Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Sunday, November 21, 2010

Chat, chatting & chit chat


Dari tajuknya, agak² apa yang akan saya karangkan?
Yer..saya pernah menjadi chatter TEGAR suatu masa dulu.
Zaman belajar sampai la zaman bekerja sampai la zaman dah kawen pun!
Tapi sekarang ni dah kurang. Harap maklum, kang terbiar anak² den. Ketagih tau!

cari mana i?

Masa zaman muda (now pun muda lagi),
i memang femes tau di chatroom (private room) - sila gelak yer hehehe
suka buat havoc ngan member² padahal ada yang langsung tak pernah jumpa.
Kalau dengan members yang selalu jumpa dan sekepala, lagi la gegar room kami kerjakan.
Ada saja chatters yang kami kenakan!

Usik mengusik penuh kasih sayang dan kemesraan.
Ya, itulah niat saya.
Langsung tiada niat untuk menipu atau mempermainkan orang.
Niat untuk berkenalan dan mencari kawan walaupun saya memang ramai kawan.
Mungkin niat saya baik, maka Allah mempertemukan saya dengan rakan² yang baik pekertinya dan mulia hati mereka.
Alhamdulillah.
Walaupun ada juga pengalaman berkenalan dengan chatters yang suka menipu, tapi itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus berkawan.
Tidak kurang juga yang menganggap saya cuba mengorat mereka dengan keramahan saya.
Mungkin kerana saya tak cun, dan nak berkawan dengan mereka yang handsome dan berkedudukan, tak pa..tak paa
saya layankan saja la perasaan mereka itu!

Dengan chatters yang satu kepala, kami sering berjumpa dan lepak bersama².
Masa itu kami bertiga (me, lela & juzz) di Utara. Geng² di KL akan datang berjumpa kami di sini atau kami akan ke sana. Meriah sangat masa tu.
Maklumla..semua masih bujang!Ada juga yang 'bujang tinggal sorang' hehehehe
Kenangan bersama yang susah nak dilupakan, kami ke Langkawi time CNY.
Sewa van takdak gear 2, gear 1 terus ke gear 3.
Masa tu lagu Seksis dan Sway tengah glemer!
Masihkan kalian ingat tragedi itu?
lucu...lucu..

Ramai juga rakan-rakan dari luar negara yang saya jumpa. Orang M'sia juga.
Gathering pertama di KL dengan promo " sapa nak jumpa tulip dan juzz, datang la"
sambil berbuka puasa di rumah Bro G & Kak Da,
kami buat video chat dengan kawan² diserata dunia.
Gathtering berikutnya terus berlaku. Datang sekeluarga dari Singapura pun ada.
Itulah indahnya dunia chat saya.
Tidak pada one to one saja tapi lebih kepada berkenalan sekeluarga.
Mungkin itu lebih diredhai Allah Taala.

Zaman kami sudah berlalu.
Room yang selalu saya terjah sudah berganti dengan chatters baru.
Bak kata foundernya yang masih di situ "Budak² ni macam ko dulu² la".
Namun, ikatan persahabatan kami masih erat.
Lebih eratnya bila saya bersuamikan rakan chat saya!
Dia mengorat saya tau! Sebab dia bersungguh, saya terima la!
ampun kanda..hahahaha

Buat semua rakan² yang mula kenal saya dengan tulip_putihh a.k.a liplap,
andai ada salah dan silap sepanjang kita bersahabat, saya mohon ampun dan maaf.
Saya manusia biasa yang tak lari dari berbuat khilaf.
Sesungguhnya, kalian tiada beza dengan yang mula saya kenal di alam nyata.
Terima kasih kerana sudi memeriahkan hidup saya
Anda semua tetap sahabat saya dunia & akhirat.
Eh! Pasal tetiba aku syahdu ni!
(saya memang sensetif bab kawan-kawan daa...)

p/s:
kalau nak story bab dunia chat ni, 4 hari 4 malam blom tentu habis.
Banyak kenangan manis tak kurang juga yang pahitnya!
Now, dunia blogging pula...

6 comments:

Nurul said...

lipppp..ko buat aku syahdu gak..huhuhu..walaupun aku kejap jer masuk room2 tuh, tapi best wooo time tuh..sampai member aku siap sound, ko nih asik chat jer..alih2 somi pun dr dunia shatting, abang ipar pun dari dunia chatting..huahuahua

sepupu_ikan said...

Lip, makacih yer tagged kan aku blog ko ni. Terimbau pulak kenangan dulu2. Aku teringat masa kita mula2 jumpa di Perlis dulu. Masa tu aku numpang umah Lela. Jumpa ko, w/pun kejap..ramahnya ko macam dh delapan tahun kenal u. Syukur sangat kita masih ingat antara satu sama lain sampai skang. Bagi kami yang belum ber'somi' ni, dunia chat seperti u all yang dh berkeluarga jugak. Maksud aku, kami pun just chat dengan kawan2 lama. Nak masuk room pun dh tak reti...hehe, so kekalkan aje lah kawan2 chat sediada.

Dh maghrib, nanti aku komen lagi. jgn jemu yer membaca nanti ;)

Zakiyah Zainon said...

nisri : tula...indah dunia chat dulu kan...bukan saja boleh dapat suami, abang ipaq punboleh dapat hehehehe

ike :i kan memang peramasss orangnya...oppss...peramah..tapi sebab hang pun ramah jugak..tu yang kita sama naik tu!hehehehe

Softtouch [Hanim] said...

kalu sy teringat dunia chat (chat ym) sy mesti sengih sorang2 sy kenal suami sy melalui itu..he he he

mid said...

hehe..aku sayang ko gak lip;)) wpn skang dah jarang jupe..

Zakiyah Zainon said...

hanim : sama la kita rupanya hehee
mid : i tau u sayang i..hehehe...aauwww..=)) lama tak gelak guling²

Related Posts with Thumbnails