Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Saturday, November 20, 2010

Saudagar Buku Berjaya

Buat suami ku En Al Halim, lelaki di atas bukan lah kekasih gelap adinda ya!
Mari saya ceritakan tentang suatu kisah tentang lelaki di atas.
Siapa dia?
Apakah kaitan dia dengan saya?
Kenapa dia?
ecehhhh!

Saya ditegur lelaki ini semasa saya sibuk bercakap ditelefon dengan abang saya.
Saya hanya mengangkat tangan saja dan berlalu meninggalkannya lalu masuk ke kedai makan.
Kemudian, sekali lagi dia menegur saya ketika berjalan keluar dari kedai itu.
Lidahnya begitu lancar mempromosikan buku dan CD jualannya.
Kalau dia perasaan, saya sudah beberapa kali membeli buku daripada dia.
Tapi saya pasti, dia lupa sebab bukan saya seorang pelanggannya.
Ratusan malah mungkin ribuan manusia yang dijumpainya saban hari.

Bum-bam..bum-bam dia bercerita dan saya cuma mengiakan saja, saya membeli CD Surah-surah Amalan bacaan Fakhrulradzi, Juara Akademi Quran 3.
Semasa nak bayar dia bagi tawaran,
CD lagu kanak² + CD Surah Amalan cuma RM22.
Saya setuju. Bacaan Quran untuk di dalam kereta.
CD lagu kanak-kanak of course untuk anak dara saya dan adik² kelak(kalau tahan laa).

Tapi perbualan kami tidak terhenti di situ.
(Dialog dibawah memang tak sama semasa kejadian tapi maknanya sama)
Saya ringan mulut berkata " Sori saya tanya sikit yer, berapa pendapatan awak sebulan?"
Mesti mamat tu ngeri jumpa pelanggan yang macam tanya. Ntah apa² soalan saya tanya!

" Tak tetap puan" katanya.
"Awak buat jualan ni, kira macamana? Ada basic gaji + komisyen ka?"
"Tak la puan, semua base on komisyen"
"Berapa awak dapat untuk satu unit jualan". See, very the busybody of me kan?!
"25% atas satu jualan. Kenapa puan tanya, berminat ke?", dia tanya saya sambil ketawa!
"Eh tak..cuma saya wonder, berapa gaji awak. Yerlah...saya nampak macam susah nak buat sales ni".

"Tak la puan, memang orang nampak susah. Tapi Alhamdulillah la, sebulan saya dapat lebih RM1500 la, boleh hantar kat mak. Saya dah 4 tahun kerja ini", bersungguh dia bercerita.
"Average 1 hari berapa komisyen awak dapat?", soal saya lagi.
"Ikut la...biasa RM70 sehari"

"Office kat mana?", tak habis lagi saya ni!
"Kami kat Kg Melayu Majidee..dekat Giant Extra sana"
"oooooo...Kalau kerja ada gaji la so seminggu berapa hari awak kerja".
"Wekend saja kami cuti, tapi ada duit poket bos bagi untuk makan"
"oooOoooo...bagus la macam tu. Siapa owner sebenarnya bisnes ini. Melayu ke Cina?"
"Bos besar Cina Muslim, kat KL. Kenapa puan tanya?"
"Saya ambil gambar boleh? Jangan takut ya, saya ni blogger"
- part ni paling aku suka, mengaku tak henggat!

"Senyum yer. Nanti saya masuk dalam blog saya. So sambung balik tadi"
"Kalau puan nak tau pasal syarikat ni puan search di internet Mohammad saudagar buku..gitu la. Ada cerita bos saya"
"oooo...ok..ok..nanti saya cari"
"Macamana peluang naik pangkat. Ada ke?". Sibuk kan aku ni!
"Ada..lama² boleh kerja admin kat pejabat. Kalau sambil² tu nak buat sales pun boleh"
"oooooOooo...lagi banyak la income boleh dapat"

Itu antara dialog saya dengan si penjual buku itu.
Bukan senang nak buat sales kan.
Tak semua orang boleh tahan muka berjumpa dan promote barang jualannya pada orang ramai.
Persuade orang untuk beli. Susah sebenarnya. Tapi saya salute dengan mereka ini.
Kesian saya tengok. Penat berjalan sepanjang hari, letih bercakap untuk promosi.
Tak melenting pun kalau orang tak mau beli.
Senyum, terima kasih kemudian berlalu pergi.

Semoga lelaki ini dan salespersons lain
yang berkecimpung dalam bidang ini akan menjadi usahawan yang berjaya, sebab
kualiti rajin berusaha
dan
tidak mudah putus asa
sudah ada dalam diri mereka.
Chayok!
Anda yang lain, macamana? Soalan ini juga ditujukan kepada diri saya.

sekian, che kiyah yang busybody melaporkan!
p/s:

3 comments:

Softtouch [Hanim] said...

bagus cik kiyah tanya..sy pun tertanya2 jgk mcm tu tp malu nk tanya..
tp siankan kat dorang ari2 mgadap org mesti ada yg kene marah n maki..sy kdg2 belilah kdg2 xlayan jgk..yelah tgh mkn dia sibuk nk jual, very the mganggu..he he he

mmg tabiklah ngan dorang, keje ni kene byk sabar n tebal muka..Alhamdulillah tokei dia islam, muslim plak tu..

Zakiyah Zainon said...

tu la hanim..susah kan keja jual2 ni..makan gaji jugak yang senang tapi tak boleh nak kaya la...takat cukup apa yan patut je la hehehe

Noor said...

Caya lah!

Related Posts with Thumbnails