Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, November 9, 2010

Kisah Raya Lepas


Orang dah nak sambut raya haji, saya baru nak buat entry pasal Aidilfitri.
Dulu, masa kurang mengizinkan, now kurang gangguan
jadi bolehlah saya selalu buat latihan karangan
hehehehe

Berbalik kepada kisah asal.
Seperti sedia maklum, aidilfitri lepas saya kat Kedah berpantang.
Jadi, dapatla saya merasa aktiviti tahunan yang memang setiasa saya nanti²kan iaitu
Majlis Makan² Anak Cucu ManTeh.
Man tu arwah datuk saya
Teh tu tok saya (kalau selatan tok = nenek).
Selalu aktiviti keluarga ni dibuat masa Aidiladha. Siap bakar² daging, ikan dan segala bagai.
Tahun ni Aidilfitri pun aktiviti ni jalan jugak, mungkin sebab ramai yang ada.
Saya lagi la suka! Sebab jarang² saya dapat peluang macam ni, berjumpa dengan semua sanak saudara yang ada.


Malam tu, sepupu saya bakar ikan siakap hasil pancing pakcik saya (yang kat atas tu)
Seekor adalah dalam 2 kaki panjangnya.
Sila bayangkan tahap besar dan berat ikan itu.
Ada 3 ekor semuanya.
Alhamdulillah., dapatla sara makan semua tetamu malam itu.
Mula cuak jugak takut tak cukup, sekali ok daaa..

Malam tu, tetamu yang datang tak terjangka!
Ramai macam kenduri kawen pun ada.
Tu baru hasil anak cucu 2 saudara
- anak cucu arwah datuk saya dan anak cucu arwah toknjang
(adik datuk)
Dah penuh rumah. Tu pun ada yang tak cukup korum sebab ada yang dah balik keja.

Saya malam tu biasala... bagaikan raja saja.
Duduk sambil bagi susu baby. Lepas tu, makanan penuh atas meja.
Rumah saya jadi pusat lepak kanak-kanak dan ibu.
Rumah paksu kat sebelah jadi tumpuan saudara-mara lain bertahlil dan menjamu selera.

Tahun ni raya haji saya balik Kedah jugak.
Akikah untuk kembar dan hajat nak buat Majlis Berendoi.
yeeehaaaa..tak sabar nak raya!

No comments:

Related Posts with Thumbnails