Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, November 17, 2010

Misi Bantuan Banjir


Projek 7Gunung dibatalkan disaat² akhir - segala persiapan telah selesai tunggu nak gerak saja.
Arahan diterima setelah mendapat kelulusan KSU KPT
Projek tersebut digantikan dengan Misi Bantuan Banjir di Kedah.

Tanpa perancangan yang rapi tapi misi ini berjalan dengan lancarnya.
Kedatangan dan sumbangan tenaga kami mungkin tidak dapat menyelesaikan semua hal tapi sekurang²nya dapat meringankan beban mereka yang betul² memerlukan.

Kedatangan kami disambut oleh Penyelaras Banjir Parlimen Kota Setar.
Majlis ringkas diadakan dengan dihadiri KSU KPT yang kebetulan berada di situ.
Penting, kerana dialah yang meluluskan pertukaran program disaat² akhir!
Ketua Pengarah juga turut hadir pada petangnya setelah tahu kehadiran kami di sana.

Misi hari pertama
membersihkan penempatan sementara mangsa banjir yang hanya sedikit kotor.
Petangnya kami ke Kampung Seberang Kota Tok Keramat.
Kami ditugaskan untuk membantu rumah sekeluarga 4 bersaudara warga tua
(1 lumpuh akibat strok, 1 kurang siuman, 1 janda dan seorang adik yang bertanggungjawab menjaga mereka)
dan lain-lain keluarga di sekitarnya.

Rumah mereka ditenggelamai banjir separa dada saya.
Kesannya masih berbekas di dinding rumah tua itu.
Saya tukang ambik gambar sambil menjadi mandur berjaya!
Tolong-tolong setakat yang mampu.
Maklumlah, saya masih berjaga-jaga untuk mengangkat benda yang berat!

Misi hari kedua.
Merbersihkan sebuah masjid dan tadika yang teruk ditenggelami banjir.
Kedua-duanya bersebelahan sungai.
Lumpurnya memang pekat dan hitam.
Bersungguh-sungguh para pelajar melaksanakan tugas yang diberikan.
Moga Allah membalas jasa kalian!


Seperti biasa, di akhir sesuatu program acara bergambar adalah penting.
Semua berwajah ceria walaupun sudah penat bekerja.
Kemudian semua bersalam-salaman dengan penduduk kampung sebelum kami bergerak pulang.

Kami singgah di KK Jerai untuk makan tengahari kerana ada majlis KK Wilayah Utara di sana.
Memang rezeki dapat makan percuma.
Tapi, dalam perjalanan pulang ke Johor, kebanyakkan peserta di serang cirit birit.
hehehehe...
itulah akibat melantak tak hengat-hengat!

Semua ceria dalam gaya rock!
Saya lagi ceria sebab baru lepas jumpa anak-anak!

p/s:
Pengalaman Ashraf, rakan saya dalam misi ini. Boleh baca diblognya!

No comments:

Related Posts with Thumbnails