Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, November 23, 2010

Korban Raya

Bukan korban di jalanraya tapi
raya Aidil Adha kali ni, keluarga saya bekorban lagi.
Memang sudah menjadi salah satu acara tahunan sebenarnya, kami akan bergilir-gilir
berkongsi untuk menumbangkan seekor lembu setiap tahun.
Tahun ini, saya mengambil 2 bahagian untuk akikah kembar saya tu.
Afdhalnya 2 bahagian/orang, tapi memadai dengan satu pun.

Pagi² lagi abang saya mengepalai acara sembelih.
Dulu, selalu abah akan panggil tokchu, saudara saya untuk acara sembelih tapi
sejak tahun lepas, abang saya sudah mengambil alih tugas itu.
Siap dah beli pisau sembelih untuk koleksi sendiri.
ok la tu..senang kan, dah tak payah berebut² nak Q tukang sembelih.
Time korban ni bersusun orang nakkan khidmat tukang sembelih tau.

2 tompok diperuntukkan untuk kenduri di tengaharinya.
Selebihnya daging dibahagi² untuk disedekahkan.
Gulai terung + ikan talang, sambal belacan + ulam, daging goreng minyak dan sup tulang.
Cukup menyelerakan bila ditambah dengan perut @ babat cicah air asam.
Tak lupa juga ikan kering dan ikan pekasam
huh! memang hancuss diet ku!

Acara korban sudah menjadi tradisi dalam keluarga saya.
Aidil Adha selalunya lebih meriah dari AidilFitri.
Malam ada lagi jamuan keluarga.
Dulu, saya memang tak cukup kaki dan tangan bekerja.
Now, relax sikit dengan alasan ada anak kecik hahahahaha
kembar lagi. Ngelatt kerja!!!

3 comments:

Softtouch [Hanim] said...

meriah lah cik kiyah..mcm kenduri kawin...seronoklah twin n kakak dia ibu dia ada...

Zakiyah Zainon said...

tu la hanim...kat kedah memang meriah raya haji hehehe

mama syg said...

uwaaaaaaaaaaaa
terliuq mama tgk gulai tuh..

Related Posts with Thumbnails