Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, November 30, 2010

Bantulah Dia


Baby di atas namanya Afiq.
Saya baca kisahnya dari blog ini yang dilink dari blog kak azie.
Sayu hati keibuaan saya bila menatap wajah anak kecil dengan corong oksigen di muka.
Hampir menitiskan airmata.
Terbayang pula andai anak saya mengalami nasib yang sama.
Minta dijauhkan ya Allah.

Saya bukan orang yang sangat kaya untuk membantu.
Mak saya kata, kalau tak dapat bantu dengan wang ringgit, dengan tenaga pun tak apa.
Saya pun tahu, bukan semua pembaca blog picisan saya ini kaya.
Tapi rasanya, untuk RM10, masih mampu kot!
Atau berilah setakat yang terdaya.

Hari ini hari mereka.
Hari kita belum tentu bila dan entah macamana?
Kalau hari ini kita bantu orang, insyaAllah, orang lain akan bantu kita pula bila kita susah.
Yakin, Allah itu Maha Adil!

Hulurkanlah setakat yang termampu untuk meringankan beban anak kecil ini.
Moga sumbangan yang dihulurkan, digunakan dengan sebaiknya
insyaAllah!

Pada yang nak menghulurkan bantuan kewangan, berikut adalah akaun ayahnya yang dikenali blogger sebagai DJ Epoi.

MAYBANK:: 162311772012
NAMA:: SAIFUL ANU
AR BIN ABDUL RANI

NO HP:: 013-2078787
p/s:
kawan² opisku..ada yang nak hulurkan sumbangan...silakan!

Info sihat : Mengapa harus berhenti minum soft drink?


Lewat petang usai menjaga exam, saya duduk di bilik saya sendirian.
Menatap jidar google sambil melayan blog kegemaran.
Terjumpa artikel ini dari salah satu blog yang selalu saya terjah.
Wajar saya berkongsi bersama anda asalkan jangan berkongsi suami sudah
hehehehe

Nah, di bawah adalah kisah sepenuhnya!
--------------------------------------------------------------------------------------------

Mengapa harus berhenti minum soft drink?

Diambil dari GeniusBeauty, Rabu (7/7/2010), berikut 5 alasan kesehatan mengapa orang wajar berhenti minum soft drink:

1. Obesiti (berat badan berlebihan)

Peneliti di University of Texas menemukan bahwa soft drink meningkatkan risiko obesiti rata-rata 32.8 peratus, sedangkan diet coke (soft drink bebas gula) justeru meningkatkan risiko hingga 54.5. Maka soft drink bebas gula tak selalunya sihat.

2. Kalori yang tak berguna

Sebahagian besar minuman soda mengandung 250 kalori per 600 ml. Tak ada kandungan nutrisi atau mineral di dalamnya, melainkan hanya gula dan kafein.

3. Kecanduan atau adiktif

Soft drink juga dapat menyebabkan semacam kecanduan. Yang merangsang kecanduan adalah kandungan kafein di dalamnya. Setelah berhenti dari kebiasaan minum soft drink, Anda akan mengalami gejala putus zat seperti sakit kepala, depresi, gugup dan menggigil.

4. Meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes

Menurut sebuah laporan yang diterbitkan oleh American Heart Association di Circulation Journal pada tahun 2007, orang yang minum soft drink setiap hari akan meningkatkan risiko sindrom metabolik, yaitu suatu kondisi yang meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes, sebesar 44 persen.

5. Mengurangi jumlah sperma

Hasil studi di Denmark menunjukkan laki-laki yang meminum 1 liter atau lebih soft drink setiap hari bisa berbahaya bagi spermanya. Laki-laki yang sering meminum soft drink menghasilkan sperma 30 persen lebih rendah dibandingkan yang tidak minimum soft drink.

Monday, November 29, 2010

Aku , Jammed dan Sinar FM

Ahad 28 Nov, around 9 am saya berdezzzup dari Singapura ke Pasir Gudang.
Hari tu saya penceramah ke 2 untuk Kursus Ms Publisher.
Itu yang kena balik juga tu!
Sampai kat Woodlands, jamm tak ingat dunia.
Almost 3 jam i stranded kat situ, Woodlands Checkpoint - Bangunan Iskandar tu.
Macam nak patah balik pun ada, tapi memikirkan my partner ngajar sorang², tak adil pulak kan?
So, perjalanan itu ku teruskan jua.

Dalam kereta, saya melayan Sinar FM, kemudian layan CD Quran.
Habis CD tu diulang, jam tak lepas lagi.
Tukar balik ke Sinar FM. Pukul 11++, JamalJamaluddin (JJ) ke udara.
Disebabkan terlalu boring, saya pun hantar sms ke sinar FM.
"Che Kiyah Pasir Gudang, dalam jam kat tambak Johor keluar dr Singapura. Mujur ada Sinar. Salam sayang buat keluarga di utara malaysia dan Singapura!"
Elok je lepas checkpoint Malaysia, JJ baca sms saya tu.
Memang saya gelak la. Suka!.

Lepas ni harus aku buat lagi kerja sms sinar ni!
hehehehe

p/s:
Pukul 1 baru sampai Pasir Gudang. Kelas pun dah habis
hahahahaha <-- gelak untuk diri sendiri.
Terus type entry ni!
Isnin dan Selasa, jaga exam pagi - petang!
Tu yang siap² set autopublish!

Sunday, November 28, 2010

Majlis Nenek

Siang kelmarin, mak mentua buat makan². Jemput kawan²nya dan saudara mara di Singapore datang. Cucu² - menantu Melaka dan Pasir Gudang ada sama.
Penuh dan meriah rumah yang selalu sunyi sepi ni.

Baby abang dan adik adalah VVIP hari tu.
Semua datang mesti cari babies. Kembar la katakan!
Nenek dah siap2 belikan depa baju kuning. Siap mandi ibu sarungkan saja.
Bab baju memang ibu tak payah risau.
Since ada kakak lagi, nenek yang tukang sponsor baju baby.
Ibu sangat² suka sebab baju ibu pun nenek suka sponsor sama.

Abang dan adik sangat ok hari ini.
Dah kembali normal lepas kejadian ngeri dalam kapal terbang balik ke Johor.
Tapi dua² selsema daaa...sama ibu juga yang tengah 'idung sempit' ni.
Esok pagi kena bergegas ke pejabat.
Ada kursus pendek yang ibu kena handle - Ms Publisher.
Tapi pukul 1 pagi masih dok menaip karangan ini.
hehehehehe

p/s:
Kebanyakkan entry saya adalah autopublish

Baby Karok!


25 November lalu, kami berlima anak beranak pulang ke Johor dengan menaiki penerbangan AirAsia, Penang - Senai.
Kakak seawal 4.30pagi telah berjaya saya bangunkan, mandi dan bersiapkan diri.
Kembar sekadar tukar lampin, terus dukung masuk kereta saja.

Kakak punya excited nak naik kapal terbang.
Bukan tak pernah sebelum ini, tapi kali ini dia sudah punya memori yang lebih kuat untuk menghargai detik² kejadian untuk dikongsikan.
Bertolak dari rumah abang 5.15 am. Sampai di Penang Airport jam 6.10 am.
Terus bergegas ke kaunter check-in. Airport penuh orang rupanya di pagi² gitu.
Bumbam-bumbam, Gate 10 terus diterjah sebab gate dah nak tutup.
Subuh pagi tu dibiarkan berlalu.
Ya Allah...ampunkanlah dosa kami suami isteri!

Ayah dukung abang. Ibu dukung adik. Kakak jalan sendiri.
Melangkah masuk ke perut kapal terbang, baby adik mula 'menyanyi'.
Waahhhh...satu kapal terbang boleh dengar suara dia yang nyaring mengamuk tu!
Dah la seat kami di baris ke 3.
Pasti orang² di belakang tercari² pemilik suara emas tu.
Sejam perjalanan, baby adik terus mengamuk.
Berhenti suara sekejap² bila dia terlelap keletihan.
Kapal bergegar berlanggar awan, dia terjaga dan sambung mengarok lagi!.
Terpaksa la ibu bersabar sambil terus memujuk.
Abang pun buat perangai tapi dah di hujung² penerbangan.
Kakak...ok la! Tapi sibuk nak pindah seat + nak jalan² dalam kapal.
Adeehhh...jenuh nak terang bagi dia faham yang kita sedang di atas awan sayang oiii...

Landing di Senai, kami turun last sekali.
Semua orang turun kapal mesti toleh tengok kami. Harussss!
"Kembar? Eh..Tahniah" - Ada juga yang wish.
Hahahahaha...memang bestkan!? Memang menarik perhatian orang.
Turun je kapal, babies diam!
Masuk teksi, siap boleh gelak² sembang lagi.
Adehhh..tak faham ibu!!!!

Sampai rumah adalah saat terindah. Home sweet home walaupun rumah bersepah.
Kemas apa yang patut, kami anak beranak sambung tidurrrrr.

Saturday, November 27, 2010

Terima kasih M@t@HaW


Saya sebenarnya sudah lama mengimpikan untuk ada blog sendiri. Lama sungguh!
Beberapa kali mencipta blog namun akhirnya bersawang sendiri.
Terjebak seketika dengan fotopages. Juga tertimpa nasib yang sama.
Akhirnya, tercipta blog ini untuk kesekian kalinya.
Tujuan mulanya kerana saya menjadi pengajar kursus pendek
Kursus Pembinaan Blog Peribadi.
Saya yang usulkan kursus itu.
Akhirnya, nota, kelas pertama dan blog contohnya saya yang siapkan
dengan bantuan dari tutorial yang ada di blog² yang glemer.

Cambahan dari kursus itu, maka blog ini terus hidup hingga kini - selagi ada nyawa hendaknya.
Biasanya, pengunjung blog saya tidak ramai. Komen setiap entry pun 2-3 saja.
Blog saya mungkin cuma diterjah dikalangan
1. rakan² sepejabat (tak semua tahu saya ada blog)
2. Geng sekerja Kolej Komuniti (2-3 org saja)
3. Rakan² FB
4. Bekas² anak murid
5. Rakan² seuniversiti.
6. Adik beradik saya yang ada blog (3 0rang saja pun yang ada)
7. dan 2-3 orang yang dikenali hanya melalui blog.
8. Silent readers (tu pun tak banyak sangat)
tu saja kot.
eh sat! sat!sat...lupa pulak
satu lagi - suami saya adalah pelawat setia ya!

Malam tadi, saya tak boleh tidoq.
Saja bukak nuffnang sebab ramai yang dok story kisah earning masing².
Teringin jugak nak tau earning saya dah berapa juta! (dalam mimpi yer)
Tengok earning saya, biasa saja!
Maklumla, blog picisan macam saya ni mana nak ramai visitornya kan.
Nuffnang pun 'hidup segan mati tak mau' letak iklan kat blog saya ni - ala² merajuk dengan harapan nuffnang buh banyak iklan kat blog saya.
Sekali bila tengok kat new community..
mak aiiii...ramainya!? Selalu, hanim ngan ciklin ngan ili ngan mimi saja yang ada.
Check pulak kat stats dalam blogger.
Dapat la jawapannya.

Rupanya Haw add link blog saya kat blog dia.
Patutlaaaaaaa.
Tu baru blog yang hanya ada 200++ followers. Ramai silent readers dia gamaknya kot....
Sila bayangkan kalau blog terpencil saya ni di 'add' linknya oleh blogger ternama.
Waahhhh...cepat..imagine hehehe
Gamaknya, mesti penuh skrin dengan nuffnangers yang mai ziarah kan?

pic atas : senarai 2 hingga bawah adalah pelawat setia saya.
pic bawah : selalu, FB yang paling banyak di'refer' tapi telah berubah yer

Buat Haw (yang hanya saya kenai blog dia saja),
terima kasih kerana telah meningkatkan trafik di blog saya.
Saya suka...tersangat gumbira!
heeyaaaa...yariibaaa...
oppss...sori!
terover daaa...

p/s:
terima kasih kepada semua yang sudi singgah di blog saya yang tak seberapa adanya ini.

Suasana Awal Pagi

Sorang belah kanan saya.
Sorang dalam buai.
Dua² selsema - termasuk ibu!
Ayah dah mimpi sampai mana gamaknya ya?
Kakak kat bawah dengan ayah.
Ibu?
Masih ngadap komputer!

Latest location - Singapura
Esok ada majlis makan² di sini anjuran mak mentua.
Makanan - semua mak mentua order. Menantu - sila goyang kaki yerr....hahahaha
Tetamu - kawan² mak dan saudara-mara.
Tujuan - nak kenalkan cucu kembar dia.

Motif buat entry ni?
Mata tak boleh lelap daaaaa...

Thursday, November 25, 2010

Sukaria

Anak dara saya bukan main hepi dok kat kampung.
Yer lah..lepas bebas kan.
Kalau kat Pasir Gudang hehehe SMI la..
Terkurung saja dalam rumah. Kalau weken, dari pagi sampai petang la dia dok dalam rumah.
Macam penjara pun ada!

Kat kampung, mak aiiii...dah tak reti dah tidoq siang!
Tengahari buta, pi sana sini.
Belemoih, ya ALlahhh..
comot gila! Kulit dah gelap berjemur panas!

Tak pa..tak pa...ibu kasik chance kat kakak!
Waktu entry ni dipublish, kami dah sampai Johor rasanya - autopublish hehehe
No more main panas ya!
Jadi puteri pucuk kelompang la lepas ni.

Saja, gambar sukaria anak-anak dengan sepupu² dan adik saya serta tok chik depa!
Hepp..heppp..huraayyyy!

p/s:
rasa macam nak demam pun ada nih!

Wednesday, November 24, 2010

Makan Keluarga

Jamuan keluarga AidilAdha tetap meriah walaupun agak ramai saudara-mara tak dapat datang.
Mak lang anak beranak ke Perak makan kenduri.
Makngah jaga menantu baru bersalin.
Anak-anak makndak pun balik awal lepas kenduri siangnya.
Walaupun tak ramai, tapi meriah tetap adanya!

Menu kali ni dah bertukar.
Kalau dulu, time raya korban mesti ada daging bakar atau sate.
Kali ni ubah dengan ikan bakar.
Pakcik saya yang kaki pancing tu dah awal² buat stok ikan siakap dan ikan merah.
Malam tu, ada jagung bakar, bihun sup, nasi gorang, kentang goreng dan nuggets, rojak
dan beberapa menu sampingan.
Banyakkk.....3 meja kau buat susun makanan!


Pukul 10 baru mula menjamu selera!
Ambik! Pukul 8 baru mula bakar ikan + masak², mana nak boleh dinnernya.
Jadi supper la kekdahnya!
Apapun, time makan tetap meriah. Juadah, tinggal sikit² saja balance.

Tahun depan mungkin saya tak dapat kot merasa acara ni,
yerlah, dah 2 tahun saya raya AidilAdha kat Kedah.
pastu tahun ni, dua² raya saya kat sini.
Kesian pulak sama mak mertua.
Lagipun, dia dah sponsor langsir AidilFitri, takkan tak faham² lagi!
SMI laaaa...

Tuesday, November 23, 2010

Berendoi


BERENDOI

Berendoi masih bergerak aktif hingga ke hari ini dan boleh ditonton kebanyakannya di negeri Perlis, Kedah, dan Perak. Di negeri Perak nyanyian berendoi ini menggunakan nama Dendang Siti Fatimah dan seni katanya berlainan dengan seni kata yang dibawa oleh kumpulan Berendoi di Perlis dan Kedah. Adat berendoi atau buai bayi ini dipersembahkan sebagai tanda keriangan atau kesyukuran menyambut kelahiran cahaya mata. Lagu-lagu Berendoi atau Dendang Siti Fatimah membawa seni kata yang memuji junjungan Nabi Muhammad s.a.w, menceritakan perihal susah payah ibu mengandung dan melahirkan anak dan juga nasihat-nasihat kepada kanak-kanak. Ada juga seni kata yang dicipta oleh kumpulan ini disesuaikan dengan keadaan semasa. Antara lagu yang dibawa dalam majlis berendoi ialah Tuhan Rabbul'alamin, Anak di dalam Buaian, Ayuhai Anak Cahaya Mata, Kebesaran Allah, dan Aduhai Anak Jangan Durhaka. Berikut ialah lagu Anak di dalam Buaian:

Ayuhai anak di dalam buaian,
Pejamkan mata jangan tangiskan,
Lagu Berendoi kami dendangkan,
Di dalam majlis tanda kesyukuran.

Lamalah sudah kami menanti,
Namun engkau tak kunjung tiba,
Dengan takdir ilahi rabbi,
Kini engkau sudah menjelma.


Disebabkan dah lama teringin nak buat acara berendoi, peluang balik ke kampung untuk akikah
saya gunakan untuk melangsaikan hajat terpendam ini.
Tukang berendoinya tu kawan-kawan mak saya, senang la nak kira kan!
Kalau di KL atau Selatan, acara ni lebih kurang macam acara Potong Jambul tu.
Cuma bezanya, kalau kat Kedah tak dibuat potong jambul
dan lagu yang yang didendangkan pun tak sama dengan kat sana rasanya.
Lirik² lagu yang alunkan dalam berendoi ni banyak berunsurkan nasihat dan cerita nabi.
Mudah sangat nak difahami

Acara berendoi berlangsung jam 3 petang.
Dari pagi saya kalut dengan buai yang 'janji ada'
Adik saya la...punya berangan nak siapkan buainya..langsung tak boleh harap daaaa...
Dengan kekurangan bahan dan menggunakan bahan sedia ada,
saya dengan maknjang saya siapkan buai dengan tema
'Janji Ada'.


Bergilir²lah abang dan adik naik buai.
Sanak saudara yang kecik² dan muda memenuhi ruang menonton acara yang memang
depa tertanya² dari pagi " macamana berendoi tu".
Dah lama acara ni tak dibuat.
Seingat saya, saya pun pernah tengok acara ni masa kecik² dulu, dan lagu²nya selalu saya dengar adalah dendangan arwah datuk saya dimasa senggangnya bersama anak cucu.

Baby abang naik buai, sekejap terus tidur.
Habis 5 lagu, turunkan abang, ganti dengan adik.
Adik pun, kodek² dengar lagu, tak lama kemudian terus tidur.
Semuanya adalah dalam 1o lagu yang dialunkan.

Masa berendoi tu ada diletakkan 2 jag air untuk dibuat mandi anak-anak ni.
Saya pun mandikan sajala.
Terperasan dalam tu ada duit 20 sen.
Tanya mak "awat ada duit?"
Mak kata " ntah..depa suruh bubuh, pasai apa, tak tau la".
errmmm...agak² ikut logik, sebab apa ya!?

Korban Raya

Bukan korban di jalanraya tapi
raya Aidil Adha kali ni, keluarga saya bekorban lagi.
Memang sudah menjadi salah satu acara tahunan sebenarnya, kami akan bergilir-gilir
berkongsi untuk menumbangkan seekor lembu setiap tahun.
Tahun ini, saya mengambil 2 bahagian untuk akikah kembar saya tu.
Afdhalnya 2 bahagian/orang, tapi memadai dengan satu pun.

Pagi² lagi abang saya mengepalai acara sembelih.
Dulu, selalu abah akan panggil tokchu, saudara saya untuk acara sembelih tapi
sejak tahun lepas, abang saya sudah mengambil alih tugas itu.
Siap dah beli pisau sembelih untuk koleksi sendiri.
ok la tu..senang kan, dah tak payah berebut² nak Q tukang sembelih.
Time korban ni bersusun orang nakkan khidmat tukang sembelih tau.

2 tompok diperuntukkan untuk kenduri di tengaharinya.
Selebihnya daging dibahagi² untuk disedekahkan.
Gulai terung + ikan talang, sambal belacan + ulam, daging goreng minyak dan sup tulang.
Cukup menyelerakan bila ditambah dengan perut @ babat cicah air asam.
Tak lupa juga ikan kering dan ikan pekasam
huh! memang hancuss diet ku!

Acara korban sudah menjadi tradisi dalam keluarga saya.
Aidil Adha selalunya lebih meriah dari AidilFitri.
Malam ada lagi jamuan keluarga.
Dulu, saya memang tak cukup kaki dan tangan bekerja.
Now, relax sikit dengan alasan ada anak kecik hahahahaha
kembar lagi. Ngelatt kerja!!!

Monday, November 22, 2010

Terbang Raya bersama Air Asia

Pertama kali, promo ini bukannya dari Air Asia ya.
Cuma sebagai entry untuk blog saya ni.
Ketika menaip entry ini saya berada di Kedah, bercuti sambil selesaikan ibadah akikah kembar.
ALhamdulillah, semua telah selesai.
Nanti saya ceritakan yer, insyaAllah.

Jumaat 19 November saya bersama suami terbang dengan penerbangan AirAsia.
Jam 10.30 malam dari Senai.
Ingatkan tak dak orang, sekali penuh kapal daaaa
Semua kejar tambang murah kan! Tak salah saya masa saya beli tu harganya RM94/person.
Bukan harga promo pun tapi boleh la dikira murahnya.

Yang saya noticed masa beli tiket online ni ialah
Bayar via debit account lebih murah berbanding credit card.
Debit account tu maknanya akaun online macam Maybank2u atau CIMBclicks tu.
Tapi kena ada cash yang cukup la dalam akaun anda tu.
Bila kita pilih cara bayaran dengan debit account tu, automatically, dia akan bawa kita ke account online yang kita ada. Senang, tak dak hutang tapi duit terus hilang hehehehe

Yang kedua,
saya suka sekarang ni dah boleh website check in.
tak payah beratur² lagi kat airport tu.
Lepas website check in, print boarding pass yang akan keluar. Bawa tu ke airport.
Sebelum atau selepas masuk gate nak ke departure area tu, ada kaunter untuk check dokumen.
Bagi je ic @ pasport bersama boarding pass tu.
Nanti dia tahu le nak buat keja dia.

Lagi satu bila check in macam ni dapat hotseat.
Masa nak naik kapal, yang hotseat ni boleh naik dulu.
Tak payah le nak berebut² kan!
Tapi kalau check in bersama baby atau ada luggage yang nak dimasukkan ke cargo, tak boleh yer check in via website ni.
Harap maklum!

oklah, nanti sambung!

p/s:
hotseat = seat yang dekat dengan laluan kecemasan.

Kain cotton


Sambungan kisah saya pada satu hari raya Aidil Adha.
Lepas siap menempah curtain untuk raya Aidilfitri tahun depan tu
saya bersama mak mertua dan sepupu, Atikah ke kedai kain yang berhampiran.

Masa Aidilfitri yang lepas, saya terbayang² kain cotton yang cantik kat situ.
Time tu kat Kedah. Boleh bayangkan sajalaa..Sekarang, ni la masa nak borong sakan.
Lagipun, saya jarang² buat baju baru. Saya beli kain baru kemudian simpan.
Kain yang mak mertua belikan pun saya simpan dulu.
Tapi sekali saya tempah, mau letih nak bayar upahnya..hampir 10 pasang sekali hantar.

Yang saya beli, sepasang kain cotton untuk baju kurung buat mak di kampung.
Hadiah dari saya kerana sudi menguruskan anak-anak saya buat sementara.
Bukan sebagai upah, tapi tanda terima kasih padanya atas jasa yang tak terhingga.
Memang tak ternilai pun kain cotton itu dengan jasanya.

Lain-lain yang saya beli, 3 pasang kain cotton untuk saya!
muahahahahaha..
memang naik gila tengok kain² cotton yang terkini dan cantik² belaka.
Kalau tak ingat kalimah - jimat, cermat, pikiaq, hemat - mau licin duit dollar yang ada.


p/s:
agak-agak, kalau saya buat bisnes online jual kain cotton,
ada orang nak beli tak?

Sunday, November 21, 2010

Chat, chatting & chit chat


Dari tajuknya, agak² apa yang akan saya karangkan?
Yer..saya pernah menjadi chatter TEGAR suatu masa dulu.
Zaman belajar sampai la zaman bekerja sampai la zaman dah kawen pun!
Tapi sekarang ni dah kurang. Harap maklum, kang terbiar anak² den. Ketagih tau!

cari mana i?

Masa zaman muda (now pun muda lagi),
i memang femes tau di chatroom (private room) - sila gelak yer hehehe
suka buat havoc ngan member² padahal ada yang langsung tak pernah jumpa.
Kalau dengan members yang selalu jumpa dan sekepala, lagi la gegar room kami kerjakan.
Ada saja chatters yang kami kenakan!

Usik mengusik penuh kasih sayang dan kemesraan.
Ya, itulah niat saya.
Langsung tiada niat untuk menipu atau mempermainkan orang.
Niat untuk berkenalan dan mencari kawan walaupun saya memang ramai kawan.
Mungkin niat saya baik, maka Allah mempertemukan saya dengan rakan² yang baik pekertinya dan mulia hati mereka.
Alhamdulillah.
Walaupun ada juga pengalaman berkenalan dengan chatters yang suka menipu, tapi itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus berkawan.
Tidak kurang juga yang menganggap saya cuba mengorat mereka dengan keramahan saya.
Mungkin kerana saya tak cun, dan nak berkawan dengan mereka yang handsome dan berkedudukan, tak pa..tak paa
saya layankan saja la perasaan mereka itu!

Dengan chatters yang satu kepala, kami sering berjumpa dan lepak bersama².
Masa itu kami bertiga (me, lela & juzz) di Utara. Geng² di KL akan datang berjumpa kami di sini atau kami akan ke sana. Meriah sangat masa tu.
Maklumla..semua masih bujang!Ada juga yang 'bujang tinggal sorang' hehehehe
Kenangan bersama yang susah nak dilupakan, kami ke Langkawi time CNY.
Sewa van takdak gear 2, gear 1 terus ke gear 3.
Masa tu lagu Seksis dan Sway tengah glemer!
Masihkan kalian ingat tragedi itu?
lucu...lucu..

Ramai juga rakan-rakan dari luar negara yang saya jumpa. Orang M'sia juga.
Gathering pertama di KL dengan promo " sapa nak jumpa tulip dan juzz, datang la"
sambil berbuka puasa di rumah Bro G & Kak Da,
kami buat video chat dengan kawan² diserata dunia.
Gathtering berikutnya terus berlaku. Datang sekeluarga dari Singapura pun ada.
Itulah indahnya dunia chat saya.
Tidak pada one to one saja tapi lebih kepada berkenalan sekeluarga.
Mungkin itu lebih diredhai Allah Taala.

Zaman kami sudah berlalu.
Room yang selalu saya terjah sudah berganti dengan chatters baru.
Bak kata foundernya yang masih di situ "Budak² ni macam ko dulu² la".
Namun, ikatan persahabatan kami masih erat.
Lebih eratnya bila saya bersuamikan rakan chat saya!
Dia mengorat saya tau! Sebab dia bersungguh, saya terima la!
ampun kanda..hahahaha

Buat semua rakan² yang mula kenal saya dengan tulip_putihh a.k.a liplap,
andai ada salah dan silap sepanjang kita bersahabat, saya mohon ampun dan maaf.
Saya manusia biasa yang tak lari dari berbuat khilaf.
Sesungguhnya, kalian tiada beza dengan yang mula saya kenal di alam nyata.
Terima kasih kerana sudi memeriahkan hidup saya
Anda semua tetap sahabat saya dunia & akhirat.
Eh! Pasal tetiba aku syahdu ni!
(saya memang sensetif bab kawan-kawan daa...)

p/s:
kalau nak story bab dunia chat ni, 4 hari 4 malam blom tentu habis.
Banyak kenangan manis tak kurang juga yang pahitnya!
Now, dunia blogging pula...

Saturday, November 20, 2010

Saudagar Buku Berjaya

Buat suami ku En Al Halim, lelaki di atas bukan lah kekasih gelap adinda ya!
Mari saya ceritakan tentang suatu kisah tentang lelaki di atas.
Siapa dia?
Apakah kaitan dia dengan saya?
Kenapa dia?
ecehhhh!

Saya ditegur lelaki ini semasa saya sibuk bercakap ditelefon dengan abang saya.
Saya hanya mengangkat tangan saja dan berlalu meninggalkannya lalu masuk ke kedai makan.
Kemudian, sekali lagi dia menegur saya ketika berjalan keluar dari kedai itu.
Lidahnya begitu lancar mempromosikan buku dan CD jualannya.
Kalau dia perasaan, saya sudah beberapa kali membeli buku daripada dia.
Tapi saya pasti, dia lupa sebab bukan saya seorang pelanggannya.
Ratusan malah mungkin ribuan manusia yang dijumpainya saban hari.

Bum-bam..bum-bam dia bercerita dan saya cuma mengiakan saja, saya membeli CD Surah-surah Amalan bacaan Fakhrulradzi, Juara Akademi Quran 3.
Semasa nak bayar dia bagi tawaran,
CD lagu kanak² + CD Surah Amalan cuma RM22.
Saya setuju. Bacaan Quran untuk di dalam kereta.
CD lagu kanak-kanak of course untuk anak dara saya dan adik² kelak(kalau tahan laa).

Tapi perbualan kami tidak terhenti di situ.
(Dialog dibawah memang tak sama semasa kejadian tapi maknanya sama)
Saya ringan mulut berkata " Sori saya tanya sikit yer, berapa pendapatan awak sebulan?"
Mesti mamat tu ngeri jumpa pelanggan yang macam tanya. Ntah apa² soalan saya tanya!

" Tak tetap puan" katanya.
"Awak buat jualan ni, kira macamana? Ada basic gaji + komisyen ka?"
"Tak la puan, semua base on komisyen"
"Berapa awak dapat untuk satu unit jualan". See, very the busybody of me kan?!
"25% atas satu jualan. Kenapa puan tanya, berminat ke?", dia tanya saya sambil ketawa!
"Eh tak..cuma saya wonder, berapa gaji awak. Yerlah...saya nampak macam susah nak buat sales ni".

"Tak la puan, memang orang nampak susah. Tapi Alhamdulillah la, sebulan saya dapat lebih RM1500 la, boleh hantar kat mak. Saya dah 4 tahun kerja ini", bersungguh dia bercerita.
"Average 1 hari berapa komisyen awak dapat?", soal saya lagi.
"Ikut la...biasa RM70 sehari"

"Office kat mana?", tak habis lagi saya ni!
"Kami kat Kg Melayu Majidee..dekat Giant Extra sana"
"oooooo...Kalau kerja ada gaji la so seminggu berapa hari awak kerja".
"Wekend saja kami cuti, tapi ada duit poket bos bagi untuk makan"
"oooOoooo...bagus la macam tu. Siapa owner sebenarnya bisnes ini. Melayu ke Cina?"
"Bos besar Cina Muslim, kat KL. Kenapa puan tanya?"
"Saya ambil gambar boleh? Jangan takut ya, saya ni blogger"
- part ni paling aku suka, mengaku tak henggat!

"Senyum yer. Nanti saya masuk dalam blog saya. So sambung balik tadi"
"Kalau puan nak tau pasal syarikat ni puan search di internet Mohammad saudagar buku..gitu la. Ada cerita bos saya"
"oooo...ok..ok..nanti saya cari"
"Macamana peluang naik pangkat. Ada ke?". Sibuk kan aku ni!
"Ada..lama² boleh kerja admin kat pejabat. Kalau sambil² tu nak buat sales pun boleh"
"oooooOooo...lagi banyak la income boleh dapat"

Itu antara dialog saya dengan si penjual buku itu.
Bukan senang nak buat sales kan.
Tak semua orang boleh tahan muka berjumpa dan promote barang jualannya pada orang ramai.
Persuade orang untuk beli. Susah sebenarnya. Tapi saya salute dengan mereka ini.
Kesian saya tengok. Penat berjalan sepanjang hari, letih bercakap untuk promosi.
Tak melenting pun kalau orang tak mau beli.
Senyum, terima kasih kemudian berlalu pergi.

Semoga lelaki ini dan salespersons lain
yang berkecimpung dalam bidang ini akan menjadi usahawan yang berjaya, sebab
kualiti rajin berusaha
dan
tidak mudah putus asa
sudah ada dalam diri mereka.
Chayok!
Anda yang lain, macamana? Soalan ini juga ditujukan kepada diri saya.

sekian, che kiyah yang busybody melaporkan!
p/s:

Friday, November 19, 2010

Akaun Abang dan Adik

Fuhh...hari raya ke 2 saya dah masuk pejabat.
Yerlah..buat apa bercuti lama² kalau tak dapat beraya bersama keluarga.
Masuk ofis ala-ala sunyi gitu. Ramai yang masih lagi bercuti.
Konon nak buat kerja tapi tak dak mood pulak.
Lunch hour nya, saya pun ke serata tempat di sekitar pasir Gudang dan Seri Alam
untuk settlekan macam² urusan tertangguh sebelum balik bercuti di Kedah.

Matlamat utama saya adalah membuka akaun untuk anak kembar saya.
Alhamdulillah, kakak dah ada. Now turn adik² pulak.
Setelah dihitung semua hadiah wang dan sumbangan yang diberikan kepada mereka semasa lahir dan duit raya adalah RM1000 dalam tangan saya.
Dah nama kembar, kenala bahagi 2 iya dak?!
Permualaan akaun masing² dapatlah RM500 setiap seorang.

Saya buka akaun di Bank Rakyat- Tilmiz.
Senang, kakak pun ada akaun kak situ.
Simpan tambahan duit kakak dapat hadiah frame gambar.
Abang dan adik dapat tabung dan beg upin dan ipin sorang sebijik!
Sesuwaai sangat!

Pada pembaca blog saya yang ada anak,
dah buka akaun belum?
atau
duit raya anak² dah masuk bank belum?
Sila buat dengan segera yer.
Kang ada pulak duit anak² yang susut.
Tak cukup, pinjam duit anak dulu..tak cukup pinjam dulu..
pastu lupa! hahahaha
Saya tak kata orang lain yer, sebab saya pun buat macam tu!
Tapi saya ganti balik dengan segera.

Kalau nak buka akaun amanah anak-anak, jangan lupa photostat surat lahir dan ic penjaga.
Bawa yang original ke bank sama yer.
Isi borang. Serah duit dan borang kat kaunter.
Tunggu sekejap. Settle!

Jalan-jalan raya

Orang beraya ke rumah sanak saudara. Tapi saya ke kedai langsir di hari raya..boleh?
Inilah suasana kalau beraya di kotaraya.
Pagi raya bangun pukul 11 pagi (lepas subuh sambung tido)
sebab malamnya pukul 3 pagi baru sampai ke Singapura.
Berpusing keliling Hospital Sultanah Aminah nak cari rumah sewa Atikah,
sepupu sebelah suami yang tak balik raya dan nak dibawa bersama ke Singapura, al kisahnya!

Berbalik pada matlamat utama ke kedai langsir.
Mak mertua saya nak sponsor langsir raya puasa tahun depan.
See....very the advance of mak mertua ku kan?
Taste mak mertua saya ni memang ala-ala mak datin gitu!
Tapi dapat menantu sempoi habis.

Curtain kat rumah saya mahal jugak harganya (pada saya la),
tapi memang simple habis as simple as dia punya owner lah!
Jadi dengan bermurah hati, dia bikinkan langsir cun gitu pada menantu nya ini.
Menantunya pulak, dengan berbesar hati bersetuju cadangan mak mertuanya itu.
Tak baikkan tolak rezeki..hehehehe

Kami ke kedai kesukaannya di JooChiat Complex, Geylang.
Saya serahkan pilihan corak dan warna padanya.
Saya memang lemah bab-bab memilih corak dan warna.
Kang sama saja dengan yang sedia ada!
Inilah pilihannya yang dia dah imagine match dengan sofa dan cat dinding rumah saya.
Day curtain nya ala-ala cream gitu.

Tunggu raya puasa tahun depan. Saya akan gantungkan!
opssss...
malam ni kami bertolak ke Kedah (turun kat Penang) dengan penerbangan tambang murah!
tapi..tak la murah sangat pun :P

p/s:
Baikkan mak mertua saya?!
Memang saya beruntung sangat menjadi menantunya!
Moga mak terus sihat dalam kebajikan.
Sofa dah...curtain dah...apa lagi yang mak nak sponsor ni?
hehehehehe

Thursday, November 18, 2010

Halusss saja

Pertama kali, En Harith Iskandar dan Nescafe, jangan saman saya ya!

Al kisah, masa malam raya Aidil Adha, saya kan shopping barang dapur untuk mak mertua.
Sekali lalu la kat kawasan yang jual instant coffee dan minuman ni,
nampak poster Harith Iskandar untuk iklan Nescafe
Terus teringatkan anak dara saya.
Kalau kakak nampak gambar ni mesti dia akan cakap
"ibu..ibu...tuuuu...halusss saja" -
sambil tiru aksi Harith Iskandar dalam iklan tu menyapu kepala!

p/s:
Kakak, ibu rindu kakak daaa....
satu hari lagi mahu pulang ke kampung!
yehaaaaa..yaribaaaa

Antara Chowrasta dan Line Clear

Pulang dari Misi Bantuan Banjir di Kedah, kami singgah di KK Jerai.
Lepas makan di KK Jerai, kami bertolak ke Penang dengan keadaan peserta yang belum mandi
selepas bermandi peluh mencuci lumpur dan selut.

Destinasi di Penang adalah Chowrasta Market.
Apalagi yang istimewa di situ - jeruk buah-buahan la.
Tapi pada yang suka nasi kandar - Line Clear ada di hujung sana menanti anda!
Pada yang tak tahu kat mana : jalan depan pasar chowrasta (pasar di kanan anda, IPD di kiri anda), jalan terus saja.
Cari lorong yang ada kedai mamak.
Haa...itu le Line Clear!

Saya tunaikan solat Asar di surau yang berdekatan.
Kemudian bergerak seorang diri ke Line Clear.
Rakan saya sudah menunggu di sana kerana di dalam bas, saya sudah berbincang dengan dia
untuk pekena nasi di Line Clear.
Sekali saya sampai kat sana, semua driver dah bersedia.
Hakak sorang pompuan dik!!
Ingatkan saya dan rakan sepejabat saya (lelaki juga) yang ingatkan Line Clear.
Rupanya ramai daaaa...

Bum-bam..bum-bam, sesi mengisi perut pun selesai.
Memang terbaek lah! Bertambah enak lagi bila Pengarah Program belanja!

pilihan saya kalau ke kedai mamak :
nasi beriyani separuh + ayam goreng + bendi rebus

Wednesday, November 17, 2010

Juadah Malam Raya!


Sejak berumahtangga dan beranak-pinak,
inilah kami pertama saya sendiri di malam raya.
Petang raya, hampir pukul 7 baru saya meninggalkan pejabat.
Usai solat maghrib di rumah, saya ke mall berdekatan - membeli-belah pesanan ibu mertuaku!

Kalau kat kampung, malam raya ni mesti dah sibuk².
Mulut mak mesti bising suruh cepat² siapkan itu dan ini.
Padahal anak-anak daranya (masa masih bujang laa) memang suka mula kerja lewat pagi!
Tapi sampai pagi, keja tak siap² jugak!

Kalau kat kampung, malam raya ni ketupat dah siap masak.
Ketupat panas-panas lagi dah testing dengan gulai ayam atau daging buatan mak.
Adik saya juga akan sibuk dengan kek hitamnya dan kuih raya.
Saya cuma tukang buat soto dan sambal saja.
Itu memang dah menjadi tanggungjawab saya!

Tapi malam raya kali ni, saya menjamu selera sendiri.
Sementara tunggu suami pulang kerja jam 12.30 pagi sebelum bertolak balik ke Singapura,
saya memandu sendiri pusing-pusing Pasir Gudang.
Singgah kat McD bila perut mula berdondang sayang.

Inilah juadah raya saya pada malam raya tahun ini.
Syahdu beb...
sambil makan bigmac dengar takbir raya dari masjid jamek berdekatan.
Terasa betul² diperantauan.
Terus teringatkan kampung halaman.
Padahal dalam Malaysia saja pun!

p/s :
sedang bersiap² ke Geylang
shopping di hari raya - mak mentua nak sponsor curtain pulak!
curtain yang ada bukan taste dia :P
hehehehe
ana ok saja! suke...sukee!

Misi Bantuan Banjir


Projek 7Gunung dibatalkan disaat² akhir - segala persiapan telah selesai tunggu nak gerak saja.
Arahan diterima setelah mendapat kelulusan KSU KPT
Projek tersebut digantikan dengan Misi Bantuan Banjir di Kedah.

Tanpa perancangan yang rapi tapi misi ini berjalan dengan lancarnya.
Kedatangan dan sumbangan tenaga kami mungkin tidak dapat menyelesaikan semua hal tapi sekurang²nya dapat meringankan beban mereka yang betul² memerlukan.

Kedatangan kami disambut oleh Penyelaras Banjir Parlimen Kota Setar.
Majlis ringkas diadakan dengan dihadiri KSU KPT yang kebetulan berada di situ.
Penting, kerana dialah yang meluluskan pertukaran program disaat² akhir!
Ketua Pengarah juga turut hadir pada petangnya setelah tahu kehadiran kami di sana.

Misi hari pertama
membersihkan penempatan sementara mangsa banjir yang hanya sedikit kotor.
Petangnya kami ke Kampung Seberang Kota Tok Keramat.
Kami ditugaskan untuk membantu rumah sekeluarga 4 bersaudara warga tua
(1 lumpuh akibat strok, 1 kurang siuman, 1 janda dan seorang adik yang bertanggungjawab menjaga mereka)
dan lain-lain keluarga di sekitarnya.

Rumah mereka ditenggelamai banjir separa dada saya.
Kesannya masih berbekas di dinding rumah tua itu.
Saya tukang ambik gambar sambil menjadi mandur berjaya!
Tolong-tolong setakat yang mampu.
Maklumlah, saya masih berjaga-jaga untuk mengangkat benda yang berat!

Misi hari kedua.
Merbersihkan sebuah masjid dan tadika yang teruk ditenggelami banjir.
Kedua-duanya bersebelahan sungai.
Lumpurnya memang pekat dan hitam.
Bersungguh-sungguh para pelajar melaksanakan tugas yang diberikan.
Moga Allah membalas jasa kalian!


Seperti biasa, di akhir sesuatu program acara bergambar adalah penting.
Semua berwajah ceria walaupun sudah penat bekerja.
Kemudian semua bersalam-salaman dengan penduduk kampung sebelum kami bergerak pulang.

Kami singgah di KK Jerai untuk makan tengahari kerana ada majlis KK Wilayah Utara di sana.
Memang rezeki dapat makan percuma.
Tapi, dalam perjalanan pulang ke Johor, kebanyakkan peserta di serang cirit birit.
hehehehe...
itulah akibat melantak tak hengat-hengat!

Semua ceria dalam gaya rock!
Saya lagi ceria sebab baru lepas jumpa anak-anak!

p/s:
Pengalaman Ashraf, rakan saya dalam misi ini. Boleh baca diblognya!

Tuesday, November 16, 2010

Paling Indah

12-15 November 2010
Saya telah ditugaskan untuk bersama pelajar² Kolej Komuniti Wilayah Johor dalam
Misi Bantuan Bencana Alam di Kedah.
Peluang ini memang tidak sama sekali saya lepaskan.
Kisah misi itu akan saya ceritakan kemudian.
Ada misi yang lebih penting yang nak saya kongsikan.

Misi yang tersurat dan tersirat.
Tersurat adalah siangnya saya membantu masyarat yang ditimpa musibah di sana dan
yang tersiratnya saya dapat berguling-guling dengan anak-anak tercinta.
Tersangat indah rasanya moment bertemu anak-anak setelah seminggu berpisah.
Seminggu saja pun.
Tapi rasanya macam dah bertahun-tahun.
Hilang rindu dendam pada anak-anak. Hilang sikit duka nestapa menanggung rindu selama ini.
Sampaikan lupa nak salam mak abah.
Airmata terus meleleh bila terpandang wajah anak-anak
uuhhh..sungguh touching ok!

Paling indah,
bila bangun pagi, dapat tengok anak-anak bergolek-golek di sisi

dari hujung : adik, abang dan kakak

p/s:
Salam Aidil Adha.
Saya balik ke Singapura lewat malam ini.
Jumpa lagi nanti!

Friday, November 12, 2010

Kami yang suka bekerja

di pagi hari sebelum ketibaan tetamu dan TPM

Inilah wajah-wajah yang rela bekerja pada public holiday!
Walaupun kerja yang memenatkan dan tension tapi semua yang ada ni tetap ceria.
Dalam hati masing-masing, Allah sajalah yang tahu.

Pada saya, inilah team terbaik yang pernah saya bekerjasama.
Semua saling membantu dan ringan tulang
walaupun tension dengan macam-macam orang
hehehehehe

Dan yang pasti kami buat kolej orang macam kolej sendiri.
Kamilah ketua segala AJK pada program itu.
Bukan gila kuasa, tapi kami terpaksa bertindak untuk kelancaran agenda yang ditetapkan.
Walaupun ada perang dan masam muka,
terpaksa kami lakukan untuk kebaikan bersama!
Adatlah bila bekerja kan!

Thursday, November 11, 2010

Yang mana satu


Sejak beranak kembar ni, tergerak di hati nak tukar kereta.
Apatah lagi lepas sepupu en. suami menghadiahkan stoller twin yang tak muat masuk myV tu.
Lagi membuak-buak rasa.
Namun kewangan belum mengizinkan. Bukan tak boleh tukar kepada yang lebih besar,
tapi banyak lagi benda lain yang perlu didahulukan.
Tunggu lah dulu, kang ada yang 'makan pasir' hujung bulan!

Masa kat Pagoh, Proton bukak gerai jualan dan pameran.
Saya sempat terjah dan test duduk di dalam.
ermmm...boleh tahan.
Saya bertanya, katanya kuat makan minyak. Ye ke?
Salegirl tu kata - biasa saja, 1km dalam 14 sen harga minyak - ikut harga sekarang yer!
Kata, cc nya 1.6 tapi body besar.
Dia kata, peformance sebenarnya setara 1.8!
oooo..ok!

Amacam sayang? Ada brani?
hahahaha..
yang mana satu pilihan?

p/s:
Sayang sangat dengan MyV. Rancangnya, tunggu adik di UM habis belajar.
Suruh dia sambung bayar. Boleh ku beli yang baru.
Amacam Ust. Zahir...boleh?


Wednesday, November 10, 2010

Pengubat Rindu

Inilah pengubat rindu saya pada anak-anak.
Sepasang baju baby abang dan adik beserta selimut mereka yang masih belum dibasuh.
Sengaja tidak dibasuh agar bau mereka sentiasa bersama saya.
Elmo kakak dan bantalnya yang sentiasa ada di dalam kereta.
Ini lah yang saya bawak semasa saya outstation di Pagoh hari tu.
Kalau projek Tahan tak cancel, sampai ke Marapoh benda-benda ni saya angkut!
Buat teman tidur adanya..

Inilah pengubat rindu saya pada mereka.
Balik kerja mesti cium semua ni sambil bercucuran airmata. Tak tahulah orang lain.
Tapi saya sangat sengsara berpisah dengan anak-anak.
Terbayang-bayang, macamanala rupa mereka sekarang.
Baru seminggu berjauhan terasa macam dah berzaman-zaman!

Cepat la 19/11 datang!

Kerja & Jalan²


Inilah program yang membawa saya hingga ke Pagoh. Penjelajahan saya ke sana, adalah di sebabkan faktor kerja. Kalau tidak,belum tentu bila saya akan sampai ke sana.

Saya memang terlibat secara langsung pada keempat² hari kejadian.
Senang cerita, team KKPG bertungkus lumus bagaikan program kolej sendiri.
Dan senang kata, kerjasama kali ini agak mendukacitakan!
Mungkin kerana, program ini berlangsung semasa cuti umum
dan staf² sudah punya agenda sendiri bersama keluarga!
dan staf KKPG memang suka berkerja!
kan..kan..kawan²ku sekalian?

Hari Pertama, saya terlibat sebagai mc dalam majlis penyerahan anak angkat - kalut dengan orang yang nak lepas tangan!
Dengan aku, silap banyak. Maka, hari tu juga dapat pelajaran!
Hari ke 2 - sesi seminar usahawan bermula sepanjang hari.
Hari ke 3 - TPM datang merasmikan program.
Hari ke 4 - majlis penyerahan anak angkat dan penutup - syahdu & tangkap leleh!

Siang penat bekerja dan malamnya kami berjalan-jalan.
Walaupun kerjasama driver turut mendukacitakan, tapi kami berjaya juga ke Sabak Awor
pekena ikan bakar.
Dah la sedap, fresh, mabelesss..pastu murah tak henggat!


Makan untuk 15 orang (3 hidang).
Menu -
ikan pari bakar,
kepah + kerang,
tomyam campur,
udang goreng butter,
telur dadar,
sayur kailan
air masing² order ikut kesukaan!
korang teka, agak² berapa!?

semuanya hanya RM157 sahaja - pastu bagi diskaun lagi tinggai RM155!

p/s:
Pengalaman kerja dengan orang sombong.
Dan la orang ni menolong, ucap terima kasih pun tidak! Pastu buat muka berlagak!
Sila la belajar cara-cara bekerja dalam pasukan dan belajar jangan lepas tangan!
mangkuk! -kan dah kena!hahaha
Kalau tak tau, jangan buat bodoh sombong! Ada faham!
Terima kasih pada yang tahu berterima kasih! Anda tahu siapa anda!
Dan terima kasih sekali lagi pada semua yang membantu saya!

Tuesday, November 9, 2010

Kisah Raya Lepas


Orang dah nak sambut raya haji, saya baru nak buat entry pasal Aidilfitri.
Dulu, masa kurang mengizinkan, now kurang gangguan
jadi bolehlah saya selalu buat latihan karangan
hehehehe

Berbalik kepada kisah asal.
Seperti sedia maklum, aidilfitri lepas saya kat Kedah berpantang.
Jadi, dapatla saya merasa aktiviti tahunan yang memang setiasa saya nanti²kan iaitu
Majlis Makan² Anak Cucu ManTeh.
Man tu arwah datuk saya
Teh tu tok saya (kalau selatan tok = nenek).
Selalu aktiviti keluarga ni dibuat masa Aidiladha. Siap bakar² daging, ikan dan segala bagai.
Tahun ni Aidilfitri pun aktiviti ni jalan jugak, mungkin sebab ramai yang ada.
Saya lagi la suka! Sebab jarang² saya dapat peluang macam ni, berjumpa dengan semua sanak saudara yang ada.


Malam tu, sepupu saya bakar ikan siakap hasil pancing pakcik saya (yang kat atas tu)
Seekor adalah dalam 2 kaki panjangnya.
Sila bayangkan tahap besar dan berat ikan itu.
Ada 3 ekor semuanya.
Alhamdulillah., dapatla sara makan semua tetamu malam itu.
Mula cuak jugak takut tak cukup, sekali ok daaa..

Malam tu, tetamu yang datang tak terjangka!
Ramai macam kenduri kawen pun ada.
Tu baru hasil anak cucu 2 saudara
- anak cucu arwah datuk saya dan anak cucu arwah toknjang
(adik datuk)
Dah penuh rumah. Tu pun ada yang tak cukup korum sebab ada yang dah balik keja.

Saya malam tu biasala... bagaikan raja saja.
Duduk sambil bagi susu baby. Lepas tu, makanan penuh atas meja.
Rumah saya jadi pusat lepak kanak-kanak dan ibu.
Rumah paksu kat sebelah jadi tumpuan saudara-mara lain bertahlil dan menjamu selera.

Tahun ni raya haji saya balik Kedah jugak.
Akikah untuk kembar dan hajat nak buat Majlis Berendoi.
yeeehaaaa..tak sabar nak raya!

Kakak dan Kembar

Beta dengan jayanya telah memaksa adinda beta untuk meng'mms' gambar sekalian anakanda yang ada di sana.
Suruh update gambaq depa dalam blog blog, katanya camera rosak.
Suruh hantar mms, handphone repair. Nasib baik dah siap!

Ni pandangan mereka di pagi hari.

Kakak, as usual akan bangun lambat. Siap pakai kain batik bagai
hahahahaha
ni mesti kes dah kencing tilam, siap kena tido atas tikar tu
adehhhh..anak dara ku ni.
Tido dengan ibu memang kena paksa bangun kencing.
Dengan maktok mesti dia mengada-ngada, tu le jadinya!

Abang & Adik!
Abang mata dah kuyu.
Menurut report adik saya, abang tido awal maka bangun pun awal.
Dah siap mandi mata dah kuyu balik dan bobok le tu.
Adik tido lewat, bangunnya pun lewat.
Abang dan nak bobok, dia nak main-main lagi.


Abang tetap cool macam ayah hehehehe
Adik mesti la ceria macam ibu hahahahaha
Agak-agak, dah berapa berat anak kembar beta ni? Ibu nampak macam dah sama besar saja.
Tungguuu....moreless lagi 2 minggu ibu balik!uhuk
mesti ibu yang tangkap syahdu.

Salam sayang daripada ibu yang tersangat merindu!

Kisah 2 bulan yang lalu

Birthday anak sulung saya sudah lama berlalu
08.09.10. - kira² 2 bulan yang lalu
Masa tu saya masih berpantang di kampung halaman yang terchenta!
Sekarang, baru ada kesempatan menggodek-godek kandungan camera.
Saya sendiri hampir terlupa nak masukkan kisah kakak dalam blog ini.
Penting ni, untuk kenang-kenangan kami nanti.


Ayah pun belum tengok kan kek kakak ni kan!?
Ibu beli kecik saja - yang 1 kg.
Hajat dihati nak buat masa majlis jamuan keluarga time raya.
Sekali malam tu sedara-mara yang datang..mak aiiii memang tak terjangka.
Dah macam kenduri kawen pun ada.
Kereta berdedam-dedam kat depan rumah, parking sampai ke jalan nu haaaa.

Terpaksala saya simpan dulu kek itu.
Sampailah semua tetamu balik dah tinggal saudara-mara yang terhampir sahaja.
Dan acara untuk kakak pun bermula


p/s:
terkini -
kakak dah pandai nanyi lagu ABC
dan twinkle twinkle litle star - tapi ulang yang mula saja
hehehehe
Related Posts with Thumbnails