Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, June 28, 2010

Didik Solat - muslimcomel giveaway

Tetiba teringin pulak nak masuk contest anjuran MUSLIMCOMEL.
Sapa na join sama, jom laaa.
Syarat-syaratnya macam kat bawah ni:


1.Letakkan banner ni kat sidebar tak kira kanan atau kiri yang mana senang nak nampak dan link kan dengan entry contest.
2.Mestilah buat entry khas yang bertajuk ‘DIDIK SOLAT-muslimcomel giveaway’. Entry tersebut mestilah cerita pasal anak u all belajar solat atau mengajuk perbuatan solat serta doa dan harapan anak-anak menjadi anak yang soleh/solehah.
3.Entry mesti mengandungi atleast 3 gambar/video yang berkaitan.
4.Entry tersebut mestilah ada link ke http://muslimcomel.blogspot.com.
5.Tinggalkan adress blog u all kat ruangan komen entry ini.
6.Entry yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang.

Tarikh tutup contest:
31 Julai 2010

Jom join! Saya terlanjur nak join sebab memang ada simpan video anak solat kat dalam handphone. Pada sapa yang tak dak video, gambaq pun boleh ;)
Kalau nak buat video sempat lagi sebab contest ni lambat lagi tarikh tutupnya!


Ok, kat bawah ni entry saya for this contest!
First time join ni! hehehehe

Sebelum tu, gambar dulu ok!

Faaqihah di tahun 2009 - yang putih tu telekung saya dok baca quran dan dia temankan!

Gambar kat atas tu adalah anak dara saya yang dilahirkan pada 8 September 2007.
Nur Faaqihah - itulah nama pilihan saya dan suami.
Nama itu menjadi pilihan kerana maksudnya - bijak, cerdik, dan itu juga adalah gelaran kepada Saiyidatina Aisyah, iaitu seorang yang mahir dalam bidang Fiqh.
Moga anak saya kelak, benar² menjadi seperti itu.
Aminn...

Sejak kecil dia sudah melihat saya dan suami bersolat.
Kadang², dia pun sibuk sama nak solat. Saya tidak halang sebab itu adalah latihan padanya kan!?
Ikut mood, kadang² saya baru berwudhuk, dia dah siap sedia di atas sejadah.
Yang lucunya, hanya berpampers dan seluar pendek :P

Saya terangkan padanya " kalau kakak nak solat, kena pakai macam ibu!"
dia menjawab " ooooooo, ok" sambil mengangguk² hehehehe
"napa bu?" sambungnya..
"Sebab kita girl, kena tutup 'nenen', tutup ketiak, tutup perut, tutup kaki..semua² ni" terang saya sambil tunjuk seluruh anggota badan.
"kakak kena pakai macam ibu, nanti Allah marah"
"oooooooo, ok" sambil mengangguk lagi - macam betul² faham :P

Bila mula bersolat, dia akan ikut saya pada mulanya.
Saya rukuk, tapi dia terus sujud hehehehe
sekali sujud terus bagi salam.
Dah..siap, pastu dia pun sambung kerjanya - main @ tengok tv.

Sekarang saya sarat mengandung baby kembar.
Sejak kandungan mencecah 30 minggu, saya mula solat duduk di atas kerusi.
Yang bestnya, dia pun solat sama seperti saya.
Sejadah tu kena share, sebelah letak kerusi saya, sebelah lagi kerusi kecik dia
hehehehe..

Video dia bersolat masa baru berumur 2 tahun. Nak jugak pakai tudung ibu. Video ni saya capture guna handphone. Masa shoot video ni, jenuh dok pause, sebab dia tau. Sekejap² nak tengok. Sebab tu video ni macam terputus² hehehehe
Sila abaikan suasana sekitar dalam rumah sewa saya dulu tu.
Memang berserabut, rumah 2 tingkat tapi saya di bawah saja :P
Itu yang baju kerja stok seminggu bergantungan!

video

Saturday, June 26, 2010

Selatan ke Utara

Malam ini saya akan bertolak ke Kedah.
Abang saya datang bersama 2 anaknya, Aqil dan Zahin menjemput saya dan Faaqihah.
Encik suami tidak pulang bersama, tuntutan kerja.
13 Julai nanti dia akan menyusul saya di Kedah atau mungkin lebih awal (jika bersalin awal)

Perrgghhh..jauh betul perjalanan nak sampai ke kampung.
Harap² saya dapat bertahan dengan lenguh pinggang dan aksi² si kecik di dalam perut.

Doakan perjalanan saya malam ini berjalan lancar.
Doakan saya selamat sampai ke destinasi dengan sihat walafiat.
Doakan agar baby² di dalam perut tidak melancarkan aksi-aksi seperti pemain bola WC menyepak bola tika menjaringkan gol!
Adeehhh.....

Terbayang sawah padi yang sedang menghijau @ mungkin saja sudah mula menguning!
Oh Negeri Kedahku yang Sejahtera!

credit : dari FP pakcik PI - ini bukan sawah belakang rumah saya yer!

Friday, June 25, 2010

Cuti-cuti Malaysia

Selamat bercuti kepada anda...
ehhh..kepada saya!
Esok saya akan mula bercuti dan telah diprogramkan oleh saya, bercuti hingga lepas raya!
waaaaa...bestkan.

Tak sabaq rasanya nak balik Kedah.
Last saya balik kampung pada raya haji tahun lepas.
Hampir setengah tahun saya tak balik kampung. Sebelum ini 3 bulan paling lama.

Sekarang musim buah kayu.
Bestnya dapat layan habis-habisan (sebelum bersalin laaa). Di Johor pun ada tapi nikmat makan di kampung halaman adalah lain dan tersendiri!

Tapi saya sebenarnya terbayang² cucoq badak panas² buatan mak!
hehehehehe

picture hasil google. Cucoq badak buatan mak saya adalah terbaekkk!!

p/s : buat yang tak tahu apa itu buah kayu-
buah kayu = durian, rambutan, manggis, cempedak, rambai, langsat dan seangkatannya!

Thursday, June 24, 2010

World Cup 2010


Saya bukanlah peminat bola yang tegar, biasa² saja.
Masa kat uni dulu, layan jugak tapi
sekali-sekala saja.
Itu masih sama sehingga ke hari ini.

Sejak 2 malam yang lalu, baru saya berpeluang menonton siaran langsung World Cup tahun ini.
Itu pun sebab encik suami yang gigih mengadap tv.
Saya pulak, dari tergolek kiri dan kanan tapi tak lelap² juga mata kaedahnya-
(maklumla 2 bos dalam perut dah makin aktif)
saya pun bangun menonton tv bersama suami.

First game yang saya tengok,
Yunani vs Argentina.
(Yunani = Greece - saya tengok tv Indon RCTI hehehe)
Encik suami siap dengan air kopi dan jajan
bekalan sepanjang menonton!

Malam tadi, saya tido awal sebab keletihan yang amat.
Mungkin kurang tido sebab siaran langsung Yunani - Argentina!
Pukul 1 am saya terjaga.
Mata sudah tidak boleh lelap.
2 bos dalam perut terus ber'futsal' gamaknya.
2.30 am saya kejutkan suami " Kata nak tengok bola"
Encik suami bangun terus on tv hehehe
Mula saya tak nak ikut. Takut esoknya saya keletihan macam siang tadi.
Tapi mata tak nak lelap. 2 Baby terus menendang sana-sini.
Akhirnya saya bangun mengadap tv bersama suami.
Faaqihah baik punya tido....

Dan pagi tadi...
mata saya kembali kelayuan!
Opis mula lengang. Semua mula sibuk dengan Kembara Mahkota Johor (KMJ).
Sunyi² ni, layan mata arr...bestkan!

p/s : saya tidak terlibat dengan KMJ. Bukan KMJ saja, malah hampir semua program dalam tempoh setengah tahun ini. Kalau ada pun, jadi AJK yang tak perlu ke sana-sini.
Ambik kau! Penangan mengandung kembar!
Lepas ni jenuh saya kena cover kerja hehehehe


Balik kampung punya hal

Sabtu ni kan saya nak balik Kedah.
Abang pesan "Adik pi tukaq minyak hitam kereta".
Saya kata "Memang nak pi servis pun sebab dah 30 ribu".
Dan saya pun telah servis kereta saya.

Servis di Perodua,
katanya absorber mounting rosak
sebab tu masa pusing stereng ada bunyi 'tuck..tuck'
bum bam-bum bam, dapat tukar free sebab kereta saya masih under warranty.
Kereta tu daftar belinya 11 Julai 2008.
Hampir-hampir nak cukup 2 tahun hehehehehe
selamat RM100++ alhamdulillah....

Disebabkan tukar bendalah tu, kereta saya kena buat allignment balik.
Masa kat Perodua tu, saya suruh budak-budak tu buat siap²,
tapi saya cancel disebabkan pukul 130 baru siap
pasang tayar, allignment tak buat lagi. Perut pulak dah menggelegak.
Bum bam-bum bam...
RM246.00 (sen telah dibundarkan) bertukar tangan!

Esoknya saya ke kedai tayar untuk sambung operasi semalam.
Sekali budak tu kata absorber depan pulak dah kluaq minyak, akibatnya tayar makan sebelah
adehh...adehhh...
disebabkan nak balik jauh,
saya pun tukarla absorber baru. Sepasang saja belah depan.
Bum bam-bum bam...
RM540.00 (tak dak sen) bertukar tangan!

Now, kereta saya kembali 'sedap' dipandu.
Asal nak tukaq minyak hitam,
last-last macam-macam yang kena tukaq hahahaha
sampai kempis purse mak ngah!

Bulan depan roadtax pula nak kena renew!
adehh....adehhh...

Ni baru kereta Malaysia. Kalau pakai kereta mahai², time servis @ rosak
mau pejam tak lelap pikiaq nak korek ongkosnya
hehehehehe

Saya ikut kata mak - Nak pakai kereta apapun memang boleh tapi duit spare untuk kereta tu kena ada!
Jadi, saya ukur baju di badan sendiri.
Sebab duit tak berapa nak banyak untuk kereta :P

Lepas ni, cuci kereta timeeeee!

Ni la kereta saya semasa melawat rumah lepas dapat kunci!

Wednesday, June 23, 2010

Muka Cikgu

Dah banyak kali kes ni terjadi pada saya.
Dah banyak kali..serius!

Terkini,
semalam (kemarin - kata orang kedah) saya ke Perodua
untuk sesi men'servis' kereta. Maklumlah, hujung minggu ni nak balik ke Kedah.

Punyala lama bebudak tu servis sebab saya kata nak balik jauh.
Depa pun pulun la kot check sana sana.
Dalam dok tunggu kereta saya siap di godak²,
ada 2 orang lelaki cina dok bersembang dengan saya.
Kata salah sorang tu, wife dia pun mengandung juga.
Dok story macam² kerenah isterinya tengah mengandung.
Mengandung sulung la katakann..

Lama² dia tanya saya
" u keja cikgu ka?"
"ya".
"Mana sekolah?"
"Kolej Komuniti, dekat taman scientex sana"
"Tengok u punya muka aa...dah tau u cikgu...ada lain skit!"

errrmm...ya ka muka saya ni memang nampak ciri² seorang cikgu?
tang mana tu gamaknya ekk!?

Terima kasih

22 Jun 2010

Penuh wall facebook saya dengan ucapan selamat hari lahir.
Terima kasih buat semua yang mengucapkannya.

Ada dari kawan-kawan sekolah dan senior
anak-anak murid
kawan-kawan chatting
kawan-kawan sepergunungan
kawan-kawan adik
kawan-kawan seuniversiti
kawan-kawan sekerja - office lama dan baru.
dan saudara-mara!

Terima kasih juga yang mengucapkannya melalui sms!

Ingatlah kalian, walaupun umur saya meningkat setiap tahun
tapi saya tetap muda kan kerana saya sentiasa dipanggil
'cik' kerana saya adalah
che zakiyah a.k.a che kiyah!


hehehehe

Terima kasih sekali lagi.
Doakan agar saya selamat melahirkan dan terus berada dalam
rahmat Allah!



Tuesday, June 22, 2010

Hari Bapa

Saya tak dak bapa tapi saya ada abah hehehe
Nak kata rapat, takla rapat sangat.
Nak kata tak sayang, sayanggggg....

Cumanya, saya dengan abah saya ni tak boleh cakap banyak.
Asal lebih skit saja, mula la saya naik 'hangin' hehehehe
Hangin saya bukan marah² abah saya tapi saya akan menangis, pastu abah saya akan gelak kat saya!
Dulu-dulu mak saya selalu kata
" Dua beranak ni tak boleh cakap 3 belit skit, mulalaaaa"
Tu kisah masa zaman kanak²

Bila dah makin besaq ni, dah lain dah.
Kalau sembang saja ngan abah, satgi saya dengan mak mesti gelak kat dia.
hahahaha..sebab abah saya ni punya habit yang melucukan :P
dia suka ulang tanya banyak2 kali..
macam tak faham, padahal orang dok becerita tadi dia punyala angguk paham!
Abah..abah...sebab tu la kecik² dulu saya selalu 'hangin' dengan dia!

Pastu kan, dah tua² ni dia mudah sangat tidoq..
Baca newspaper sat saja, pastu lentok..
kadang² tengah bawak kreta pun boleh lelap ooo..
Bila kena teguq, dia kata "Manaaaa...?Tak tidoq punnn..."
Padahal mata dia dah confirm pejam pun!
Adehhhh.....

Tapi, abah saya ni sangat rajin orangnya.
Bab mengemas rumah, basuh pinggan mangkuk, hias dan sapu laman, cuci lantai,
memang abah saya ni tiptop!
Payah la nak cari orang lelaki yang rajin mengemas macam abah saya ni!
Masa saya bersalin dulu, uri saya dia la yang uruskan
hehehehe

Apapun, Selamat hari Bapa untuk Abah saya - Haji Zainon bin Osman
Tahun ni tak sempat arr nak order kek hehehe
tunggu le anakanda balik hujung minggu ni yer!

Eh..selamat hari bapa juga untuk Ayah Faaqihah
merangkap suami ku
En Al Halim bin Kamaruddin
dengan ucapan bersedialah untuk jadi ayah pada 2 lagi baby yang akan datang.

Dan juga
untuk ayah mertuaku di Perth, Australia dengan pesanan
balik Julai ni, sila la ke Batu 17 Jln Kodiang
melawat cucu² yang baru yer...

Ayah Faaqihah di tahun 2008.



Monday, June 21, 2010

Ulangtahun yang ke 13

Faaqihah dah pandai nyanyi lagu Happy Birthday to You.
Kalau saya nyanyi sama ngan dia,
punya la marahhh..
"Ibu jangan la nyanyi..kakak nyanyi sorang saja"
ewaahhhh..bukan main!

Tahun ni birthday saya, dia nyanyikan untuk saya
hehehehe
pastu untuk ayah pulak
pastu
untuk dia sama...adehhhhh..

Celebrate?
Tak kot tengah sarat² ni. Hadiah pun dah dapat kan.
Lagipun encik suami berkerja.
Janji dia ingatkan!

Moga Allah terus panjangkan usia saya.
Moga saya dapat menghirup lagi oksigen di muka bumi ini.
Moga saya dipanjangkan hayat sampai dapat melihat anak-anak
membesar dan berjaya!

p/s : penah tak korang terfikir, mati masa anak² masih kecik. Saya selalu (tambah² dekat nak bersalin ni)pastu saya kiss anak saya bertalu²..takut tak dapat lagi buat macam tu :(

Pelawat saya

Saya kan baru je berjinak-jinak kembali dalam dunia blog ni.
Alkisahnya, saya pun register Nuffnang, di samping dapat menjana pendapatan tambahan(kononnya la heheheh)
function analisis pelawat tu yang saya suka tengok.
Nak tengok, pelawat blog saya ni datang dari negara mana? Ramaika yang sudi datang?
Siap analisis mengikut hari lagi!

Of course la kan, pelawat dari Malaysia yang banyak singgah ke blog saya sebab sedara-mara,
kawan², anak-anak murid banyak kat sini.

Kalau pelawat blog saya dari Mesir pun tak heran
sebab adik saya ada kat sana + adik Zahir (adik saya juga!) pun ada kat sana

Kalau dari Singapore pun tak heran jugak,
suami saya kan orang sana,
sepupu sepapat pun kat sana (cuma tak pasti depa jelajah tak blog saya ni hehehe)

Kalau Australia tu tak heran jugak,
bapak mentuaku dan makcik ada kat sana.
Kotla makcik jengah-jengah kan selain kita berfacebook.

Tapikan, kalau dari Nertherlands, Amerika Syarikat ni
saya heran jugak, sapa la yang sudi jelajah blog saya yang tak seberapa ni!?
Ada ka kawan aku kat sana?
errmmm..

Tapi
Internetkan dunia tanpa sempadan.
Sesapa pun boleh tengok kalau kita dah publish!
Cuma tak sangka..ada jugak orang Belanda yang terterjah blog aku ni ekkk
Sapakan gerangan manusia itu....
hahahhaa

Bukti kat bawah...
mak ngah tak tipu tau!
Pelawat yang sudi singgah setakat 3 minggu blog ni dibuka....114 visitors



Friday, June 18, 2010

Profesional

Tadi saya singgah ke sebuah blog yang selalu saya singgah.
Dia bercerita tentang sebuah kumpulan yang baginya adalah artis profesional.
Itu pendapat beliau, dan saya terima.
Lagipun bukan saya nak pertikaikan keprofesional artis itu!

Saya tertarik dengan perkataan 'Profesional' yang digunakan beliau!
Apa yang saya nak kongsi ini adalah sikap profesional kita di dalam kerja.
Pada keadaan-keadaan tertentu (saya ulangi- keadaan² tertentu), saya tidak bersetuju bila seseorang itu mengatakan

"Aku profesional dalam kerja"
"Masalah peribadi dan kerja takkan bercampur. Saya seorang yang profesional"

Jujurnya, saya merasakan saya bukanlah seorang yang profesional namun saya mencuba untuk menjadi seperti itu.

Lantaran kita manusia biasa, bolehkan kita tidak mencampurkan urusan kerja dan hal peribadi?

Contohnya, jika anak sakit dan saya datang bekerja. Bolehkan tumpuan sepenuhnya saya berikan pada kerja jika malam tadi saya tidak cukup rehat?

Jika ada masalah antara suami isteri, bolehkan kita bekerja tanpa memikirkan hal yang terjadi?

Jika kita mengalami masalah kewangan, bolehkan kita terus berkerja dengan penuh profesional tanpa sedikit pun terganggu?

Jika suami/isteri yang mengongkong pergerakan pekerjaan kita seperti
balik mesti ontime, takboleh hadir kursus/miting berkaitan kerja,
bolehkan kita menjadi seorang yang profesional?

Banyak lagi keadaan² lain sebenarnya. Situasi di atas adalah yang terlintas difikiran saya sekarang berdasarkan pengalaman dan pemerhatian.

Pada saya, jika hal peribadi anda berjalan lancar seperti rumahtangga aman harmoni, kesihatan yang baik,
pengurusan kewangan berjalan lancar (walaupun tidak kaya) atau pasangan yang memahami,
barulah tumpuan sepenuhnya dapat diberikan pada kerja.
Jika tumpuan sepenuhnya ada pada kerja (waktu kerja)
maka
baru itu kita dikatakan profesional.

Saya tidak bersetuju jika banyak hal kerja kelam kabut, cuma satu perkara dapat diuruskan dengan baik, maka terus melabelkan diri sebagai profesional!

Menjadi profesional pada saya apabila anda dapat memberikan prestasi yang terbaik sepanjang anda berkhidmat di dalam profesion tersebut!
Kalau hal kerja dibawa balik ke rumah, pada saya itu juga kurang profesional kerana
kalau anda 'pro'fesional, segala urusan dapat diselesaikan dalam
waktu kerja kan?

Pada saya, sesudah pencen nanti baru saya boleh menilai samaada saya ni seorang
yang profesional atau tidak!?
Saya hanya insan biasa - bukan robot! Mana bisa saya menjadi se'perfect' atau profesional.
Bekerja tanpa langsung mencampuradukan hal peribadi (walaupun sedikit)
Jika anda begitu, saya rasa anda adalah seorang
DORAEMON :P

hehehehe


p/s : ini pendapat peribadi saya!itu baru hal peribadi, blom lagi campur time kerja ber'facebook', berblog, ber'chatting' hehehehe...SMI

Fondant Cake Class

Saya bukanlah seorang yang mahir bab² membuat cake
tapi kalau bab nak masak² lauk mcm kari ikan ke
masak lemak ke..mak ngah boleh la.

Alkisah, dalam saya² sarat mengandung ni
saya kena handle kursus pendek
so, saya pun cadangkan Kursus Hiasan Kek- Fondant Deco
sebab kursus ni tak pernah lagi dibuat di kolej saya ni
dan kalau nak belajar di luar yurannya agak mahal.

Hajat hati saya nak belajar jugak tapi
hari tu kaki saya lenguh² hingga terketaq² kalau berdiri lama
so, saya kat kerusi saya saja sambil menyiapkan sijil peserta.

Ini lah antara hasil peserta setelah kursus tu selesai







Alhamdulillah, rata-rata peserta yang datang berpuas hati.
Peserta kursus kali ni adalah cikgu sekolah dan kakitangan AG
ada 2 saja peserta walk in.

Mesti ada yang hairankan?
Kata lecturer IT tapi apasal ada kursus masak² pulak..
errmm..
nanti la saya cerita ok..
sambil² tu boleh jugak promosi peranan institusi pengajian tinggi tempat saya berkerja ni
kepada umum
walaupun dah 9 tahun penubuhannnya
masih ramai yang tak tahu
betapa kami memang kena berkhidmat untuk komuniti!
Bayangkan kursus macam yang saya uruskan ni
peserta hanya bayar RM10 (yuran kerajaan) + RM25 (bahan-bahan)
mana nak cari kau!

Saja nak bagitau, lepas kursus ni saya demam4 hari
perghhhh....

Thursday, June 17, 2010

My Wish

Tak banyak wish saya untuk kali ni
detik ini
dan ketika ini

Wish saya hanyalah


Babies dalam perut saya ni dalam keadaan macam gambar kat atas
sebab
saya nak bersalin normal
saya takut kalau kena c-sect
rasa macam tak boleh tahan lepas bius hilang
sebab kena pisau pun saya ngilu
kena ambik darah pun saya tak tengok jarum
ni kan pulak kalau ...!

Saya tengok video orang bersalin c-sect (konon sebagai persediaan mental)
pastu ngeri sendiri!

bayangkan pisau menghiris kulit perut
pastu
doktor hiris pulak lapisan lemak
pastu
dia lap-lap darah tu main tonyoh² gitu
pastu dia potong rahim
pastu
dia robek² rahim tadi buang air ketuban
pastu dia godak² cari and tarik baby kluar
pastu dia lap² lagi
pastu dia jahit balik lapisan rahim, lapisan kulit dalam
kemudian lapisan kulit luaq.

uhukkk...mak ngah takut!

p/s : sapa nak tengok video tu silakan laa...kalau jadi penakut lepas ni, jangan salahkan saya yerr


Hadiah Birthday

22 Jun ni adalah ulang tahun kelahiran saya yang ke 13 (sila terbalikkan ya)
alhamdulillah...

Kalau sebut pasal birthday, mesti kita akan ingat hadiah kan?
Tahun lepas saya dapat hadiah besaq dari suami terchenta
Tahun ni pun besaq jugak dari dia
Saya memang suka hadiah besaq-besaq ni...
Dapat suami pun besaq jugak..
opsss..jangan marah yer sayang!

Hadiah besaq² ni bukan sebab saya suka menunjuk²
atau pun saya ni mata duitan
gila harta ke apa..
alkisah, kami kan baru berpindah ke rumah baru oktober tahun lepas
jadi paham² la bila masuk rumah baru
we spent a lot for renovation
pastu rumah ala-ala kosong gitu..
dari demand gelang emas, jam tangan, henbeg yang makngah boleh bergaya sorang²
baik i mintak hadiah yang mcm kat bawah ni..
seisi keluarga boleh berkongsi
i kan insan yang penuh dengan kasih sayang lagipun
sharing is caring, kan?

hadiah birthday tahun 2010, tv sambung LCD 40 inci
Hadiah birthday tahun 2009 macam adalah kat bawah ni

Mesin basuh auto Toshiba 11 kg hahahaha
tahun depan mak ngah dah demand ni...
hahahaha...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
credit : pictures taken from haji google


Wednesday, June 16, 2010

Kembangkah aku!

fuhhh....
Just came back from check up..

Guess what?

1. My weight : naik mencanak hahahahaha
Last check up on 26/5, it was 56.3 kg.
Today, 16/6 - berat ku sudah 59.7 kg...sejarah ni nak cecah 60 kg...
memang fuhh! 3.4 kg in just 2 weeks..

2. Weight of my babies...
Sorang dah 2.0 kg (moreless laaa)
Sorang lagi 1.8 kg..
Jawapan pasai apa graf berat ku menegak tetiba.
Kedudukan : masih 69...babies first kepala kat atas jugak..
uhuk! ngeri bila makngah fikir jauh²...

3. No wonder aku cepat penat!
Naik tangga dah mengah...padahal aku kan pendaki gunung (dulu laa..)
ahli sukan..olahragawati lagi masa kat uni eceehhh...
walaupun peringkat kolej kediaman heehehehe
rupanya aku carry moreless 3.8 kg of babies + dengan air ketuban + darah + uri = ?? kg!
haaaa..patutla, den sempot semacam la ni!

Hari ni doktor kena ambik darah sebab nak check Hb saya..
rendah bacaannya - 10.4
doktor kata sebaiknya 12 ke atas..
ermmm....

Time baring doktor nak scan perut..
mak aiiii..lenguh pinggang den tak tertahan...5 minit pun rasa dah berpeluh²
baby dah penuh dalam perut so doktor takes time jugak nak cari part of their bodies
yang ibu ni dah tak tertahan²
siap minta doktor stop sat!

credit : babycenter


Sekian dulu laporan check up kali ini!

Selamat pagi..

Pagi ni ada check up kat Hospital Penawar. Apa nak tanya doktor ekkk..?
Plan nak pi pukul 9, sekali hujan daaaa..update bolg dulu la, bleh gitu?
Tengah rajin la katakan...

Eh...tetiba hujan dah stop pulak!
Cisss...makngah baru nak mengarang...
Tak pe, entry pendek dulu lah...

Selamat pagi semua..mula hari anda dengan penuh keceriaan!!

Adios..mak ngah nak pi jumpa doktor.....

Tuesday, June 15, 2010

Sungguh rajin

Semangat waja pulak meng'update' blog ni hahahaha
Bukan makan gaji buta tau
Minggu ni student dah mula cuti semester
lepas tu aku dah siap marking paper, key in markah dalam sistem
cuma sedang menunggu hari-hari nak bercuti
Boring pulak bila tak dak kelas kan?!
so, aku gunakanlah untuk latihan menulis blog.
Nanti kalau kena handle kursus penulisan blog lagi, tak la aku terlupa macamana nak buat!
hehehehehhe..alasan yang munasabah kan!?
saya dan anak dara saya - Faaqihah


Oklah, sempena blog ni baru di 'launch'kan dan aku tengah rajin ni
mai lah aku kenalkan diri aku ni
Kawan-kawan sekolah, uni dan opis panggil aku Che Kiyah
Kawan-kawan chat panggil aku Tulip
Sedara mara, adik-adik, sepupu sepapat, mak menakan dan seangkatan panggil aku
Kak Muteh ( sejarahnya arwah tokwan aku yang bagi nama tu)

Seorang perantau yang jauh dari keluarga terchenta
Merantau..bak lirik lagu Ning Baizura
"kerana cinta...aku kembara"
lagipun memang sebab aku ni salah seorang ahli Kelab Kembara masa kat uni
sebab tu aku jauh mengembara dari utara ke selatan!
Lagipun aku memang ada taik lalat kat kaki..
aikkk....apa kena mengena daaaa...

Aku seorang pendidik.
Dulu aku tak minat sebenarnya nak jadi pendidik tapi kawan² aku memang ramai yang kata aku ni sesuai jadi cikgu. Berwajah cikgu!
Walaupun aku tak pegang title cikgu, tapi anak-anak jiran lama aku (kat PG)
panggil aku cikgu...seronok pulak rasanya...

Ok laa...nnt sambung lagi ekk..
tak best la kenalkan diri sekali harung kan!
hahahaha

Saturday, June 12, 2010

Why?


why do i blogging?
awat?
pasai apa?
kenapa?
mengapa?

errmmm...
Mula-mula dulu, aku ada fotopages
paling last entry rasanya tahun lepas.
Kira tu pun sejenis blog jugak la kan?!

Lepas aku mula mengandung baby twin ni
fotopages tu dah tak berupdate!

Kat situ lah aku ceritakan kisah-kisah yang berlaku dalam hidup aku
walaupun tak semuanya mampu aku catatkan.
Sekadar nak berkongsi dengan sedara-mara kat kampung,
kawan-kawan yang sudah sedia aku kenali
dan mencari kawan² baru yang sedia aku kenali dan sudi menerima diri ini...
ecehhhh.....

Lepas tu, adik² aku mula bergiat dalam dunia blog!
wahhhh..bukan main aktif lagi..

Adik Zuhaida kat Mesir dengan alam jiwa halusnya...
Adik Zahir yang kat UM dengan dunia pengajian dan dakwahnya...
Adik Mah kat kampung yang baru² nak bergiat dengan blog..
padahal aku yang mula² kenal benda² ni
tapi aku yang ketinggalan hahaha...
maka dengan itu, aku pun bergiat kembali
sebab macam ni la cara kami nak tau perkembangan masing²

sebab lain aku blogging adalah
sajaaa....nak makan gaji buta! opsssss....
terlebih sudah!

ya Allah...ampunkanlah hamba mu ini..


gambar lama yang tak dak kaitan dengan entry
pose sblom balik ke PG dengan tok dan amjad

Friday, June 11, 2010

Laporan Minggu ke 33


Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah
Minggu ni, kandungan aku dah masuk minggu yang ke 33.
errmmm...makin berdebar sebenarnya
sebab
aku mengandung kembar!
Doktor kata anytime aku boleh bersalin
tapi kalau aku boleh tahan sampai minggu ke 38, bertahan lah!
Aku kata kat doktor,
kalau saya boleh tahan, saya tahan doktor.

Lagi 2 minggu aku nak balik kampung halaman tercinta
Kedah di bawah lindungan bulan yang sejahtera!
Tinggallah suamiku yang tercinta hehehe
Bercuti sampai lepas raya!
waaaaa....sangat bahagia kan!

Thursday, June 10, 2010

Sebuah permulaan

Bunga coklat! Sempena pembukaan blog baru...


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Alhamdulillah, tercipta lagi blog aku buat kesekian kalinya.
Sudah banyak kali aku mencipta blog
namun ianya terbiar tanpa cerita.

Blog yang pertama cuma untuk cuba-cuba
dan akhirnya terbiar ia.

Ada yang dicipta semasa mengajar orang lain menulis blog
akhirnya blog aku yang sepi tanpa cerita!

Moga kali ini, blog ini akan sentiasa ber'update'
dengan kisah-kisah kami.

opsss..saja nak bagitau! Hari ni ulang tahun aku bertunang
10 Jun 2006 yang lepas..
dah brapa tahun aku jadik tunang orang ekkk!?


Dengan Adik Zuhaida


Related Posts with Thumbnails