Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, November 22, 2010

Kain cotton


Sambungan kisah saya pada satu hari raya Aidil Adha.
Lepas siap menempah curtain untuk raya Aidilfitri tahun depan tu
saya bersama mak mertua dan sepupu, Atikah ke kedai kain yang berhampiran.

Masa Aidilfitri yang lepas, saya terbayang² kain cotton yang cantik kat situ.
Time tu kat Kedah. Boleh bayangkan sajalaa..Sekarang, ni la masa nak borong sakan.
Lagipun, saya jarang² buat baju baru. Saya beli kain baru kemudian simpan.
Kain yang mak mertua belikan pun saya simpan dulu.
Tapi sekali saya tempah, mau letih nak bayar upahnya..hampir 10 pasang sekali hantar.

Yang saya beli, sepasang kain cotton untuk baju kurung buat mak di kampung.
Hadiah dari saya kerana sudi menguruskan anak-anak saya buat sementara.
Bukan sebagai upah, tapi tanda terima kasih padanya atas jasa yang tak terhingga.
Memang tak ternilai pun kain cotton itu dengan jasanya.

Lain-lain yang saya beli, 3 pasang kain cotton untuk saya!
muahahahahaha..
memang naik gila tengok kain² cotton yang terkini dan cantik² belaka.
Kalau tak ingat kalimah - jimat, cermat, pikiaq, hemat - mau licin duit dollar yang ada.


p/s:
agak-agak, kalau saya buat bisnes online jual kain cotton,
ada orang nak beli tak?

3 comments:

Softtouch [Hanim] said...

byknya tempah kain...mmg kian ni boleh giler tgk sbb semuanya cntik..rambang mata ...

Faramin said...

boleh che kiah.mesti ada orang beli.

ct-sue said...

salam che kiyah..cotton tu cantik giler!!!

Related Posts with Thumbnails