Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, November 23, 2010

Berendoi


BERENDOI

Berendoi masih bergerak aktif hingga ke hari ini dan boleh ditonton kebanyakannya di negeri Perlis, Kedah, dan Perak. Di negeri Perak nyanyian berendoi ini menggunakan nama Dendang Siti Fatimah dan seni katanya berlainan dengan seni kata yang dibawa oleh kumpulan Berendoi di Perlis dan Kedah. Adat berendoi atau buai bayi ini dipersembahkan sebagai tanda keriangan atau kesyukuran menyambut kelahiran cahaya mata. Lagu-lagu Berendoi atau Dendang Siti Fatimah membawa seni kata yang memuji junjungan Nabi Muhammad s.a.w, menceritakan perihal susah payah ibu mengandung dan melahirkan anak dan juga nasihat-nasihat kepada kanak-kanak. Ada juga seni kata yang dicipta oleh kumpulan ini disesuaikan dengan keadaan semasa. Antara lagu yang dibawa dalam majlis berendoi ialah Tuhan Rabbul'alamin, Anak di dalam Buaian, Ayuhai Anak Cahaya Mata, Kebesaran Allah, dan Aduhai Anak Jangan Durhaka. Berikut ialah lagu Anak di dalam Buaian:

Ayuhai anak di dalam buaian,
Pejamkan mata jangan tangiskan,
Lagu Berendoi kami dendangkan,
Di dalam majlis tanda kesyukuran.

Lamalah sudah kami menanti,
Namun engkau tak kunjung tiba,
Dengan takdir ilahi rabbi,
Kini engkau sudah menjelma.


Disebabkan dah lama teringin nak buat acara berendoi, peluang balik ke kampung untuk akikah
saya gunakan untuk melangsaikan hajat terpendam ini.
Tukang berendoinya tu kawan-kawan mak saya, senang la nak kira kan!
Kalau di KL atau Selatan, acara ni lebih kurang macam acara Potong Jambul tu.
Cuma bezanya, kalau kat Kedah tak dibuat potong jambul
dan lagu yang yang didendangkan pun tak sama dengan kat sana rasanya.
Lirik² lagu yang alunkan dalam berendoi ni banyak berunsurkan nasihat dan cerita nabi.
Mudah sangat nak difahami

Acara berendoi berlangsung jam 3 petang.
Dari pagi saya kalut dengan buai yang 'janji ada'
Adik saya la...punya berangan nak siapkan buainya..langsung tak boleh harap daaaa...
Dengan kekurangan bahan dan menggunakan bahan sedia ada,
saya dengan maknjang saya siapkan buai dengan tema
'Janji Ada'.


Bergilir²lah abang dan adik naik buai.
Sanak saudara yang kecik² dan muda memenuhi ruang menonton acara yang memang
depa tertanya² dari pagi " macamana berendoi tu".
Dah lama acara ni tak dibuat.
Seingat saya, saya pun pernah tengok acara ni masa kecik² dulu, dan lagu²nya selalu saya dengar adalah dendangan arwah datuk saya dimasa senggangnya bersama anak cucu.

Baby abang naik buai, sekejap terus tidur.
Habis 5 lagu, turunkan abang, ganti dengan adik.
Adik pun, kodek² dengar lagu, tak lama kemudian terus tidur.
Semuanya adalah dalam 1o lagu yang dialunkan.

Masa berendoi tu ada diletakkan 2 jag air untuk dibuat mandi anak-anak ni.
Saya pun mandikan sajala.
Terperasan dalam tu ada duit 20 sen.
Tanya mak "awat ada duit?"
Mak kata " ntah..depa suruh bubuh, pasai apa, tak tau la".
errmmm...agak² ikut logik, sebab apa ya!?

2 comments:

Softtouch [Hanim] said...

tembam yer twin tu..comel...oo sana pggil berendoi yer..selsesai sudah dah utk twin tu yer..

Faramin said...

comelnye twin ni.

Related Posts with Thumbnails