Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, January 20, 2011

Makanan kegemaran kakak

Kakak memang suka makan sayur dan buah-buahan
Payah kan nak jumpa kanak² yang suka akan sayur dan buah ni.
Tapi sejak dah bijak ni, dah pandai memilih sayur² dan buah yang dia suka.
Paling dia tak tolak dari kecik sampai dah besaq sikit ni ialah carrot.
Buah yang paling dia suka - strawberry (demand tak ingat!)
Masa saya mengandungkan kakak, memang saya suka makan strawberry.
Agaknya itu yang berjangkit kat dia dan dia lahir dengan starwberry mark di dahinya!
:P

Masa kecik², waktu maktok jaga dia semasa saya ke pejabat,
memang maktok bubuh banyak sayur dalam moi dia.
Mungkin sebab dari kecik lidah dah terbiasa dengan rasa sayur makan dia suka akan sayur.

Pada saya, nak ajar pemakanan anak² ni senang saja.
Kita yang membentuk makanan dia. Apa yang kita makan dan kita bagi, itu yang dia kenal.
Kalau dari kecik kita kenalkan buah anggur itu bagai jajan, maka anggur itu akan jadi jajan dia sampai dia pandai memilih makanan sendiri.
Kalau dari kecik kita dah kenalkan dia dengan gula², aiskrim, keropok, jadi tak hairanlah kalau makanan tu akan jadi makanan rujinya.
Itu pendapat saya saja, tapi memang saya amalkan pendapat saya itu.
Orang lain mungkin ada cara tersendiri kan!?

Masa saya mengandungkan kembar, malam² saya akan makan carrot mentah selain buah²an.
Saya kan kena alahan yang teruk. Makanan berat memang tak boleh masuk sangat.
Sekarang, stok carrot sentiasa ada dalam peti ais untuk bubur adik.
Dan kakak kembali menjadikan carrot sebagai jajan dia!
Kalau nampak saja ibu buka pintu peti ais
"ibu..kakak nak carrot!"

p/s:
Sekali sekala bagi dia makan coklat, aiskrim, keropok dll tu tak pa..
tapi kan..benda² macam tu bagi sekali saja terus melekat kat jiwa.
tu yang payah tu!

3 comments:

Iena@MaMaJannah&Rizqi, said...

bagus nyer kakak..suker makan sayur..senang..jr memang memilih sayur..cendawan ok..lain tak mo..ndak2 togeh..

wah abang makin advance yer..dah boleh reverse..

untung che kiyah dapat suami yg boleh menolong..lelaki ni memang kener diajar..cuma kadang2 kejer dia tak sekemas kita,,tak lepas iso..hehe..
untung en syahrir tak leh tengok ader bender dalam sinki...mesti nak diclearkannya...hehehe...

azieazah said...

Baguslah cara begitu.
Mendidik sejak dari dalam perut lagi.

Budak2 yang makan tak memilih, akan menjalani kehidupan yang lancar, tak cerewet bila makan. Untung. :)

Nurul said...

bagus..bagus..Along dulu masa kecik2 suka makan sayur. La nih seksanya nak suruh makan. tak tau nak buat macam mana dah. Kakak suka makan carrot nanti mata cerah jer...

Related Posts with Thumbnails