Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, December 21, 2010

5 bulan sudah

Cepat betul masa berlalu kan?Pejam celik-pejam celik dah nak masuk tahun baru.
Kadang² umur sendiri pun lupa berapa. Kalau orang tanya, siap kena kira dulu!
Dok ingat lagi kisah zaman muda remaja. Terlupa yang umur pun dah melangkah ke 3 series.
Rupanya, aku ni dah jadi ibu beranak 3 pun!
lol

Kenangan mengandung twin masih ada dalam ingatan ni ha!
Saya masih ingat, detik doktor sahkan rahim saya ada dua kepala baby.
Itu pun saya yang gatai² tanya doktor - "ada 1 ke 2 doktor?"
Mula doktor kata 1, tetiba.."wait..wait..i guess ada 2 la"
Macamana saya menjerit gembira sambil mengangkat tangan macam juara memang
saya tak boleh lupa.
Time tu, hilang rasanya mabuk pening alahan mengandung.
Tersangat suka dan gembira.

Masa terus berjalan.
Baby kembar yang saya kandungkan dulu dan pun berumur 5 bulan.
Dah makin montel dan comel (sapa lagi nak puji anaknya comel kan hehehe).
Walapun dah 5 bulan, tapi luka kat perut ni masih terasa.
Kadang-kadang kalau salah letak baby atas perut, nyut-nyut rasanya menusuk!
Ngeri makngah..takut terberhetaih balik, kata orang Kedah!

Baby abang dan adik kena la ingat.
Bukan senang tau ibu nak bawak hangpa dua dalam perut ibu yang cute ni.
Hanya yang melihat saja tau macamana seksanya ibu time hangpa dua mengeliat dalam perut.
Tapi tu semua ibu suka. Tu semua kenangan yang terindah buat ibu.
Bukan semua orang dapat rasa mengandung lebih dari 1.
Ibu antara yang bertuah dapat merasakannya.

Nanti time birthday abang ngan adik, dengan kakak sekali la..
kena bagi hadiah kat ibu ok!
Boleh wish macam tu?
hahaha

7 comments:

Softtouch [Hanim] said...

5 bulan dah twin comel nie...mula2 kenal ngan cik kiyah sebab twin ni lah..kagum ok ngan cik kiyah bsalinkan twin...betul bkn smeua org berpeluang mnagndung n bsalin kan twin ini...

Nurul said...

ahaha..melampau tul, mintak adiah dari anak..tapi ada betul jugak kan? bday anak2, ibu dapat adiah..ahaha..
anyway, mesti seronok kan dpt baby kembar :D

Zakiyah Zainon said...

hanim : tu la..awak le pengomen setia setiap entry saya...tq ekkk!
nisri : boleh apa...bertarung nyawa nak lahir anak-anak, so tukaq la..time birthday depa, kita dapat hadiah..kerja keras tu nak keluarkan sorang2 hahahaha

Ms.Lilies said...

kejap je kan anak dah besar...
rasa mcm br je pregnant

Zakiyah Zainon said...

tu le mimi...ko hati2..dah lama tak jumpe tu hehehe

Mama Kembar 3 said...

betul tu, kita sgt sgt bertuah sbb berpeluang ada anak kembar. walaupun time peknen tu rasa seksanya Allah je laa yg tau, tp skarang ni bila ingat balik trasa pengalaman yg sgt sgt berharga :-)

btw, itu dua orang budak sgt comel!!!

d'nuraini said...

teringin ingin berjumpa twin2 puan zakiyah...

Related Posts with Thumbnails