Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, January 14, 2011

Family outing!

Bukan tak pernah outing sekeluarga, selalu....tapi ni first time bawa babies pi shopping.
Nampaknya ini mungkin pertama dan terakhir. Tunggu sampai depa dah besaq sikit baru ibu berani bawak lagi.

Selasa lepas, Johor cuti sempena hari Hol. Kebetulan ayah pun off day hari tu.
Kebetulan lagi, barang² kat rumah dah kering.
Jadi kami pun membuat keputusan berani keluar beramai-ramai ke Tesco untuk membeli belah.
Stroller kembar hadiah sepupu kami Mr. Boboy, diusung masuk kereta.
Bonet tak lepas yer...letak kat belakang seat driver.
Eh...boleh pulak! So, cancel la nak tukar kereta!
Pakai je la MyV ni sampai lunyai
hahahaha

Keluar rumah terus ke kedai cermin mata, collect spec untuk ayah. Dan rabun dah dia.
Tapi tak mau buat² jugak. Akhirnya, ibu belanja ayah as his birthday present!
Boleh la kan....birthday ibu tahun ni ayah nak beli peti ais besar kan?
oppsss... :D


Lepas tu pi makan kat McD. Ayah nak makan properity burger. Ibu menurut saja.
Time makan tu baby dah resah gelisah dah dalam stroller. Susu dah habis.
Ibu pulak tak bawa spare sebabnya tadi ibu buat penuh botol 8oz tu
dengan harapan bertahan sampai habis shopping.
Ni baru acara makan², susu dah habis.
Lepas makan terpaksala pusing balik ke rumah walaupun Tecso dan depan mata.
Mujur rumah dekat. Jadi satu kerja pulak pi mai-pi mai gitu ek!

Masuk Tesco,baby masih ok..bertahan.
Ramai yang pandang berkali² bila tengok saya surung baby kembar. S
Siap ada yang puji². Kembang kuncup hidung ibunya walaupun babies-nya yang dipuji.
Hahahahaha..sila ketawa ya!

Panas sekejap saja, tak lama lepas tu baby adik mula 'menyanyi'.
Abang pulak dah guling² nak meniarap - nak tidur la tu. Adehhh...kelam kabut dah ibu.
Akhirnya, sebelah tangan ibu dukung adik, sebelah tangan lagi tolak stroller.
Sila bayangkan! Rasa macam hulkhogen dah!
Cepat² suruh ayah bayaq...dah! Jom balik! Lenguh dah ibu.

Sampai rumah dah 6 petang. Ibu janji nak masak spegetti hari ni.
Sampai je rumah terus siapkan menu yang dah dijanjikan untuk keluarga.
Lepas makan, lepak jap tengok tv. Baby abang dan kakak dah lena keletihan.
Tapi baby adik pulak buat perangai. Tereyak tak berenti².
Sudah!! Nak didukung memanjang.
Asal ibu duduk atau baringkan dia, menangis macam nak pecah rumah.
Mata tajam merenung ibu macam minta bantuan.
Dah macam² ibu buat, buka baju, pampers kot² kena gigit.
Sapu minyak angin merata badan. Nok kembung pun perut!
pening...pening...mujur ayah ada sama.
kalau ibu sorang, mau dah ibu call jiran sebelah mintak tolong!

Tiktok-tiktok, tengok² jam dah pukul 2 pagi.
Mak aiiii...esok ibu ada pendaftaran pelajar baru. Pastu ibu kena jadi mc.
Mau sora tak dak ni esok!
Ibu solat isyak, ayah pulak dukung adik. Dengar ayah pasang quran dari i-phone dia.
Lepas solat, ibu ambik balik adik. Baringkan dia..terus nenyak berteman alunan bacaan quran.
tengok jam dah nak pukul 3 pagi.
errrmmmm....
Agak-agak..apa yang buat adik jadi macam tu tadi?
hehehehehehe

p/s:
ingatkan balik pukul 6 petang ok la...ada jugak yang mengikut gamaknya!
ehh...yer ker?

4 comments:

Softtouch [Hanim] said...

yelah tu kot ada yg mngikutnya...budak2 kan dia nmpak apa yg kita xnmpak...

azieazah said...

Mungkin ada sebab lain... Baby memang tak selesa bila dibawa ke tempat yang dia tak pernah pegi.. Terkejut

Seronoknya ada anak kembar. Penat tu hanya cabaran jerrrr..

Zakiyah Zainon said...

hanim : itu la...otak tak mai pikir sangat bab2 misteri tu..tapi ntah laa...

kak azie : agaknya kot...lagipun siang tu dia tak dapat tido nyenyak..asal nak nenyak, angkat pulak masuk kereta..baru nak nyenyak balik angkat pulak masuk stroller..tu yang malam mengamuk tu

Juraimee said...

ikshh.. usah lar dok pikir2 kan benda cam gitu ck...
biasalah kot bebudak nanges....
bleh kembangkan & clearkan paru2.. :)
kuasa Allah semua tuh..

Related Posts with Thumbnails