Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, January 13, 2011

Sup tulang merah

Ahad lepas, adik mak mentua saya a.k.a paklang buat kenduri kawen anak bujangnya, yakni sepupu suami saya. Maka bertandanglah saudara-mara dari Malaysia ke Singapura.
Keluarga Makteh saja yang sampai. Keluarga makndak dan mak long tak dak wakil.
Cuma kirim duit saja!

Kenduri kat Singapura ni lebih kurang sama dengan wedding kat kampung.
Cumanya, kat sini terpaksalah majlis dibuat kat dewan terbuka yang memang disediakan oleh housing board untuk acara² begini.
Makan semua catering, ada DJ dan sesi karok sampai majlis tamat hehehe

Usai jamuan kenduri, kami bergerak ke Beach Road!
Kalau saudara-mara ke sini, mak mentua saya selalu bawak makan sup tulang merah kat sini.
Tak pun dia siap² tapau makan kat rumah. Tapi ni dah alang² ada kereta, pakcik (adik mak mentua) pun ada, maka beramai² kami memeriahkan sesi makan sup tulang merah.

Mula order 2 set yang setiap set ada 15 ketul tulang.
Tak cukup ko! Masing² tak puas lagi, order lagi satu pinggan.
Kesian jin...habis makanan dia manusia makan hahahaha
Saya makan 2 ketul saja. Bukan tak suka, tapi makan bendalah ni kena lapang fikiran, tak dak gangguan, baru feel. Tapi ni haa...baby dah menyanyi² lagu boring.
Terpaksa la ibu bekorban..uhuk!

Lepas pekena sup tulang merah, kami buat sesi meronda kat Orchard Road.
Ingat ada lampu lagi. Sekali dah dibuka pun.
Dah mula naik pulak lampu² tanglung...kan CNY dah dekat.
Jadi tak berkesempatan la makteh dan anak²nya nak t engok lampu yang cantik kat situ.

Sampai rumah, terus siapkan anak². Kami berlima bergerak balik ke Pasir Gudang.
Isnin dah kerja. uhuk!

5 comments:

azieazah said...

Wahhh pertama kali dengar pasal Sup Tulang Merah.
Tapi tak macam sup pun kan, sebab pekat. Harus enak tu.

Benarlah, makan benda camni kena tenang dan santai. Baru feel.

Zakiyah Zainon said...

satu lagi orang panggil ni beef stick..
kat singpore, glemer benda ni kak...kat kedai ni punya banyak gambar artis malaysia datang makan sup ni. katanya pernah hattan naik kapal terbang ke singapore, beli benda ni sebab isterinya (x sekrang) mengidam nak makan beef stick ni.

Merah tu pewarna..banyak sangat laaa...

Softtouch [Hanim] said...

kene lah p singapore gamaknya kalu nak rase sup tulang merah nie...

Zakiyah Zainon said...

hanim....harusssss..mai la jalan2 kat sini!

Papa-NtiQ said...

eh eh cakap pasal sup tulang merah nih saya baru jer upload pics kat blog saya SEMALAM masa makan kat gerai DEEN di Singapore Beach Road Gardens Food Centre minggu lepas.

Sedapppp. Di malaysia nih JB jer yang femes tapi negeri2 lain kureng skit..nape yek?

Nanti jenguk yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan makan jer 100%tak der citer lain hehe kebanyakan nye di area JOHOR sebab maklum la orang JB. Tempat2 lain pun ada kalu kebetulan saya bercuti jalan2 sana.

Jangan lupa follow yer blog saya TQ TQ TQ

Related Posts with Thumbnails