Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, November 2, 2010

Banjir oh Banjir


Sejak 2 hari lepas , FB kawan-kawan kat Utara sibuk dengan banjir.
Air dah makin naik.
Hujan dah 2 hari tak berenti.
Semua dah get ready dengan stok makanan, air dan api
Takut tragedi 2005 berulang kembali.

pagar sekolah saya dah nak tenggelam!

Dari FB kawan-kawan jugak saya dapat gambar-gambar ni.
Lokasi yang memang saya sedia ketahui.
Pergghhh....memang cuak!

radix FC yang baru dibuka masa saya balik bersalin dulu.

Banjir besar yang lepas saya berada di Kuala Lumpur dan Pahang.
Dapat rasai suasana gelabah tengok air yang membuak-buak tu sekejap saja.
Lepas tu, air bertakung memenuhi ruang - macam laut mati gitu!

Banjir kali ini pun saya tiada di kampung.
Tapi hati saya pulak yang membuak-buak ketakutan.
Anak-anak saya berada di sana.
Mohon jangan la kampung saya ditimpa musibah yang sama.
Kalut ahli keluarga saya nak uruskan mereka!

Alhamdulillah,
rumah saya belum pernah dimasuki air walaupun rumah sekeliling saya sudah banjir.
Tapi, hati ibu tetap bimbang.

Ya Allah, peliharalah anak-anakku dan ahli keluarga tu di sana..
Moga selamat semuanya

Nasmir Nasi kandar depan sekolah saya

p/s:
Terima kasih kepada kawan-kawan di FB yang masukkan semua gambar ni.
Walaupun jauh dapat juga saya update suasana kat sana

2 comments:

Juraimee said...

sabar ck sabar...
saya doakan semuanye baik2 sajer utk awak sekeluarga.. insya'allah.....

perkhh!!! skema tak ayat saya??

Zakiyah Zainon said...

tersangat!!!

Related Posts with Thumbnails