Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, January 7, 2011

Lampu di Orchard

Newyear 2011, saya di Singapura.
Rasanya sejak berkahwin, macam every newyear mesti saya ada kat sana.
Tapi tahun ni saya berjaga masa countdown.
Selalunya..jangan harap. Sejak dah beranjak dewasa ni, dah tak tunggu bunga api.
Asal jaga jer, tv dah selesai semua event tu..hehehehe

Tahun ni, mak mertua saya ajak ke Orchard. Saya pun baru 2 kali ke sana.
Tu pun jalan² cuci mata sambil melenguhkan kaki :P
Orchard ni tak masyuk sangat ngan jiwa saya yang serba sederhana.
Kalau orang yang kaya, suka barang² branded..haaaa..sesuweyyy!

Okla..dah lama tak ke sana. Ajakan mak mertua ku itu, ku terima dengan rela.
Boleh tengok lampu yang dipasang sempena Krismas dan tahun baru.
Itu jer yang saya mampu! hehehehe
Cantik dan meriah. Dah pukul 10 masih ramai orang kat situ.
Holiday la katakan..

Kakak kata
" ibu, ada twinkle-twinkle little star besarrrrr, kakak nampak!"

1 comment:

Softtouch [Hanim] said...

bestlah cik kiyah smbut new year kat singapore..sy ni kat umah jer...

Related Posts with Thumbnails