Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, January 13, 2011

Berbaloi tak??

Tadi time rehat ada appointment dengan tukang buat almari baju.
Uncle Kam namanya. Kawan saya yang rekomenkan.
Katanya dia ada kilang buat sendiri. Boleh dapat lebih murah (tapi tak la murah sangat!)

Uncle tu sampai, terus saya bawak dia ke bilik untuk ambil ukuran.
Jangan bimbang...kami tak berdua saja time tu.
Suami masih ada kat rumah tengah siap² nak pi keja.
Kawan sepejabat saya pun join sama- Ina, Kak Yani dan Pah (tukang mintak kurang).
Kawan² saya ni pun tengah survey² jugak nak buat kat rumah masing².

Asal hajat nak suruh buat quotation dulu. Tetiba...ermmmm!
Arghhhh...malas la nak banyak² survey!
Saya ok saja dengan dia. Dah siap ukur bilik saya tanya pula pasal kabinet tv.
Terbekenan pulak nak buat kabinet tv yang siap melekat kat dinding.
hehehehehe

Campur tolak darab bahagi, total cecah RM4K jugak la..
Encik suami cepat² keluar rumah pi kerja bila saya bagitau harga
hahahahaha
jangan lari yer ayah....nanti ibu claim balik
~lalalalalala~

Almari baju 10 kaki panjang. Tinggi sampai ceiling.
Rak tv tu simple saja. Panjang 6 kaki.
Lebih kurang macam kat bawah ni tapi tak dak panel besaq kat tengah tu.

-image hasil gogel-

tv saya plan nak letak saja, tak gantung.
Pastu rak yang kiri kanan tu ada jugak. Satu lagi rak buat panjang.
Sama panjang dengan rak tv tu.
(imaginasi nak deco macam² dalam otak ni hahahaha)

Petang dok terpikir, berbaloi ka aku buat ni?
Kalau beli rak biasa, pastu beli panel tu kat Ikea..baru berapa kos!?
Tapi bila aku nak pi Ikea? Pasang sendiri belum tentu cun dan kemas.
Call en suami. Dia kata ok..proceed saja.
I pun ok laaa...

p/s:
Lagi sebulan siap la almari ni. Ibu pun kena la siapkan duit!
Mujur dividen ASB dah dapat...cukup la cover kos untuk kali ni.
Kena himpun duit balik untuk buat yang lain pulak.
Gini la cara orang tak mampu...setahun satu barang
hehehehehe

4 comments:

azieazah said...

Ini la gaya orang berdikit, lama-lama dapat satu barang... nanti tambah lagi.

Itu lebih baik dari berhutang semata mata nak lawakan rumah.

Kak Azie pun minat almari pasang siap atau yang lekat dinding (utk rumah sendiri la), sebab kemas dan nampak luas.

Nanti tunjuk gambar yaaaa..

Nurul said...

waaahh..nak berangan gak utk rumah kami nanti...aper2 pun, memang yg tak ber'uang' macam tuh la..pasang angan2, kumpul duit baru beli..kan? kan?

kak yani said...

iskhhh iskh cik kiah..janganler tak jadiks..macamana akak nak buat 'rujukan' nanti????

kalo pi ikea mmg dpt murah,tapi kos minyak pulak....pas tu nak pasang sendiri???biar bonar...tak pasal-pasal suruh org lain pasangkan..gitu gini...sama aja dik....

Softtouch [Hanim] said...

kita pun mcm tu jgk cik kiyah...xdelah nk beli skali harung...kene pk byk kali br beli tau...

mesti cantik kabinet tu...

Related Posts with Thumbnails