Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, September 29, 2010

Faaid

Ni baby adik - Faaid. Pejam mata sebab silau flash.

Dah pandai sembang-sembang.
uuaaa...uuuaaa..
muncung mulut dia menyembang dengan ibu

Adik tengah selsema.
Kalau idak, minggu ni dah kena ke klinik untuk injection.
Tengok minggu depan²nya, lepas ibu PTK,
kita ke klinik yer!
Dah brapa kilo gamaknya adik ni!?

PTK oh PTK


Demam PTK datang lagi!!!
Dulu masa zaman DG, layan jer ambik PTK ni, sebab objektif!
Alhamdulillah, first time ambik dapat Umum - 3, Khusus - 4
tanpa langsung membaca buku, harap pengetahuan semasa saja.
Dah layak mohon naik pangkat tu!
hahahahaha

Tahun lepas gatai tangan isi PTK.
Sekali check, minggu depan ada PTK kat JB ni ha!
Terus terpikir anak-anak ku
aduussss..
mana mau campak ni?


Nasib baik saya cuma perlu hadir untuk kompenen Generik saja
memandangkan modul Fungsional (Khusus) saya telah lulus zaman DG dulu.
Jadi kurang skit kalutnya.
Kalau idak, macam-macam kena prepare.
Dengan SKT siap kena present,
pastu ada tugasan individu..
humangggaiiii...macam tak de keja pulak orang² gred DH ni yer
mana nak mengajaq, dengan tugas tambahan pastu nak kena buat semua² ni pulak..
ramai yang quit!
Tapi saya sahut cabaran sebab saya tak perlu sediakan semua itu.
manala tau, rezeki anak-anakkan?

p/s:
nampak gaya kena cari maid jugak ni!
adeehhhh

Tuesday, September 28, 2010

Balik ke Kota

Cuti sudah tamat. Saya mesti kembali ke kota.
Arghhh..sangat tidak suka ok!
Saya sangat suka akan suasana kampung saya.
Meriah dan dikelilingi saudara mara. Cukup riuh rendah!
Tapi, tuntutan hidup dan kerja, saya mesti pulang ke pangkuan suami yang menanti.

Ekspedisi bermula Jumaat 17 Sept 2010.
Bergerak ke rumah abang saya di Bandar Baharu, Kulim.
Abang adalah orang yang bertanggungjawab menjemput saya dulu.
Dan kini, dia juga yang bertanggungjawab menghantar saya kembali ke kota itu!
Plan asalnya, kami akan bergerak 11 malam itu (Jumaat siang, abang masih bekerja).
Tapi, biasala..kami semua jenis yang unpredictable.
12 tengah malam baru perjalanan bermula.

Di hentian Simpang Pulai, abang saya berhenti beli kopi.
Masa itu dalam pukul 1++ pagi.
Kemudian perjalanan pun diteruskan.
baru saja kereta bergerak, baby adik yang saya pangku mula menangis kuat.
Sudah! Separuh perjalanan pun belum, sudah buat hal!
Saya cuba memujuk tapi tak jalan daaaa...
Abang saya tergelak-gelak kecil sambil menjeling ke arah saya di seat belakang.
Sampai di R&R Tapah, abang berhenti sekali lagi.
Dia keluar dari kereta dan bergerak ke arah saya.
Sekali di 'ludah'nya baby adik! Ambik!
Faaid menangis sekejap dan terus diam tertidur bila kereta mula bergerak.
Nyenyak hingga ke Pagoh, ketika kami berhenti untuk solat Subuh.
Sempat jugak 'kau' jengah anak aku yerrr...

Di pertengah jalan, abang berhenti di R&R Seremban.
Tidur sekejap sambil memberi peluang enjin kereta berehat seketika.
Faaiq tidur nyenyak di pangkuan maktok.
Faaid nyenyak juga di samping kakak. Penat menangis tadi gamknya. Langsung tak sedar diri!

Kakak dan Faaid di seat belakang. Saya siap bentang toto!

Pukul 9 pagi, kami sudah sampai di Pasir Gudang.
Rumah! Perrggg...sungguh pandai ayah menjaga tanaman ibu!
dengan rumput² dia jaga hahahahaha
subur!

Masuk dalam rumah..
Ya Allaahhhhh..tapak kaki masing² macam dilumur arang.
Hitam!
Mak saya mop lantai 4 kali, tapak kaki masih hitam ok!
Mencuci lantai, lebih teruk dari masa mula pindah rumah dulu kekdahnya!

Apapun, Alhamdulillah, kami semua sudah selamat sampai.
Malamnya, abang saya balik ke Kedah!
Tinggal maktok bersama kami sampai hari ni.

Mak dah bagi hint nak balik!
uawarrrghhh...lepas ni bersilat la saya sorang²
uhuk!

Monday, September 27, 2010

Kasut kulit


Selama ini saya hanya membaca kisah seperti ini.
Tak sangka ianya terjadi kepada saya.
Walaupun pihak yang lagi satu menafikannya,
tapi saya tidak dapat meneruskannya kerana telah muncul was-was di hati saya.
Akhirnya saya terpaksa lepaskannya
walaupun ianya sangat comel dan cantik pada saya.

Apa kes ni??
Ni ha...saya terbeli kasut yang diperbuat daripada kulit babi.
Perrghhh...alkisah, nak masuk keja - kasut sudah lusuh!
Balik Pasir Gudang, berdesup ke pasaraya berdekatan. Sekali pandang terus berkenan.
Tanpa berlengah-lengah (maklumla, ada 2 bigboss + 1 madam kat rumah)
saya terus meminta size saya dan terus membayarnya.
Murah...RM45.90 sahaja.
Sedapp....lembut dan sungguh selesa!

Esoknya, saya membelek-belek kasut baru saya.
Alamakkkk! ternampak 3 dot pada lapik kasut tu. Banyakkkk...
Sudaaahhh..terus google! Sah!
Petang tu jugak berdezuppp saya ke pasaraya tempat saya beli kasut itu.

Gedebak-gedebuk,
manager pasaraya tu (rasanya la, dia call sebab time saya nak jumpa, depa miting)
bagitau saya yang kasut tu bukan kulit babi tapi corak tiruan!
Gila!! awat corak kulit babi yang kilang tu pi tiru!?
Tiru la corak kulit buaya ka...kura-kura ka...tapir ka!
ni kulit babi yang ditirunya!
Takpa laa...sampai la kasut tu saya tak pi ambik!

Balik rumah terus korek tanah!
Apalagi...sertu leeee..
udah was-was kan!

Cantik kan kasut ni...kat tapak putih tu banyak 3 dot tu

p/s:
nasib baik ada kasut lama yang dah berabuk tapi masih baru
(dah 2 tahun dibeli tapi tak sedap dipakai)
tetiba, sedap pulak pakai la ni
hentam!

Scholl..berbaloi-baloi!


Hampir 3 bulan saya bercuti panjang dari tugas di pejabat,
Baru seminggu saya kembali bertugas!
Wahhhh...banyak nak kena update ni!
Skill mengajar pun dah dirasakan tumpul.

Perkara pertama yang perlu saya cari untuk kembali ke pejabat adalah kasut.
kasut yang saya gunakan ini adalah satu-satunya kasut yang saya miliki
samada untuk ke pejabat atau berjalan-jalan.
Lainnya adalah selipar toilet sahaja!
Kesiankan saya?!

Kasut itu pun sudah berusia lebih 2 tahun.
Saya belinya di bulan puasa tahun 2007 di Plaza Angsana selepas acara berbuka puasa
bersama geng² sekerja di Anjung Warisan, JB!
Alah membeli, menang memakai.

Memang harganya agak mahal untuk sepasang kasut.
Sehingga kini ia masih okey cuma kelihatan sedikit lusuh.
Terima kasih kasut Scholl ku!

ini selipar tandas saya!

p/s:
kasut @ sandal @ selipar adalah sama pada saya, tetap saya panggil kasut!

Wednesday, September 22, 2010

Kembali

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu kembali kita yer tuan-tuan dan puan-puan serta cik-cik sekalian
Lama saya bercuti dari mencatatkan sesuatu pada ruangan ini.
Rindu sekali!!
Sangat membuak-buak untuk berkongsi kisah saya dengan kalian.
Kisah berhari raya yang meriah!
Kisah perjalanan kembali ke tempat mencari rezeki.
Kisah hari pertama setelah berbulan-bulan berehat, hanya menjaga diri dan baby.
Dan kisah terbeli kasut kulit babi! aduusssss..
Apapaun, saya masih ada di sini.
Adios!

Friday, September 10, 2010

Salam Lebaran


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin


Wednesday, September 8, 2010

3


Sayang ibu sudah 3 tahun
Sayang ibu dah makin besaq
dan makin notti
tapi
ibu tetap sayang kakak!!

mr jurai,
tq for wishing faaqihah's birthday in advance!
wish saja ka? hadiah? duit raya?
hehehe

p/s:
kakak 3 tahun
ibu ada 3 anak.


Sunday, September 5, 2010

chef kecik


amacam?
ada gaya dak besaq² nanti boleh ganti chef wan?
hehe

untuk pengatahuan semua,
mak saya berniaga kuih-muih di PARAM
bukan bulan Ramadhan ni saja
mak dah buat kuih sejak saya di dalam kandungannya lagi
bayangkan, paginya buat kuih & kayuh basikal hantar kuih ke kedai,
tengaharinya mak melahirkan saya!

back to the story
ini salah satu aktiviti kakak kat kampung
mengacau mak saya hehe
jenuh mak tok tepis tak bagi dia kacau
last², maktok bagi serba satu kat dia, siap kayu golek tu juga
apa mak tok buat, dia tiru!

p/s:
insyaAllah, kuih mak saya tidak tercemar walaupun ada pembantu tak dilantik!

Saturday, September 4, 2010

kempen


kat malaysia ni, kaya dengan kempen.
tak payah cerita la kalau kempem time pilihanraya
memang berdentum-dentum macam bunyi mercun kat kampung saya ni.

lain-lain kempen,
ada kempen benci dadah - belia benci dadah
ada kempen berhenti merokok - katakan tidak!
kempen kurangkan gula
macam-macam la...

masuk ogos, kempen kibar jalur gemilang
ni ha..dekat raya, kempen berhati-hati di jalan raya
senang kata, kebanyakkan kempen adalah kempen duniawi & fizikal.

tapi petang semalam
saya terjumpa satu kempen yang lain dari yang lain
tak pernah seumur hidup saya selama 31 tahun ni...opppssss
berjumpa dengan kempen yang macam ni


.

.

.

.

.



alhamdulillah, walaupun belum tentu kempen ini berjaya
tapi usaha memulakannya adalah sangat baik!
tahniah MDKP!

p/s:
teringat pengalaman makan di sebuah medan selera di kota bharu bila azan berkumandang!
ala-ala suasana peniaga di kota mekah

Friday, September 3, 2010

Faaqihah


sejak jadi kakak
perangainya sangat-sangat menguji kesabaran saya.
ada saja hal yang dia buat nak bagi orang marahkan dia.

saya tahu
dia nakkan perhatian.
yerla, dulu semua orang peluk dia, pegang dia
bila dah ada adik, perhatian sudah jatuh pada adik-adiknya.

kadang saya yang menyesal sendiri bila marahkan dia.
bila tenung mata dia yang merah berkaca-kaca menahan airmata,
saya yang sedih!

bila saya tercepat tangan memukul dia,
terus sebek menangis sayu, langsung tidak berganjak tercegat berdiri di situ.
kadang-kadang saya terus panggil dia untuk dipeluk
cepat-cepat dia datang dan melepaskan tangisan dalam pelukan saya..
saya yang sayu!
ataupun
bila saya mula bergerak meninggalkannya, terus dia memeluk saya sambil menangis
dan merenung muka saya...
aduhhhh...saya yang pilu!

mujur dia bukan jenis cemburu dengan adik-adik.
walaupun kena marah, dia tetap sayangkan adik-adiknya
sekejap-sekejap datang nak kiss adik.
bila minta tolong ambilkan botol susu, pampers atau apa saja barang babies
dia sangat ringan tulang..

kakak, ketahuilah...
ibu sangat sayangkan kamu!
jangan noti sangat yer....

ya allah..berikanlah aku kesabaran!


Thursday, September 2, 2010

kasih sayang


Perasaan kasih dan sayang adalah anugerah Allah
biar orang itu, budak kecil @ dewasa, tua @ muda, kaya @ miskin
semua memilikinya.
terpulang pada empunya diri untuk menyuburkan rasa itu
atau
menguburkannya!

kiri - kakak susukan Faaiq
kanan - kakak susukan Faaid

kakak sangat kasihkan adik-adiknya walaupun usianya baru nak menjengah 3thn pada 8.9.10 ini
kalau ibu kalut susukan baby bila dua-dua jaga serentak
dia sudah boleh memberi bantuan.
kakak dah berlatih nak tolong ibu nanti bila dah balik Pasir Gudang
kalau ayah keja, bolehla kakak tolong ibu hendaknya
siang hari ok!
tengah malam, kakak bangun tak kalau ibu kejut?
hehehe..
sungguh melampau ibu!


cuba membahagikan kasih sayang pada dua-dua adiknya!

p/s:
marilah kita berkasih sayang!

Wednesday, September 1, 2010

my 3F


Babies dah semakin montel. Kena beli botol susu besaq dah.
si abang Faaiq dah tak cukup 3 oz sekali minum
tu yang pipi 'mooolatt' sangat tu
nangis pun kuat bukan main
macam sakit kena cubit saja!

3F saya - dari kiri Faaqihah, Faaiq & Faaid


baby adik pun makin 'hantap' kata orang kedah
adik banyak beralah dengan abang.
kalau abang jaga, terus bagi bunyi hi-note tak ingat punya
terpaksa ibu letak adik yang tengah nyusu
angkat abang & susukan dia dulu
adik?
dia relax saja, kadang adalah merengek skit² ala-ala manja!
ibu tepuk² dia diam la...


i love my 3F
Related Posts with Thumbnails