Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Saturday, January 8, 2011

Demam sekolah!

Khamis 6 Januari 2010

Jam dah hampir 5 petang. Time² tenat macam ni memang bersemangat nak kerja.
Lambat panas la katakan. Tetiba handphone saya berbunyi - suara kakak masa baby.
Segera saya capai dan tengok sms yang masuk.

"Salam..cikgu, kakak demam ni. bangun tido nangis.
Rupanya panas sangat badan dia ni.."

Terus tinggal pc, capai handbag dan kunci kereta, berdesupp ke rumah pengasuh yang tak berapa jauh dari pejabat saya.
Sampai saja, nampak kakak terbaring. Mata dah berair merah.
Kakak pulak, nampak muka ibu kat pintu, terus 'sebek' nak menangis - manja dia memang tak hilang walaupun dah ada adik.

Tinggal dulu kembar kat pengasuh, terus bawa kakak ke klinik.
Sempat lagi ibu dan anak berposing kat klinik sementara tunggu giliran jumpa doktor.
Saja nak hiburkan kakak sebab dia dah nak nangis² - sakit kepala kot.

Selesai jumpa doktor, tunggu ambil ubat. Minta sekali ubat selsema untuk adik.
Baby adik pun dah mula selsema. Isnin lepas abang batuk.
Adehhhh...letih ibu bila anak² tak sihat ni.
Bukan letih tak cukup tidur saja, letih risau yang banyaknya!

Nak balik ibu tanya - "kakak nak makan apa?"
Kakak kata " kakak nak makan bubur FC " - Fastfood yang dia tau KFC saja.
Pizza = FC. McDonald pun FC. Layan kan saja la...
Drive tru, bubur besar satu.
Terus balik ke pejabat punch out, dan ke rumah pengasuh jemput babies.

Balik rumah, tampal koolfever. Mula dia nak bukak sebab geli katanya.
Padahal kecik² dulu, benda tu la yang ibu tampal kat dahi kakak kalau kakak demam.
Saya kata " kalau bukak nanti kakak tak baik demam, tak boleh pi sekolah"
terus dalam paksa rela, pakai bendalah tu sampai ke pagi sebab nak ke sekolah.
Bagussss...semangat anak ibu nak ke sekolah!

Sampai rumah cucuk termometer kat telinga. 39 degree ko!
Patutla berair mata. Panas sangat tu. Tapi bubur besar tetap licin. Bila suhu dah makin turun lepas makan ubat, siap request nak makan roti dengan baked beans.
Tapi ibu tau kakak bukan suka sangat baked beans tu, ibu ganti dengan scramble eggs..
last², roti buang tepi, makan telur macam suap nasi.
Tak pa kakak, janji kakak sihat.

Tengah malam, suhu badan dia saya monitor. Asal jaga, cucuk termometer kat telinga.
Alhamdulilah, paginya suhu dah 37 degree. Dah suam² badan dia.

Baru 3 hari sekolah, dah demam. Demam suka sekolah gamaknya!
hehehehe

No comments:

Related Posts with Thumbnails