Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, November 24, 2010

Makan Keluarga

Jamuan keluarga AidilAdha tetap meriah walaupun agak ramai saudara-mara tak dapat datang.
Mak lang anak beranak ke Perak makan kenduri.
Makngah jaga menantu baru bersalin.
Anak-anak makndak pun balik awal lepas kenduri siangnya.
Walaupun tak ramai, tapi meriah tetap adanya!

Menu kali ni dah bertukar.
Kalau dulu, time raya korban mesti ada daging bakar atau sate.
Kali ni ubah dengan ikan bakar.
Pakcik saya yang kaki pancing tu dah awal² buat stok ikan siakap dan ikan merah.
Malam tu, ada jagung bakar, bihun sup, nasi gorang, kentang goreng dan nuggets, rojak
dan beberapa menu sampingan.
Banyakkk.....3 meja kau buat susun makanan!


Pukul 10 baru mula menjamu selera!
Ambik! Pukul 8 baru mula bakar ikan + masak², mana nak boleh dinnernya.
Jadi supper la kekdahnya!
Apapun, time makan tetap meriah. Juadah, tinggal sikit² saja balance.

Tahun depan mungkin saya tak dapat kot merasa acara ni,
yerlah, dah 2 tahun saya raya AidilAdha kat Kedah.
pastu tahun ni, dua² raya saya kat sini.
Kesian pulak sama mak mertua.
Lagipun, dia dah sponsor langsir AidilFitri, takkan tak faham² lagi!
SMI laaaa...

2 comments:

I Am The Vault Dweller said...

aku nak datangg...tapi jauh

Softtouch [Hanim] said...

wah meriahnya....bestlah aidiladha cik kiyah...

Related Posts with Thumbnails