Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Sunday, January 16, 2011

Kursus Singkat di hari Jumaat

Bermula dengan penemuan bungkusan spegeti yang terbiar di pejabat,
akhirnya terjadilah acara masak memasak ini di rumah saya.
Tambahan pula, ada adik² yang nak belajar cara memasaknya.
Maka hari dan tempatnya ditetapkan.
Jumaat di rumah sewa Mastura dan Khalis, akhirnya bertukar ke rumah saya.
Sebab rumah saya ada oven. Boleh pakej masak lasagna sama.
I ok saja...setahun beli oven tu baru 2 kali guna, tu pun buat bakar ikan saja.
Kalau orang lain yang otak bisnes, mesti dah balik modal pun!

Hari Jumaat yang dijanjikan, ada sesi bergambar pulak kat opis.
Lepas tu ada mesyuarat untuk konvokesyen. Tengah meeting, kami dah tak keruan.
Barang banyak lagi tak beli. Dah pukul 12 meeting tak habis lagi.
Bila nak boleh makan ni???

Selesai meeting, kami bergerak mengikut tugas masing-masing.
Kak Yani, Pah dan Mastura ke KipMart beli barang-barang.
Saya terus balik rumah, rebus spegeti dan potong bahan² yang sedia ada kat rumah.
Dapur saya rosak sebelah. Kena la rebus spegeti dulu. Kang lambat pula nak masak kuah!

Team pasar pulang. Terus bergegas potong memotong.
Sambil² tu saya tunjukkan cara² buat spegeti. Kak Yani tokey masak lasagna.
Mudah saja sebenarnya. Mahu buat atau tidak saja. Rajin atau malas!
Spegeti siap dulu. Acara makan bermula. Lasagna dan salad buah pun ada.
Memang lunch 'omputeh' adanya. Sementara tunggu potong daging selesai (kena beli chopper ni)
Spegeti yang dah siap dimasak saya hidang di atas sapra yang paling mahal - surat khabar lama
Saya makan dulu sebab perlu pulang semula ke pejabat. Ada mesyuarat KSP pulak.
Pejabat dengan rumah saya dekat saja. Mujur la!
Terpaksala saya tinggalkan tetamu di rumah meneruskan perjuangan yang belum selesai.



Selesai mesyuarat KSP, tunggu dulu jam pukul 5. Sekali harung ambil anak, terus balik ke rumah. Ada juga yang terpaksa balik ke pejabat atas urusan yang 'urgent'.
Kat rumah tinggal mereka yang sememangya 'free' pada hari Jumaat.
Lepas ni payah la kita nak buat kursus memasak ni lagi, minggu depan kelas dah mula!

Resepi, later i type ok! I bab spegeti dah master, lasagna ni jarang² dicuba.
Rasanya, semua dah tau kot buat lasagna dan spegeti.
Malu pulak dengan yang lebih pakar hehehe
:P

p/s:
Nanti isi borang penilaian kursus pendak, dah boleh buat data ni!

2 comments:

azieazah said...

Wahh seronoknya masak beramai-ramai macam tu. Makan 3,4 pinggan pun tak sedar tu.

Spagheti saya pernah masak 3,4 kali jer.

Lasagna? Katakan lasgna, oven pun saya takda. Lagi sedih. hehehe

Zakiyah Zainon said...

anak saya si kakak tu memang suka spegeti...asal tak larat nak msk time mengandung twin..saya rebus spegeti, buat sup sayur, paling kejam dia penah makan spegeti dengan kicap..sadis!
spegeti ni lebih baik dari mee kuning yang banyak kapur tu...

Related Posts with Thumbnails