Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Saturday, January 22, 2011

Aksi manja dan mesra

Susunan kerja yang ibu amalkan bila sampai depan pintu gate rumah :

1. Ibu keluar bukak gate pastu masuk kereta balik dan masuk parking.
2. Tanpa matikan enjin keluar kereta, tutup gate kemudian buka kunci pintu rumah.
3. Masuk rumah on lampu dan kipas dulu
4. Pastu, buka pintu kakak dulu suruh dia turun masuk rumah.
5. Ibu angkat adik/abang (tgk sapa tengah menangis angkat dulu) masuk dalam rumah sambil jerit suruh kakak cepat masuk rumah teman adik/abang.
6. Angkat abang/adik pulak.
7. baru angkat barang/henbeg dan lain-lain (keluar masuk rumah ikut kuantiti barang).
8. Baru mati enjin kereta. masuk rumah kunci pintu.
Tu la rutin ibu kalau ayah kerja. Sorang-sorang ibu angkut.
Bahu ibu pun dah rasa padat semacam saja ni
hehehe

Satu hari lepas ibu angkat adik dan abang, ibu keluar kutip baju kat ampaian.
Baju yang ayah selalu setelkan tu!
tengah kutip baju dengar macam baby tersekat² nafas.
Terus lari masuk rumah takut baby tersedak ke, terlekat apa² ka.
Rupa-rupanya, abang dok gelak kat adik.
Adik macam goyang² kepala sambil jerit² terangkat kaki pandang abang.
Lepas tu abang mengekek² gelak pandang muka adik. Adik stop tengok abang gelak.
Lepas tu adik buat lagi. Abang pun gelak mengekek² lagi.
Uwaaaa...dah pandai main dua beradik ni ekk.

Selalu adik yang buli abang, tarik baju abang, gigit baju abang.
Entah macam mana hari tu, abang pulak yang agresif.
Abang gerak² akhirnya dapat capai baju adik.
Bukan main hepi muka abang. Selalu abangkan cool, senyum ala-ala gitu.

Harap sampai besaq la depa ni mesra dan manja² sesama depa.
Maklumla kan, dok dalam perut ibu semua sharing sama² kan.
Agak², sehati sejiwa tak depa ni nanti ekk...

5 comments:

azieazah said...

Seronoknya ada baby kembar. Ceria dan meriah gitu.

apapun, hati-hati, esp bab buka gate tu. Pastikan tiada yang mengekori. Zaman sekarang bukan kira sangat, sepantas kilat macam2 boleh berlaku.

Moga dilindungi.

Zaher said...

haaiii...kembaq!..bila nak p x tau

Zakiyah Zainon said...

kak azie : insyaAllah...saya beringat juga, kadang² ada jiran depan dan kanan rumah mai dok sembang² dengan baby masa saya dok angkut depa masuk rumah hehehe

adik zaher : minggu depan kak muteh meeting kat residence uniten..tapi tak muteh tak dok hotel, pi rumah makteh kat putrajaya sebab bawak 3-3 depa..kakak ponteng sekolah hehehe

I Am The Vault Dweller said...

kewl la chekiah...ada kembaq nih...

Nurul said...

rasa macam nak twin jugak..ehehe

Related Posts with Thumbnails