Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, August 31, 2010

merdeka


merdeka! merdeka! merdeka!
hari ni hari kebangsaan yang ke 53

hari ini juga saya sudah merdeka!
yehhhaaaaaa....yaribaaaaa

p/s:
baru 2 hari saya puasa hehe

majlis khatam quran


selesai 30 juzuk dihabiskan
acara khatam quran pun bermula.
semua anak cucu cicit yang ada dipanggil berkumpul
dari yang boleh hafal quran hinggalah yang belum boleh cakap


sejak kecil lagi, kita perlu terapkan budaya islam
supaya generasi kini tak lupa al quran
kita sebagai ibubapa @ orang yang lebih dewasa menggalas tanggungjawab ini.
jangan bulat² diserahkan pada ustaz @ ustazah di sekolah
sama-samalah kita berusaha
insyaAllah

pada saya, jika setiap keluarga menanamkan budaya islam
kepada anak-anak sejak kecil hingga dewasa
insyaAllah,
masalah sosial seperti berzina, buang bayi dan lain² yang seangkatan dengannya
akan dapat diatasi
wallahualam..

Monday, August 30, 2010

majlis keluarga 3

lepas sahur, saya sambung tidur
lagipun baby tengah nyenyak, baik saya pulun siap-siap!
yang lain menanti subuh sambil bergebang.

"mangkittt...mangkitttt..." - suara tok saya di luar rumah, kuat sekali!
saya buka mata, dah cerah rupanya!
pandang sekeliling saya...
wahhhh...semua sedang nyenyak hehe
lepas subuh sambung tidur balik la tu.

pagi sabtu, acara tadarus..
anak cucu yang ada kembali berkumpul di rumah paksu.
setiap sorang dibekalkan sujuzuk quran
selebihnya akan diselesaikan bergilir-gilir siapa yang terdaya



berseleraklah semua orang mencari port yang selesa
alhamdulillah, pukul 10 pagi (moreless) 30 juzuk berjaya dihabiskan!
tahniah!


baru tahun ini, acara tadarus quran keluarga berjaya dilaksanakan
sebab ada cuti jumaat - sabtu - ahad.
kedah, perlis, penang cuti serentak!

majlis keluarga 2

selesai jamuan ringan selepas terawikh maka
berpecahlah ibu-ibu bersama anak dan cucu masing-masing mencari sarang
kepada3 bahagian.
ada ke rumah tok,
setengah di rumah paksu dan
selebihnya di rumah mak saya.

di rumah mak saya
mak lang, anak cucunya dan abang saya sekeluarga memenuhi segenap ruang.

dan paginya
saya dikejutkan dengan bau ikan gelama masam yang digoreng.
perrghhh...
baunya bikin saya lapar!
tapi disebabkan saya belum diizinkan Allah untuk berpuasa
saya biarkan mereka yang lain bersahur dahulu.
saya terkemudian sedikit pun tidak menjadi masalah.

meriah sahur pagi itu.
biasanya, hidangan sahur mak, abah dan adik saya sangat simple
secawan teh, kopi @ susu beserta kuih, kurma @ nasi goreng.


juadah sahur
anak buah saya aqil(9 thn), zahin(7 thn) & thaqifah(5 thn) sudah mula berpuasa

pandangan dari atas

Sunday, August 29, 2010

majlis keluarga

4 generasi solat berjemaah

sempena cuti nuzul quran
majlis keluarga pun bermula
lokasi acara adalah di rumah tinggalan wan yang kini didiami paksu sekeluarga
bersebelahan dengan rumah mak saya

pandangan dari pintu rumah mak saya

dimulai
iftar bersama keluarga
lalu solat maghrib & isyak berjemaah
langsung dengan solat terawikh yang diimamkan oleh abang saya
diakhiri dengan jamuan ringan.

walaupun tak semua 'ibu' dapat pulang
dan jamuan tidak semewah majlis tahunan keluarga
namun kemeriahan tetap terasa
dengan riuh anak-anak generasi ke 4 bermain pelita.



sabtu, acara seterusnya
tadarus & majlis khatam al quran
beserta tahlil untuk yang telah tiada.

Saturday, August 28, 2010

tabahkah saya?

pada yang kenal saya secara dasar
pasti akan nampak saya seperti orang yang kasar, lasak & kuat semangat
saya memang lasak
dan sangat ekstrem pada aktiviti lasak!

tapi
pada yang kenal saya lebih dari itu
pasti tahu yang saya seorang insan yang memiliki hati yang sangat 'kecil'
mudah menangis
sayu
saya langung tak boleh menahan air mata jika hati ini tersentuh
apatah lagi setelah bergelar ibu

iklan buang bayi di tv saja bisa membuatkan airmata saya bergenang
hati saya sangat sayu melihat penderitaan anak kecil
yang tabah menanggung derita
dan
video ini antaranya
nurkilan ibu dan ayahnya



dia antara bidadari syurga
buat ayah & ibu alanna
kalian sangat tabah!

apa yg lebih baik dari menangis, kalau bukan menulis
apa yg lebih baik dari menulis, kalau bukan berdoa
setiap kataku adalah doa
setiap katamu adalah doa

al fatihah

kisah lanjut sila ke http://mayyonnizz.blogspot.com/


Friday, August 27, 2010

terkenang


tiba-tiba saya terkenangkan dia.

andainya wan masih ada,
pasti setiap petang dia akan mengunjungi rumah saya melepas lelahnya
pasti dia akan tersenyum simpul melihat cicit kembarnya
sambil menggeleng-gelengkan kepala
seolah-olah masih tidak percaya.

insyaAllah, sabtu ini akan dihimpunkan anak cucunya yang berkelapangan
untuk majlis tadarus dan khatam quran
langsung dengan majlis berbuka dan terawikh keluarga.

moga wan tenang di sana..
ketahuilah
kami tidak pernah melupakan mu walau sedetik

al-fatihah

kenangan 9.10.2008

misteri part 2


pada yang baca entry saya bertajuk MISTERI
nah..ini sambungannya!


apa misteri di sebalik kasut itu?
apa kisah yang mendebarkan itu?
memang saya mengucap panjang di samping berkali-kali mengucap syukur
kerana Allah masih memelihara kami sekeluarga!
Syukur Alhamdulillah...

----------------------------------------------------------------------------------------------------

seperti biasa, petang itu saya duduk di kerusi malas di tepi pintu usai menidurkan kembar saya
sekali-sekala faaqihah bertanya itu ini
saya melayan ala kadar dek kerana 'penat' dengan tingkahnya yang nakal.

kemudian, dia melepasi pintu dan berdiri lama di situ seperti memerhati sesuatu.
saya sekadar awas dengan kelakunya.

"ibu, kakak nak tengok ula* jap ekk", pintanya sedikit pelat.
memang itu sikapnya, sentiasa meminta izin
tapi tidak boleh tidak, mesti benarkan!
"ok", saya selamber memberi izin.

tetiba saya terus terfikir
'ulat' ke 'ular'?
maklumla, dia masih pelat pada sesetengah perkataannya

bingkas saya bangun dan pegang tangannya. Dia sedang terkial-kial memakai selipar ketika itu.
saya berdiri di muka pintu sambil bertanya
"kakak nak tengok apa?"
"tu ula* kat situ", sambil menundingkan jarinya ke arah sepasang kasut hitam.
saya menjenguk..

Ya Allahhhh...
saya nampak objek hitam yang bersisik!
ulaqqq!

"makkkk....ada ulaq dalam kasut adik!!"
emak yang sedang terus bangun dan menjenguk pada tempat yang saya tunjuk!

tiada lelaki di rumah saya ketika itu
kecuali dua anak lelaki kecil saya.
lalu mak bertindak, bersedia dengan buluh sambil berdiri di tepi kasut.

sesekali, ular tu terjenguk² nak keluar, tapi disembunyikan kembali kepalanya!

kami berbincang cara nak menghapuskannya
sambil saya banyak menghalang mak dari bertindak
bila memikirkan risiko kalau² ular itu melawan.

lama mak menunggu, akhirnya mak nekad bertindak menjadi hero.
yerlah, mak masih belum pun mula memasak untuk juadah berbuka,
sampai bila harus tunggu!?
dan
pungpang - pung pang
akhirnya, ular itu tewas di tangan mak!

huh!
ular senduk ok!
senduk! bukan senduk memasak yer!
ular senduk
sebesar 2 jari saya!

sila bayangkan kalau Allah tak gerakkan hati saya untuk bangun
&
biarkan kakak tengok ula* itu tadi.
bayangkan!?
nauzubillahhhh...




sila tengok '0' pada kepalanya




p/s:
gigih nak cerita..kalau kebod x rosak, lagi panjang karangannya!
mau ayat ala-ala novel sri diah
haha

Thursday, August 26, 2010

saya dapat hadiah


jeng..jeng..jeng

pertama kali join contest sejak aktif ber'blogging' ni
dan tak sangka saya bertuah dapat hadiah
bukan sebagai pemenang utama
tapi penganjur bermurah hati bagi hadiah pada semua yang menyertainya
alhamdulillah..

terjebak dalam contest ni bila puan penganjur invite melalui shoutbox saya
memandangkan contest ni menarik dan
saya memang ada bahannya
so i've decided to join
ini penyertaan saya

kepada puan norida
terima kasih banyak-banyak
moga Allah murahkan rezeki awak sekeluarga

anak saya punya excited bila saya bagitau itu hadiah dia
hadiahnya adalah sepasang baju kurung
boleh buat baju raya


tengok ni ha...terus nak pakai..
mak tok tolong siapkan!



misteri

ada kisah terjadi di sini
pada saya, ia cukup mendebarkan
nauzubillah..

apakah misteri di sebalik benda ini?

Wednesday, August 25, 2010

darah daging

blog saya ni, hari-hari cerita pasal anak-anak saya kan?
orang lain sibuk cerita pasal menu berbuka, pasal baju raya, kuih raya..
saya?
puasa pun blom lagi...oppssss!

singgah kat blog hanim, dia ada cerita pasal murtabak!
saya memang penggemar mutabak dulu, kini & selamanya...insyaAllah


murtabak copy daripada blog hanim..izin yer!? hehe
tiada kena mengena dengan entry ini

tapi kawan-kawan
mak saya pesan, hati-hati beli murtabak ni..
hati-hati tang mana tu?

gini, murtabak kan guna teloq.
mak saya kata kalau nak beli murtabak tengok tuan dia basuh dak teloq tu..
macamana nak tau teloq tu di basuh atau tidak?

bukannya dia basuh depan kita..
tengok teloq tu dok dalam 'sarang' teloq tu ka @ kat bekas lain.
kalau dok dalam 'sarang' tu
confirm saya tak beli!
saya yakin teloq itu pasti tidak bersih

tapi kalau dok dalam bakul @ bekas lain saya beli..insyaAllah
itu pun 'tinjau-tinjau' lagi
puaskan hati.

bukan apa kawan²
kalau teloq tu tak basuh...issshhhh
cuba bayangkan?
teloq tu keluaq dari b*nt*t ayam kan
(ayam berak & berteloq dari lubang yang sama)
pastu tukang canai murtabak tu pulak ambik teloq yang tak basuh tu dengan tangan
dia pecahkan teloq tadi
pastu dia canai lagi murtabak tadi dengan tangannya yang pegang teloq tadi..
dan lagi dan lagi berulangkali..

pastu kita beli dan makan murtabak tadi yang dah bercampur najis
tak elok kawan-kawan
bukan saja untuk kesihatan tapi makanan itu akan menjadi darah daging
selain halal, biarlah ianya bersih dan bebas dari perkara yang meragukan!
kebersihan kan separuh daripada iman

mungkin ada yang anggap ini perkara remeh
tapi hal-hal ini yang mempengaruhi hidup kita dan membentuk peribadi anak-anak
kerana makanan itu menjadi darah & daging kita!
saya ulangi
darah & daging kita

wallahualam..


p/s:
boleh diaplikasikan pada lain-lain menu yang menggunakan telur.
sekadar berkongsi..nanti saya sambung lagi yer!


teman lena

sejak 2-3 menjak ni, babies macam tak selesa tido dalam katil depa.
baby abang terutamanya,
sat saja lenanya.
sudahnya,
saya cuba lenakan dia di atas katil saya
waaaaahhh...
bukan main nyenyak lena!

tapi sangat berisiko tinggi ok!
kakaknya kadang-kadang suka melompat-lompat atas katil
kadang-kadang basah baju baby - cubaan suap air masaknya buat baby
pernah baju baby berbau minyak angin - "baby syakit peyut", alasannya!
tetiba baby menangis kuat, rupa-rupanya cubaan buka seluar baby nak tukar pampers
hmmmm...

tapi kadang-kadang dia jadi peneman tido adiknya
risau jugak kang renyek adik kena 'landa'
so far, saya masih awas dengannya!

Tuesday, August 24, 2010

aku ibumu



p/s:
saya sangat suka moment ini
bila di 'tembak' pun saya tak sedar..
tq own!

dodoi adik


kakak dah boleh bantu ibu tidokan baby..
tapi
kadang-kadang je la..



Monday, August 23, 2010

terkini 23 ogos 2010



kemarin ahad 22 ogos 2010
ibu bawa abang & adik ke klinik desa berhampiran
setiap seorang mendapat hadiah sejarum suntikan

kata nurse, suntikan ini tidak menyebabkan demam
jadi ibu let go dua-dua terima injection.
bulan depan kena lagi
tapi bulan depan kena inject sorang²
minggu ni abang
minggu depan adik
ibu takut tak mampu nak jaga kalian sendirian kalau demam serentak
tunggu sampai ibu betul² gagah !
ok

progress
abang sudah 3.50kg
adik 3.10 kg
patut perut ibu tempat bedah tu rasa ngilu masa riba kamu menyusu


upin & ipin












credit buat cikgu own!
tocheyyy...

Sunday, August 22, 2010

susu oh susu

susu ibu adalah yang terbaik.
dengan susu ibu, anak-anak akan sihat
minda mereka akan berkembang dengan baik
insyaAllah..

saya turut menyusu anak kembar saya
tapi sejak seminggu lepas saya terpaksa menggunakan susu formula
sebagai tambahan.

yerlah..kembar lelaki!
sangat kuat menyusu sampaikan susu tak dan terkumpul
kesian tengok babies kerap terjaga dan menangis ditengah malam kelaparan.

oleh itu saya mengepam susu ibu yang tidak dihisap semasa babies tido
ada orang mengendap aksi saya rupa-rupanya
tanpa saya sedari dia meniru gaya saya.

ingat
kepimpinan melalui teladan
baik teladannya, baiklah ikutannya
oleh itu
sebagai ibubapa marilah kita tunjuk teladan yang baik.

.

.

.

.

.

.

.




aksi kakak mengepam susu

pecah perut saya gelakkan dia!
kakak oh kakak

6 + 9 = 69


aksi sebelum keluar hospital
lepas siap-siapkan babies, saya letak depa macam ni
hehehe

p/s:
ada benar juga kata orang tua-tua, jangan pakaikan baby dengan kain kuning
nanti kena kuning.
kebetulan barangkali, anak² saya kena kuning berulangkali sebab saya pakaikan depa
blanket kuning & baju kuning!

Saturday, August 21, 2010

kakak


bukan main kakak sekarang
bab melaram serah kat dia
sekarang ni dah pandai bergincu
pantang lepa, nanti mulut dah berubah warna
tak pun berkilat-kilat dengan lipgloss

dah nama anak dara
iye dak?


lagi aksi panas

anak bujangku sudah gohjeng..


anak dara ku yang nyenyak tido

garang tau si kakak ni
kadang betul-betul macam 'kak ros' jaga 'upin' & 'ipin'
hehehe

p/s:
kualiti gambar agak kurenggg..
sebab guna henpon

Friday, August 20, 2010

botak!

29 julai 2010
kepala faaiq dan faaid dibotakkan.
bersamaan umur depa 11 hari

tukang cukuqnya adalah tokngah nah
saudara-mara gitu
dia bidan, tukang urut, matchmaker dan lain-lain
walaupun sudah lanjut usia,
mata masih terang
mulut macam biasa, tetap ramah-tamah berbicara!
boleh pecah perut kalau sembang dengan dia
mesra gituuu
kalau kena gaya, dapat banyak petua!

tradisi orang tua-tua,
sediakan bedak sejuk, air, beras kunyit, daun setawar dan sintok.
rambut yang dicukur, dibungkus dalam 3 helai daun keladi dan ditanam.

mati generasi ni,
ada lagi tak orang yang nak menyambung tradisi?

sebulan sudah

cepat betul masa berlalu
twin saya sudah pun berusia sebulan.
ahad akan datang ada temujanji di klinik berhampiran
untuk imuninasi sebulan

ayah...
ni le rupa abang & adik di usia sebulan
pipi masing-masing makin montel
tido malam mahu dipeluk-peluk
terpaksa ibu bahagi-bahagi kasih sayang
termasuk dengan kakak yang kadang-kadang tak mahu beralah..

twin recycle barang kakak..semua pink!
gambar diambil malam tadi


ayah...
mcmana ibu nak jaga babies sorang² nanti kalau ayah kerja malam?
tolong bagi ilham sat!

Thursday, August 19, 2010

jimat cermat


"jimat, cermat, pikiaq, hemat"


itu adalah pesanan arwah tokwan saya
turun kepada anak-anaknya yang salah seorangnya adalah mak saya
dan mak saya selalu menekankan hal ini
pada kami adik beradik.

dalam apa saja yang kita lakukan, mesti jimat
bukan kedekut tapi beringat untuk hal-hal lain yang mendatang.
kalau ada RM10, jangan dibelanjakan semua pada hari itu
jimat & beringat untuk hari kemudian!

kemudian, kalau guna @ berbelanja akan sesuatu barang,
kenalah cermat, agar barang tahan lama @ duit tidak dihabiskan tanpa hala tuju yang penting.
cermat @ berhati-hati..

berbelanja @ melakukan sesuatu mesti berfikir
jangan berkata @ melakukan sesuatu tanpa berfikir.
sangat perlukah barang itu untuk saya?
@
perlukah saya berkata begitu?

selepas berfikir,
renung-renungkan kembali perkara yang hendak dibuat itu
agar ianya mendatangkan faedah kepada diri sendiri dan orang sekeliling.
penilaian yang mendalam ini dinamakan hemat.

bila semua telah dipertimbangka,
barulah kita bertindak melakukan sesuatu yang telah dirancang

saya cuba aplikasikan sedaya mungkin
tapi kadang-kadang terculas jua
bila nafsu menguasai minda
pikiaq dan hemat hilang entah ke mana

apa yang tetiba saya bebel ni?
hehehe
saja, sebagai ingatan pada diri saya dan anda semua!


bertahnik


faaiq & faaid telah bertahnik @ belah mulut
tukang belahnya adalah abang saya a.k.a paklong for my twin
moga anak-anak ibu membesar jadi anak-anak yang soleh
boleh hafal quran macam paklong & pak njang
maktok pesan " nanti igt maktok, jadi ustaz ka, tok imam ka"

insyaAllah...
doa-doakanlah

Wednesday, August 18, 2010

biar gambar berbicara

enak dibuai mimpi indah

selamat pagi sayang...


sama tak?


untuk pengetahuan semua,
twin saya adalah kembar tidak seiras
ada 2 uri
kalau dibelek betul², memang muka depa berbeza
abang muka panjang, berdagu runcing, sedikit cerah
adik muka bulat petak, berlesung pipit di kanan pipi & sedikit gelap berbanding abang

kalau banding dengan kakaknya
nampak sama tak?


atas dari kiri - abang & adik
bawah - kakak

aksi panas

saya suka gambar ni
di capture pagi-pagi sejurus bangun tido
masa ni babies baru beberapa hari
masih kecil
tido malam, saya masukkan dua-dua dalam bakul
saya letak bakul kat lantai tepi tilam mak
saya tido atas katil
dgn kakak

bangun pagi
saya sangat suka dengan aksi mereka yang neutral
comeyyy sangat rasanya..

p/s:
kadang² saya terpikir, mcmana aksi baby yang dibuang menangis sebelum
ditemui mati @ dijumpai org @ dimakan haiwan!

Tuesday, August 17, 2010

Ketika Cinta Bertasbih


faaqihah sangat suka dengan cerita ini
kalau kejut pagi susah nak bangun, sila bukak ost cerita ini
terus buka mata..
(lagunya mmg disimpan dlm henpon utk tujuan ini)

saya pun suka movie ini
part 1 dan part2
encik suami pun suka
sampaikan cadangan nama baby dia nak letak nama Abdullah
watak hero dalam movie tu
'AbdullahKhairul Azam'
'Abdullah Faaiq & Abdullah Faaid'
ok jugakan?
hehehe

sekarang kat tv indon RCTI klu tak salah
tengah main drama Ketika Cinta Bertasbih sepanjag Ramadhan.
mula sebelum Ramadhan lagi
sekarang dah episod belas-belas dah..
encik suami sedang layan drama ini ok
saya dah suruh dia download dan burn dlm dvd
nanti balik sana saya pulak nak layan

sapa yang suka nak layan drama ini
sila la download
kat torrent malaya kot!
saya pun x pasti sebab encik suami yang selalu jadi 'lanun'nya
saya bagi list saja


nenek datang

pada yang tak tahu
my MIL tinggal di Singapura
jauh-jauh gitu, dia datang juga ziarah saya dan cucu² barunya
dia bukanla sihat sangat
tapi sebab kasihnya pada menantu yang chumel ini
eceeehhhh...
pada cucu-cucunya
dia datang juga ke kedah

atas - nenek dengan adik
bawah - nenek dan abang


hari yang nenek sampai kedah
adalah bersamaan dengan hari saya dan babies masuk wad kali kedua
ciyan nenek...

nenek sangat baik hati tau...
rasanya, dia lagi banyak berabis duit beli baju untuk anak² saya
jangan kata anak-anak saya
dengan saya-saya sekali dapat baju free
cantik-cantik ok!
memang jimat kos

terima kasih nenek!

p/s:
tahun ni tak dapat shopping raya kat geylang...
&
terbayang kain² cotton kat kedai richard di joo chiat complex
hukhukhuk

kasih seorang kakak

tiap² hari
mak saya yang mandikan babies
saya tukang tengok saja ok
hehehe
dlm sibuk² mak saya dgn bisnes cucoqnya
urusan babies tetap menjadi urusan utamanya

satu petang,
lepas mandikan babies
mak letak abang dan adik kat depan tv
si kakak memang penunggu setia adik²nya bersiap
tunggu nak kiss

siap sorang, mak letak atas tilam depan tv
pastu uruskan lagi sorang
siap lagi sorang
mak letak kat sebelah yang siap awal tadi

tetiba kakak bersuara dengan memek muka yang terpegun
"eeiiii....banyaknya ibu"
baru dia sedar kot yang adiknya banyak

sekarang ni dia asyik nak kiss babies saja
naik risau
sebabnya sesuka hati dia pusing kepala adik²nya
janji dia dapat cium
kalau saya mintak dia cium saya
"ala...kejap la..kakak tengah work ni"
alasang!!


kakak cuit² abang

pastu adik pulak

Monday, August 16, 2010

sudah ada peminat


"kakak, saya sudah falling in love dengan baby ini"
jururawat pelatih, siap bergambar dengan baby adik..
jatuh cinta masa mandikan baby
hehehe

sorang guard - shidah (bukan nama sebenar)
seharian dok tepi katil saya ok
bukan jaga wad tapi dok jaga baby saya
hahaha
dia ronda, pastu masuk wad dok belek anak-anak saya
dia ronda lagi
lepas tu dok tepi katil saya lagi
terasa sangat dijaga
geram katanya!
siap tanya petua dapat baby kembaq
hehehe
mana ada, semua rezeki Allah kan..


kami sangat menarik perhatian orang yang datang melawat sedara mara masa kat wad tu
ramai yang singgah sambil teruja tengok abang dan adik
yerla..orang lain ada 1 baby
tapi saya lain dari yang ada dalam wad tu
itu yang jadi tumpuan
i tak cari glemer tau!

"besaq ni anaknya..mak dia comey saja"
comey ok hehehe
opssss..lari dari topik dah ni..

siap ada yang bagi duit raya kat babies
hehe
terima kasih yer

Sunday, August 15, 2010

jaundis oh jaundis

herankan!
baby sekarang mesti kena jaundis @ kuning
dari bacaan ianya disebabkan oleh serum bilirubin yg tinggi dalam darah
kerana hati baby yg belum cukup matang
untuk proses bilirubin itu!
klu salah tolong betulkan yer...
my babies pun tak terlepas ok
2 kali mak ngah tido wad sebab babies kuning.huru-hara sekejap hidup
kesian tgk baby pakai pampers sj dok bwh lampu 'photo' tu


result tsb dikira berdasarkan berat bayi x 5
so, bacaan darah tak boleh lebih nilai itu
tsb< berat x 5
kalau tsb tinggi, bahaya utk baby ok!
maknanya dia ada kuning
klu nak nilai tsb yg kira jenis ratus² tu,
nilai tsb tadi darab dgn 17
klu x silap saya lerr
(dengaq dr dok kira tsb anak saya hehehe)

kali pertama admitted 23-24 julai...
tido satu malam result tsb adik yg tinggi
tapi dua-dua saya angkut masuk wad
abang pun tinggi jugak tapi sebab dia lebih berat so masih dikira ok
seminggu lepas tu dok ulang ke klinik saja
cucuk tapak kaki amik darah
takdak kat kaki kat tangan
sgt sedih ok tgk my babies lebam sana sini
tapi tabahkan hati sajalah..

org tua-tua kata kalau pusat dah luruh,
kuning akan hilang tapi tidak for my babies
hari ke 9 pusat abang dan adik jatuh
lepas tu kuning bounce u all..

hari khamis 29 july(hari ke 11)
cukuq rambut babies
plan jumaat 30 july nak buat kenduri
sekali baby adik tidoq dari pagi sampai petang langsung tak susu!
kejut tapi tak buka mata
suap dengan sudu, susu keluar balik
sudah! gabra dah

makngah kan ratu airmata
dengan linangan air mata tak henti²
terus memecut ke emergency sebab time tu dah pukul 630 petang
airmata dah tak boleh stop bila tengok baby adik yg langsung tak respon
hati ni dah kecut sangat pikiaq yg bukan²
hati ibu, mana boleh tahan!

malam tu kami bertiga tido wad lagi
abang dan adik tido bawah lampu 'photo' lagi
sebelum ni, adik saja
kali ni doktor suruh dua-dua walaupun result tsb abang masih ok
sebabnya bacaan sentiasa naik turun!

alhamdulillah
lepas tu result tsb adik turun jadi 9
tapi abang masih naik turun
2 hari lepas tu baru both of them free from jaundis


Saturday, August 14, 2010

saya superwoman?!


nasib 2, macamana gamaknya yang dapat 3, 4 dan lebih
bayangkan kalau depa jaga serentak nak susu,
teriyaq tak ingat-ingat
dan
kita seorang diri, tak dak sapa yang boleh untuk diminta tolong
time maghrib atau tengah malam pulak tu
pastu baru 4-5 hari bersalin
adehhhh

sila bayangkan ok!

tambah skit lagi...
celah-celah tu, anak lain pun dok merengek sama
yang tak paham bahasa lagi..cakap dia mesti kena ikut

"ibu, kakak nak kencing"
adoiiiiiii...

sila bayangkan lagi ok!


saya telah alaminya
dan memang saya seorang superwoman
sikit lagi nak nangis sama ngan babies
hahaha

sebab tak tau nak buat apa
pegang abang, adik menangis
susu adik, abang pulak jerit
ahirnya
inilah aksi saya

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aksi ibu yang kelam kabut bila 2 hero nangis serentak nak susu
hebat tak?
ni kt spital, babies jaundis, sib baik ada nurse tolong!


p/s:
susah-susah dulu, senang kemudian?

Kisah Faaiq & Faaid - Part 2

menu kat spital, siap tembikai lagi..tengok saja la...


perghhh...gigih nak blogging jgk walaupun tanpa keybod
hebat tak i?
sebijik² i tekan tau..
sib baik babies dah bobok!

ok, sambung balik kisah kat bilik bedah.
lepas kaki dah mula kebas, doktor pun mula keja depa
macam² depa pasang gadget
untuk check tekanan darah, nadi, untuk kencing..
macam² la
separuh badan ke bawah depa dah halang dari i tengok..
yerlah...kang ada yg menjerit nampak doktor dok godak² perut kita kan

sorang nurse tu letak corong oksigen kat mulut saya
dah la saya nervous yang amat
pi bubuh benda tu lagi
bertambah rimas dan sesak nafas rasanya...
"tak mau pakai ni...buka, saya lemaih"
"patient anti drop ni"

depa pun bukak corong tu, tapi sampai la saya tertanya²..
apa anti-drop tu?

terasa doktor hiris perut saya.
sekali..dua kali..pastu rasa perut saya macam di lap-lap..
bukan mcm lap lantai ok tapi macam pedap² gitu..
satu lagi toresan terasa
lepas tu rasa panas air keluar...
air ketuban la tu.
saya teruih terbayang² video yang saya tengok dulu tu
ermmm...
mulut saya tak henti² baca doa dan sentiasa mengucap

doktor yang 'proses' saya ada 2 orang
nurse tak kira pulak tapi ramai dari biasa sebab baby saya lebih
lepas dah buang air ketuban tu
doktor yang sebelah kanan saya mula tolak² kepala baby
terasa padat dan sendat
doktor tolak berkali² area bawah dada saya
terasa sangat kuat ok tekanan doktor tu
sib baik dah bius, idak le sakit
yerlah..dua² baby kepala kat atas kan..
susah skit kot depa nak proses!
hehehe

tiba² terasa 'pluihhhhhh' kosong sebelah perut
rasa macam kita cabut perut ikan kembung, gitu la yang saya bayangkan
dengar doktor kata 'assalamualaikum'
dan baby abang pun teriyak punya kuat...
"ala...halusnya rambut"- tak sure sapa yg kata tu

saya sempat tengok keliling cari jam
tapi pening² lalat tak boleh nak ingat pukul brapa
lepas tu baby adik ditarik keluar dengan mudah
langsung tak rasa apa-apa macam nak keluarkan abang
perut dah kosongkan
senang la keja

baby adik dan abang berduet menangis
doktor dok buat apa saya dah tak kisah
saya dok pejam mata sebab dah rasa lega baby dah selamat
tengah doktor dok jahit², nurse kejutkan saya suruh tengok baby
"ni first twin..ok tengok baby apa"
"boy"
"ok..kiss baby""ni second twin, baby apa?" - nurse lagi sorang tunjuk baby
"boy jugak"
"ok..kiss dulu..lagi...lagi"
gitu le lebih kurang dialognya....
babies - dah balik rumah dah ni..
kiri abang, kanan adik



pungpang-pungpang,
dengaq nurse dok kira²
rasanya depa kira kapas kot..
hehehe
sebelum operate tadi pun depa kira

dah siap semua, saya disurung ke ruang yang ada curtain tadi
kat situ lama jugak saya rehat sambil doktor check itu ini
cabut balik gadget² yang dipasang tadi
masa tu,baru saya nampak ada 2 nurse lelaki
hehe
kalau tak tadi, semua pompuan!

sebelum disurung ke wad
doktor bagitau saya dah tak perlu suntikan tahan sakit
doktor dah siap² masukkan kat tadi, kot mana tak sure..maybe tulang belakang kot
katanya tahan 24jam...lega saya dengaqnya
sebab kengerian saya adalah sakit selepas dibedah

dengan selamatnya saya disurung ke wad
hubby, mak and faaqihah ada kat luar bilik bedah
kakak terus lari-lari bila nampak ibu lambai dia
hehehe
rindu le tu


ini stokin belang saya, lepas ni boleh pakai baju belang balik
yeye


p/s: entry ini ditulis selama 3 hari ok...hahaha
akibat pc tak detect keybod!

jaga baby twin sangat mencabar & tercabar ok!
mcmana kalau kembar 3,4..?



Related Posts with Thumbnails