Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, December 30, 2011

Doakan Firas sembuh

Baby kat atas ini adalah anak kepada opismate ibu.
Firas namanya.
Ayahnya bernama Firdaus atau lebih mesra dengan Mat Per.
Tapi ibu panggil dia Daus atau adik saja.
Semalam, dia bercuti. Katanya anak sakit.
Pagi ni, ibu tengok kat FB, ada gambar Firas yang macam ni.

Ibu terus sms Daus bertanyakan hal Firas.
Katanya, doktor suspek ada jangkitan kuman di selaput otak tapi masih tunggu laporan darah.
Katanya, keadaan Firas makin stabil.
Firas kini di ICU Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Kepada semua pembaca blog ibu,
berkat di hari Jumaat yang mulia ini,
marilah sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah Taala,
moga bayi kecil ini segera sembuh dan kembali sihat.

Kepada Daus dan Dayah,
bersabar dan banyakkan berdoa kepada Allah.
Allah tengah menguji kalian dan ujian Allah itu boleh datang dalam pelbagai perkara.

Thursday, December 29, 2011

All is Well


Sesiapa yang menonton TV3 malam tadi mesti tahu - All is Well. Filem hindi 3idiots yang penuh kelainan dan kritis sebenarnya.

Sebagai ibu bapa, selama ini istilah anak-anak berjaya adalah - menjadi doktor atau engineer. Kita bermati-matian menghafal istilah itu dan ini hanya semata-mata hendak mendapat pekerjaan yang bagus-bagus dan kemudian dikatakan - telah berjaya!

Sebagai pendidik, kita juga perlu mengkaji sistem yang sedia ada. Adakah dengan menghasilkan ramai doktor dan engineer, maka institusi itu boleh dilabelkan - berjaya dan terkemuka!

Walaupun filem sinis ini dihiasi dengan aksi-aksi lucu, romantik, nakal mempermain pensyarah dan lain-lain, namun simbolik cerita ini perlu di gali, bak kat Kak Ogy!

Nak memetik kata-kata Ranchordas Chanchad yang dilakonkan oleh Amir Khan -

Hati kita ni sebenarnya pengecut!
Kita kena takutkannya selalu supaya jadi berani!

Pada yang menonton malam tadi, jangan lupa saksikan sambungan filem ini malam nanti di TV3 jam 10 malam ;)

p/s:
hati malam tadi berbelah bagi, mana satu idaman kalbu!?
TV2, filem tamil robot Rajinikanth.
TV3, filem hindi Amir Khan.

Wednesday, December 28, 2011

Kepuasan kerja

Selain mengajar, tugas sampingan ibu sejak setahun setengah yang lalu adalah menguruskan pelajar yang akan-sedang-selesai menjalani praktikal. Pengalaman berurusan dengan syarikat dan agensi luar sangat berharga buat ibu. Ada yang memuji pelajar melambung-lambung dan tak kurang juga memberi respon yang sebaliknya. Ibu terima dengan hati yang terbuka.

Kebiasaannya, ibu sendiri akan berjumpa dengan majikan selepas mereka menghubungi ibu menyatakan masalah pelajar. Tanpa berlengah, ibu aturkan pertemuan. Tadah telinga dan tebalkan muka mendengar keluh kesah majikan. Ibu pasrah kerana jasa baik mereka sudi menerima pelajar ibu menjalani latihan di sana sudah cukup tak terbalas.

Sebelum semester lepas berakhir, seorang pelajar datang mengadu. Katanya majikan tak kena, buat itu dan ini padanya. Ibu senyum sendiri. Majikan hubungi ibu dan nyatakan masalah. Ibu timbang kedua-dua aduan. Pertemuan di MMHE di atur. Pertama kali melangkah ke syarikat bertaraf multinasioanal barangkali, ibu kagum sendiri. Besarnya.....sampaikan ibu tak tau ke mana nak tuju!


Di hadapan CEO Office. Terpegun tengok warehouse yang besar gedabak. Masa balik, ibu berbual dengan pekerja yang menghantar ibu ke gate utama. Katanya, projek terkini MMHE adalah membaiki pelancar roket milik Amerika! Yang putih di sebelah kiri gambar adalah pelancar roket yang ibu maksudkan.

Majikan sangat tidak berpuas hati dengan performance pelajar. Keputusan dibuat untuk kebaikan pelajar - tempoh praktikal dilanjutkan sehingga hujung Disember. Majikan berjanji akan mengubah pelajar tersebut menjadi seperti apa yang beliau ingini. Ibu proceed setelah berbincang panjang lebar. Waris pelajar yang mulanya tidak bersetuju turut ibu yakinkan - demi kebaikan anak-anak dan akhirnya mereka akur. Ibu memberikan kata semangat pada pelajar - inilah dunia kerja. Sahut cabaran dan berubah untuk diri awak, bukan sesiapa!

Semalam, pengurus IT Department MMHE menghubungi ibu. Dia bercerita dan bergembira. Katanya pelajar yang dulu sudah berubah sama sekali. Sudah tahu hala tuju bekerja. Sudah tahu bagaimana bekerja. Sudah menjadi lebih terbuka menerima teguran. Dia memuji itu dan ini. Menjadi seperti yang beliau harap dan idamkan. Ibu tak lupa berterima kasih padanya. Perasaan ibu ketika itu sukar untuk digambarkan bila majikan berpuas hati sedemikian rupa.

Walaupun pelbagai masalah pelajar dan majikan mereka yang ibu hadapi, ibu gembira dengan pengalaman seketika ini. Ibu menjadi orang lebih terbuka. Menjadi pendengar, menjadi lebih kuat bila mendengar kutukan dan cemuhan dan tahu membuat keputusan.

Lepas ini, mungkin azab ibu akan berakhir. Ibu tak sabar untuk menjadi orang biasa yang tak perlu nak peningkan kepala menjadi pendengar bermuka tebal menahan malu sambil menjadi penyelesai masalah orang padahal masalah sendiri terus terbengkalai!

Tuesday, December 27, 2011

Bila hati dah.....

Sayang
Cakaplah apapun, semuanya betul,
Marahlah macamana pun, semuanya indah,
Buatlah apa apun, semuanya ok!
Kentut busuk pun, baunya dikatakan wangi,
Taik ayam pun di katanya sagon!

Tapi

Bila hati dah benci...

Cakaplah apa pun, semuanya nak keji
Senyumlah macamana pun, mesti kena perli
Buatlah apa pun, semuanya salah
Pakai minyak wangi pun, tetap berbau busuk
Muka cun macamana pun tetap nampak buruk

Alahai......

Friday, December 23, 2011

Filem : Di bawah Lindungan Kaabah

Di angkat dari novel tulisan HAMKA, menjadikan ia sebuah naskhah berbentuk
filem yang istimewa.
Gambaran suasana zaman 1920-an di Padang nyata sekali hidup.
Kisah cinta terhalang kerana berbeza darjat.

Latar belakang kehidupan di Padang yang sungguh nyaman dan indah rasanya.
Ibu suka akan pemandangan di hadapan surau
dengan kincir air yang besar berputar di dalam sungai.
Terasa sangat tenang kalau dapat duduk di pelantar sambil merendamkan kaki di dalam sungai yang bersih mengalir hehehe

Dan antara dialog yang membekas di jiwa...

Untuk melewati badai, kita harus terus berjalan, bukan berhenti.
Dan untuk terus berjalan, hanya ada dua hal yang harus kita bawa..
KEYAKINAN dan CINTA...

dan sebagai penguat semangat kepada semua manusia

Apapun yang akan terjadi, ingatlah bahawa ketika kau tak punya
siapa-siapa selain Allah, Allah itu lebih dari cukup.


Biarkan dia bergendang sendiri...

Perkongsian di hari Jumaat.
Walaupun kita dan ramai yang lain tahu kebenaran,
kadangkala diam adalah jawapan terbaik kepada orang yang sedang berbicara dengan bongkaknya.


Sekian, perkongsian di hari Jumaat.
Sejuk-sejuk begini, kalau kena kopi pun sedap jugak ni.
Jom Radix, mai sechawan!

Saat perginya seorang anak

Pertama kali ibu mengenalinya bila ada seorang rakan FB ibu berkongsi statusnya yang agak marah tentang sesuatu hal. Ibu yang kepoh ini pun klik pada FBnya. Ibu langsung tidak kenal dia. Ibu membaca infonya, terus ke wall. Terpandang foto anak-anak dan isterinya. Ibu menjelajah lagi, dan akhirnya air mata ibu menitis sendiri dalam tiada sesiapa pun yang menyedarinya.

Ibu berdetik sendiri di hati - Ya Allah, tabahnya mereka suami isteri.
Memiliki 2 orang anak perempuan namun kedua-duanya di sahkan mengidap Celebral Palsy (CP). Bukan seorang tapi kedua-duanya. Ibu cuba untuk meletakkan diri ibu pada situasi isterinya, namun perasaan ibu tak terjangkau pun rasanya. Tak mampu ibu. Sedangkan kembar selsema, batuk dan muntah saja, ibu sudah tak keruan, inikan pula kalau ibu di tempat mereka.

Namun mereka sangat kuat. Sangat bahagia bersama. Walau ke mana, kedua permata hati tetap gagah didukungi mereka. Bukan masih bayi lagi. Kakak sudah 9 tahun usianya dan adik 7 tahun umurnya. Tiada keluh kesah kesusahan dari mereka dalam rutin menjaga anugerah istimewa Allah itu. Tetap tersenyum bahagia meneruskan perjuangan menjaga ahli jannah mereka, kerana itulah syurga dunia mereka.


Saat bahagia mereka sekeluarga. Sorry bro, gua cilok dari blog lu. Mohon halal. http://kulupsakah.blogspot.com

Petang tadi, ibu singgah di blog kegemaran ibu. Ada khabar duka. Annisa, sang kakak sudah dijemput oleh Allah Taala. Ibu terkedu lagi. Hajat mengumpul dana untuk perubatan dan pendidikan kedua mereka baru saja dilancarkan. Pasti ada caturan Allah disebalik ujian ini buat mereka.


Saat terakhir mereka bersama di dunia...

Annisa sayang, berehatlah sayang di sana. Kelak, kau akan beriringan bersama ibubapamu dan An-nur ke syurga...

Takziah buat Fendi @ Ronasina @ blogger kulupsakah dan isterinya Kak Sham, kalian sudah menjadi penjaga yang terbaik buatnya. Bersabarlah, kerana Annisa menunggu kalian untuk berpimpin tangan kelak menuju ke syurga.

Setiap kejadian ada rahsianya dan aku mencari rahsia diriku. Aku tak pernah kesal - Ronasina

Thursday, December 22, 2011

Perubahan Minda

Seorang sahabat telah meminjamkan ibu sebuah buku tulisan DrMAZA. Ibu sebetulnya ada juga sesekali membaca tulisannya di blog. Di awal tulisannya banyak menimbulkan kontroversi pada yang masih berpemikiran konservatif. Namun atas kesabaran dan istiqamah untuk melakukan perubahan, akhirnya pemikirannya diterima. Cara orang muda berfikir barangkali pelik bagi orang-orang yang kolot barangkali pemikiranya.

Ibu masih membaca. Namun ingin ibu kongsikan sajak tulisannya buat semua pembaca blog ini. Sama-sama kita muhasabah diri sendiri. Jika kita dilandasan yang betul, teruskanlah. Namun jika kita tersasar, sedikit atau banyak, berundurlah ke jalan yang benar selagi hayat masih dikandung badan...


YANG BENAR TETAP BENAR

berkata benarlah walaupun sukar
kerana,
pada yang benar, adanya sinar
yang benar tidak boleh diganti tukar
sekalipun cuba disangkar oleh yang makar
kerna yang benar itu benar, sekalipun ada yang bersikap hambar.

hantarlah bicara yang benar
agar mengalir ke setiap alur dan datar
ke hutan belukar dan paya terbiar
ke desa yang pudar dan bandar yang besar

nyatakan yang benar
di daerah yang hambar dan kota yang mekar
di akhbar tersiar, TV dan radio terpancar
untuk si miskin yang terlantar dan si kaya yang tersandar

cakaplah yang benar, walaupun tidak dibenar
sekalipun disanggah tegah disambar kasar
kerna Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Benar
Rasulmu ialah obor sabar cahaya sinar buat yang benar
maka yang benar itu tetap benar.

DrMAZA
250108, KT-KL.

Wednesday, December 21, 2011

Kisah ke Singapore Flyers dan lain-lain kisah!

Assalam. Dah beberapa hari ibu tak update blog. Adik kurang sihat disusuli dengan abang pula. Maka, sudah pastilah ibu yang kelam kabut sikit adanya. Kesannya blog sedikit terabai. Ada ke yang menunggu enrty ibu? By the way, tq pada yang sudi menyinggah samada yang ikhlas atau yang saja nak cari salah...oppsss!

Minggu lepas, dalam keadaan adik tak berapa sihat, ibu menggagahkan diri entertain sahabat ibu (Yus dan Toh bersama anak-anak) yang datang dari Kedah. Yus dah bagitau ibu dari bulan lepas lagi. Ibu dah check dengan shift ayah, sekali kena date ayah off 3 hari. Canteekkk..

Hari Sabtu, petang baru ibu balik ke Singapore. Paginya, ibu bawa adik jumpa Dr. Zamil dulu bila pernafasan dia dah mula berbunyi. As usual, doktor bagi nabuliser. Ibu bagitau doktor yang masa adik warded, Dr Aziz ada bekalkan inhaler bersama chamber. Dr. Zamil pun advise ibu untuk guna ubat tu untuk pastikan pernafasan adik tidak terganggu oleh selsemanya itu.

Esoknya Ahad, badan adik mula dedar. Hidung abang mula berair juga. Awal-awal lagi ibu dah siapkan anak-anak tapi pukul 1 petang baru bergerak dari rumah. Muntah, berak, tido dll, biasala kan bila ada anak kecik ni. Time, memang ibu tak berani nak promise. Tapi kawan ibu pun dekat 2 jam sangkut kat CIQ. Ahad kan, cuti sekolah pulak tu ditambah dengan hujan..errmmm pasti membentuk jammed yang terbaeekk!

Kawan ibu call bila dia dah mati kutu di Sentosa. Katanya nak jumpa ibu di Orchard. Nak cari lunch kat sana. Ibu advise dia, Orchard tu takdak benda untuk orang macam kita. Makan kat sana, KFC atau McD bolehla kot, nak cari nasi campur hehehe susah sikit.

Ibu suruh kawan ibu naik MRT ke Bugis Station. Ibu jemput dia di situ. Bawak ke Zam-zam pekena murtabak dan nasi beriyani. Singgah Masjid Sultan, solat. Usai saja turn ibu solat, hujan turun mencurah-curah. Lepas pusing sekejap beli souvinier, kami naik kereta, ronda-ronda ke Mount Faber, lihat pemandangan dari dalam kereta.

Turun dari MF, hujan mula berhenti. Kawan ibu dah beli tiket Singapore Flyers masa Matta Fair katanya. Dia ajak ke sana. Ibu pun on saja. Sampai kat sana ayah dan Yus pi beli dan confirmkan tiket. Adult S$29, child S$20, below 3 years old is free. Rasanya ayah beli tu ikut pakej family. Kalau single tiket, ibu tak pasti pula berapa harganya.



Lepak sambil menunggu kaum ayah bawak balik tiket. Krismas is around the corner. Deko memang meriah adanya...

Setelah berpusing-pusing nak sampai ke platform flyers, akhirnya turn kami pun tiba. Teruja ibu. Kembar yang tak sihat terus bersuka ria lari ke sana sini buat macam rumah sendiri.



Pemandangan dari udara. Singapore ada padang bola atas air hehe situ tempat Singapore buat parade untuk National Day atau sambut tahun baru. Apa namanye ekkk...lupa tetiba!

Hampir 30 minit, habis satu pusingan dan kenalah turun. Beredar ke parking terus ke Beach Road kembali, membeli sup tulang merah, memenuhi permintaan Yus. Bawak balik makan kat rumah sebab ibu tak selesa dengan twin yang mula meragam.

Lepas bersantap, pukul 930malam, kami bertolak pulang ke Johor. Masa hulur pasport, pegawai imegresen terkejut dan tersenyum. Naik MyV tapi passport ada 9 keping. Sila bayangkan tahap 'sardin'nya kami kat dalam tu. Yus jadi driver, ayah co pilot, ibu riba abang, dengan Toh (riba adik)kat belakang bersama 2 anak Yus yang berumur 7 dan 4 tahun dan kakak.

Akhirnya, kami berpisah di Tune Hotel, tempat penginapan kawan ibu sekeluarga. Esoknya depa nak ke USS pula. Ayah ajak tapi ibu tak nak dulu. Faktor anak-anak masih kecil, membazir kot pergi sekarang.

Buat Yus dan Toh, ibu minta maaf atas kekurangan layanan pada anda. Ibu tak mampu nak bawa hangpa menginap di hotel yang selesa secara percuma, makan sedap di mana-mana jamuan mewah dan sediakan kereta taraf 5 star sebab ibu kerja kuli saja. Harap hangpa berpuas hati dengan jamuan murtabak, nasi beriyani, dan sup tulang merah yang dicicah bersama roti adanya. Itu yang termampu buat masa sekarang dengan pendapatan yang diperolehi dan sesungguhnya ibu gembira dapat berjumpa kalian setelah 5 tahun tak bersua!

Thursday, December 15, 2011

Lupa tajuk-lasagna tanpa cheese!

Dah 2 hari, opis ibu sunyi bagai dilanggar garuda. Ramai terlibat seminar. Hanya yang 'tegar' sahaja berada di opis. Best jugakkan kalau mai opis sunyi cam gini. Tenang saja dan rasa opis ini macam ana yang punya!

Selalu update blog via iphone. Adakah blogspot punya masalah. Lain macam je ibu tengok page new post ni....

Ok..sambung bertapa walaupuan banyak entry nak taip kat dalam kepala..

Wednesday, December 14, 2011

LiMa

Ulang tahun perkahwinan yang ke 5.
Dan kami, sudah ber-5.
Alhamdulillah dengan rezeki Allah yang tak terhingga.
Allah maha Adil, terkurang di sini namun Dia lebihkan di sana.
Doakan kami bahagia dan bersama selamanya.

Buat yang tersayang,
walaupun setiap hari ungkapan 'i love you' kita ucapkan,
sekali malah berjuta kali lagi pun,
ibu ingin katakan..
♥ i love u sayang ♥

Tuesday, December 13, 2011

Daulat Tuanku

Patik sebagai rakyat negeri Kedah
menjunjung kasih dan merafak sembah tahniah atas lantikan
Tuanku Sultan dan Sultanah sebagai
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang ke 14.

Dengan izin Allah, semoga Malaysia sejahtera hendaknya
di bawah pemerintahan Tuanku.

Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!

♥♥ Di saat aku mencintaimu ♥♥


Monday, December 12, 2011

Dingin Lavenda

Assalamualaikum.

Seperti yang pernah ibu katakan, ibu kini bukanlah penonton tv yang tegar. Kalau ada mood, ibu akan tonton. Walau betapa hensemnya hero atau anggunnya heroin, andai mata dan tubuh badan ibu tak berdaya, ibu akan tutup tv dan lena dengan jayanya.

Terkini, ibu baru menonton Slot Zehra d TV3 jan 9 malam, Dingin Lavenda. Jarang ibu dapat ikuti drama di malam Sabtu, sebab kebiasaannya ibu sudah berada di Singapura. Tapi disebabkan ibu ada latihan netball pada Sabtu pagi, maka ibu tangguhkan pemergiaan ibu ke Singapura. Dan dapatlah ibu saksikan drama ini.

Tarikan pertama drama ini pada ibu adalah lagunya semasa promo drama ini ditayangkan. Membuatkan ibu terus gogel liriknya dan terjumpalah lagunya. Lagu ni memang sudah lama ibu cari kerana melodinya serta bait lirik yang menenangkan perasaan ibu bila mendengarnya. Hampir ibu terlupa akannya dan bila promo drama ini dimainkan, ingatan ibu terhadap lagu ini terus kembali. Malam itu, ibu terus download lagunya dan sepanjang malam bertemankan lagu ini hehehehe

Drama ini adalah terbitan Abu Hassan Morad, selalu menghasilkan drama berunsurkan Islam seperti Cinta Madinah yang pernah melakukan penggambaran di tempat kerja lama ibu. Dari kredit yang dipaparkan, skripnya di hasilkan oleh anaknya iaitu Ummu Hani dan kebetulan Ummu Hani adalah rakan adik ibu yang kini berada di Mesir. Terus ibu mesej adik Zuhaida di FB, mengkhabarkan berita itu. Tapi yang peliknya, kebanyakkan review drama ini menamakan Zabidi Mohamed sebagai penulis skripnya. Boleh rujuk di sini dan di sini.

Ibu ulang kembali drama ini melalui tonton dan print screen bahagian ini. Memang pandangan mata ibu tak salah, penulis skrip adalah Ummi Hani Abu Hassan. Tapi kenapa dalam review dari blog-blog hiburan penulis skrip adalah Zabidi Mohamed?errrmmm.....

Dan lagunya yang meruntun-runtun jiwa ibu dari Dadali Band - Disaat aku mencintaimu. Memang tangkap syahdu. Macam baru jatuh chenta rasanya hehehehe

Blog ibu ni dah jadi macam blog hiburan pulak ekk....

Saturday, December 10, 2011

Cinta Abadi

Ibu punya sejarah yang tersendiri dengan novel ini. Semasa ibu di sekolah menengah, ibu pernah terbaca tentang penulisnya. Beliau bergambar ceria bersama datuknya seorang VIP terkemuka. Ibu cemburu padanya. Ibu berangan-angan sendiri, seandainya ibu ni kawan baiknya, mesti seronokkan? Tapi itu hanya angan-angan. Mana mungkin kan? Beliau berbakat, orang bandar dan datang dari keluarga yang kaya. Sedangkan ibu ni orang kampung, hanya mampu meminjam novel dari kawan-kawan sahaja. Hinggalah ibu ke universiti, baru ibu mampu mengumpul koleksi novel sendiri dengan bantuan biasiswa JPA yang ibu terima. Masih ibu ingat novel pertama yang ibu beli - DIARI SAYANG.

Satu hari di universiti, ibu tak pasti samada ibu menemani rakan ibu beratur di public phone untuk menelefon ibunya atau ibu sendiri yang hendak menelefon mak. Tapi ada seorang senior yang menggunakan telefon tu bercakap terlalu lama seperti public phone tu dia yang punya. Ibu memang jenis panas dengan orang yang pentingkan diri sendiri ni. Terus ibu menegur mengingatkannya bahawa ramai lagi yang menunggu giliran. Si senior terus berlalu dengan muka yang mencuka sambil menjeling, mengecam muka ibu barangkali.

Tak lama kemudian, ada seorang senior datang ke bilik ibu dan menjengok ke dalam bilik ibu yang pintunya sentiasa terbuka. Ibu pun tak kenal siapa senior itu. Kemudian baru ibu tahu rupanya senior yang ibu tegur di public phone tadi mengadu kepada kawannya, dan kawannya itu datang kononya nak cari ibu ni yang mana satu. Biarlah kawannya itu ibu gelar sebagai senior gangster dalam entry ini.

Ibu tak ingat sangat kejadian yang seterusnya, tapi yang pasti, ibu menjadi kebencian senior gangster tersebut bersama rakan-rakannya. Ibu hanya bersikap neutral dan biasa. Pasa ibu, ibu hanya menegur tingkah laku yang salah. Cuma mereka tidak dapat menerima dan membenci ibu. Tapi itulah, orang tua-tua kata, jangan terlalu benci. Nanti terbalik pulak jadinya. Dan memang itu benar-benar berlaku. Entah macamana, akhirnya kami (ibu dan senior gangster)boleh berbual, bersembang, bermesra dan akhirnya sebilik! Tak kenal maka tak cinta kan?

Pada suatu hari, keluarganya dari KL datang menziarahinya. Bila beliau kembali ke bilik, dia membawa seikat novel terbitan Creative. Waahhh..ini sudah baik. Bertambahlah lagi koleksi novel beliau yang sudah penuh di bawah katil, dan lagi seronoklah ibu nak membacanya. Ibu bertanya itu ini. Katanya novel-novel tu adalah hadiah dari Creative setelah novel tulisannya diulang cetak. Bila beliau menunjukkan novel tulisannya.

Haahhh!!! Novel ini. Barulah ibu teringat kembali. Dan rupa-rupanya, senior gangster itu adalah penulis yang ibu cemburui dulu. Dan yang paling ibu memang sangat tak sangka, akhirnya penulis itu telah menjadi roommate ibu sendiri. Angan-angan ibu 4-5 tahun dulu tu, sudah menjadi kenyataan!

Sekarang ni, sudah banyak novel di angkat menjadi drama dan filem. Ibu post cover novelnya di FB dan tag padanya. Saja nak mengimbau kenangan lama. Manalah taukan, kot-kot satu hari nanti ada produser yang berminat nak drama atau filemkan novel ni. Pada ibu, naskhahnya bersahaja dan sangat menarik minat di kalangan remaja.

"Chee, i gogel, jumpa banyak komen yang memuji karya u ni. Tak yah nak malu-malu. Novel u tu memang ada peminat yang ramai. Karya u tu ada dalam kelasnya yang tersendiri!"

Friday, December 9, 2011

Musim zikir

Ibu selalu pasangkan cd zikir di dalam kereta bila bersama anak-anak. Hajat di hati, biarlah lidah anak-anak ibu fasih dengan kalimah Allah sebelum fasih dengan nursery ryhmes atau lain-lain. Alhamdulillah, anak-anak ibu akan diam dan tenang dari amukan masing-masing jika zikir diperdengarkan pada mereka.

Tapi ibu bukan nak bercerita panjang pasal zikir ini. Ibu sekarang suka pada satu lagi 'zikir' hehehe petang-petang pukul 7 mula la sesi menonton zikir ngeh..ngeh..ngeh

Zikir yang ibu maksudkan adalah watak yang Adi Putra lakonkan dalam drama Tentang Dhia. Masa demam Nora Elena, ibu suka akan watak Seth Tan. Tapi antara dua-dua ni memang ibu lagi suka Adi Putra. Aaron memang ibu so-so saja tapi sebab watak Seth Tan tu yang ibu suka. Lepas tu dah tak layan dah Aaron hehehe jangan kecik ati naaa Aaron!

Errmmm...ternanti-nanti kesudahan drama ni. Apa yang akan terjadi?? Ibu syok layan zikir dengan dhia, anak-anak ibu buat kerja baekkk punya...tak kisah la nak. Punggahla..janji dok diam tak kacau ibu ber'zikir' dah la hehehe



Aksi kembaq! Time ni Zikir baru kahwin dengan Dhia, kembaq pun tengah dok berkenduri sakan.

Aaron orang Singapura. Adi Putra pun orang Singapura. Aaron selalu berlakon watak romantik. Adi Putra pun sama naik romantiknya. Ayah pun orang Singapura. Patutlah ayah pun romantik eceehhh!!! Ada kena mengenakan??

Thursday, December 8, 2011

Diperkuda atau diperlembu?


Ibu suka kalau tulisan ibu memberi manafaat atau semangat kepada sesiapa yang membacanya. Ibu menulis blog sekadar suka-suka. Apa yang ibu tulis ada juga perkara yang ibu tak suka. Bila ibu tak suka sesuatu perbuatan, ibu akan tulis di sini menjadi ingatan kepada ibu agar ibu tidak berbuat perkara yang sama. Yerlah kan, keluarga jauh untuk betulkan salah silap kita. Kawan-kawan pun hanya yang betul-betul kawan akan menegur kalau kita tersilap.

Maaf pada yang menunggu untuk ibu menulis keburukan orang lain di sini. Rasanya penantian anda itu sia-sia. Ibu bukan orang suka mereka cerita menjaja keburukan orang apatah lagi peribadinya. Ibu akan meletakkan diri ibu dalam situasi yang ibu tak suka, supaya ibu sedar sesuatu itu adalah salah dan tidak benar. Ibu sebolehnya mahu menulis yang indah-indah sahaja...

Sorry, ibu bukan budak hingusan yang boleh diperbodohkan. Ibu boleh jadi kuda untuk diperkudakan dan dipergunakan tapi ibu bukan lembu yang boleh ditarik hidungnya dan diperbodohkan. Hidup mesti ada pendirian.

image hasil google! cute jugak lembu ni kan? gua pinjam beb!

Ibu izinkan kalian merekacipta cerita kisah ibu. Cerita kalian ibu tak payah reka, kerana kalian sendiri membentuknya. Sebagai pesanan agar kita tidak lupa diri (bukan kata-kata pujangga, tapi Allah yang kata) :

Janganlah kamu mencampuradukkan antara yang haq (benar)
dengan yang batil (salah),
dan janganlah kamu menyembunyikan yang haq itu
sedangkan kamu mengetahuinya"

(al-Baqarah : 42)

Tetiba ibu terasa syahdu dan sedih. Sedih melihat tingkah manusia yang hipokrit dan bermuka-muka...

Wednesday, December 7, 2011

Reka cipta cerita.

Ibu memang tak keratif. Tapi kalau dah mai mood kreatif tu, terlebih-lebih pulak. Ibu memang suka kategorikan diri ibu sebagai unpredictable. Memang sukar dijangkakan. Kadang-kadang ibu sendiri pun tak terfikir yang ibu akan membuat sesuatu tindakan tu. Pelikkan? hehehehe

Ibu memang tak pandai nak cipta. Cipta cerita pun tak berapa nak pandai. Tapi kalau menulis atas sesuatu yang memang ada kisahnya, itu ibu boleh. Kalau bab rekacipta cerita nak mengenakan orang, lagi ibu tak reti.

Pada orang-orang yang suka nak mereka cerita dengan tujuan nak kenakan orang, udah-udah le tu. Ibu takut kang diri sendiri tertangkup. Payah sebenarnya nak buat cerita ni. Kalau cerita drama mungkin senang. Kalau cerita kehidupan nak direka-reka, errrmmm...entah la. Jadilah macam program realiti yang selalu pesertanya kena kutuk. Iyelah...adegan dibuat-buat. Boleh nampak kan betul ke tipu, sengaja buat atau betul-betul terjadi.

Jom la sama-sama bercakap benar dan berlaku benar. Bak kata Wardina Safiyyah yang dikongsi pada twitter dan FBnya - Tinggalkan kejahatan walaupun manis, buatlah baik walaupun pahit.

Sama-samalah kita muhasabah dan muha'sarawak'kan diri sendiri. Sekian, sekadar mengingatkan diri sendiri dan sesiapa yang sudi untuk diingati.

Tuesday, December 6, 2011

La Tahzan!

Pagi tadi ibu bersembang dengan seorang rakan sekerja. Dah lama ibu tak bersembang dengan beliau. Sejak dua menjak ni memang ibu elakkan diri untuk bersembang dengan orang-orang sekeliling. Takut mereka terkena tempias badi ibu. Kawan ibu datang ke bilik ibu dan kelihatan bermurung.

Ibu bertanya "Apa cerita terkini? Lama tak sembang dengan ko?"
Dia terdiam. Merenung ke gadget canggih miliknya yang diusung ke sana sini.

Dia mula bercerita. Oh! Ibu sedikit terharu. Ibu nampak kehampaan dalam raut wajah dan percakapannnya. Ibu pun terkilan mendengar ceritanya. Pada ibu, dia selayaknya mendapat peluang itu.

Ibu berkata "Sabar...insyaAllah, rezeki ko kat tempat lain. Allah dah atur tu".
"Itu laa....kerja lah macam biasa", balas nya pada ibu.

Beliau bercerita lagi, sebelum mengambil tindakan seterusnya dia ada membuat Solat Istikarah memohon petunjuk Allah. Dan katanya, selepas 2 malam melakukan hal yang sama, hatinya berdetik dalam nada yang serupa - Redha!

Ibu merasa tabah dan kagum dengannya. Ya sahabatku..jangan bersedih. Percaturan Allah itu tidak terjangkau di fikiran kita! Kalau kau permata, ke mana kau pergi kau tetap berharga. Tapi jika kau adalah kaca, digilap sekerap manapun, kau tetap kaca yang tiada nilainya!

La Tahzan...sahabatku!

Monday, December 5, 2011

Kedekut ilmu?

Satu hari ibu menjemput anak-anak dari rumah mama seperti biasa. Mama bagitau yang petang itu dia menjamu anak-anak ibu dengan chicken chop. Wowweee..kecik-kecik dah makan chicken chop ek anak-anak ibu ni. Ibu ni rasanya dah kerja baru merasa makan chicken chop hehe maklumla..orang kampung!

Mama bercerita tentang chicken chop yang telah dibeli dari jirannya yang baru memceburi jualan pasar malam. Sedap kata mama.

Mama bertanya pada ibu samada ibu tahu atau tak resepi chicken chop. Oh! Sangat mudah itu. Terus ibu berkongsi resepi yang ibu pelajari semasa di kolej lama dulu dengan mama. Mama kata sosnya yang sedap. Hehehe rupanya mama tidak tahu yang serbuk sos itu ada dijual. Ibu terangkan padanya cara-cara untuk membuat black papper sauce tu, tercengang dia melihat penerangan ibu yang ala-ala chef hahaha padahal ibu pernah buat sekali saja.

Mama bagitau ibu yang mama ada bertanya resepi chicken chop dari jirannya yang berniaga itu tapi jirannya enggan berkongsi. Mama meluahkan rasa terkejutnya tentang sikap jirannya itu hehehe takkan takut persaingan kot kata mama. Nak buat makan sendiri saja, bukan nak meniaga pun!

Ibu kata biasala tu. Manusia ni kadang-kadang lupa, ilmu tu milik Allah. Baru ada sikit dah tak nak kongsi. Ada yang kedekut mengenakan pelbagai syarat padahal ilmu tu bukan milik dia sepenuhnya. Kalau ilmu silat kotla kan. Katanya tokguru tak boleh bagi semua takut anak buah lawan tokey hehe.

Pada ibu kalau ilmu yang bermanafaat tu kongsilah tanpa syarat. Allah pilih kita untuk menerima ilmu itu dan menyebarkannya, bukan untuk kedekut atau berbangga-bangga saja. Jangan tidur malam ni, bangun esok pagi hilang ingatan dah! Kedekut ilmu sangat. Sekali Allah tarik balik, sekupang pun tak guna (kata orang Kedah).
Nauzubillah....


Mangsa chicken chop!!

Sunday, December 4, 2011

Pesanan buat kita 2

Rasullullah pernah berjalan melintasi(sebuah kedai yang menjual) makanan.
Maka baginda memasukkan tangannya ke dalam makanan tersebut, ternyata jari-jarinya terasa sesuatu yang basah (makanan yang sudah rosak).
Maka baginda bertanya - "Apakah ini wahai pemilik makanan?".
Dia menjawab - " Ia telah basah terkena air hujan ya Rasulullah!".
Rasulullah membalas - "Mengapa kamu tidak meletaknya di bahagian atas makanan supaya dilihat oleh orang ramai (dan mereka mengetahui is sudah rosak)?. Sesiapa yang menipu maka dia bukan daripada golonganku."

[Shahih Muslim no:102]


Saturday, December 3, 2011

Pesanan buat kita



Kalau engkau berasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah,
ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.

Khalifah Ummar Al-Khattab

Friday, December 2, 2011

Kata Pujangga 2

William Shakespeare


A fool thinks himself to be wise
but
a wise man knows himself to be fool.

Terjemahannnya :

Orang yang 'bebal' merasakan dirinya pandai dan bijak
sedangkan
orang yang bijak merasa dirinya 'bebal'

U rock Shakespeare!!!

Thursday, December 1, 2011

Kata Pujangga


KEBENARAN

Setiap yang benar,
betapa ditekan tetap menjalar,
tanpa dibaja kan tetap mekar,
tanpa udara pun kan tetap segar.


TQ Pak Samad..atas kata-kata yang indah.


Wednesday, November 30, 2011

Lain Padang Lain Belalang?

Ibu orang utara, bertemu jodoh dengan orang Singapura. Bagaimana bertemu? Errmm...nantilah ibu cerita ekkk

Berbalik pada topik. U all paham kan tajuk entry ibu kali ni? Bila mendapat pasangan yang berlainan negeri, ada banyak juga perbezaan dari segi budaya dan bahasa walaupun masih serumpun adanya.

Kalau adat tu, kami masih boleh cover-cover lagi kalau tak tahu. Tapi kalau bab bahasa, hehehe loghat negeri memang jadi masalah. Tapi ibu masih ok rasanya, yang banyak hadapi masalah adalah ayah. Dia memang kurang faham loghat kedah apatah lagi dia memang selalu berbahasa Inggeris dengan kawan-kawannya.

Satu kisah lucu semasa kami berPJJ satu masa dulu. Seperti kebiasaan, lebih kurang 2-3 bulan sekali, ayah akan turun ke Kedah melepas rindu..eceh!

Ayah memulakan cerita pada ibu. Perbualan kami lebih kurang macam ni la...

Ayah : Tadikan masa abang jumpa dengan abah, abah tanya. Mula abang tak faham..

Ibu : Abah tanya apa?

Ayah : Bila balik?

Ibu ketawa...

Ayah : Itulah..abang terdiam. Dok kata kat dalam hati, aku baru sampai abah dah tanya bila nak balik.

Ibu terus ketawa.

Ibu : Abang jawab apa? Faham tak maknanya?

Ayah : Itula...Abah tengok abang blur kot dia pun tukar soalan - Bila sampai?

Sejak itu ayah dah dapat satu ilmu baru hehehe Memang ada perbezaan makna dan penggunaan perkataan mengikut tempat.

Kisah kedua berlaku semasa ibu dalam van pulang dari kursus bersama kawan-kawan. Entah macam mana terkeluar topik bahasa dan loghat.

Ibu : korang kalau sebut perkataan bangsat, makna apa?

Kawan A: Makna tak elok la..

Ibu : tak elok kan? Contoh kalau marah orang - macam bangsat! Tapi kalau loghat kedah ada makna lain.

Kawan B: ya ka? Makna apa?

Ibu: lebih kurang macam orang merantau. Contohnya, dia tu pi membangsat dulu kat sana...ikut ayat la..Dia tu orang bangsat kat sini maksudnya dia tu orang luar yang merantau kat sini...

Kawan A, B, C : uiikkkk....keras tu!!!

Lain padang lain belalang. Kata orang, kalau orang kedah bercakap dengan orang sarawak jangan sesekali cakap "boleh pinjam gerek hang?". Boleh kena penumbuk katanya sebab gerek tu bermakna awek atau kekasih. Betul ke? Tapi kalau kat Singapore, depa selalu sebut 'gerek seehhh'. Lain pulak maknanya kan..hehehe

Itu hanya sedikit contoh yang ibu berikan. Jadi bila kita berkawan, bergaul dengan orang yang lain loghat bahasanya, jangan cepat tersentap atau berfikiran negetif bila sesuatu yang dituturkan orang lain agak kasar pada kita pada fahaman kita. Mungkin dia tidak bermaksud begitu kerana mengikut loghatnya, perkataan itu biasa-biasa sahaja.

Yang penting, jangan terus melenting. Saling belajar untuk faham loghat orang lain. Sentiasa berfikiran positif dan jangan sensetif tak kena tempat hehehe kata 1Malaysia...iya dak?

Tuesday, November 29, 2011

Rindu itu datang lagi

Ya, rasa rindu itu bertamu lagi.
Menusuk-nusuk hati, merobek-robek jiwa dan minda.
Mencungkil kembali semua kenangan indah di sana.
Ibu sangat rindukan suasana dingin di situ..
di atas puncak sana.

Kenangan di salah satu puncak G7 , Puncak Ulu Sepat .

Monday, November 28, 2011

Abang dan Adik

Abang dan adik sudah 1 tahun 4 bulan. Sekejapkan masa berlalu. Saban hari ibu pejam mata harungi saja masalah yang datang dalam membesarkan kakak dan kembar. Setelah berusaha mengatur perjalanan hidup agar terurus, ibu berserah dan redha saja akan ketentuan Allah yang akan berlaku selepas itu.

Ibu jauh dari saudara-mara. Memang betul-betul hidup berdikari, berdiri di atas kaki sendiri dalam membesarkan anak-anak. Bertuahlah pada sesiapa yang dekat dengan ibubapa dan adik beradik, banyak tangan yang boleh membantu meringankan beban.



Abang yang makin bijak. Sudah pandai mengikut ibu mengalunkan zikir walaupun hanya bunyi aaaa..aaaa...sambil menggoyangkan badannya ke kiri dan ke kanan. Kalau nak tidur, mesti kena ada alunan zikir sambil berguling-guling di atas perut ibu. Dah pandai peluk bantal dan tutup muka bila dah lena hehehe...



Adik masih lagi seperti adik. Manja yang terlebih sikit dan nak menang saja. Dah pandai mengusik abang. Adik masih tidur dalam buai tapi tidak sekerap dulu. Kalau lambat sangat nak lena dan ibu dalam keadaan banyak kerja, masuk je dalam buai. Sekejap saja, lena lah dia.

Doakan moga ibu terus kuat dan sihat untuk menjaga dan mendidik anak-anak ibu ni. Memang jadi ibu zaman sekarang perlu kentalkan?

Sunday, November 27, 2011

Pemandangan itu

Seperti sedia maklum ibu pulang ke Kedah sempena AidilAdha yang lalu. Itu sudah ibu coretkan. Ini kisah yang lain pula ingin ibu ceritakan.

Bila pulang ke utara, ibu akan melalui satu kawasan yang memang menggamit memori lama, terus tercuit rasa itu. Rasa rindu yang teramat. Seperti rasa jatuh cinta adanya. Bila terpandangkan pemandangan itu, kadang-kadang ibu rasa seperti hendak menangis sendiri.



Inilah pemandangan yang ibu rindukan. Ibu lebih merindui suasana ketika berada di puncaknya. Ibu tetap ceria dan gembira walaupun makan bercatu, tidur berlapik akar kayu, badan calar balar, tak mandi dan gosok gigi, baju tidak berganti, atau apa sekali pun kekurangan yang ada, ibu tetap rindukan semuanya. Semua kenangan tika bergelut di dalam belantara bersama kawan-kawan yang sejiwa.

Pengalaman menjadi pendaki banyak mengajar ibu tentang dunia dan akhirat. Bila berada di puncak, bertambah ibu sedar akan kerdilnya diri ini jika dibandingkan dengan dunia ciptaan Allah. Darinya ibu kumpul semangat, membentuk diri menjadi insan yang lebih kuat dan tabah. Darinya ibu kenal kawan dan sahabat.

Ohhh!!! Terlalu dalam rindu ini untuk mendaki...eceehhhh!!

Saturday, November 26, 2011

Pemakanan anak-anak

Ibu bukanlah seorang pakar pemakanan tapi bila dah menjadi seorang ibu, kita akan berusaha untuk memastikan anak-anak mendapat khasiat pemakanan yang sebaiknya. Kalau boleh, ibu nak anak-anak ibu ni menjadikan sayur sebagai jajan masing-masing. Itu tak mustahil sebenarnya kerana ibubapalah yang mencorakkan pemakanan anak-anak. Kalau seusia 1 tahun telah dikenalkan dengan gula-gula dan snek yang tidak berkhasiat tanpa kawalan, anak-anak akan ketagih akannya kerana rasanya yang telah sedia maklum memang kena dengan lidah mereka, lidah kita juga pun!

Semasa membesarkan kakak, cabaran akan jajan ni memang kurang. Kalau ada yang beri, ibu yang makan. Ibu memang kawal. Kadang-kadang nenek pulak yang break the rules..errmm, terpaksalah ok kan saja. Tapi kalau berlebihan memang ibu akan opp kan!

Mujur nenek suka belikan buah-buahan pada kakak. Maka membesarlah kakak sebagai seorang yang sukakan anggur, oren, epal, strawberi dan lain-lain lagi.

Bila tiba turn kembar, memang mencabar. Sebabnya kakak sudah kenal jajan dengan jayanya walaupun sayur dan buah tetap menjadi kegemarannya. Ibu memang keras hati untuk belikan jajan buat kakak sesuka hati. Stok kakak dapat di sekolah bila ada sambutan hari jadi kawan-kawannya.

Terkini, ibu tengah kenalkan twin dengan yogurt. Hajat hati, biarlah yogurt ni menjadi kegemaran mereka hingga dewasa. So far, memang berebut dua beradik ni bila makan yogurt. Ibu pun tak sempat nak suap ke mulut sendiri hehehe



Kali ni ibu pilih mixed berries. Not bad rasanya. Ibu makan sesudu awal saja lepas tu dah tak sempat. Menjerit-jerit dua beradik nak...



Adik, duta yogurt Dutch Lady.



Abang, duta bersama. Yogurt ni baik untuk abang yang sembelit.

Ehh...Salam Maal Hijrah 1433...jangan lupa doa akhir dan awal tahun!

Friday, November 25, 2011

Tumpang tuah

Satu sifat ibu yang memang sangat ibu pasti - ibu tidak suka menumpang kelebihan orang lain, menggunakan pangkat atau kedudukan orang lain untuk menaikkan diri sendiri. Ibu sangat pasti yang ibu tak suka akan hal itu.

Dari zaman sekolah, uni dan sudah bekerja, sifat itu masih ada pada ibu. Ibu kadang-kadang kagum dengan kawan-kawan yang kamceng dengan pensyarah sampai boleh duduk di kerusi dan menggunakan pc pensyarah. Ibu pulak, kalau boleh lari, nak saja mengelak dari jumpa mereka di luar kelas. Kalau hantar assignmet, mesti time petang bila pensyarah dah balik hehehe

Hinggalah zaman bekerja, ibu masih sama. Ibu tidak suka sikap membodek bos walaupun ibu pernah dituduh mengadu hal pada bos. Padahal, itulah perkara yang paling ibu tidak suka buat. Ibu hanya melaporkan urusan dan hal yang berkaitan kerja. Kalau bersembang pun, cuma sembang kosong yang tidak memberikan keuntungan pada ibu pun.

Ibu memang orang biasa-biasa. Orang kampung yang tiada harta. Tapi ibu bersyukur kerana ibu ditemukan dengan kawan-kawan yang dari keluarga berpangkat dan berada. Kadang-kadang, ibu segan sendiri takut yang kata ibu menumpang kemewahan sebab mereka memang sangat tidak berkira dengan wang ringgit.

Sekadar berkongsi, ibu pernah sebilik kepada cucu seseorang yang berpangkat Tun yang sangat terkenal di Parlimen Malaysia. Ibu memang cuak bila suatu masa ketika ibu ke kl, x-roommate ibu menjemput untuk makan malam di rumahnya di Bukit Tunku. Terfikir, macamana ibu nak gaya laku ni. Rupanya, hidup mereka sangat sederhana, makan dengan tangan, hidangan lauk pauk pun sama, sangat merendah diri bila berbicara.

Ada juga kawan-kawan lain yang ibubapanya berpangkat dato dan berkepentingan dalam negara tapi kehidupan mereka memang sederhana dan merendah diri. Hinggakan ibu yang serba kekurangan ni tidak pernah berasa tersisih bila berada di kalangan mereka. Dan yang penting ibu tak pernah menggunakan kelebihan itu dengan menjaja nama-nama mereka yang berpangkat itu walaupun hubungan yang ada boleh dikatakan lebih kekeluargaan.

Kadang-kadang ibu pelik sendiri, kenapa kita yang biasa-biasa ni suka sangat mendabik dada bercerita itu dan ini kehidupan orang kaya. Padahal orang-orang yang kaya, berpangkat dan berharta sangat merendah diri dan malu untuk mencanang kelebihan yang dimiliki mereka.

Memang ramai orang yang suka menjaja-jaja nama-nama dato atau orang yang berkepentingan, baik dengan dato itu, kenal dengan dato ini untuk meletakkan diri masing-masing lebih tinggi dari orang lain. Lawak pun ada bila ada nama orang yang disebut itu adalah orang yang ibu kenal sekian lama. Pernah makan semeja, tidur serumah bersembang gelak ketawa anak beranak. Tapi ibu diamkan, biarlah..kita dengar saja cerita dan sembang itu kerana orang itu juga mungkin kenalannya.

Ibu nak ibu dikenal bukan kerana ibu kenal 'mereka-mereka', tapi biarlah ibu dikenal melalui performance dalam kerja. Dan bila berjumpa -"laaaaa.....che kiyah ka? Uncle/Untie ingatkan sapa tadi!". Biar mereka yang suka mencanang kenal orang itu dan ini tercengang dan tahu yang ibu tidak suka menumpang..

Saya hanya orang-orang biasa....

Masanya telah tiba

Seketika tadi, ibu mendapat sms dari kawan opis lama. Katanya Cik Mail, driver di opis lama ibu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kangar.

Errmmm... Kelu sebenarnya. Ibu punya banyak kenangan dengan Cik Mail. Ibu bekerja di KK seawal penubuhannya. Bilangan staf yang sedikit membuatkan kami akrab. Bekerja dalam serba kekurangan membuatkan kami saling bantu membantu dari pensyarah hinggalah ke driver.

Ketika itu, dialah satu-satunya driver yang kami ada. Ajaklah ke mana, pasti dia akan memandunya bas atau kereta dengan rela hati, hinggalah tiba Cik Aziz yang menjadi teman sejawatannya.

Dalam perjalanan kami ke mana-mana destinasi, dia sangat suka pasang kareoke. Suaranya ala-ala Broery gitu tapi jarang dia nyanyi di khalayak kami, segan barangkali. Cuma ibu yang tak malu-malu menyanyi walaupun suara ibu memang ke laut adanya.

Al-Fatihah buat arwah. Orang baik-baik memang Allah sayangkan....

Thursday, November 24, 2011

Jom kahwin!

Ibu dah kahwin ya..saja letak tajuk cam gitu hehehe

Oklah, ibu nak share kisah kahwin adik-adik opis ibu ni, Fadzlee dan Khalis. Cinta sepejabat adanya. Mula dulu cuba menidakkan bila ibu bertanya "korang ni couple ek?". Tapi sekilas pandangan dan senyuman korang tu, akak dah tau yer maknanya hehehe

Ibu berpeluang ke majlis akad nikah mereka pada Jumaat yang tarikhnya sangat cun 11.11.11. Dengan wang mas kahwin sebanyak 40 hengget(kalau tak salah), hantaran yang sama dengan tarikh yang dipilih dan 3 kali lafaz, maka sahlah hubungan cinta dua orang ni.

Tahniah untuk kamu berdua. Hidup rumahtangga memang indah kalau kita pandai melayarinya. Akan jadi pahit dan masam jika itu corak yang kita berikan.

Memang sangat perlu bertolak ansur dalam hubungan. Tolak ansur yang kadang-kadang membuatkan kita makan hati sendiri. Maka selalulah berbincang dan meluahkan rasa dari hati ke hati agar hubungan telus dan tiada perkara yang di simpan di dalam hati.



Selamat melayari alam rumahtangga ya adik-adikku. Akak rasa bulan depan, bertambahlah list yang akan cuti 3 bulan hehehe

Wednesday, November 23, 2011

Saya sudah! Anda?

Assalamualaikum.
Pertama kali, tahniah pasukan Harimau Muda atas pingat emas yang diperolehi. Tak sia-sia ok ibu buat spec baru semata-mata untuk menonton perlawanan malam tu. Rasanya menang game bola sepak lebih hebat dari jadi juara keseluruhan kan!?

Ibu bercuti sekarang. Terpaksa bercuti lebih tepatnya. Mama, pengasuh babies keguguran. Kalau tidak saat ini ibu perlu menghadiri kursus di Gambang tapi atas sebab-sebab tersendiri, ibu diarahkan untuk tidak hadir. Nampakkan hikmah di situ. Allah itu Maha Mengetahui segalanya....

Oklah, hari ini ibu telah berjaya membuka akaun pelaburan emas di Maybank. U all dah buat ke belum? Atau u all memang dah awal-awal lagi buat, ibu yang lewat. Hehehe dah lama ibu simpan hasrat nak buka akaun ini tapi asyik tertangguh. Dari harga emas murah sampai lah dah naik semula dan turun balik then naik lagi, baru ibu berpeluang membuat pelaburan. Sempena cuti hari ni, ibu berkesempatan ke bank time anak-anak tido, tapi ayah ada tolong lena sama hehehe. Kakak dah ikut nenek ke Melaka.



Harga hari ni RM 178.31/gram. Oklah tu. Mimpi kot kalau nak tunggu harga emas RM 50/g. Nak cecah RM100/g pun dah mustahil. Tapi mana la tau kan, esok-esok kalau dia turun, kita pi la tambah lagi.

Senang saja nak buka akaun ni. Bawa ic, isi borang, duit setem duti RM10 dan haruslah duit mengikut jumlah emas yang nak dilaburkan. Ada kawan ibu yang dah invest bagitau kena ada salinan ic, ibu pun siap-siap photostat tapi orang bank tu tak mintak pun.

Pada kawan-kawan yang belum ada investment emas, jom la kita pakat-pakat tambah pelaburan. Banyakkan cabang simpanan masa depan ni, tak rugi pun. Tapi kalau ada yang jenis suka beli emas fizikal pun ok. Beli rantai, gelang tapi ibu jenis tak suka memakai, rasa rugi pulak kalau beli macam tu. Terpulanglah pada masing-masing punya pilihan.

Dah invest emas ni, cukup haul dan nisab, jangan lupa keluarkan zakat...insyaAllah, lebih berkat hendaknya.

Sekian, sekadar berkongsi.

Monday, November 21, 2011

Kerana mu

Seminggu ibu hidup tanpa cermin mata. Tertinggai di kampung balik raya hari tu. Siang pakai contact lens, malam tengok tv aci kenyit-kenyit kecikkan mata. Nak buat baru dok bertangguh dulu, takat tengok tv gitu-gitu saja, bertahan la dulu.

Tapi demi malam ni, petang tadi ibu buat baru. Power pun dah naik, nampak lebih clear. Dah pukul 5 baru pi kedai. Nasib baik sejam dah boleh siap!



Demi mu Malaysia....

Ok, second half dah nak mula! Moga Malaysia berjaya!!!

Friday, November 18, 2011

kakak menang!

Minggu ni opis ibu ada event. Dan hari ni ada acara pertandingan fashion untuk kanak-kanak. Dari minggu lepas ibu dah bagitau kakak dan dia tak sabar-sabar nak masuk. Kakak dah mula belajar jalan sambil cekak pinggang dan melambai-lambai.

Mula ibu plan nak pakaikan kakak kimono tapi susah nak dapat. Pikir punya pikir, ibu teringat baju yang sepupu ayah bagi. Ibu nak buat ala flinestone tapi...errmmm entah macamana ibu teringat konsep retro. Beli cermin mata gelap, hairband, rantai labuh, baju corak cheetah dan pakai legging.

TQ pada kak y dan awa yang mendandan anak dara ibu ni. Cermin mata ibu beli tak berapa nak retro, student ibu pinjamkan kakak cermin mata depa.

Taraa.....kakak selepas make over!



Tak ramai yang masuk. Ada 2 kategori. 2-4 tahun dan 5-6 tahun. Kategori kakak ada 4 orang saja.

Kakak menang!!



Kecik-kecik ni, ibu izin lagi catwalk and pakai macam ni. Dah besaq nanti, no more ya sayang... Tahniah kakak!! Ibu sayang kakak!

Thursday, November 17, 2011

Ujian

Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk.
Ada ujian kesenangan, ada yang mendapat ujian kesusahan.

Kadang-kadang kita tengok seseorang itu, dah la cantik, keluarga kaya raya, bijak, senang kata dia memiliki segala apa yang kita ingini. Tapi ibu suka berfikir (mungkin sedikit negatif), pasti ada kekurangan juga dalam hidupnya, cuma kita tidak nampak dan tak tahu sahaja.

Bila ada orang yang susah, malangnya bertimpa-timpa. Sudahlah hidup sederhana, wajah tak seberapa, kadang-kadang ada pulak yang menderita sakit. Nampak kan? Kesusahannnya datang bertimpa-timpa.

Susah dan senang, kedua-duanya adalah ujian Allah. Selalunya, bila kita susah, kita kata Allah sedang menguji kita. Bila sentiasa mewah dan senang, kita kata Allah kasihkan kita. Ujian susah dan senang adalah sama. Kedua-duanya adalah ujian. Kedua-dua kerana Allah kasihkan kita.

Pada ibu, ujian kesusahan lebih baik kerana naluri manusia, bila susah dia akan terus ingatkan Allah. Memang ada yang senang tetap bersyukur, tapi masih banyak yang lupa dan bongkak dengan kemewahan yang Allah berikan.

Setiap detik dan saat, kita sentiasa diuji. Awas, Allah senantiasa melihat adakah kita setiap detik dan saat bersyukur pada pemberiannya.

Bersyukur?
Bagaimana kita bersyukur pada Allah?
Cukupkah dengan hanya sekadar menyebut alhamdulillah?
Uruslah rasa syukur kita itu sebaiknya......

Wednesday, November 16, 2011

Kisah hari raya

Ibu dan keluarga bertolak ke Kedah pada pagi Aidiladha. Pagi pun tak la pagi sangat. Dah pukul 1030 baru bertolak. Gedebak-gedebuk, pukul 1130 baru lepas tol Skudai. Bila dah anak kecik ni, berhenti sana sini adalah wajib. Alhamdulillah, ibu Dan family sampai ke destinasi pukul 9 malam. Itu pun bukan di rumah maktok lagi, langsung ke rumah wan (sebelah Abah) yang khabarnya tidak sihat. Semua keluarga ada di sana. Jadi senang la ibu. Jumpa kat situ pun ok la. Kalau nak ronda rumah depa sorang-sorang, kena ambik cuti 2 minggu baru dan kot.

Kisah sepanjang perjalanan memang tahap mencabar. Dah lama ibu tak memandu jauh sendiri. Balik Melaka pun terasa lambat ya nak sampai, ni kan pula balik Kedah. Kalau out station dok naik kereta jabatan, ada driver. Itu yang best, ibu boleh tido hehehe bila kena drive, jeles pulak tengok ayah dok lena dengan anak-anak kat belakang.


Aksi Abang Dan Adik kat rumah sementara menanti ayah pulang kerja di pagi raya.

Balik kampung, ibu sempat jumpa kawan baik ibu, auntie Nadia and family. Ibu sampai rumah dia dah petang. Sibuk sembang sampai dah time cerita Soffiya. Last episod pulak tu. harus la sangkut lagi sejam. Lepas tu kami pi makan kat KFC beramai-ramai.



Iman, Dina, kakak, Abang, adik Dan ayah. Ibu ambik gambar. Nadia and Azrul atau mesranya Labu tengah order. Kakak ngan Kak Dina bukan main mesra, padahal jumpa setahun sekali saja.

Ibu nak share something kat sini. Ibu dengan Nadia ni sekelas dari tingkatan 1 sampailah uni. Itu yang kami sangat close dan dah terasa seperti keluarga sendiri. Bila dah jadi kawan baik, rupanya taste pun lebih kurang sama. Adalah sangat terkejut, cover sofa kat rumah Nadia boleh sama dengan cover sofa ibu. Cuma design sofa je beza hehehe

Singkat sangat balik kali ni. Memang ibu tak puas. Rumah Mak Ngah saja yang sempat pi. Maklang, maknjang, tok-tok sedara, abang dan mak-Pak sedara yang lain semua tak Dan nak pi.

Kawan-kawan lain pun tak Dan nak jumpa. Banyak buang masa kat Pejabat Imigresen nak siapkan passport. Khamis time nak bertolak balik, ibu dapat berita tak best skit, tapi tak per, teruskanlah perjalanan sebab ibu memang Ada agenda lain pun kat Melaka yang lebih meriah - lepak kat pantai belakang rumah, bawa anak-anak mandi kolam Dan hadir majlis akad nikah Khalis Dan Fadzlee...weeee!!! Tercapai juga hasrat ibu nak tengok akad nikah depa.

Next entry ibu cerita ok. Apa yang penting, hidup mesti enjoy, happy dengan keluarga Dan kawan-kawan kita.

Tuesday, November 15, 2011

Kisah Jiwa Lara



Assalamualaikum.

Ibu memang jarang menonton tv kala lewat malam. Bagi ibu pukul 10 tu sudah cukup lewat. Selalunya ibu tidur seawal berita jam 8 pun tak habis lagi. Sangat awalkan? Tapi sejak kembar dah mula melasak, ibu tidur awal jugak. Tapi tidur-tidur ayam. Alang-alang tak boleh nak nyenyak, ibu buka tv dan telah terlayan cerita ini - JIWA & LARA.

Mula-mula ibu tengok gitu-gitu saja. Esoknya ibu ikuti lagi. Dan seterusnya. Bukan kerana pelakonnya adalah Aaron Aziz tapi kerana jalan ceritanya. Ibu tertunggu-tunggu, apakah kesudahannya saban hari.

Kisah disebuah estet, mungkin dalam tahun 70-an. Kisah seorang pemuda bernama Jiwa yang dirundung malang. Zaman merampas kekasih Jiwa, Lara serta kepercayaan majikan dan kawan-kawan ladang terhadapnya. Jiwa cuba menegakkan kebenaran, namun Zaman tetap beroleh kemenangan. Zaman sangat manis berkata-kata, bijak bekerja, penuh adab dan santunnya hingga majikannya terpedaya dengan lakonan Zaman. Cukup sejati jantannya!

Zaman adalah seorang lelaki yang penuh wawasan. Dia akan melakukan apa saja untuk mencapai impiannya, menjadi kaya. Jiwa cuba dibunuh oleh Zaman untuk menutup kelakuan buruknya. Lara yang dibuntingkan turut menjadi korban kerana Zaman hendak berkahwin dengan anak majikannya yang memiliki estet tempat dia bekerja. Majikannya terpaksa menerima Zaman menjadi menantu kerana anak gadisnya sudah bunting tanpa nikah. Zaman mengambil kesempatan mengenakan syarat yang menguntungkannya.

Beberapa siri seterusnya ibu tertinggal. Bila ibu kembali berpeluang mengikuti siri tersebut, watak-watak baru sudah muncul. Tahun sudah bertukar, 2000-an. Rupanya Jiwa dan Lara yang cuba dibunuhnya masih hidup. Lara sudah mempunyai anak lelaki, Zaman juga begitu namun Jiwa masih membujang kerana cintanya masih utuh buat Lara, kekasih zaman remajanya.

Ibu suka dengan plot seterusnya. Bagaimana Zaman sangat takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Sangat protective terhadap anak daranya. Takut orang berbuat jahat akan anak gadisnya seperti mana dia pernah buat suatu masa dulu. Berasa sangat terancam dan takut jika perniagaannya dirampas dengan orang.

Balasan Allah terhadap kejahatan dan kezaliman Zaman tetap berlaku. Walaupun mungkin memakan masa sehingga puluhan tahun. Hidup dalam kemewahan tapi penuh ketakutan. Hidup dalam kesenangan tapi tidak pernah berasa aman dan tenteram. Dan yang paling penting, orang yang teraniaya seperti Jiwa dan Lara perlu bersabar kerana kebenaran akan terserlah jua. Berkat kesabaran, Jiwa dan Lara kembali bersama. Saling bermaafan atas kesilapan lampau.

Ini kisah drama. Tiada kena mengena dengan sesiapa. Tapi inilah kisah masyarakat melayu di Malaysia dari kacamata ibu - buntingkan anak orang, jatuhkan orang lain untuk naikkan diri, berebut perempuan dan gilakan kekayaan, harta dan pangkat.

Kalau kita tonton sinetron Indon, kebanyakkannya berebut harta orang dan membuat aniaya kepada orang lain. Mungkin itulah lumrah kehidupan di sana. Tapi maktok (mak ibu ) suka dengan kisah Filifino, sama seperti ibu. Walaupun berebut girlfren, yang heronya tetap cool!

Moga drama atau filem yang kita tonton, bukan setakat menjadi halwa mata dan telinga. Teruslah jatuh ke hati akan segala pengajaran yang baik darinya.

Tapikan....errmmmm..cerita ni dah habis belum? hehehehehe

Monday, November 14, 2011

Polit-AIK dan polit-IKUS.


1. Kalau ibu yang berumur 30-an ini bertindak mengikut amarah dan rasa, ibu tak pelik jika orang-orang yang lebih dewasa mengatakan ibu tidak matang.
Tapi jika seorang yang sudah lebih separuh abad bertindak mengikut rasa, salahkan jika orang yang muda ini mengatakan orang itu tidak matang?

2. Kalau ibu yang baru 10 tahun mengenal dunia kerja bertindak menjatuhkan hukuman kepada pegawai bawahan ibu tanpa memberi hak kepadanya membela diri, memberi penjelasan dan menerima saja dakwaan pihak lain -ibu dikatakan bertindak mengikut perasaan dan tidak profesional, ibu terima kerana ibu memang mengikut darah muda.
Tapi jika seorang yang sudah berpuluh tahun berkerja dan berpengalaman, terus menjatuhkan hukuman tanpa OKT (orang kena tuduh) diberi peluang membela diri, salahkan jika orang muda ini mengatakan orang itu kurang atau tidak profesional?

3. Bersikap dewasa bukan terletak pada angka UMUR. Itu pandangan ibu. Cara dan tindakan penyelesaian terhadap sesuatu masalah itu akan melihatkan kematangan, menetukan kedewasaan.

4. Tahniah pada yang berjaya menghalang orang lain mendapat ilmu. Ibu pasti, anda membaca tulisan ini. Kisah anda saya simpan. Kerana kisah itu adalah kesalahan dan kelakuan buruk anda sendiri. Ingat pesanan ini :

Kita berani kerana kebenaran bersama kita, maka jika mereka menjaja pembohongan dan pengkhianatan, itu membuktikan bahawa mereka sedang TAKUT.

5. Teruskan menipu dan membuat cerita. Tipulah untuk kali pertama, kerana anda perlu menipu untuk kali kedua untuk menutup penipuan pertama, dan anda perlu menipu untuk menutup penipuan-penipuan yang sebelumnya.

6. Gunalah kuasa SEMENTARA yang Allah bagi itu untuk menjahanamkan orang lain. Gunalah kuasa dan pangkat yang Allah PINJAMKAN itu dengan sepenuhnya sementara masih ada peluang, sementara Allah masih sayang memberikan anda dengan ujian kesenangan dan kemewahan.

7. Ibu tahu dan yakin, ada tangan dan kuasa gelap yang sedang berusaha memulihkan kisahnya yang telah terbongkar. Ingat, bila anda menunding jari menyalahkan orang lain, 4 jari lagi menunding kepada diri anda sendiri. Semakin anda marah dan mengamuk kepada orang lain, semakin terserlah kekurangan dan kelemahan sendiri.

8. Semua pasti akan mengikut arahan anda kerana anda seorang ketua dan berpangkat, tapi bukan kerana orang menghormati anda.

Sekian, luahan rasa seorang polit-IKUS muda (barangkali mengikut rasa).

Wednesday, November 9, 2011

Misi masih berterusan

Assalam.

Ibu masih di kampung halaman. Tapi ketika entry ini di taip, ibu berada di Bukit Kayu Hitam, lebih tepatnya di Pejabat Imigresen. Ibu perlu renew passport segera. Passport ibu akan expired pada 1 Dec 2011. Kalau tak renew ini hari, ibu tak boleh nak masuk Singapore esok-lusa.

Nak buat di JB, muahahaha..memang tahap bercinta bila tengok kesesakan manusia beratur. Tapi sistem pulak offline sejak pukul 930pagi tadi. Perlis dan Alor Setar pun sama.

Masa terluang yang ada, ibu gunakan ke The Zon Duty Free. Jalan-jalan cuci mata, terbeli pulak sepasang kasut hahaha...nak terbeli yang lain-lain lagi tapi kang ada pulak duit nak bayar passport terguna..

Sepanjang perjalanan ke sini, ibu melusuri jalan-jalan yang pernah ibu lalui hampir 10 tahun dulu. Cepat benar masa berjalan sampaikan kadang-kadang ibu terasa yang sesuatu peristiwa itu baru 2-3 tahun yang lalu. Itu yang sampaikan umur sendiri pun terlupa. Terasa masih 20-an gitu..hehehe

Oklah! Ibu masih bertahan menanti bersama 4-5 orang yang setia menanti juga. Kalau misi hari ni gagal, esok tak boleh balik Johor lagi la....lalalalala...saya suka!!!



Sebagai penyeri entry, twin di petang raya masa berhenti makan di rnr Rawang arah Utara jam 3 petang...
Baju hadiah Auntie Nuramin Ramly (nama penuh tu) yang diberikan masa twin baru lahir dulu. Mujur ibu ingat, kalau tak, dok simpan saja. Dah muat-muat pakai walaupun size untuk 2 tahun. TQ chaq...

Saturday, November 5, 2011

Abang yang....

Aidiladha disambut esok. Ibu balik beraya di Kedah. Esok raya, hari ni ibu kat Pasir Gudang lagi..acana tu?

Alkisah, di hari raya baru ibu bertolak pulang. Baru betul balik kampung iye dak?

Pagi ni bangun je kemaskan rumah. Baby, ibu masukkan dalam babycourt. Lipat segala toto. Susun bantal. Lipat tikar. Sapu sampah. Mop lantai. Terasa licin balik lantai rumah.

Siap segala, adik dah nangis. Mengantuk la tu. Masuk dalam buai, tak payah enjut pun, tido dengan sendirinya. Tinggal lagi sorang budak yang tak letih-letih lagi. Abang yang.......

.

.

.

.

.

.

.





Sila sambungkan ayat ibu di atas tadi..

Eh! Selamat hari raya aidiladha. Selamat menjalani ibadah qurban.

Wednesday, November 2, 2011

Songkok

Baby dah ada songkok. Dah lama. Ibu tak beli tapi sepupu ayah, paksu boboi yang hadiahkan stroller twin dulu yang bagi. Ada 3 padahal anak lelaki dia sorang saja.

Maka hasilnya....

.

.

.

.






Abang bersongkok



Adik! Asyik nak cabut saja. Nanti suruh ibu pakaikan balik.



Dan kak juga turut serta. Dah ada 3, satu harus dia punya!

Monday, October 31, 2011

idola dan minat

Ibu suka menyanyi menghiburkan hati. Memang suara ibu tak merdu bila menyanyi. Bukan bidang ibu pun. Ibu ada artis yang ibu minat tapi tidaklah sampai minat tahap 'gaban'. Sekadar minat pada karya seninya.

Bila beranjak dewasa, minat itu ibu rasa lebih kepada menjadi idola. Masih lagi dalam nada yang sama, tidak terlalu taksub tetapi apa yang dibuatnya menjadi ikutan dalam kehidupan ibu kini terutamanya dalam hal mendidik anak-anak.

Terkini, kolej ibu akan mengadakan hari terbuka. Dan ada slot untuk ceramah. Terus ibu teringatkan dia yang ibu jadikan sebagai idola. Ibu berjaya menjejaki beliau. Tapi sayang, jadualnya sudah penuh. Ibu kecewa!



Yup! Dia adalah wanita itu, Wardina. Ibu tak pasti sejak bila ibu meminatinya. Ibu tonton lakonannya sejak di Spanar Jaya. Mungkin sebab kami sebaya (rasanya), ibu terus mengikuti perkembangannya tanpa sedar.

Bila dia berhijab, menjadi ibu, speaker dan penulis bercirikan keibubapaan dan keluarga, ibu lebih mengikuti tulisan dan tak langsung perkembangannya. Hingga kesnya dengan tuduhan menyokong pembangkang pun ibu ikuti. Dan ibu terus suka kelantangannya bersuara dan menyatakan pendapat.

Apakan daya, hajat hati nak bertentang mata, berkenal mesra, tapi tiada jodoh kami. Namun takala seketika dapat berbual di telefon dengan beliau, aura positif itu telah tumbuh seolah-olah ada di depan mata hehehe

Perbualan ibu dengan wardina singkat sahaja. Tapi dari nadanya, ibu seperti sudah kenal dengan dia. Kasyaf kot ibu ni....

Hidup perlu diteruskan

Suka atau tak, marah, gembira, benci, sakit hati, geram atau apa saja perasaan di tempat kerja, hidup perlu diteruskan. Kerja tetap perlu dilaksanakan. Perlu profesional.

Bila sebut profesional, ibu pernah sebut ni dulu. Ibu tak tahu ibu ni profesional atau tak. Tapi ibu sangat tak bersetuju dengan orang yang suka mengaku diri profesional, tapi dalam ucapan dan perlakuan...hampeh! Mendabik dada diri tidak emotional dalam menjalankan tugas tapi hhhmmmm..setiap solution dan tindakan jelas melepaskan rasa.

Ok! Cukup disini. Moga ibu tabah dengan apa saja yang berlaku. Yang pasti, ibu perlu menjalankan tugas dengan sejujur dan seamanahnya. Biar Allah yang menilai amanah dan jujur ibu. Siapa ibu untuk berkata :
" Saya amanah dalam tugas, saya profesional, saya tidak emosi " -
Dan seangkatan dengannya sedangkan nilai-nilai itu adalah terlalu subjektif untuk dinilai oleh kita, seorang manusia!

Saya yang menurut perintah

Akur pada arahan. Mesti pakai nametag tapi masing-masing dah tak tau letak kat mana sejak pakai kad kerja.

Jadi, sebagai tanda pekerja yang akur, maka inilah hasilnya.

Gelak jahat skit - muahahahaha opppsss!

Friday, October 28, 2011

Duta drypers

Assalam.
Lama ibu tak update blog. Mood yang bercampur-campur dan kesannya blog ibu sedikit terabai.

Sebagai update terbaru terimalah duta drypers yang baru.



Ibu suka design special edition drypers kali ni. Biasanya ibu suka borong pet-pet tapi bulan ni pet-pet mahal, ibu bertukar kepada drypers. Sekali beli 4 beg size M84.

Cashier mesti tanya " stok berapa lama tu kak?".

Ibu jawab sambil senyum " sebulan"

Dia akan balas " banyaknya.."

Terpaksa ibu cakap " anak saya kembar"

OoooooOOoo....

Tuesday, October 18, 2011

Bimbang seorang guru dan ibu

Tugas ibu menguruskan pelajar yang menjalani praktikal secara langsung. Oleh itu dari sekecil masalah hingga ke sebesar-besar masalah, majikan akan menghubungi ibu mengadu hal. Ibu terima segala komen yang diberikan dan kemudian akan menilai kembali aduan itu. Selalunya, majikan benar tapi ada juga kes majikan mengada-adakan cerita untuk menyelamatkan diri.

Terbaru, seorang pelajar dihentikan majikan kerana kesalahan berulang. Pertama membawa lelaki ke apartment (disediakan majikan) dan kedua menipu mc. Ibu tunggu pelajar melapor diri selepas di terminate, tapi tiada. Pelajar dikesan dan akhirnya terpaksa berdepan dengan 'serigala jadian' ini.

Paksa dia call dan bagitau penjaga. Bila hp ditangan ibu, terserlah segalanya. Gambar bercium bibir dengan boofren memenuhi skrin. Ibu tekan dan soal, akhirnya mengaku sudah terlanjur. Mula katanya sekali. Ha!! Ibu ketawa dan kata kepadanya -

" 10 tahun saya sudah menjadi guru, saya tengok hidung, kening dan mulut, saya sudah tahu keadaan di dalam seluar awak. Sebelum awak lebih jauh menipu, berapa kali sudah berlaku?"

Dan jawapannya, lupa. 3-4 kali. Percaya? Sila jangan! Sudah lebih barangkali!!

Ini bukan kes pertama yang ibu hadapi, berkali-kali sampai ibu tak tahu apa tindakan yang perlu ibu buat? Hati seorang guru sangat bimbang,apatah lagi kalau dari sudut hati seorang ibu yang punya anak dara! Terasa berpeluh badan walaupun bilik beraircon memikirkan masa depan yang akan anak-anak ibu lalui.

Selepas penat bersoal siasat, bersilat menepuk meja, berjegil mata, menjerit, merayu dan menasihati, ibu keluar mendamaikan hati. Luahkan perasaan pada yang setia disisi sambil mengisi perut yang kenyang dengan 'masalah-masalah' ngeri.



Ya Allah.....peliharalah keturunan kami! Ibu takut!!

Thursday, October 13, 2011

Bukti buat kerja!

Ibu berkhidmat di kolej komuniti (kk) sejak 2002 sebagai GSTT. Tahun 2005 ibu dilantik ke jawatan tetap DG. Tahun 2008, skim DH untuk pensyarah kk dan dipindah dibawah kementerian pengajian tinggi.

Julai 2008 ibu berpindah ke kolej baru. Kerja rencam! Mengajar saja pernah, pegawai pengambilan pernah dan kini pegawai perhubungan dan latihan industri. Bayangkan, dalam sibuk mengajar, tugas mengurus tetap dipikul.

Julai 2010 ibu menerima tugas pegawai LI. Mula kerja biasa. Kini kk mula berkembang dengan program smk dan kebolehpasaran graduan.

Seminggu balik lewat siapkan bukti ibu buat kerja. Cakap mulut tak aci ok. Ini hasilnya dan ibu divalidasi hari ni.



Panel tanya itu ini.
Ibu tunjukkan kerja yang ibu buat.
Oh! Itu tak boleh! Tu memang kerja awak sebagai pegawai li! Tugas lain yang awak buat selain itu.

Ibu bagi lagi.

Tak boleh, itu awak dijemput. Lain-lain taklimat/tugas yang selain tugas sebagai pegawai li?

Ha?? Oklah.. Next time, surat lantikan ibu pegawai li, ibu buat kerja pengarah la..terus naik 52!!!

Deyyy....macam ni punya skrip validasi pun ada ka???

Pasrah! Ada rezeki adala, kalau semua kerja ibu buat selama ni tak dikira sebagai kerja...i makan gaji buta la ekkk.....

Saturday, October 8, 2011

Pembantu ibu

Minggu ni, tiada baju yang dibasuh berlipat. Semua longgok atas sofa. Hajat hati, cuti ni nak mula la lipat baju. Pembantu terbaek sedia memberi khidmatnya.



Memang terbaek! Ibu lipat depa ambik buka balik. Lipat lagi, depa tarik tak bagi. Oklah..ambiklah! Abang dengan adik lipatla ekkk....
Related Posts with Thumbnails