Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, January 10, 2011

Mainan baby

Ibu baru beli mainan untuk baby.
Kesian nengok adik dok tarik² baju sendiri nak main.
Kadang² baju abang pun adik tarik.
Penah ibu bagi elmo kakak, bukan main menjerit dak menggigit elmo tu..
hehehehe

Jumaat lepas, time rehat ibu berdesup ke Jusco Permas dengan geng 'ngulau' - Kak Yani.
Sambar mainan yang gantung² 2 jenis.
Satu macam tukang khemah tu, satu lagu yang ada toto, gantung² jugak mainannya.
Sambil² tu sambaq baju anak² 2-3 pasang.
Maklumala..ayah baru bagi cash kat ibu.
Tebal juga heehehehe..
tu yang ibu sambaq sesedap rasa tu :P

Balik rumah petangnya, ibu pasang. Kakak yang tak sabaq² nak main.
Abang tertido dalam perjalanan balik. So, adik la yang main dulu.
Menjerit huawaaahahaha memang tak ingat².
Seronok kemain nampak dia.
Kakak nyelit sama. Mula² main sama² la...share katanya!
lepas tu adik dah kat luar, dia yang dok bawah mainan gantung tu!

Bila abang bangun, ibu letak abang kat mainan tu.
Dia jeling gitu² saja macam tak dak perasaan.
Memandang mainan yang ibu beli tu bagai angin lalu
gitu sajaa....
adeehhhh..abang..abang
memang cool betui la korea ibu sorang ni!

Sapa adik sapa kakak ni?

p/s:
abang tengah tak berapa nak sihat...batuk je time tengah malam.
kadang² sampai muntah susu yang baru dia minum
uhukk! ciyan anak ibu!

3 comments:

Nurul said...

huhuhu..nih yg macam terasa nak baby balik nih..ehehe

Softtouch [Hanim] said...

sukalah baby2 tu dpt mainan baru...kalu boleh ckp mesti dorang ckp yeay! ibu beli menan baru...

Zakiyah Zainon said...

nisri : hahahahha...dah boleh mulakan step 1..adik dah boleh jalan kan..hehehe
hanim : hehehe...tengok muka depa pun tau depa suka :P

Related Posts with Thumbnails