Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, January 17, 2011

Ben 10

19 Januari ni, kalau ikut perkiraan, abang dan adik dah 6 bulan.
Sabtu lepas, ibu dah mula bagi abang dah adik makan bubur.
Bubur tu ibu baru campur dengan carrot. Abang dan adik jugak minum jus buah..sikit jer
Lepas ini ibu campur ikan pulak dalam bubur tu
baru yummy kannn!?

Yang makan dengan jayanya adalah adik.
Abang seperti biasa tetap cool and steady. Makan ala-ala penuh sopan.
Adik..asal habis dalam mulut, dah ternganga² cari.
Kalau ikut 'nak' si adik tu, mau habis semangkuk tu dia sorang.
Ibu bukan tak nak bagi banyak², kena try-test-tengok dulu macamana
Takut jugak. Kang sembelit pulak.
So far, alhamdulillah..abang dan adik masih 'hun' dengan jayanya!

Inilah gaya 2 hero ibu yang mula makan bubur di dalam mode Ben10.

4 comments:

azieazah said...

Kak Azie dulu anak lelaki, 4 bulan dah baki makan pejal. Sebab biasanya anak lelaki memang kuat makan.

Kerana Kak Azie pun kerja, so Kak Azie buat stok lauk.

Goreng ikan bilis tanpa minyak, pastu blend jadi serbuk, simpan dlm bekas kedap. Buat banyak, so tiap kali makan bubur, tabur serbuk ikan bilis.

Sedap dan berkhasiat.

azieazah said...

Ralat:

*baki sepatutnya = bagi.

Softtouch [Hanim] said...

lepas ni bertambah bam2 lah twin nie...

wao ben 10..ni kalu abg danish tgk mesti dia suka nie..heeeee

Zaher said...

ish2...boroi la perut faaid faaiq

Related Posts with Thumbnails