Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Saturday, November 27, 2010

Terima kasih M@t@HaW


Saya sebenarnya sudah lama mengimpikan untuk ada blog sendiri. Lama sungguh!
Beberapa kali mencipta blog namun akhirnya bersawang sendiri.
Terjebak seketika dengan fotopages. Juga tertimpa nasib yang sama.
Akhirnya, tercipta blog ini untuk kesekian kalinya.
Tujuan mulanya kerana saya menjadi pengajar kursus pendek
Kursus Pembinaan Blog Peribadi.
Saya yang usulkan kursus itu.
Akhirnya, nota, kelas pertama dan blog contohnya saya yang siapkan
dengan bantuan dari tutorial yang ada di blog² yang glemer.

Cambahan dari kursus itu, maka blog ini terus hidup hingga kini - selagi ada nyawa hendaknya.
Biasanya, pengunjung blog saya tidak ramai. Komen setiap entry pun 2-3 saja.
Blog saya mungkin cuma diterjah dikalangan
1. rakan² sepejabat (tak semua tahu saya ada blog)
2. Geng sekerja Kolej Komuniti (2-3 org saja)
3. Rakan² FB
4. Bekas² anak murid
5. Rakan² seuniversiti.
6. Adik beradik saya yang ada blog (3 0rang saja pun yang ada)
7. dan 2-3 orang yang dikenali hanya melalui blog.
8. Silent readers (tu pun tak banyak sangat)
tu saja kot.
eh sat! sat!sat...lupa pulak
satu lagi - suami saya adalah pelawat setia ya!

Malam tadi, saya tak boleh tidoq.
Saja bukak nuffnang sebab ramai yang dok story kisah earning masing².
Teringin jugak nak tau earning saya dah berapa juta! (dalam mimpi yer)
Tengok earning saya, biasa saja!
Maklumla, blog picisan macam saya ni mana nak ramai visitornya kan.
Nuffnang pun 'hidup segan mati tak mau' letak iklan kat blog saya ni - ala² merajuk dengan harapan nuffnang buh banyak iklan kat blog saya.
Sekali bila tengok kat new community..
mak aiiii...ramainya!? Selalu, hanim ngan ciklin ngan ili ngan mimi saja yang ada.
Check pulak kat stats dalam blogger.
Dapat la jawapannya.

Rupanya Haw add link blog saya kat blog dia.
Patutlaaaaaaa.
Tu baru blog yang hanya ada 200++ followers. Ramai silent readers dia gamaknya kot....
Sila bayangkan kalau blog terpencil saya ni di 'add' linknya oleh blogger ternama.
Waahhhh...cepat..imagine hehehe
Gamaknya, mesti penuh skrin dengan nuffnangers yang mai ziarah kan?

pic atas : senarai 2 hingga bawah adalah pelawat setia saya.
pic bawah : selalu, FB yang paling banyak di'refer' tapi telah berubah yer

Buat Haw (yang hanya saya kenai blog dia saja),
terima kasih kerana telah meningkatkan trafik di blog saya.
Saya suka...tersangat gumbira!
heeyaaaa...yariibaaa...
oppss...sori!
terover daaa...

p/s:
terima kasih kepada semua yang sudi singgah di blog saya yang tak seberapa adanya ini.

8 comments:

Softtouch [Hanim] said...

sama2...terima kasih jgk pd kamu sbb sudi singgah blog sy...

Haw said...

aduhai! teresak2 sy nangis kegembiraan.. hehe!.. bab gembira tu betul laa.. bab nangis tu tak laa sampai tahap tu lg.. tp klu tetiba naff dpt ribuan, mungkin pengsan kot!.. apa2hal, sy bersyukur sbb dah berjaya gembirakan org.. so rajin2 lah jenguk sy ya!

azieazah said...

Salam CHE YAH..
terimakasih.
Kak Azie membalas kunjungan nih.

Sebenarnya Kak Azie tak berapa reti bab ni semua, malah sampai hari ini tak faham pun cemana naik trafik malah nak check pun tak pandai.

Dulu Nuffnang tu pun Kak Azie taktau, skang ni bila nak semak earning plak asyik tak kelihatan, lama-lama Kak Azie tak semak pun sebab takda target.

Semoga terus maju jaya.
Hebat tu sampai boleh jadi pengajar kursus blog.

Iena@MaMaJannah&Rizqi, said...

salm che kiyah..
kak iena pn pernah ajar 2 kali kursus buatblog..itu jer ler kemahiran yg ader..waaupun basic kan..
tak per blog picisan pun banyak ertinya..janji menuls untuk kenangan masa depan..

Zakiyah Zainon said...

hanim : sama² kasih
haw : hehehe...murah rezeki awak nanti
kak azie : saya che kiyah. che yah tu mak saya hehehehe
tukang ngajo tapi tak semestinya terror..basic2 saja
kak iena : btul..menulis untuk kenangan masa depan.

hasbi said...

che kiyah..akak suka blog awak..tiap2 entry akak baca tau.

Zakiyah Zainon said...

yer ke kak bi...hehehe tq!

HANJO RANGER said...

salam. nak cuba naik traffik dengan petunjuk cik matahaw, smoga berjaya :)

Related Posts with Thumbnails