengarok lagi!.
Terpaksa la ibu bersabar sambil terus memujuk.
Abang pun buat perangai tapi dah di hujung² penerbangan.
Kakak...ok la! Tapi sibuk nak pindah seat + nak jalan² dalam kapal.
Adeehhh...jenuh nak terang bagi dia faham yang kita sedang di atas awan sayang oiii...

Landing di Senai, kami turun last sekali.
Semua orang turun kapal mesti toleh tengok kami. Harussss!
"Kembar? Eh..Tahniah" - Ada juga yang wish.
Hahahahaha...memang bestkan!? Memang menarik perhatian orang.
Turun je kapal, babies diam!
Masuk teksi, siap boleh gelak² sembang lagi.
Adehhh..tak faham ibu!!!!

Sampai rumah adalah saat terindah. Home sweet home walaupun rumah bersepah.
Kemas apa yang patut, kami anak beranak sambung tidurrrrr.

1 comment:

Softtouch [Hanim] said...

yelah sy pun perasan kalu bb naik plane mesti mcm tu..dulu anak buah sy, YA Allah dia punya nangis mcm nk terbukak bumbung kapal terbnag tu...dia xselesa kot..yelah masa nak take off tukan telinga kita mcm pekak, sdgkan kita ni dewasa pun xselsesa apatahlagi bb...

Related Posts with Thumbnails