Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, November 17, 2010

Juadah Malam Raya!


Sejak berumahtangga dan beranak-pinak,
inilah kami pertama saya sendiri di malam raya.
Petang raya, hampir pukul 7 baru saya meninggalkan pejabat.
Usai solat maghrib di rumah, saya ke mall berdekatan - membeli-belah pesanan ibu mertuaku!

Kalau kat kampung, malam raya ni mesti dah sibuk².
Mulut mak mesti bising suruh cepat² siapkan itu dan ini.
Padahal anak-anak daranya (masa masih bujang laa) memang suka mula kerja lewat pagi!
Tapi sampai pagi, keja tak siap² jugak!

Kalau kat kampung, malam raya ni ketupat dah siap masak.
Ketupat panas-panas lagi dah testing dengan gulai ayam atau daging buatan mak.
Adik saya juga akan sibuk dengan kek hitamnya dan kuih raya.
Saya cuma tukang buat soto dan sambal saja.
Itu memang dah menjadi tanggungjawab saya!

Tapi malam raya kali ni, saya menjamu selera sendiri.
Sementara tunggu suami pulang kerja jam 12.30 pagi sebelum bertolak balik ke Singapura,
saya memandu sendiri pusing-pusing Pasir Gudang.
Singgah kat McD bila perut mula berdondang sayang.

Inilah juadah raya saya pada malam raya tahun ini.
Syahdu beb...
sambil makan bigmac dengar takbir raya dari masjid jamek berdekatan.
Terasa betul² diperantauan.
Terus teringatkan kampung halaman.
Padahal dalam Malaysia saja pun!

p/s :
sedang bersiap² ke Geylang
shopping di hari raya - mak mentua nak sponsor curtain pulak!
curtain yang ada bukan taste dia :P
hehehehe
ana ok saja! suke...sukee!

2 comments:

Si Kandil Hijau said...

no kek hitam n kuih thn ni.bukan rajin cam dulu dah.

Softtouch [Hanim] said...

siannyer..xpelah cik kiyah...part yg best mak mertua sponsor langsir...cayalah...

Related Posts with Thumbnails