Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Saturday, January 15, 2011

Kakak kena ngorat


Ya..anak dara saya yang 4 tahun tu dah kena ngorat.
Yang mengoratnya pun budak 4 tahun jugak!
Adoiii...budak kecik zaman sekarang ni dah ada perasaan suka.
Dah tau sebut awek cun, kawen dan lain² yang seangkatannya.

Alkisah, kakak ke sekolah dengan jiran sebelah rumah babysitter, Ubai gelarannya.
Sekelas mereka. Saya yang minta begitu.
Senang, nak ke sekolah pengasuh Ubai yang menghantar dan menjemput mereka berdua.
Satu hari pengasuh kakak bercerita. Katanya dia sembang² dengan ummi Ubai.
Si Ubai ni cakap kat umminya tak mau duduk rumah cik Ana(pengasuhnya).
Dia nak duduk rumah Cik Emi (pengasuh kakak).
Sebabnya rumah cik Emi ada awek cun (kakak la tuh!) Pastu siap cakap si Cica dah tak lawa. Faaqihah lagi lawa. Cica tu anak buah cik Ana yang juga dijaga bersama Ubai.


Lepas tu, ada satu hari semasa nak jemput anak²..budak² kecik kat situ main masak².
Masa saya masuk ke rumah Emi, Ubai ada kat depan pintu.
Lepas tu anak sulung Emi, Adam yang umur 6 tahun bagitau
"cikgu..cikgu...ubai cakap dengan Adam tadi, nak ajak Faaqihah main kawen².
Terus si Ubai tu tolak lengan Adam macam protes sambil kata...tak laaa!
Muka dah malu² nak pandang saya!
ambooiiii...pandainya budak² zaman sekarang kan!

Masa memandu pulang ke rumah, saya berfikir.
Masa saya umur sebaya mereka, ada tak perkataan cun, kawen, awek di minda saya.
Rasanya tak kot!
Dah dewasa, nak sebut kawen pun malu...takut orang kata gatai!
hehehehehe

3 comments:

Zaher said...

amboi2...nak potong line mak lang ka..pak njang pon x da org ngorat lg pon..hak3

dl sudah len,skrg sudah sgt len..budk2 kecik pon phm kawen2 noh..ish2

azieazah said...

Wahhh nak tergelak pun ada. Bebudak punya karenah.

Simpan cerita ini, nanti bila depa dah jadi anak dara/bujang teruna, bior depa baca. Mesti blushing... hahahahahaha

Zakiyah Zainon said...

pak njang lambat bertindak!


kak azie : tu yang masuk dalam blog tu, jadi diary untuk anak² nanti...

Related Posts with Thumbnails