Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Sunday, July 25, 2010

Menyerah Diri -Sticky Mode

Hari ini saya akan menyerah diri kepada pihak berkuasa.
Saya sudah pasrah dan redha.
Saya pun sudah tidak mampu lagi menahan rasa bersalah
dan menanggung kesengsaraan ini sendiri.
Saya ingin membahagiakan orang lain yang menanti jadi biarlah
saya menyerah diri!

Pada semua,
ampunkan salah dan silap saya.
Halalkan makan dan minum dan segala-galanya.
Doakan kesejahteraan saya sepanjang ditahan nanti.
Semoga saya tabah menghadapi segala dugaan dan sakit yang mendatang!

Blog ini akan sepi buat seketika sehingga saya dibebaskan kembali.
Tunggu kemunculan 'upin dan ipin' nanti.hehehehehe

Jom..saya nak kemaskan beg saya.
Kena check in pukul 9 pagi!

i'm going to miss both of my pumkins. And wait for another 2 little pumkins soon!



--Salam penuh kasih sayang--
Adios

p/s :
pada yang melawat blog saya, sila tinggalkan link anda. Kunjungan balas akan dibuat kelak setelah saya kembali pulih!

Saturday, July 17, 2010

Pesta Pantun

Hari ini hari Sabtu,
Esok hari Ahad,
Makin takut aku,
Ahad dah nak kena masuk wad.

Saya bukan ahli pengakap,
Lukis love bentuk heart,
Doktor akan tarik ikut tingkap,
Welcome to the world both my sweetheart.

Hidang air buat tetamu,
Beli buah di pasar Kip Mart
Sabar yer baby..nanti kita bertemu,
Doakan moga kami selamat.

p/s : mak ngah berdebar-debar ni....

Friday, July 16, 2010

Budak Kampung

Yer..saya budak kampung.
Saya dilahirkan di sebuah kampung.
Kedah (Perlis juga) juga sering dilabelkan sebagai sebuah kampung.
Ada orang pandang jijik pada budak kampung.
Ada orang pandang rendah pada masyarakat kampung.
Katanya, mentaliti serendah dan semundurnya kampung.

Hebatkan jadi budak bandar?
Hebatkah hidup di bandar?
Hebatkan dapat shopping di butik-butik mewah?Hebatkan dapat bermegah-megah?

Apapun, saya bangga menjadi anak kampung.
Saya tetap ada jati diri asuhan dan didikan orang kampung.
Akan saya didik anak-anak, betapa bertuahnya berasal dan dilahirkan dari sebuah kampung.
Moga anak-anak saya tidak lupa diri walaupun dibesarkan di bandar mewah lagi indah!

InsyaAllah, campaklah saya di kota metropolitan manapun,
saya tetap akan mengaku yang saya adalah
Budak Kampung!



Penyelarasan Subsidi - Katanya!

~~lalalalalalalala~~

Petrol RON 95 - RM1.85 seliter
Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
Diesel - RM1.75 seliter
Gula - RM1.70 sekilogram
Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Harga Gas
Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Maklumat lanjut: rujuk sini

Kesian kat orang kampung yang tak dak pendapatan tetap!
Kesian orang kampung yang macam mak aku - dok buat cucuq juey!
Untung makin kurang, modal makin tinggi.
Nak jual mahal, kang tak laku..kawasan kampung!
Adeehhh..

Jom tukar kerajaan! Ada bran!?

Thursday, July 15, 2010

Birthday Abah

Hari ni birthday Abah saya yang ke 60.
Hari Bapa yang lepas saya kat Pasir Gudang dan sering keletihan.
Tiada tempahan kek seperti selalu.
Jadi hari ni, kami bertiga (saya, encik suami dan Faaqihah) ke pekan Jitra.
Bahan-bahan untuk masak spegetti diborong.
Sebiji 'hepi besday to u' dibeli.


Petangnya saya gigih memasak kuah spegetti.
Faaqihah bising nak makan 'hepi besday to u' dan spegetti.
Akhirnya dia terlelap dalam penantian.Selepas isyak, saya kejutkan dia.
Dengan mata yang 'stim', dia makan spegetti dengan lahapnya.


"Ibu...nak besday to u"
"Japla..tunggu wan balik masjid ok!"

Tokwan sampai, jamuan keluarga pun bermula.



p/s :
Adik Zuhaida, pasta kiriman anda telah menjadi hidangan keluarga malam ini huhuhu
Adik Zahir and Adik Mah , jangan marah aaarrrr...hehehehe

info: hepi besday to u - panggilan faaqihah untuk kek

Wednesday, July 14, 2010

Kakak oh Kakak

Sejak kecik lagi, kakak dah tunjukkan skillnya yang suka pot pet!
Sekarang ni, dia punya cakap..mak aiiii!
Macam orang tua-tua!
Tapi tak dan nak record lagi aksi percakapannya sejak dah 'dewasa' ni.

Okla tuh, kakak kena garang kan!
Nanti nak tolong ibu jaga upin ngan ipin yang coming soon ni
hehehehe

Ini bukti kakak sudah mula pot-pet sejak kecil.
Aksi ni bersama ibu di pagi hari!

video

p/s : sejak dapat gadget baru ni, suka benau saya upload video.
banyak lagi ni!

Coklat & Cinta


Encik suami menghadiahkan saya sekotak coklat.
Coklat tanda cintakan?

I love u too sayang...

Sayang, bila nak hadiah fresh flower pulak - 100 kuntum ok!?
hahahahaha

terima kasih kerana mencintai isterimu yang 'macam-macam ni.
tetiba, emo!


Tetap ingat!

Semalam (kelmarin kata org Kedah) sesi pendaftaran pelajar baru.
Dah 2 kali saya tak terlibat dalam proses pendaftaran ini.
Kali pertama dikecualikan, awal tahun ini.
masa tu tengah uwekkk-uweekk yang sangat teruk!
Pi jugak kat tempat pendaftaran tu tapi sebagai pemerhati saja.
Sekejap-sekejap mak ngah ke toilet.

Kali kedua berkecuali adalah - semalam.
Mesti kawan-kawan kelam kabutkan!
Maklumla..kali ni intake sampai 2 kelas..Ramai ke yang datang?
Hari ni dah mula orentasi.
Pegawai kaunseling a.k.a Cik Mastura mesti busy bangat bersama teamnya!

Lepas raya ni baru masuk keja.
Lama pulak rasanya bercuti hehehehe
Kalau time keja, asyik pikir nak cuti! bengong!

Apapun...saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih yang tak terhingga
kepada semua rakan-rakan sepejabat saya yang sangat memahami
dan prihatin pada saya..eceehhh!
Baik oooo kawan-kawan kat opis saya ni,
rasanya setahun ni saya direhatkan dari kerja-kerja yang mencabar fizikal
disebabkan penangan mengandung kembar..hehehehe

Selamat Bekerja kawan-kawan ku!
Lepas ni Kejohanan PingPong IPT pulak.
Tengok, walaupun bercuti i tetap ingat kerja tau!

eh..katanya ada perubahan jawatan ekkk!
Yang mana penyelaras saya, sila bekerja untuk saya dulu ya!

Tuesday, July 13, 2010

My Vehicle

Kisah saya balik kampung kali ni ada saya tulis dalam entry
Utara ke Selatan dan Journal Balik Kampung.
Masa tu saya cuma bagitau abang saya datang bersama 2 anaknya.
Last minutes, adik saya pun mai jugak nak jemput saya bersama dengan abang.

Jadi, bayangkanlah perjalanan kami balik ke Kedah.
Kereta saya pulak MyV,
pastu abang saya siap shopping cadar + comforter - 3 set!
Sumbattt!!!

Nasib baik malam tu, kami bermalam kat Hotel Darul Syifa
(Pusat Rawatan Darul Syifa sebenaqnya - hotel bagi perawat Darul Syifa sahaja yer)
kalau sepanjang malam dok dalam kereta yang sesak tu
silap-silap terberanak kat KL :P

Esoknya kan kami singgah kat rumah abang saya di Bandar Baharu.
Malamnya, masa abang nak hantaq saya ke kampung,
anak-anak dia semua nak ikut.
Nak hantaq angah balik rumah maktok katanya...
Tak bagi, kesian pulak!
Yer lah..jarang-jarang dapat bermanja dengan anak-anak buah ni!
Abang saya pun angkut 4 anaknya, tambah Faaqihah + adik saya kat belakang!
Cuba bayangkan suasananya!

Depa ni pulak, jenis naik kereta, kena aircon, terus laloq!Ini lah suasana di dalam Mv Vehicle sepanjangperjalanan balik dari Bandar Baharu Kulimke Jitra Kedah.
kalau jumpa polis...mak ngah tak tau nak kata apa!

Faaqihah saja yang tak tidoq!

Yang lain,hanyutt...

Kalau polis tahan...eden tak tau nak kato apo dah!

p/s : Sila jangan ikut aksi ini yer, merbahaya!

Gadget Baru

encik suami saya telah selamat sampai ke Kedah.
Alhamdulillah..
Sebelum dia bercuti, awai-awai lagi saya dah pesan beberapa gadget

1. Multi card reader
Best benda ni..ada beberapa slot untuk pelbagai jenis memory card.
Plug and play. No adapter required!
Dari sekecil memory card handphone (phonecard) sampaila ke camera. Senang nak upload gambaq.
Benda ni pun kecik..handy! senang di bawa ke mana-mana.
Maklumla...dah ada cita-cita nak jadi blogger tegar!<-- sila gelak utk diri sendiri!

Ini la rupa 53 in 1 multi card reader tu.
Mungkin orang lain dah lama guna tapi saya nak bagitau jugak!

sori, blur skit!guna handphone camera :P -testing new gadget!


2. Hairdryer
Sapa tak tau apa itu hairdryer, sila tarik rambut sendiri yer!
Benda ni bukanlah hendak digunakan untuk mengeringkan rambut pun!
thru reading kot internet and forum, elok gunakan hairdryer
untuk keringkan luka pembedahan selepas mandi.
Kalau tak betul-betul kering, bolehjadi jangkitan kuman. Siap nanah-nanah, luka lambat sembuh
tak rela makngah! Tu yang order tu!
Saja tak nak beli sendiri, sebab hubby baru dapat bonus.
Kikis le sikit-sikitkan! (sungguh keji kan? tapi pengakuan ihklas hahaha)
Berhabis untuk keluarga tak pa kan?
Lagipun, lepas ni boleh guna untuk keringkan rambut jugak.
Brand rowenta - compact foldable, handy jugak ni!

Tq untuk encik suami (tengah nyenyak tido saat entry ni ditulis)
Sebut beberapa gadget, tapi 2 je sebenarnya!

Bedtime Story

Sejak dua tiga menjak ni, kalau kakak nak tidoq,
mesti kena baca buku kat dia.
Paksa weyyy!
Bukan dia kisah ibu sleepy ke idak.
Janji ada cerita sebelum dia bobok!
Terpaksala ibu bacakan..tak mau la pulak hilangkan minat dia pada buku.

Tengok ni haa..bukti kakak dah pandai baca buku!
Siap bismillah segala bagai..semua dia sebut
hehehehe

video

Monday, July 12, 2010

Final World Cup

Ini entry ditulis hampir jam 530 pagi
Gigih jugak aku tunggu final WC sampai habis
Walaupun memboyot tapi semangat kesukanan yang ada dalam badan ni tetap tinggi!
4 tahun lagi baru ada WC lagi!

Mesti encik suami tak dapat tengok final malam ni.
Tido awal, nanti pagi flight terlepas pulak!
Esok, teman sebilikku akan sampai ke Kedah.
Yehaaaaa....Yariibaaaa

WC dah habis..
lepas ni tunggu anak-anak WC aku pulak!

Sunday, July 11, 2010

Terkini

Tadi pagi jumpa doktor lagi.
To admit on 18.07.2010 at Hospital Sultanah Bahiyah.
Operation on 19.07.2010

Minta doktor awalkan tapi tak boleh katanya...
dah penuh!
Ya ka dah penuh?

Berat sudah 64.5 kg
hehehehe
Akan kembali normalkah beratku nanti?
Oh tidakkk...
Muatkah lagi aku dengan koleksi kebayaku yang tersusun kat dalam almari?

Kena kerja keras lepas ni..
Apa yang penting
kerjasama!

Apa aku bebel pun tak tau
lalalalala...

Saturday, July 10, 2010

Sweet Cute Baby Smile Contest


Hehehehehe..
Saya join contest lagi!
Pada yang berminat, jomla sama-sama kita meriahkan contest ni!
Syarat-syarat boleh rujuk kat sini yer...

Opsss..lupa nak mention!Contest ni dianjurkan oleh blogger INTANKUTERPILIH79 sempena pembukaan
blogshopnya iaitu BABYKU CUTE COLLECTION.
Singgah-singgah le...banyak jugak baju-baju baby..chantek-chantek belaka!
Saya doakan semoga bisnes INTAN (yerker?) akan sukses!

Oklah..back to the contest.
Ini la gambar anak saya yang tersenyum riang hehehe
Moga-moga senyuman ini membawa rezeki buatnya!



Nama baby : NUR FAAQIHAH BINTI AL HALIM
Umur baby (Masa gambar ini di ambil) : 1 tahun 10 bulan
Nama ibu : Zakiyah Zainon

Friday, July 9, 2010

8,9,10

Masa buat entry Potty Training, langsung tak teringat apa-apa.
Lepas tu, sembang-sembang ngan Faaqihah, teringat birthday dia bulan September ni.
Cun jugak birthday kakak kali ni ekk...

Dah besar pun anak ibu!
Dah 2 tahun birthday kakak jatuh bulan puasa.
Tahun ni pun sama.
Tahun depan, rasanya dah bukan dalam bulan Ramadhan lagi.

Birthday Faaqihah tahun ini adalah pada tarikh
8.9.10
(beberapa hari sebelum raya)
tersusun cantikkan?!

Kenangan birthday party kakak tahun lepas dengan geng-geng mengaji iqra' - rumah lama

potty training

08.09.2010
Faaqihah akan berumur 3 tahun.
Dah sampai masanya nak latih dia tak pakai pampers.
Sekarang dia dah paham apa itu kencing dan berak.Ibu dah ajaq dia - kencing mesti dalam toilet, kat lubang hehehe
Berak masih fail lagi..asal nak berak terpaksa pakai pampers.
Ada sekali tu dia dah berak dalam seluar, baru bagi tau..adoiiiii

Semalam google-google cari info pasal potty training nih.Normal katanya kalau ada yang dah berumur 4tahun masih guna pampers.
Tapi saya tak nak la Faaqihah sampai 4 tahun masih pakai pampers.
Ikut tahun, next year dia dah masuk 4 tahun.
Kalau dia masih pakai pampers, tambah dengan dua baby yang coming soon ni,mau parah ayah ngan ibu spend duit untuk 'lapik' bontot saja.
Ini tidak boleh jadi!

Sementara saya bercuti lama ni, latihan telah dimulakan.
Alhamdulillah, latihan kencing agak berjaya - kadang-kadang dia dah terkencing sikit, baru bagitau ibu!
Nak menjayakan program ni memang perlukan perhatian yang sepenuhnya.
Sokongan dari orang sekeliling dia selain ibubapa juga perlu.
Saya kat kampung ni banyak pembantu yang boleh disuruh hehehe
Setiap 1-2 jam, kena ajak dia ke toilet.
Kalau dah habis bernajis satu rumah.

Semalam google-google,
jumpa potty chair yang menarik.
Harga dalam US$29 - BABYBJORN.Kat Malaysia, outlet ada kat KL saja.
Terjah outlet Singapore..tu diaaaa, berderat. Paling dekat ngan rumah kat Tempines.
Ibu habis cuti nanti kita terjah yer ayah - sambil kelip-kelip mata kat ayah. Ayah kan baru dapat bonus..simpan untuk ibu sama yerr..hehehehe

Ayah, ni le rupa potty chair tu..cantikkan. Ada kaler pink dengan putih jugak.

Sapa-sapa yang ada pengalaman pasai potty training ni, info la kat saya mcmana anda lakukan?
Tak kisah la buang air besar or air kecil.
Nak jugak dengaq pengalaman orang lain!
Lain orang, lain caranya tak?!
Mungkin cara orang lain lebih efektif.

email saya kat - tulip_putihh@yahoo.com
atau tulis kat comment box pun boleh.
ok, terima kasih!

Thursday, July 8, 2010

Sambal Octopus

Sejak mula mengandung memang saya selalu bangun 'cing' di tengah malam..
kadang-kadang siap 'hun' lagi pukul 3 ke 4 pagi
Bila dah sarat ni, lagi laaa...
Semalam saya teruskan rutin 'cing' dan 'hun' seperti biasa
apatah lagi siangnya makngah makan sambal tumis cili padi dengan bawang buatan mak yang betul-betul holiaawwww!

Sudah bangun tu, terjebak pulak dengan World Cup. Adik saya yang layan sebenarnya.
Saya malas la nak tengok, baik layan mata hehehe
Sekali terlayan jugak daaa...
Nyampah pulak makngah tengok Jerman main!
Last-last naik atas ngadap facebook hahahaha lagi best!

Sah ramalan Paul the Octopus..Sepanyol menang!
Agak-agak..ramai dak yang masak menu sotong hari ni..
sambal sotong, sotong masak kicap, gulai sotong
sotong masak lomak pun sodap!

p/s : saya bukan penyokong mana-mana pasukan. yang mana menang pun tak kesah!

info :
cing - buang air kecil
hun - buang air besar
istilah zaman kembara!


Tuesday, July 6, 2010

Sudah dapat!

Apa yang sudah dapatnya??
Jap lagi saya story ok..

Siang tadi, dengan perut yang semakin cekang, tegang dan jalan yang terkedek-kedek,
saya drive sendirian ke Jitra.
Roadtax kereta expired 10 Julai ni, jadi sendiri mau ingatla.
Destinasi di tuju, Am Bank!

Lepas tu terkedek-kedek drive ke bank rakyat dan maybank. Keluarkan duit dan masukkan duit.
Masa kat AmBank, saya dapat call dari nurse klinik Tunjang, tempat saya
dok dating dengan doktor tak pakar tu!
Ahad ni kena jumpa doktor lagi sekali untuk setelkan apa yang patut.
Sebabnya 19 Julai ini saya akan di operasi hahahaha

ck - " Awai sikit tak bolehkan nurse?" - penuh keyakinan!
nurse - " nak awai ka? boleh...nanti bincang lain dengan doktor "

Awai pun tak pa kan..bak kata mak saya, dah tau nak kluaq macamana.
Lagi lambat, saya yang tak tahan dok menanggung tendangan jurusan ke 8 bos-bos kat dalam ni!
perrghhh...sungguh-sungguh tak tertahan!
Lagipun encik suami akan bercuti 11 Julai ni..
kalau operate 19 Julai, dia dah nak balik ke Kota Singa

Tarikhnya dah dapat tapi saya nak kasi adjust!

Lupa nak khabarkan, masa scan kat PMC hari tu,
baby saya dah besaqq....
1. 2.3 kg
2. 2.4 kg
errrrmmmm...patutla tendangan depa makin mantap!

Laporan Minggu ke 36

Kandungan kembar saya sudah masuk 9 bulan!Alhamdulillah..
Saat-saat yang cukup mencabar. Mana tak nya, sat-sat tertonjol sebelah kiri, sat lagi pulak sebelah kanan. Paling tak tahan kalau tertonjol kat tengah perut sambil
kakinya menunjal-nunjal kat bawah.
Rasa macam dah nak terkeluaq sangat-sangat dah...
Appointment date dengan pakar dari Hosp. Sultanah Bahiyah blom dapat lagi. Full katanya!
Masa return checkup dengan doktor tak pakar (Ahad 4/7), dia kata
saya kes dari luar dan lambat masuk list. Dah banyak yang menunggu untuk jumpa pakar.

Dr - " kalau saya set terus date untuk operate, ok tak?"
ck - " ok jugak, tak payah saya tunggu lama-lama"
(ayat confident bukan main hahahaha)

So, atas advise doktor, saya pun jumpa la pakar swasta untuk detail scan.
Lepas checkup kat Klinik Tunjang, saya terus ke Pusat Rawatan Mahsuri sebab doktor pakar ada kat sana. Masa Faaqihah dulu saya bersalin kat situ.
Sekali, Dr Anuar dan pindah ke PMC daaaa...
Disebabkan dah petang dan tahap keletihan yang amat, saya dan mak balik dulu.

Kelmarin, terpaksala saya ke PMC. Hasil scan memang kedudukan baby breech.
Kata Dr Anuar sama macam doktor-doktor sebelum ni sebut - malas nak ulang!
Lagipun dah masuk 36 minggu, susah dah baby bak pusing-pusing, tapi kuasa Allah kan! Manala tau, disaat-saat akhir depa bergolek dok elok-elok hehehe

Now, saya tengah menunggu calling dari nurse klinik desa yang dekat dengan rumah saya ni.
Harap-harap date tu around mid julai sebab time tu encik suami ada kat sini.
Saya pun hilang akal skit time jumpa doktor hari tu, lupa nak demand date!kalau tak senang skit kan?
ehh...boleh ka main mintak-mintak gitu saja?
Check in hotel bulan sabit la lepas ni!


cantikkan hotel bulan sabit ni? berminat?


Mak - " toksah dok tunggu sakit la..mintak belah awai2, dah tau dah nak kluaq kot mana "
ck - terkedu tak kata apa!

info : PMC - Putra Medical Center.

Bila anak murid dah kaya!

Saya bukanlah kaki tengok tv yang tegar. Sejak dah tua-tua ni,
tengok gitu-gitu saja. Bukan lagi menjadi follower pada sesuatu program walaupun saya minat gila dengan cerita tu!
Last saya layan program kegemaran ni,masa AF3 dulu..time Mawi tu hahahaha
Mungkin saya salah seorang yang terpersona dengan aura dia.

Cuma sejak 3 bulan sebelum ni, saya mula melayan MENTOR4.
Dulu, saya tak layan sangat cuma tengok-tengok gitu saja..
Terlayan MENTOR4 ni pun bukan apa...sebab salah seorang peserta tu adalah bekas anak murid saya - Mohd , protege Ziana Zain.

credit : gua.com.my

Mesti akan ada yang kata "Time ni semua nak mengaku kenal Mohd kan?"
kan..kan...mesti ada yang kata macam tu kan? hehehehe
Biasala tu...adat manusia, kalau ada yang berjaya semua kita mengaku kenal,
walaupun hanya pernah berselisih kat toilet atau di tepi jalan...

Saya cuma tumpang bangga atas kejayaan dia.
Memang dari zaman belajar di KKPG lagi, dia memang 'hantu mic'.
Asal ada karaoke, dia la tukang nyanyi. Student yang lain pun menyanyi jugak,
tapi bila izwan (panggilan kat kolej) menyanyi, memang sedap la..
Nampak 'pro'nya...memang hantu karaoke!

Tahniah dari saya buat dia.
Walaupun, mungkin dia tak akan ingat saya dah lepas ni.
Maklum la...sudah sibuk dengan dunia yang baru.
Dah bergelumang dengan artis-artis. Dah banyak peminat.
Cuma saya harap, dia dapat menjadi artis yang tidak lupa diri dengan glemer.
masih ada jati diri & tidak terlibat dengan benda-benda yang negetif!
Tidak lupa Allah dan sentiasa beringat-ingat akan masa depan. Dunia glemer ni kan sementara sahaja - jangan hanyut!
Semoga dia dapat membentuk identiti yang tersendiri - budak ni poyo habis!

Dia mungkin kurang berjaya di dalam bidang akademik, tapi sudah tertulis itu rezeki dia.
Dah kaya pun dapat 100K.
Cikgunya ni, ntah bila boleh dapat 'segelepuk' duit terpijak macam tu kan?
Saya pun tak pasti,perlukan saya berbangga dengan kejayaannya sebagai artis, cuma saya tumpang gembira atas kejayaannnya!
Tahniah sekali lagi.
Tak sia-sia KKPG hantar penyokong ke MBSA masa konsert akhir tu!


p/s : google2 tadi, jumpa Facebook Fanclub dia (ada banyak jugak) - tak pernah terbayang pun, izwan yang suka 'bermalasan' dalam kelas Math saya sudah punya ramai peminat!


Friday, July 2, 2010

Lapor Diri

Sampai ke kampung ahad malam isnin.
Esoknya, terus ke klinik desa yang berdekatan untuk melaporkan diri.
Check glucose dalam urine, timbang berat, check hb, dengar jantung baby, ukur perut.
Done. Appointment dengan doktor di atur segera.

Selasa jumpa doktor di Pusat Kesihatan Tunjang.Ambik berat lagi, glucose test pastu scan perut. Doktor kata both babies in breech condition!
huhuhuhu..masih ada peluangkah!?


Doktor nak bukti BSP, tapi saya tak bawak balik.
opsss...BSP tu adalah apa ekk...
tapi yang saya tau, result glucose dalam darah. BSP kan? Ada dak doktor yang baca blog saya ni, tolong 'varify'kan :P

Terpaksala saya beli blood glucose tester yang baru, sebelom ni dah beli tapi tinggal kat PG.
Kalau tak kena pi klinik.
BSP ni kena buat 4 kali sehari.
1. Sebelum breakfast - 8 am
2. Sebelum lunch - 1230 pm
3. Sebelum dinner - 630 pm
4. 2 hours after dinner

Saya kena buat BSP ni lepas urine saya kotoq, masa tu kandungan masuk 4 bulan.
Masa tu kena buat 2 hari seminggu. 1 hari 4 kali.
Bila result ok, doktor suruh buat seminggu, 1 hari saja.

Ahad 4/7 - next appointment dengan doktor kat Pusat Kesihatan Tunjang.
Doktor akan refer saya pada pakar dari Hosp. Sultanah Bahiyah tapi jumpa di Hosp. Jitra.
Banyakkan step nak jumpa pakar.
Sebab tu ramai pi swasta...terus dapat jumpa pakar!
Siap duit saja
hmmm



Thursday, July 1, 2010

Journal Balik Kampung

Dah 4 hari saya berada di kampung halaman terchenta ini...
waaaahhhh...nikmat rasanya!
Saya bertolak dari PG Sabtu malam - 10.30 malamSampai ke Kedah Ahad malam - 11.00 malam.Gila lambatkan hahahaha
merata kami singgah.
Maklumlaa...bawa ibu mengandung..sat-sat kena berenti.
lenguh weiiii!

Muatan dalam kereta hahahaha lintang pukang!
Abang drive.Saya kat depan.
Adik saya kat belakang bersama Faaqihah dan 2 lagi anak buah saya - Aqil dan Zahin.
Memang macam tin sardin ditambah dengan 3beg set comforter yang abang saya beli, ditambah dengan beg masing2 lagi. Bayangkan laaa...

Bertolak dari PG, malam tu kami singgah tido di Darul Syifa, Bangi.
alaaa...Darul Syifa, Pusat Rawatan Islam Ust. Harun Din tu.
Abang dan adik saya adalah perawat Darul Syifa.Depa buat pusat tu macam rumah depa sendirihahahahaha
saya sebagai adik beradik, boleh la tumpang kemudahan yang depa dapat tu!
Ni la hotel kami malam tu - credit : darulsyifa website


9.00 pagi - kami bertolak ke Pusat Islam. Abang saya ada konvensyen Huffaz M'sia.
Saya pun ambik kesempatan ni 'dating' dengan kawan saya yang akan
melangsungkan perkahwinannya pada 10 Julai ni.

sori ina..aku curik dari FB hang...tak baik marah2 tau..hehehehe
ini la kawan saya - picture ni masa dia bertunang!

Tahniah Ina...berseri2 muka hang...
Kalau aku dapat attend kan best!
Aku doakan dari kejauhan,
moga majlis hang berjalan lancar dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat!

Abang saya selesai register, dia teruih blah! cehhh..
Dengaq kot radio, katanya program tu dihadiri 800 huffaz M'sia!
Tolak abang saya ni..tinggai 799 orang saja laaaa kot!
Lepas makan2..dalam pukul 11.30 kami pun meneruskan perjalanan!

2.30 petang - sampai rumah abang di Bandar Baharu Kulim.
Pakat lena dulu seround. Ambik!
Malam pukul 9.00, baru bertolak ke Jitra.
Moreless 11.00 malam baru la kami sampai hehehe

Rupanya kepulangan saya di nanti oleh sedara-mara hehehe
tapi masa saya sampai, tinggai maklang saja yang masih setia menunggu.
Yang lain dah balik sebab kami lambat sangat sampai!
Biasala...sesi salam2 dan pegang perut saya bermula
heheeheheee
Saya menjadi insan bertuah dalam family bakal dapat baby twin.
Ikut generasi, saya adalah generasi ke 4 yang mengandung kembaq!
tiap2 generasi, sorang saja yang dapat tau...setakat ni laaa

Borak-borak baik punya...230 pagi baru tidoq.
faaqihah pun punya seronok ramai orang tukang layan!
Ok lah..nanti sambung lagi.
Kakak sudah bangun daaaa...

info : huffaz - orang2 yang menghafal al-quran (plural)
hafiz (singular)


Related Posts with Thumbnails