Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, November 22, 2010

Terbang Raya bersama Air Asia

Pertama kali, promo ini bukannya dari Air Asia ya.
Cuma sebagai entry untuk blog saya ni.
Ketika menaip entry ini saya berada di Kedah, bercuti sambil selesaikan ibadah akikah kembar.
ALhamdulillah, semua telah selesai.
Nanti saya ceritakan yer, insyaAllah.

Jumaat 19 November saya bersama suami terbang dengan penerbangan AirAsia.
Jam 10.30 malam dari Senai.
Ingatkan tak dak orang, sekali penuh kapal daaaa
Semua kejar tambang murah kan! Tak salah saya masa saya beli tu harganya RM94/person.
Bukan harga promo pun tapi boleh la dikira murahnya.

Yang saya noticed masa beli tiket online ni ialah
Bayar via debit account lebih murah berbanding credit card.
Debit account tu maknanya akaun online macam Maybank2u atau CIMBclicks tu.
Tapi kena ada cash yang cukup la dalam akaun anda tu.
Bila kita pilih cara bayaran dengan debit account tu, automatically, dia akan bawa kita ke account online yang kita ada. Senang, tak dak hutang tapi duit terus hilang hehehehe

Yang kedua,
saya suka sekarang ni dah boleh website check in.
tak payah beratur² lagi kat airport tu.
Lepas website check in, print boarding pass yang akan keluar. Bawa tu ke airport.
Sebelum atau selepas masuk gate nak ke departure area tu, ada kaunter untuk check dokumen.
Bagi je ic @ pasport bersama boarding pass tu.
Nanti dia tahu le nak buat keja dia.

Lagi satu bila check in macam ni dapat hotseat.
Masa nak naik kapal, yang hotseat ni boleh naik dulu.
Tak payah le nak berebut² kan!
Tapi kalau check in bersama baby atau ada luggage yang nak dimasukkan ke cargo, tak boleh yer check in via website ni.
Harap maklum!

oklah, nanti sambung!

p/s:
hotseat = seat yang dekat dengan laluan kecemasan.

1 comment:

Softtouch [Hanim] said...

bstnya ada kat kg....thanx 4 the info..xpernah naik air asia lagi...

Related Posts with Thumbnails