Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, January 31, 2011

Akhirnya, ini pilihanku!

Salam...sori yer.
Agak lama blog saya sepi tanpa sebarang entry.
Biasala, bila bermula semester baru memang semua akan mula busy.
Saya pun busy tapi kadang-kadang saya suka buat tak sibuk...relax sokmo.
Bukan malas buat kerja, tapi nak tenangkan hati dan jiwa.
Pada saya, kerja memang tak akan habis sampai la kita menutup mata.
Jadi, buatla setakat yang mampu dan terdaya.
Sila jangan ikut motibasi saya ni yer!
hehehehe
Ini kisah pertama yang nak saya share.
Kisah almari baju yang saya idam-idamkan tu.
Akhirnya....tak dapat juga! hahahahaha
Tapi saya dapat almari lain yang hampir sama.
Apalah yang nak diikutkan sangat dengan apa yang diidam-idamkan.
Kalau saya kaya dan banyak duit memang saya ambik almari tu
tapi sedar diri yang saya ni cuma makan gaji, saya pilihla setakat yang termampu.
Itu pun bergegar tangan masa nak serahkan duit,
2 tahun kumpul dan tahan sabar...uhuk!
Patutnya, Uncle Kam janji lepas raya cina nak pasang.
Tetiba dia call bagitau dah siap. Tapi hari yang dia nak pasangkan tu saya kena outstation.
Saya pun minta dia mai sebelum saya ke Kajang. Dia pun ok.
Dan hari yang dijanjikan, mereka pun sampai.
Saya pula tak boleh nak ambil cuti sebab hari yang sama saya kena buka tender yang masuk.
Terpaksala on off antara rumah dan pejabat.
Mujur encik suami dan mak mertua ada kat rumah time tu.
Bolehla depa tolong tengok-tengokkan.
Waahhh...teruja saya! Besaq tak henggat.
Jangan kata saya, suami saya pun boleh masuk dalam almari tu :P
Ni masa depa tengah dok pasang-pasang. Dua orang saja pekerja yang mai.
Kat bahagian atas tu ingat nak simpan bantal-bantal, beg besaq, tirai dan lain2 selain pakaian.
Kat bahagian baju gantung tu, nak sangkut baju kurung saya dan baju suami.
Saya dah sangkut dah tadi, tapi kan banyak lagi space
hahahaha...
almari bukan main gah tapi baju pulak tak banyak :P
Dekat 3 jam juga depa ambil masa nak siapkan pasang amari saya ni.
Saya terpaksa balik ke pejabat sebelum almari ni siap dipasang.
Bila saya balik, semua dah siap.
taraaaaa....

Nanti saya cerita rak tv idaman kalbu yang memang mengegarkan jantung saya.
Gegar jantung pasai apa??
nanti la saya cerita ok.
Baby abang dok berguling sampai dah ke hujung kaki saya ni.
Adik dah mimpi indah gamaknya dalam buai..abang pula dok pusing-pusing ni.
Sambil-sambil jadi blogger, anak-anak kena tengok jugak :P

1 comment:

Softtouch [Hanim] said...

wa....cantiknya almari tu cik kiyah...Alhamdulillah dah siap dah yer...

Related Posts with Thumbnails