Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, October 28, 2010

Untuk yang terchenta

(sila nyanyi dengan melodi yang betul ya!)

~A B C D E F G
H I J K L M N O P
Q R S T U V
W X Y and Z
Now i know my ABC
Next time you can sing with me.~

Untuk suami yang terchenta..
Terima kasih kerana menerima adinda seadanya
Terima kasih atas segala cinta dan perasaan yang dikongsi bersama
Terima kasih atas pengertian yang tak terhingga
Terima kasih juga kerana terus memahami isterimu yang 'macam-macam' ini
Terima kasih kerana terus bersabar dengan kerenahku yang tak terjangka!

Walaupun isterimu ini kuat 'membebel' untuk melepaskan rasa
tapi ketahuilah
adinda sentiasa sayangkan kanda!

Terima kasih Allah
kerana menghadiahkan aku hadiah yang sungguh berharga.
Terima kasih Allah,
kerana men'takdir'kan kami bersama.
Sesungguhnya dia terlalu 'istimewa'!
Kekalkan kami bersama selamanya hingga ke syurga

Hepi Besday sayang..
I LUV U

~saat mula-mula bertentang mata 09.04.2006~
masihkah kau ingat kanda?

p/s:
entry yang sekali sekala 'geli-geli' untuk yang tercinta, apa salahnya!?

Wednesday, October 27, 2010

Duhai Wanita



Duhai wanita,

perkataan dunia itu bersifat muannath...manusia berkhidmat dengannya...lelaki pula sujud kepadanya

perkataan al-ardh (bumi) itu bersifat muannath...daripadan

ya tercipta manusia dan tersebar zuriat keturunan mereka

Perkataan al-sama' (langit) bersifat muannath...sesungguhnya ia dihiasi cakerawala...diperindah dengan bintang yang bersinar cahayanya

perkataan al-hayah (hidup) juga bersifat muannath...kalau tidak keranan

ya tidak bergerak jiwa raga manusia

perkataan al-jannah (syurga) juga bersifat muannath...orang-orang yang bertaqwa dijanjikan dengannya...dan para rasul dilimpahi nikmat dalamnya

Seindah dan semulia itu Allah menyanjungi wanita maka peliharalah diri dan malu mu

Plagiat daripada blog adik saya : Ustaz Zahiruddin

p/s: muaanath disebut muannas

Tuesday, October 26, 2010

Cheeses

Alkisah, 2 minggu lepas semasa ke Singpore menjemput ibu mertua saya,
dia belanja kami makan pizza.
Katanya sempena birthday kakak yang ke 3 hari tu, dia tak belanja apa-apa,
sebab saya kan berpantang di Kedah.
Jadi, hari tu saya pun order la delivery pizza bagi pihaknya.

Balik ke opis, kawan² dok ber FB nak makan pizza.
Saya pun menyampuk sama. Rupanya menu sama tapi tak sama.

Kat Singapore, 7 Cheeses. Kat Malaysia Cheesy 6!
1. Mozzarella
2. Cheddar
3. Monterey Jack
4. Provolone
5. Romano
6. Parmesan
7. Cream cheese - tak dak dalam list rupanya!

ok azrina a.k.a not!
terbukti kan?!hehehe..bukan akak tambah powder cheese tu tau!
hahahahaha

Monday, October 25, 2010

Twin car

Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga sentiasa murah!
Terkini twin saya dapat hadiah lagi.
Stroller untuk twin tau!
Kalau nak beli mau makan sebelah tangan jugak tu. Itu pun yang kurang berjenama.
Kalau nak yang cantik-cantik, sila la angkat lagi sebelah tangan anda ya!
Silap-silap jari kaki pun kena tambah sama
hehehehe

Alkisahnya, stroller ni adalah pemberian sepupu en. suami.
Mr. boboy adalah panggilan mesranya.
Dia ni bekas pelari pecut Singapore tau!
Sezaman dengan Azmi Ibrahim dan Watson Nyambek.

Dia la yang bagi.
Katanya dia beli untuk anak-anaknya yang bukan kembar tapi selang setahun.
Lepas tu anak-anaknya tak nak naik.
Dari memenuhi ruang stor rumahnya, bagi dia bagi hadiah kat kami yang memang ada twin ni - ini ayat tambahan saya ok!


Plastik pun tak bukak lagi. Kira baru dalam kategori terpakaikan.
Saya ni jenis tak kisah guna barang terpakai.
Apala yang nak dikisahkan sangat, janji bersih dan boleh berfungsi sama seperti baru,
buat apa nak membazir, iya dak?

Rabu lepas (20/10) dia mai hantar ke rumah saya dari Singapore.
Mulanya kami nak bawak balik masa pi rumah dia.
Tapi kan..stroller ni tak muat masuk bonet MyV saya tu...
Macamana ni ayah!?
Apakah makna semua ni...
Sila beri penjelasan sat!
hehehehe

Sunday, October 24, 2010

murtabak rusa dan zam-zam


Saya bersiaran langsung dari Kota Singapura.
Minggu lepas saya ke sini menjemput ibu mertua,
minggu ini saya kembali ke sini untuk menghantarnya semula.

"Mak, zam-zam ada murtabak rusa. Beriyani rusa pun ada"
"iya..nanti boleh coba".
"Tapi mahal mak, murtabak 20 dollar, nasi beriyani 15 dollar"
"Tak pe...kita coba la"
"sekali sekala boleh laaa..."
saya menyampuk dialog antara ibu dan anak!

Jeng..jeng..jeng...

Perjalanan bermula pukul 2 petang.
Sedikit jam di check point dan hujan mencurah-curah tak kala
my MyV menjejak ke kota Singapura.
Perjalanan diteruskan ke Beach Road.
Akhirnya destinasi dituju sampai - Singapore zam-zam.
Order ala-ala drive-tru.
Hampir 15 minit, order pun sampai.
"Air katira dua botol" - order tambahan ketika bayaran bertukar tangan.
50 dollar, dapat baki balik 5 dollar!
Ambik kau!

Deer murtabak - 1st in Singapore!

Kereta dipecut laju menuju ke rumah, tapi tak la laju sangat!
Ikut tunnel Singapore tu, speed 70km/j!
Saya kan patuh pada undang-undang jalanraya..kang kena saman, naya!

Terowong di Singapura.

Di rumah,
usai memakir kereta, hidang sudah tersedia.
Tak la lain benau rasanya murtabak rusa.
Tak dak beza pun rasa daging rusa dengan daging biasa.
Next time, murtabak daging 5 dollar sudah laaa...

Aksi dalam kereta

Ada kawan saya tanya kat FB
"Lip, macamana depa duduk dalam krete nak pi hantaq kat babysitter".
Soalannya tak le gitu tapi maknanya ada-ada lebih kurang gitu laa.

Ni ha aksi depa pagi dan petang hari.
Adik Faaid saya letak kat depan dalam babyseat yang sedikit kecil.
Saya beli secondhand saja - RM60. Masih elok dan cantik.
Ownernya dari Batu Pahat mai hantaq sendiri ke Pasir Gudang.
Ni pun kaedah beli online.
oppss...back to the story!

Kakak tengah sembang ngan adik Faaid


Abang Faaiq pula saya buh dia dalam babyseat yang besaq. Ni kakak punya.
Dia saya letak kat belakang bersama kakak.
Kakak macam biasala..boleh jugak diharap tolong pujuk-pujuk dan main-main dengan adik-adiknya kalau depa mula meragam.



Sepanjang pemerhatian saya (macam jawapan amali biologi pulak),
abang lebih suka memerhati suasana luar. Dia akan duduk diam sepanjang perjalanan.
Bunyi huaa-huaa saja yang saya dengaq.
Memerhati keindahan alam gamaknya. Macam ibunya juga kot, yang suka pada keindahan ecehhh!
Senang kata, abang sangat cool! Gelak pun ala-ala saja.

Adik pulak, sangat ramah ok! Sepanjang perjalanan, dia akan memandang saya atau kakaknya.
Pastu sangat suka nak sembang-sembang. Kalau tak sembang, mula la sebek.
Adik dah boleh gelak mengekek-ngekek ok!
Saya pun layan saja laa..Nanti dia akan tergelak besaq kalau kena caranya.

Mula-mula dulu, saya sangat kesian dengan anak-anak saya ni.
Pagi-pagi dah diangkut ke sana sini. Tengah sedap-sedap lena, kena kacau.
Pastu dalam kereta mula la berduet!
Tapi sekarang, baby pun dah terbiasa gamaknya dengan suasana tu.
Pagi-pagi saya akan kasik susu baik punya.
So masa dalam kereta, depa dok diam la!

p/s:
Lip - adalah panggilan kawan-kawan chat saya!

Saturday, October 23, 2010

SuperMama


Pertama sekali, izinkan saya nak perasaan yerr..maafkan keterlanjuran ayat² saya di bawah!
Saya sangat terasa yang saya ni sangat SUPERMAMA..ok!

saya seorang SUPERMAMA

Kenapa??
Sebab sehingga hari ni, Allah masih bagi kekuatan kepada saya
untuk uruskan anak-anak sendirian.
Bukan saya tiada suami, tapi tuntutan kerja suami yang kurang mengizinkan
dia bersama-sama saya menguruskan anak-anak.

Kalau orang lain ke klinik, suami berteman.
Untuk saya tak de maknanya! Sehingga kini, saya sendirian ke klinik.
Terkial-kial, sebelah dukung anak, sebelah lagi dengan beg anak. Pastu dengan tangan yang sama nak tutup pintu kereta. Nak tekan kunci kereta untuk lock!
Imagine ok!

Kalau orang lain ada maid, ada mak membantu.
Saya tak dak itu semua di sisi membantu kini.
Dulu masa dalam pantang adalah.
Lepas dah naik kerja, saya sendirian uruskan anak-anak.
Kalau suami takdak, haaa...ko lintang pukang la sorang-sorang.
Kaki dan tangan sama banyak berkerja kalau twin menangis serentak.
Celah-celah tu kakak pun minta dimanja yang manjanya lebih lagi daripada baby.
bayangkan laahhh!

Setakat sekarang, alhamdulillah, twin tak sakit lagi hingga perlu berjumpa doktor. Minta dijauhkan. Masa Faaqihah dulu dah pernah rasa.
Dia demam sampai tapak tangan dan kaki pucat. Pastu tetiba naik atas pangku saya, diam!
Tak kau menangis sorang-sorang.
Sambil pakai tudung (tukar seluar saja, baju hentam baju lusuh sebab takut lambat),
berjurai-juraian airmata drive sorang-sorang ke klinik di malam hari.
Sambil mata dok jeling dan hati berdoa - jangan la jadi apa-apa kat anak aku ni!

Banyak lagi kalau nak list yang boleh buatkan saya rasa saya super!
Pada wanita yang baca blog saya ni,
marilah sama-sama kita menjadi supermama / superwoman.
Bukan bermakna lelaki/suami boleh lepas tangan.
Tapi untuk melatih hati kita menjadi kental dan kuat - walaupun dalam hati kita ini tetap ada tamankan! eceeehhhh..

Tapi kalau dah ada suami yang free dan dapat sama-sama membantu,
jangan le menolak! Anda sangat bertuah!

p/s:
Tengah berusaha nak cari pembantu rumah.

Friday, October 22, 2010

Kembali

Saya sangat banyak kawan baik lelaki, perempuan maupun pondan.
Kawan saya ada macam-macam pe'el.
Percaya tak?
Saya ada kawan yang lesbian tapi saya bukan 'les' yer.
Saya ada kawan gay, tapi saya memang bukan gay.
Pada saya,
tak salah saya berkawan dengan mereka yang ok atau tak ok sikapnya
asalkan saya tak mengikut perbuatan mereka yang salah itu.

Dulu masa saya kat asrama,
saya berkawan dengan seorang senior berketurunan Sikh yang baik hati.
Saya juga berkawan dengan senior sebangsa dan seagama walaupun ada yang suka mengejek saya kerana ketidak'comel'an saya.

Saya pernah dipermainkan.
Cara saya berpakaian pernah diperlekehkan.
Cara saya memakai tudung pernah diketawakan.
Tapi saya biarkan walaupun saya pernah menangis sendirian.
Saya abaikan semua itu kerana hanya seorang dua saja yang berperangai begitu, selebihnya sangat baik dan mesra dengan saya.

~saya bersama rakan² gunung di Puncak Chamah~

Tahun demi tahun, kami semua berpisah membawa haluan masing-masing.
Semua dengan jalan hidup dan pilihan yang tersendiri.
Teknologi kembali menemukan kami - terima kasih FB!

Alhamdulillah,
senior saya yang berketurunan Sikh itu telah memeluk Islam.
Saya sangat gembira kerana tindakan nekadnya selepas SPM
untuk melarikan diri dan memeluk Islam telah mengubahnya menjadi seorang hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.
Nampak sungguh kebahagiaan pada wajahnya bersama keluarga.

Pertemuan di FB juga membuatkan saya sedih.
Senior yang selalu mengejek saya telah bertukar rupa.
Dari seorang melayu, kini wajah dan kehidupannya lebih 'orang puteh' dari 'orang puteh'.

Saya sangat sedih.
Sedih kerana dia yang dilahirkan dalam Islam tetapi memilih jalan hidup yang jauh terpesong.
Melalui gambarnya, saya dapat mengagak cara hidupnya yang penuh glemer.
Clubbing, minum, posing yang 'masyaAllah', berpakaian yang 'Astagfirullah', berpesta jangan cakap la.
Nampak kebahagiaan dan kegembiraan pada wajahnya kerana dia berjaya mencapai semua yang diimpikan sejak di sekolah dulu.

Jauh di hati kecil ini, saya berdoa.
Moga Allah memberikannnya taufiq dan hidayah agar dia kembali ke jalan yang benar.
Saya juga berdoa, moga Allah terus menjaga hati saya agar tidak terpesong dari landasannya.
Saya juga berdoa, moga Allah menjadikan anak-anak saya, anak-anak yang soleh dan solehah.
Berilah kekuatan kepada saya untuk membimbing mereka dalam dunia yang semakin mencabar dan bergelora ini.


p/s:
teringat kata-kata kawan saya
"biaqla depa nak pakai seksi di dunia, kita tutup aurat dulu, nanti kat syurga kita seksi sepuas-puasnya"
:P

Rezeki

Bajet Jumaat lepas, PTK akan dimansuhkan dan akan digantikan dengan penilaian yang lain.
Yang macamana tu tak dapat ditentukan lagi.
ermmm...sekejap gitu..sekejap macam ni.
baru je nak seronok dengan cara yang sediaada, dah nak diubah!
entahlah....

Alkisah, saya berPTK lepas. Memang happening habis.
Pada yang rasa takut dengan PTK, tolong la berfikiran positif.
eceehhhh..mentang la dah pi PTK tapi blom lulus lagi, dah eksyen! kemain awak yer!!
hehehehe

PTK kali ni bagi saya agak mudah kerana saya mengambil untuk bahagian Generik saja.
Hanya menghadiri perbincangan kumpulan dan jawab soalan objektif.
Perbincangan kumpulan saya, happening habis.
Siap dah tutup, pastu boleh buka sesi balik.
Saya amat yakin yang penilai tersalah menekan loceng masa.

10 minit pertama - sekali loceng
40 minit seterusnya (bermakna minit ke 50) - 2 kali loceng
tapi dia tekan loceng masa minit ke 40.

Sebab tu ada lebihan masa walaupun kami dah lama buat sesi penggulungan
Tapi tak pa, hari tu dia boss..maka boss akan selalu betul walaupun buat salah!
Terima kasih untuk ahli kumpulan ku yang sangat positif. Langsung tiada unsur menjatuhkan antara satu sama lain.
Kesian kat group lain, ada acara memangkah peserta lain untuk menaikkan diri sendiri!
Kalau aku jadi penilai, orang tu aku bagi markah paling sikit.
Sangat tidak baik ok!

Soalan objektif pun sangat senang! Direct punya soalan.
Tapi saya langsung tak baca buku!
Agak-agak boleh lulus ke idak ni?

errmmm...
Moga Allah murahkan rezeki saya sekeluarga.
Moga penilai yang menilai saya lembut hati, dan memberikan markah yang banyakkk.
moga kertas objektif yang saya tanda tu, betul jawapannya!
Lembutkanlah hati mereka-mereka yang bagi markah kat saya.
aminnnn....

p/s:
Mak saya pesan dulu-dulu,
lepas kita dan usaha, dah jawab periksa, kita mohon moga Allah lembutkan
hati pemeriksa kertas kita, bagi markah yang banyak!
hehehehe

Thursday, October 21, 2010

Jerebu


Blogspot kena jerebu jugak due to maintenance. Sekejap boleh sekejap tak boleh.
Now dah boleh. Sebab dah boleh upload picca.

Kat Johor jerebu sangat teruk ok!
Kalau sapa tengok news kat TV, Muar mencatat IPU paling tinggi.
Pasir Gudang ni, kalau tak jerebu pun tetap IPU nya tak elok jugak!
Kilang keliling nok!
Lubang hidung boleh jadi hitam kalau tak betui2 cuci.
Kalau hujan turun, tetiba terasa dunia sangat bersih dan suci.

Pagi tadi, tengah sibuk-sibuk dengan anak-anak dalam kereta
sambil memusing stereng, dan lagi saya ambik gambaq guna handphone.
Sila jangan buat macam apa yang saya buat ok.
Tapi gambaq ni saya tangkap time berenti kat traficlight.

Matahari sangat merah.
Kemarin pun merah jugak.
Faaqihah kata " ibu dah nak malam laa" - padahal baru pukul 7.40 am.

Bumi dipenuhi asap = ???

kakak yang sangat kakak


Dulu saya pernah tulis entry pasal anak dara saya tiru aksi saya pump susu.
ceritanya tajuk Susu oh Susu
Now saya dah direct breastfeed pada twin saya.
Aksi saya ni turut menjadi ikutannya.

Kadang-kadang elmo jadi mangsa.
kadang-kadang pink panthernya jadi babynya.
memang lawak la kalau tengok secara live.

Ni aksi yang berjaya saya capture bersama tigernya!
.

.

.

.



Wednesday, October 20, 2010

zzZZzzzZz

Perghhh...letih-letih mata nengok pc dok buat keja.
Rehat jap update cerita kembar saya.

Ni aksi anak kembar saya tido.
Dua-dua sangat nyenyak kalau tido meniarap.
Kalau ada yang nak bagi anak tido meniarap, mula-mula kena awasi dulu.
Takut juga baby masih tak mampu nak angkat kepala untuk ubah posisi mukanya.
Alhamdulillah, twin saya ni pandai memusing-musingkan kepala
sejak belum capai umur 2 bulan lagi pun.
Hasilnya sekarang ni, tengkok masing2 dah keras.

Abang Faaiq dah boleh meniarap 16 Okt lepas.
Lepas dah pandai meniarap, dia dah tak mau lena meniarap.
Pantang letak je, nanti toing..toing...kepala dia tegak, terus tak nak tido dah!
La ni, bagi dia lena melentang pulak.

Adik Faaid masih tido meniarap.
Time susu tengah malam tu, saya ubah dia tido melentang.
Nyenyak jugak!
Adik tak tunjuk tanda-tanda nak meniarap lagi
Cepat dik....tak sabar ibu nak tengok!

Saya bersyukur sangat-sangat pada Allah,
walaupun ada 2 baby, tapi saya masih boleh handle kedua-duanya dengan tenang
selalunya seorang diri - suami selalu kerja shift malam uhuk!
kadang-kadang terasa macam supermama pulak!
Cuma, letih dan mata panda ke pejabat esok paginya adalah biasa.
Terima kasih pada suami ku yang kadangkala turut membantu,
walaupun letih balik keja!
Itu yang adinda mau!!!

Sunday, October 17, 2010

Kampung Singapore

Dah lama tak balik Singapore.
Ada la lebih kurang 6 bulan.
Kelmarin, saya telah kembali ke rumah suami saya
mengunjungi ibu mertuaku yang dok menunggu dan kerap bertanya
"bila nak masuk?"
Bukan saya tak nak masuk ke Singapore ni,
tapi dengan 2 babies, takut jam kat checkpoint tu..
tengah² tu baby melalak..
jenuh saya!

Alhamdulillah, perjalanan ke Singapore semalam agak lancar walaupun
kat checkpoint Singapore baby adik berak.
Terpaksa cuci dulu.
Dah tu ada staff kat situ terbekenan kat baby adik. Mintak nak dukung.
Akhirnya, ramai yang kerumun kereta bila dapat tau ada twin.

Sampai rumah, mak mertua saya hidangkan ni....
dah lama tak makan
lepas le ngidam

ini namanya KENTANG BALL
yummmyyyy...

Thursday, October 14, 2010

Aku dan Gunung Tahan

Pada yang kenal saya sejak di sekolah dan universiti,
pasti tahu minat saya yang mendalam dalam aktiviti lasak dan mendaki.
Pantang di ajak, pasti bersambut.
Biarpun tengah kalut dengan exam, tapi hutan Sintok tetap kita terjah di malam hari.
Konon-konon nak release tension.
Esoknya, dengan mata panda ke dewan peperiksaan!

November ini saya akan membawa pelajar ke Gunung Tahan.
Mulanya saya merancang untuk mendaki bersama.
Ya lah! Alang-alang tinggal anak tinggal keluarga!
Dari menjadi pegawai pengiring tanpa berbuat apa-apa, baik saya mendaki bersama mereka.
Sekurang²nya lepas rindu saya pada udara gunung yang nyaman!

Tapi sayang berjuta-juta kali sayang..
saya baru saja melahirkan baby twin melalui pembedahan.
Baru nak mencecah 3 bulan.
Setelah berfikir panjang, saya tidak berani mengambil risiko untuk menyusahkan orang lain
dan juga diri saya sendiri.
Saya tunggu sahaja di bawah sambil bersiap sedia untuk majlis penutup program.


Wahai gunung Tahan,
jodoh kita masih belum sampai.
Dulu masa di universiti peluang sudah datang,
saya tak dapat ke sana kerana ibu saya melahirkan.
Sekarang, peluang yang sama datang.
saya tak dapat ke sana juga kerana saya pula yang baru melahirkan!

Bila agaknya kita akan berjumpa!??


Bila ibu menangis



November ini ibu sangat sibuk.
Ibu dah roger mak tok kat Kedah untuk hantar anak-anak ibu balik kampung.
Sedih ibu nak berpisah dengan anak-anak ibu walaupun sedetik.

Mesti ibu akan bosan!
Kakak tak dak dengan ibu.
Tak boleh la ibu nak potpet² sembang ngan kakak.
Tak boleh la ibu bebel kat kakak bila kakak lompat² atas katil kacau baby!
Tak dak la orang yang dok paksa ibu ambik Yakult, nak roti, nak mee...nak itu..nak ini time ibu nak tengok tv atau susu dan tidokan baby!

Mesti ibu bosan.
Baby abang dan adik tak kacau tido ibu.
Ibu dah tak dak keja pulak.
Nak tukar pampers, nak basuh berak adik abang di tengah malam.
Kena bertukar² tempat time nak susukan abang dan adik.
Tak lenguh pulak tangan ibu gilir² nak dukung abang dan adik sorang-sorang sambil berperang
dengan kakak.

Sori anak-anak ibu.
Ibu terpaksa hantar anak-anak ibu.
Kalau boleh, mana ibu pergi, ibu nak angkut semua sekali.
Tapi ibu kesian kat anak-anak ibu!
Dari ibu tinggal anak-anak ibu dengan orang luar
baik ibu hantar anak-anak ibu kat saudara mara kita.

Semalam, mak saya telefon.
Dah plan baik punya. Siap abang saya pun sanggup drive ke Pasir Gudang
untuk menjemput anak-anak buahnya.
Lepas cakap ngan mak tok, saya terus menangis.
Tak sanggup rasanya nak berpisah dengan anak-anak.

"kakak..nanti mak tok nak ambik kakak ngan baby balik Kedah. Ibu sorang-sorang." - sambil menangis
kakak tergamam melihat saya mengalirkan air mata.
Dia terus berhenti bermain dan datang memeluk saya.
"Dah..dah...nanti kakak beli kasut biru kat ibu ekkk...nanti kakak bagi duit kat ibu ekkk"
sambil dia tepuk-tepuk belakang saya memujuk.

uwwarrrrrghhhh..lagi laju air mata saya.


p/s:
sambil mengarang entry ini, air mata saya berjurai-juraian.
mental mau kuat kalau nak berpisah dengan anak!

Friday, October 8, 2010

Sudah sampai!

Senang kan shopping online?
Duduk, kelik², order, calling² then bayar.
2-3 hari sampai..
silap² esoknya pun boleh dapat!

Ni barang saya order!
Sudah sampai!
yeehhaaaaa...

Banyak yang berkenan tapi fulusnya kena beringat² jugak!
Kang rumah cantik, kebulur pulak hehehe
"Jimat - cermat - pikiaq - hemat"
fuhhhh!

p/s:
Baru mula nak mendeko rumah.
Nak shopping kat mall susah.
Online jer nok!

Thursday, October 7, 2010

Faaiq


Ni baby abang - Faaiq
Abang dah pandai sembang² macam adiknya Faaid.
Dah mula senyum dan sembang sorang².
Abang dah kembali mahu menyusu di badan.

Minggu depan, abang kena bersedia ya!
Ibu nak bawak abang dulu untuk injection.
heheheheh

kalut


Ini meja kerja saya!
Sungguh serabut dan selerak ok!

Alkisah, naik cuti bersalin, dapat tugas baru.
Kena pindah ke bilik baru.
Nak kemas untuk berpindah satu hal.
Dan pindah, nak punggah balik barang² lagi banyak hal.
Kalau dok asyik susun barang, keja pulak tak jalan.

Akhirnya...beginila mejaku.
Aku yang serabut nak buat keja.
Cari benda semua tak jumpa!

Monday, October 4, 2010

TTM buat Lucky Draw - Sticky Mode

Jom! Sapa nak join! Meh beramai-ramai...
Manala tau, ada rezeki dapatla hadiahnya hehehehe
Hadiah sangat menarik ok!
nak di beri oleh TTM yang sangat bermurah hati
ni haaa hadiahnyaaa
jeng..jeng..jeng

.

.

.

.

.


...........................................................................
Syarat-syarat penyertaan:

1. Anda adalah seorang blogger.
(InshaAllah lain kali aku buat lucky draw utk blogger dan reader pulak ye)

2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.
(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.)

3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST
(Tutorial utk sticky post klik SINI) di blog anda. Caranya, copy je la entry ni.
(1 profile cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.)

4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen en
try ini.
(Nanti aku masukkan link blog anda kat entry ni)

5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni
(Sebelum Isnin depan 04/10/2010). Aku akan buat entry kalau dah tutup. Bila dah tutup, maka boleh hilangkan sticky post tu.

6. Pemenang akan dipilih
DI SINI.

................................................................................

p/s:
Moga murah rezeki saya, Amin!
Related Posts with Thumbnails