Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Saturday, January 22, 2011

Bantulah dia mencari keluarganya

Cuti Thaipusam, saya dan suami sama² bercuti. Kebetulan sebenarnya, terkena offday dia!
Kalau dah ada kat rumah beramai², saya pun rajin la memasak.
Pagi tu buat sarapan cucur kodok udang kepai.
Tak tau? Jemput² udang geragau..tau?
haaaa..itu la menu saya.
Dah siap buat..alamak, sos cili habis.
Halau encik suami pi beli sat. Balik dia kilek harian Metro sama.

Lepas makan, saya pun belek² la newspaper tu. Sekali terpandang gambar wanita ni.
Ehhh...macam ku kenal!

Wanita ini sebenarnya pangkat toklong dengan saya.
Dia berkahwin dengan sepupu arwah datuk saya, Toklong Jid.
Sebelum saya berkahwin, pernah beberapa kali dia ke rumah saya.
Abah pun pernah bawak kami menziarahi keluarga mereka di Guar Chempedak, Kedah.

Rupa-rupanya, dia mencari keluarga kandungnya yang terpisah sejak dia masih bayi lagi.
Saya telefon mak bagitau hal toklong masuk surat khabar cari mak dia.
Mak saya kata, sejak dulu lagi dia dok cari keluarga kandung dia tapi tak berjaya juga.

Menurut cerita mak saya, masa dia baby lagi,
ibubapa kandungnya yang berketurunan cina telah menyerahkan dia
kepada sebuah keluarga angkat yang juga keturunan cina di Sungai Petani.
Tapi keluarga angkatnya yang pertama tu
telah menyerahkan dia kepada sebuah keluarga melayu.
Dia pun membesar sebagai seorang wanita islam dengan nama Zaiton binti Abdullah.
Kata mak saya, keluarga angkatnya orang Alor Setar.
Mak saya pun dah ingat² lupa kisah dia ni.


Saya kesian pulak baca kandungan ayat dalam surat khabar tu -
"saya berhasrat menatap wajah keluarga kandung yang terpisah sebelum menutup mata buat selama-lamanya"

sedikit info :
Nama bapa kandung : Lee Yong Wah
Nama asal Zaiton : Lee Soot Peng
Hubungi :0175949182 (Zaiton)

p/s:
Moga hasrat toklong dimahkbul Allah...

2 comments:

Softtouch [Hanim] said...

semoga toklong cik kiyah bjumpe ngan family kandungnya...

Zakiyah Zainon said...

sama² la kita doakan..amin

Related Posts with Thumbnails